Jumaat, 30 Mac 2012

Ulang tahun ke-4 joegrimjow dengan Herbalife!

Alhamdulillah, bulan ni genap 4 tahun aku dah consume Herbalife. Yahuuuuu!!!! Jadi, entry ini aku nak cerita sikit sebanyaklah kisah aku. Terutama yang sedang ambik program turun berat badan Herbalife sekarang, mungkin ada ilmu yang boleh korang ambil.


Terima kasih sponsor!

Billionan terima kasih aku nak ucap kat sponsor aku aka classmate aku - Nurliyana Bt Mohd Saiful - ceh nama penuh tu - sebab perkenalkan aku dengan produk yang hebat ni. Ceritanya macam ni, 4 tahun dulu, dia ajak aku ke hotel. katanya untuk dinner. aku apa lagi, memang dinner ni aku suka sangatlah. dalam kereta dia ada jugak cakap, ni bukan dinner sebarangan dan ayat dia aku masih ingat 'mungkin lepas ni ko akan jadi kurus joe. haha' pelik jugak sebab pergi dinner tapi boleh kurus, ahh, lantaklah

Tibanya kat sana, aku tengok orang semua pakai kacak-kacak. Mat saleh pun ada jugak. dinner apa nya start pukul 10 pagi. dia kata sebelum pergi dinner, kena join event dulu. ahh, join saja joe. Masuk ke dalam event tu - speaking english ok - semua duk cakap turun berat turun berat. ada sorang akak tu aku nampak memang badan besar, dia cakap dia dah turun 20kg, perghhh, sebelum tu mesti lagi besar aku rasa.
Join event tu memang aku rasa sangat best. lepas orang cakap turun berat, naik berat pun ada, kesihatan semakin meningkat, dieorang cerita pulak pasal bisnes. perghh, aku dah la memang nak cari bisnes masa tu, memang mengantuk disorongkan bantallah. dengar orang cakap atas stage tu, muda lagi income dah ribu raban. perghhhh, memang masyuk ni

masa dinner

lepas je event tu, ada dinner. memang aku bedal sehabisnya makanan kat situ. Buffet, paham-pahamlah. Dah la MC tu cakap, keutamaan diberi kepada yang 1st timer. see, mengantuk disorongkan bantal diberi aircond 16 darjah celcius. memang sangat suka!

Habis saja event, sponsor aku datang tanya aku

'so joe, camne? nak start dengan produk perisa apa?'

terus tanya nak perisa apa. haha. bukannya tanya nak makan produk ke tak, tapi tanya terus nak perisa apa. memang CLASS betul classmate aku ni. Tapi memang aku duk cari cara nak kurus dah, aku ambik je. Lagipun tak rugi apa-apa, sebab kalau tak jadi, ada 30 days money guarenteed. maka bermulalah program diet aku!


Diet Herbalife Joegrimjow



Aku amek yang 1 set, yang ada formula 1 (perisa coklat) formula 3 dan juga tea. Beli dengan harga retail ok. Sungguh kejam classmate aku tak bagi harga dia ataupun harga ahli, nak harga ahli kena jadi ahli katanya. ok fine. makan sajelah. so, antara yang aku amalkan sepanjang 3 bulan aku dengan Herbalife adalah


1) Shake pagi dan malam

Macam biasa, coach aku kata pagi wajib minum shake. campo f1 dengan f3. goncang-goncang terus minum. sebab tengahari aku nak makan nasi, jadi aku minum shake lagi sekali waktu petang. coach aku kata kena minum 2 kali paling kurang, so memang amek yang paling kuranglah. hihik


2) Tengahari jimat-jimat

Sebab beli dengan harga retail, maka duit biasiswa MARA bagi rm 595 untuk bulan tu tinggal berapa jelah. Maka dengan automatiknya aku kena berjimat cermat pada waktu tengahari. Biasanya aku amek coleslaw dengan ikan bakar pada waktu tengari. Bungkus dan bawak masuk hostel makan dalam bilik. Bukan tak nak makan kat situ, tapi dah pernah buat makan kat cafe, dah habis coleslaw tu beli pulak nasi sebab tak tahan tengok orang lain makan nasi jugak. haha, rapuh betul iman aku masa tu kan. 


3) Air 3 liter

Pada peringkat permulaan, coach aku cakap kena minum 3 liter tu memang aku tak buat. susah wo, pergi toilet je memanjang. Tapi sebab dalam kelas asyik kena marah je, bukan dengan sorang, tapi 2 orang lagi yang suruh aku minum air banyak, TERPAKSAlah minum air 3 liter jugak. Mula-mula susah, lama kelamaan jatuh cinta pulak dengan air. yuhuuu


4) Rabu hari bermewah-mewahan

Sebab rabu ni kat BMI ada pasar malam kat tepi UIA tu, jadi memang shake aku amek pagi dengan tengahari. malam tu pergi beli makanan yang sungguh banyak dan balik makan dengan housemate yang lain. haaaa, memang rabu adalah hari yang dinanti-nantikan sebab boleh cuti. heeee


5) Senaman gaya pemalas

Bulan pertama aku amek Herbalife - bulan 3 busy nak exam. Jadi memang tak bersenam sangat. petang-petang habis class terbungkang atas katil sebab nak energy nak study waktu malam tu. Celah mana nak exercise kan? gaya hidup yang tidak sihat. tak sihat pun dapat class 1 jugak ok. kekeke. Tapi bulan kedua dan ketiga aku amek Herbalife, dua-dua aku start dengan exercise yang ringan-ringan. Kadang2 pergi joging sekitar BMI takpun main badminton. 


Okeh, 5 benda ni je yang aku boleh kasi tips. Untuk lebih, korang tanyalah coach korang ya

Result?

March 2008 : Formula 1 Grandprix Sepang

  • Bulan pertama : Turun 6kg
  • Bulan kedua : Turun 3kg
  • Bulan ketiga : Turun 3kg
  • TOTAL : 12KG dalam masa 12 bulan!!!
June 2008 : Extravaganza Bangkok


Berbaloi-baloi

Turun 12kg tu memang sesuatu yang aku tak sangka-sangka. Sebabnya aku bukannya yang jenis diet sangat, kadang-kadang ponteng jugak makan banyak, tapi tak tahulah mungkin sebab produk ni hebat, aku boleh jugak cecah berat idaman aku - 75kg. Dah lama ok tak cecah angka 70 an ni, bila dah cecah tu sangat happy. 

pompuan pun senang nak ngorat skit. kah kah kah


Kata-kata terakhir

Nak turun berat ni tak senang, hanya yang gemuk saja tahu susahnya nak turun berat ni. Sangat-sangat terima kasih pada coach aku sebab jaga aku elok-elok, tak cukup air dia marah, setiap seminggu sekali dia timbang, jasa tu memang tak boleh nak balas dengan wang ringgit ok. i get new body!! so, kepada sesiapa yang rasa susah or nak give up untuk turun berat, jumpalah aku, nanti aku akan kuruskan badan korang jadi handsome dari hamster. waha!!! 0169640972


pss : malam ni nak pergi ke KL. yuhuuuu

Rabu, 28 Mac 2012

Sebelum 31 Mac 2012 : Jom daftar mengundi

Sebenarnya kan....


sebenarnya....


urmmm


sebenarnya nak bagitau....


hurmm










saya tak daftar sebagai pengundi lagi :p


31 Mac 2012 : Tarikh akhir daftar untuk mengundi


Tadi dengar kat berita, kalau PRU 13 ni jatuh pada bulan june, 31 Mac nanti adalah tarikh terakhir untuk sesiapa yang layak mengundi untuk berdaftar. siapa belum daftar??? aku termasuk sama. haha. Punyalah semangat cerita pasal politik tapi diri sendiri pon tak daftar lagi. Jadi, esok jom kita daftar beramai-ramai! 


Siapa rakyat Kelantan yang tak daftar lagi, jom kita daftar sama-sama jooommm

Ahad, 25 Mac 2012

Contest : Dreamer to winner

Bagi penggila contest, ada berita baik. Ambank sekarang ni tengah buat contest yang diberi nama Dreamer to Winner. Contest yang akan realisasikan impian korang jadi realiti. wow hooo!


Hanya perlu buat ape?
  • kongsikan impian korang dalam bentuk gambar atau video (tips, buat video boleh naikkan possibility korang untuk menang)
  • klik sini dan isikan form

Antara yang bestnya contest ni, jika korang menang korang dapat tunaikan impian korang tu. sponsor sepenuhnya dari ambank dan yang best lagi, korang dapat rm 3000 sebagai tambahan. waha, sangat best!



Impian aku?

nak jumpa dengan blogger-blogger lagi =)


tunggu apa lagi, jom join. klik sini yoosh


pss : apa beza perempuan dengan wanita?

Selasa, 20 Mac 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

 Banner

Ada orang nak bagi RM 5000 ni. Apa lagi. join sajalah. Terhad kepada 100 terawal saja. Klik kat sini eh. Dapat info ni dari bro eyriqazz, thank u =) 

Kepada yang nak amek SPM esok, gud luck ya! bleh check dengan SMS je kalau malas pergi skolah :p


pss : dah lama aku xbuat contest, nak buat jugaklah!

Isnin, 19 Mac 2012

#DontGiveUpBecause

She Didn't!!!



pss : macam nak nangis ....

Father of the Year

Ayah aku meninggal seawal aku berusia 16 tahun. Actually aku rasa waktu aku -betul2 bersama dengan ayah aku semasa umur 8 -12 tahun. Masa aku usia 1-8 tahun tu, memang banyak memori yang aku tak ingat, tapi bila fikir balik, masa aku darjah 2 sampailah ke darjah 6, banyak pulak peristiwa aku dengan ayah aku bersama yang aku ingat. 

Masa aku usia 13 tahun, dah kurang bersama dah. Dia bergelut dengan penyakit dia, keluar masuk wad, namakan je hospital mana, semua ayah aku pernah try. After 4 tahun lepas tu, dia dah takde, meninggal sebab internal bleeding in the brain. Atau bahasa mudahnya stroke

Tapi kan.....

Walaupun aku rasa masa aku dengan ayah aku tu singkat, tapi entah kenapa until now, apa yang dia ajar, kata-kata dia, masih aku ingat sampai sekarang. Korang yang dah takde ayah, korang ada perasan tak macam tu? Ke aku sorang je? Apa-apa pun, tahun ni genap 8 tahun dia takde, semoga dia tenang disana.



Aku sayang ayah aku, korang sayang? ceh soalan, haha!


pss : bercita2 nak jadi ayah yang sihat kepada anaknya. juga datuk yang masih macho kepada cucunya :)

Sabtu, 17 Mac 2012

Kaw Kaw Burger

Tahu tak yang wujud kat Malaysia ni nama dia Kaw Kaw burger. Nak tahu apa yang beza kaw kaw burger ni dengan burger lain, tengoklah video berdurasi 2 minit lebih ni. Tengok sampai habis, aku pun tak percaya rupanya ada burger setinggi tu!


SAMPAI GUNA LIDI!!



Haha, entah sapelah yang order tinggi melangit macam tu. Kalau korang nak baca lebih pasal burger kaw kaw ni, baca pengalaman cik epal kat sini


Gemuk

Tadi aku dapat tahu yang ada seorang budak ni usia 9 tahun dah kena stroke. Terperanjat jugak aku sebab biasa stroke ni sinonim dengan orang tua-tua kan, tapi ni tak, budak tu baru usia 9 tahun tapi dah kena stroke! Dan ada satu lagi yang mengejutkan aku, ada seorang budak ni yang usia 3 tahun, berat dia sekarang dah cecah 73kg!! ya, 73kg!! hampir sama berat dengan aku - tapi dia baru umo 3 tahun!!

Actually benda 2 ni terjadi sebab makanan. Budak-budak apa salah, dieorang mana tahu fikir kan. Yang patut dipersalahkan dalam hal ni - MAK BAPAK! Apa kejam sangat bagi anak makan sampai jadi macam tu. Nak kata berbangga, buat apa nak bangga. tu sama macam nak bunuh anak sendiri dah tu bagi macam tu!

Obesiti kanak-kanak sekarang ni dah meningkat gila-gila. Susah ok nak turun berat if seseorang tu dari kecik lagi dah gemuk. sangat susah. ada kajian yang dibuat dan memang benar pun benda ni. Aku tak ingat kat negara mana, iklan makanan segera dah diharamkan dah kat kaca tv sebab peratusan obesiti dikalangan anak-anak kian meningkat. huh, kat Malaysia aku rasa akan sampai masa akan jadi macam tu jugak!

Kepada mak bapak diluar sana, dah dah la jamu anak dengan makanan yang tak berkhasiat ni. Kesian kat anak, dia pun nak hidup lama jugak!

Jumaat, 16 Mac 2012

OKU : Dimana keprihatinan kita?

Situasi dimana aku nak beli tiket bas untuk ke Putrajaya. Terpaksa tunggu sebab orang yang jaga kaunter solat asar. walhal dah pukul 6 lebih dah. Husnuzon, bersangka baik - takde orang yang nak jaga kaunter kalau pergi solat. Ada beberapa orang yang menunggu sama selain aku. Salah seorang tu 'nampak macam tak betul' sengih2 je dari tadi. Husnuzon, bersangka baik, dia nak bersedekah

Akak comel tapi bermuka masam buka pintu, maka aku pun masuk bersama dengan beberapa orang lagi. Bagi peluang kat orang yang sengih tu satelkan dulu urusan dia


akak comel : nak pergi mana?
orang sengih : er.. er.. shah alam


akak comel : bila? (sambil menaip dan bermain tetikus)
orang sengih : malam ni ada?


akak comel : ada. nak naik kat mana?
orang sengih : naik sini


akak comel : ok pilih sit. atas je ada, bawah takde
orang sengih : ermm ermm. nak duduk bawah


akak comel : bawah takde, atas je ada
orang sengih : bas lain takde? nak duduk bawah....


akak comel : waktu lain? waktu lain takde dah, 1 je. esokkan tu ada la
orang sengih : nak malam ni.... nak duduk bawah


Geram jugak aku rasa, apa tak paham ke yang akak comel bermuka masam tu kan dah kata seat bawah takde, kat atas je ada. ni tanya lebih-lebih pulak. dah la aku nak cepat ni, dia pulak buat hal - ini adalah monolog dalaman



akak comel : takde. 
orang sengih : ok lah... atas... erm... berapa?


akak comel : RM 42
orang sengih : (lebih kurang 2 minit cari duit dalam dompet) ni dia....


akak comel : ok baki RM 8 (print tiket dan bagi baki)
orang sengih : erm erm.. nak guna kad OKU boleh?


akak comel : laa, takleh dah. tadi kenapa tak cakap awal-awal? dah print tiket dah takleh la patah balik
orang sengih : .... ooo.... ok


Rupa-rupanya orang yang sengih memanjang tadi OKU - Orang kurang upaya. Hurm, patutlah nampak pelik je dari tadi. Kesian jugak tengok dia datang sendiri beli tiket bas, lepas tu kena duduk atas pulak sebab bawah takde. Nak pakai kad OKU pulak tak boleh sebab lewat bagitau. Alangkah malangnya nasib dia




Dimanakan keprihatinan kita

aku ada tanya kat kawan aku pasal benda ni, kenapa orang jaga kaunter tadi takleh nak tukar tket ke, dah tahu OKU, biarlah dia guna kad dia tu. at least dapat murah. Tapi masalahnya, orang jaga kaunter tu akan tanggung rugi kalau buat macam tu. Sebab tiket dah print kan. Gaji yang jaga kaunter tu tak silap aku RM 40 sehari, takkanlah orang jaga kaunter tu nak bazirkan gaji sehari dia untuk orang OKU tu? 

aku tanya balik, kenapa tak tanya awal-awal dia tu ada kad OKU ke tak. Kawan aku kata - gila ke apa nak tanya orang tu OKU ke tak, macam nak hina dia pulak. Kalau korang pergi beli tiket, orang jaga kaunter tu tanya 'bang ada kad OKU?' Kat situ juga rasa nak lempang kan yang jaga kauter tu

Solutionnya? entahlah. kadang-kadang keadaan membuatkan kita terpaksa untuk tidak menjadi prihatin

Khamis, 15 Mac 2012

Tips : Rugi kalau tidak meniaga di Blog

Tadi aku tengok Safiyya. Haaa, entah macam mana boleh terlekat tengok cerita ni pun aku tak tahu. Mungkin pengacara dia comel kot. Haha. Nada kegatalan disitu. Daripada cerita dua beradik yang jadi jutawan hinggalah kepada paparan blogger yang jual tudung apa ntah. Nak sebut pun terbelit lidah. Tengok cerita tu bagi aku idea untuk menulis blog – buat perniagaan di blog. Alang-alang aku dah ada pengalaman, baiklah aku kongsikan sedikit sebanyak dengan korang yang baru nak berjinak-jinak ni.


Buat duit di Blog

Ada dua cara utama untuk buat duit menggunakan blog. Pertama melalui pengiklanan. Bila traffic korang dah tinggi, boleh buka kepada orang ramai untuk letak barangan mereka (dalam bentuk banner atau buat advertorial) dalam blog korang. Cara ni susah skit sebab nak jaga traffic tu susah kot. Nak maintain traffic tinggi ni kenalah pandai menulis dan mahir dengan SEO semua. Sebab tu ramai yang jana duit dengan cara ni tak banyak yang betul-betul dapat duit banyak. Tapi sebab modalnya hanya masa dan tenaga korang – duit takde pun takpe – maka ramai yang memilih guna cara ni



Cara kedua adalah korang menjual barangan korang di blog. Pendekatan yang aku gunakan adalah mula-mula menyediakan perkhidmatan – publish beberapa post pasal kesihatan dan aku pun jual barangan kesihatan. Macam aku selalu cakap Herbalife-herbalife-herbalife, bila orang nak tahu pasal Herbalife, dieorang tahu ke mana nak cari sumbernya. Macam yang jual tudung tu semua, bajulah, rata-rata ada buat tutorial masing-masing kat youtube. Bila orang rasa yakin, dapat tambat hati orang, maka dia pun juallah barangan yang dipakai tu. So simple. Cara ni perlukan modal, ye lah nak simpan stok semua dan lagipun korang kena beriklan di luar, sewa ruangan kat blog orang lain, suruh blogger lain buat advertorial ataupun buat contest di blog untuk orang ramai diluar sana baca blog korang. Berapa modal tu aku tak tahulah, tapi lagi banyak korang laburkan, lagi banyak yang korang akan dapat – jika kena caranya!!

*******

Orite, kali ni aku nak share cara kedua tu. Meniaga di Blog. Ini ada beberapa tips yang tipikal tapi tersangatlah penting!


1) Jual benda yang dekat di hati korang – pengguna

Tak kira apa yang korang nak jual, make sure barangan tu adalah barangan yang dekat dengan korang. Maksud dekat tu, korang gunalah. Ni penting sebab 'kuasa' nak promote tu akan sentiasa ada. Kalau korang jual benda yang korang sendiri pun tak pakai, orang kat luar sana akan tengok pun rasa lain. Korang pun nak promote ada masa-masa dia jugak, time mood ok, korang promote kaw kaw, time tak ok, blog pun tak berupdate



2) Eksklusif : Hanya korang saja yang ada

Benda ni killer untuk melariskan barangan korang. Aku ambik contoh nak jual jubah, macam mana korang nak lawan dengan orang yang jual jubah kat luar sana dan berpuluh-puluh lagi website yang jual jubah jugak? Persoalan ni sangat penting, jawapannya carikan keunikan yang korang sediakan yang takde pada orang lain. Banyak contoh, selain jual kat blog, korang jugak ada sediakan tutorial, jubah korang tu fesyennya lagi advance ke macam mana dari yang lain atau macam-macam lagilah. Kenalah fikir sendiri ye tak?


3) Engagement : Dapatkan product lover

Untung sekarang ni kita ada pelbagai social media. Twitter, facebook, googleplus, tak cukup dengan tu ada pelbagai lagi medium untuk berhubung dengan customer korang – email, skype, ym, msn. Gunakan platform ni untuk berhubung dengan existing customer korang. Tau tak, lagi penting korang jaga customer korang yang lama berbanding pergi cari customer yang baru. Kenapa? Kalau korang pandai jaga customer, selalu layan mereka, tanya khabar mereka, tak mustahil korang akan dapat referal. Customer korang pulak yang akan promote barangan korang tu kat kawan-kawan dia. Untung dah duit iklan kat situ!


********

Orite, itu sahaja tips dari aku. Komen aku, kalau korang ada blog, juallah sesuatu. Daripada buat blog tapi takde hala tuju, baik jadikan blog tu sebagai salah satu tempat dapat side income. Dunia sekarang ni cukup MAHAL, sate ikan pun kat kelantan ni dah 4 batang RM 1. dulu sposen satu je! Eh?? haha. tu contoh je lah, makan gaji ke, tak makan gaji ke, jadikan blog ni sebagia medium untuk tambah duit. Tapi pandai-pandailah, jangan sampai spam orang lain sudah ;)

Bagi sesiapa yang nak mulakan bisnes Herbalife secara online, boleh contact aku, aku akan ajar camne dari blog (hanya kat blog, tak campo guna cara lain) aku dapat RM 1000-RM 1500 sebulan. Call - 0169640972

pss : hari ni gaji masuk, jommm shopping!!!

Selasa, 13 Mac 2012

Tarikh keputusan SPM 2011 : Kisah sebelum dapat result



21 Mac ni keputusan SPM 2011 akan diumumkan. Sekarang ni result boleh check pakai SMS je. Canggih betul. Tapi feel mesti takde kalau terima result by SMS je, best lagi kalau pergi sekolah. Boleh jumpe cikgu-cikgu, kawan-kawan dan kalau result gempak, bolehlah buat sujud syukur beramai-ramai. ooh, kenangan yang sangat best!


Perkara yang perlu dibuat sebelum ambil result

Aku nak share dengan sesiapa yang terlibat dengan SPM 2011 ni, tak kiralah kalau korang calonnya ke, cikgunya ke, familinya ke, atau kawannya ke. Terutama kepada calonnya, benda ni aku buat semasa nak ambik result dulu

'Mintak Allah bagi yang terbaik'

Apa-apa pun result yang dapat, berdoalah kepada Dia supaya result yang korang dapat tu adalah terbaik untuk korang. Orang kata straight A itu adalah benda yang terbaik dan keputusan paling cemerlanglah. Tapi mana tau, kalau dengan straight A tu korang akan jadi tak tentu hala lepas ni, bangga sangat dengan keputusan SUPER cemerlang dapat tu terbawa-bawa masuk ke U dan kat U nanti terkandas awal. Bukan main ramai lagi kawan aku yang result gempak masa SPM tapi kat matrx pun boleh sangkut. Mungkin tak dapat cemerlang pun, itu yang terbaik untuk korang, siapa tahu kan?

Jadi, berdoalah untuk dapatkan yang terbaik, kerana Dia adalah maha mengetahui, ketahui apa yang kita tidak tahu. Dah dapat apa-apa result pun, pasrah je lah, cemerlang ke tak cemerlang, SPM bukan segala-galanya, banyak lagi benda dihadapan tu untuk ditempuhi

Orite, itu sahaja, selamat mengambil result SPM pada yang berkenaan =)


Isnin, 12 Mac 2012

Pengajaran dari kematian hari ini

F. Sherwood Rowland

Saintis yang menang nobel prize pada tahun 1995 sebab temui lapisan ozon kita yang semakin menipis dan kesannya kepada manusia sejagat hari ini telah meninggal dunia di usia 84 tahun.




Nurul Nadirah Abdullah



Adik yang hilang 1 march lalu sebab mak leka main facebook sampai suruh adik kecik ini yang bangun pagi dan kelaparan pergi ke kedai sendiri untuk beli makanan - mee segera dan telur - dijumpai mati rentung hari ini


pss : Mati itu pasti, amat rugilah jika kita tidak mengambil pengajaran daripada kematian orang sebelum kita

Khamis, 8 Mac 2012

New iPad : Perihal iPad terbaru dari Apple yang perlu korang tahu

Semalam tak sempat nak ikuti live pelancaran produk terbaru dari Apple - New iPad. Sebab tak ikutinya adalah aku ni bukan peminat sangat tablet ni, kalau iPhone memang aku akan ikuti secara live. Tak ikut secara live pun, tak bermakna informasi aku terlepas. Kata dunia teknologi, internet ada dimana-mana tempat dan bila-bila masa!

Jadi, ini adalah beberapa update terbaru mengenai iPad terbaru dari Apple




Rekaan sama, nama berlainan

Ramai yang kata iPad baru ni namanya iPad3. Tapi ternyata meleset sebab ia hanya diumumkan dengan 'the new iPad' pelik jugak kenapa tak pakai yang biasa kan. Mungkin nak bagi yang buat rumors mengenai iPad terbaru ni butthurt, mungkin tu jugaklah. haha. Rekaan (design) yang diharapkan berlainan dari iPad2 juga meleset sebab reka bentuk sama je dengan iPad2. sama dengan iPhone4S punya ceritalah ni.


4G connection - tapi untuk apa?

New iPad ni dilengkapkan bersama dengan LTE, kebolehan internet selaju 4G. Walaupun 4G ni lebih laju berganda-ganda dengan 3G, tapi untuk apa kalau masuk kat Malaysia ni. haha, kita mana ada weh. Celcom, Maxis, DiGi mana sediakan benda ni. so bagi aku, takde menarik pun benda ni. Kat US pun dieorang provide syarikat yang takde nama mana, memang orang tak puas hati benda ni. haha. takpe, nanti dah banyak starikat telco provide benda ni, barulah orang akan kata Apple melebihi zamannya ye tak? :p


Camera baru, paparan lebih jelas dari HDTV - Retina display!

Camera new iPad ni 5 megapixel dan ciri-cirinya dipertingkatkan lagi sama dengan iPhone4S. Maka senanglah kawan-kawan aku kat Herbalife nak tangkap gambar kast skrin nanti, lagi jelas. dah tak payah amek nota dah lepas ni. haha. Paparan iPad ni juga dipertingkatkan. Yang ni jadi killer untuk new iPad ni, jom tengok video kat bawah ni. meleleh jugak kan? hehe



Komen keseluruhan

Banyak lagi update korang bleh baca kat sini atau versi melayu bleh tengok amanz.my. Bagi aku, new iPad ni takde WOW Factor, biasa je tapi sudah pasti teknologi tablet Apple ni dah jauh tinggalkan jenama lain. new iPad ni pun kata seorang penganalisis, jauh lebih elok dari mana-mana tablet kat luar sana tu. Cuma WOW Factor tu takde. hehe, mungkin dieorang kena kerja keras lagi untuk pastikan produk ni jadi kegemaran orang ramai. Harga masih sama dengan iPad2, dan iPad2 akan dijual dengan lebih murah nanti. Kat Malaysia tak tahu masuk bile, tunggulah update nanti dan New iPad ni akan mula dijual pada 16 March di US dan beberapa tempat lain. Yang nak mencari gadis SiRi kat New iPad ni, korang takkan jumpe. dia hanya eksklusif kat iPhone4S je. heeee

Korang nak beli? kalau dah plan nak beli tu, belilah sebab harga masih sama. Tapi kalau nak bajet-bajet, belilah iPad2 yang harganya akan jadi lebih rendah nanti. Aku nak beli ke tak? Tunggu je lah nanti :p


pss : esok dan lusa akan berada di USM Kubang Kerian. Unifest. waha!

Selasa, 6 Mac 2012

Mencari orang yang suka adakan projek komuniti di Kelantan

Berita baik kepada remaja yang berada di Kelantan, sesiapa yang berminat untuk adakan projek komuniti di kawasan Kelantan, terutama di kawasan kampung atau pedalaman, boleh hubungi aku sebab aku ada kemudahan untuk diberi


Dana disediakan

Dana untuk adakan projek ini disediakan. Sebut dana ni tak payah bayar balik. Paling minimum boleh mohon sebanyak RM 10000 hinggalah paling banyak tak dinyatakan nilainya. 


Siapa yang layak memohon

Aku sedang mencari kalau boleh pelajar university/kolej yang aku tahu begitu banyak masa terluang di waktu luar kuliah yang mempunyai idea-idea untuk menjadikan rakyat Malaysia terutamanya di Kelantan lebih maju dan proaktif. alahai, skimanya. Yang penting, ada team untuk lakukannya. dan kesemua ahli team lagi teruja untuk adakan aktiviti berbanding dana yang dapat. Bukan rakyat Kelantan boleh je nak mohon cuma projek mesti dibuat di Kelantan sahaja.


Syarat aktiviti

  • Tak berkaitan dengan politik
  • Kelebihan diberi kepada tempat projek kawasan luar bandar
  • Aktiviti one-off atau berbentuk bulanan semua boleh
  • Kesan dari projek itu dapat oleh para peserta


Bagaimana untuk memohon

Hantarkan kertas kerja kepada (kalau boleh dalam in english) kepada aku joegrimjow@gmail.com. Make sure kertas kerja tu lengkap sekali dengan belanjawannya sekali. Kalau ada projek tengah running sekarang dan nak kembangkan lagi, boleh jugak untuk memohon. sama, semua email kepada aku.

Permohonan akan tamat pada 20 March 2012 

Sebarang pertanyaan aku tak layan di email, nak tanya soalan call terus 0169640972. 


pss : mohon share ya kepada yang mungkin berminat

Isnin, 5 Mac 2012

#LelakiComelBila : Dari pandangan perempuan

Semalam hinggalah pagi ni, #LelakiComelBila jadi trending topic kat twitter Malaysia. Haaa, kita ni memang suka hashtag2 macam ni kan, masing-masing nak bagi pendapat sendiri. termasuklah aku. jadi, kat bawah ni merupakan himpunan #LelakiComelBila yang aku amek dari kawan pompuan twitter aku. layan je lah










Banyak lagi dan korang boleh tengok kat twitter. Oh, banyak jugak yang lelaki bagi pendapat perihal #LelakiComelBila ni dan yang terbaik adalah kat bawah ni!




like seriously aku pun rasa comel kalau lelaki berkain pelikat. hahaha!


pss : pagi esok di UiTM Kota Bharu!!

Sabtu, 3 Mac 2012

Pengalaman pertama hadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus

Terima kasih kepada fan page Kelantan FA yang update begitu banyak aktiviti pada hari semalam yang berlaku di area Kelantan. Pelancaran kelab peminat khairul fahmi, @najibrazak datang ke kelantan dan pelancaran tahun melawat Kelantan dan.......... Ceramah Ustaz Azhar Idrus!

sampai2 je, orang dah penuh!

Excited : 1st Time

Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah lagi untuk menghadirkan diri ke ceramah ustaz ni. Walaupun selalu ikuti kat youtube dan facebook tapi tak pernah nak bersua muka. banyak sebab tak jumpa tu, kekangan masa. So semalam tu, memang sangat beruntung sangat sebab akhirnya boleh jugak jadi antara yang pernah pergi ke ceramah UAI

Layan 2 3 keping gambar dulu dari fb UAI




Pendapat aku

Cara UAI kendalikan ceramah dia memang berbeza dari ceramah atau kuliah yang aku ikuti kat mana-mana. Semalam yang jadi MC nya bob lokman, jadi memang tak kering gusi jugaklah dengan celoteh bob lokman ni. Dah bagi ceramah yang umum mengajak orang 'amar makruf nahi mungkar' terus ke part untuk tanya soalan. Bab tanya soalan pulak, memang soalan general, sesuai dan cukup dekat dengan kehidupan kita. takde yang advandce-advance sangat. Cara UAI jawab pulak bersahaja, padat dan ada lawak jenaka yang diselit. 

Walaupun aku berdiri masa ceramah tu - sebab kat bahagian perempuan, segan pulak nak duduk kan? - dengar ceramah yang sejam lebih tu cukup kejap rasanya. tulah orang kata keistimewaan ceramah UAI dan kalau kita tengok, memang setiap tempat penuh dengan manusia yang dahagakan rancangan ilmu macam ni. Tahniah ustaz, nanti datang lagi ok =)


pss : selamat berhujung minggu!

Jumaat, 2 Mac 2012

Komen aku @najibrazak cakap Kelantan negeri termiskin

Yosh, minit-minit terakhir sebelum nak pergi solat Jumaat. Terbaca status @najibrazak yang hari ni dia berada di Kelantan. Tengok banyak pulak yang komen, saje gatal tangan pergi klik read more dan bacalah komen-komen disana. apa yang menarik, ramai yang mempersoalkan yang PM kita cakap Kelantan negeri termiskin



Serius aku tak tahu yang PM pernah cakap benda ni, so aku google - ceh, dah masuk berita dah pun! cuba tengok video kat bawah ni


Selaku rakyat Kelantan yang dengar, memang naik jugaklah perasaan amarah tu. siapa yang tak marah kan kalau orang no 1 negara kita kata macam tu kat negeri kita. huh, marah dong!


Komentar aku

Tapi kalau fikir balik, buat apa nak marah-marah. macam budak kecik pulak kalau berlagak macam tu. Aku rasa, sebab utama PM cakap macam tu adalah untuk kepentingan politik. Biasalah tu, ahli politik will always be politician. ye tak? Tapi, seharusnya PM kita ni kena peka sikitlah dengan hal macam ni. Rakyat kita sekarang ni dah bijak pandai, takde main somborono je terima. Mereka akan cari. Dan kalau korang caripun, takde fakta yang mengatakan Kelantan negeri termiskin melainkan pada tahun 2010 bank dunia bagitau Sabah negeri termiskin. tu adalah!


Hakikat sebenar

Aku tak tahu darimana PM kita dapat fakta tu, tapi kalau betul lah kata Kelantan negeri termiskin, aku rasa macam tak logik. Korang setuju? Nantilah, kot-kot lepas ni aku terjumpa fakta, nanti aku ulas balik. Apa-apa pun, miskin ke tidak, aku still bangga jadi rakyat Kelantan. weeehaaa!


pss : sek sek kito rasa guano? du' wa dop?

Khamis, 1 Mac 2012

Pak Belalang : Potong lalang

Pak belalang hari ni mengajak Hamdi dan Hamdan ke hutan belakang rumahnya untuk proses menyiapkan tempat tanaman sayur-sayuran segar. Agak tension bila dia ke kedai membeli sawi, dah la mahal, tak segar pulak tu dan menyedihkan lagi pilihan pun kurang. Lantas dia membuat langkah proaktif dengan mahu menanam sendiri sayur-sayuran di belakang rumahnya.





Sambil bekerja, dia mahu menduga anak terunanya itu


Pak Belalang : so hari ni, korang kena spend masa dengan abah ok. ambik sabit ni sorang satu
Hamdi : ok
Hamdan : orite


Pak Belalang : kita ni keja kerja efisyen. sekarang pukul 8 pagi, pukul 12 karang kita siap. ibu kamu tu bukannya boleh pisah dengan abah lama-lama
Hamdi : ala abah, ibu yang takleh pisah lama ke, abah yang takleh pisah lama ni?
Hamdan : haha. betul-betul-betul



Pak Belalang : issh korang ni. mana macho lelaki rindu kat perempuan. dah dah. pergi buat kerja tu. hamdan, pergi tebang lalang tu kat area sana, hamdi, tebang kat area sana. amek sabit masing-masing
Hamdi dan Hamdan : baiklah abahku sayang!!!


Setelah membahagi kawasan, pak belalang pun tak terkecuali sama untuk menebang lalang yang begitu banyak di belakang rumahnya tu. Dia melihat kedua anak terunanya sibuk menyabit lalang, sambil menggelengkan kepala, pak belalang duduk bersila dan mengasah sabitnya terlebih dahulu

Setelah mengasah sabitnya, dia pun meneruskan dengan memotong lalang-lalang yang berkeliaran

Setelah 4 jam berlalu....



Pak Belalang : ok semua, dah pukul 12, jom balik
Hamdi : eh, abah ni tak padan tua, cepat betul buat kerja
Hamdan : ye lah, kami berdua sabit lalang ni, sama dengan kerja abah buat sorang!


Pak Belalang : itulah nama kekuatan batin. hanya dah kahwin boleh guna power ni. hehehe
Hamdi : ha?
Hamdan : erk?


Pak Belalang : takdelah, gurau je. korang berdua ni pun, tak tengok ke abah sebelum potong lalang-lalang ni, abah asah dulu sabit abah. dah betul-betul tajam, barulah abah sabit bagi licin. amek masa lebih lama untuk asah sabit ni, kerja nak memotong lalang ni pun bertambah senanglah
Hamdi : herm, patutlah macam susah je nak potong lalang ni
Hamdan : abah tak bagitauuuuuu



Pak Belalang : ni nak bagitau la ni. hehe. benda ni boleh dipraktikkan dalam bisnes jugak
Hamdi : bisnes?
Hamdan : abah dah mula nak bagi ceramah bisnes dia dah ni.....


Pak Belalang : eh korang ni, nak dengar tak?
Hamdi dan Hamdan : NAKKKK (Nada terpaksa)


Pak Belalang : untuk berbisnes, benda utama kita perlu bagi perhatian adalah diri kita. bukan jenis bisnes yang kita buat tu. dalam sehari-hari tu, amek masa lebih lama untuk pembangunan diri sendiri. baca buku motivasi, tambah amalan dengan tuhan, jumpa dengan orang yang positif-positif dan masa yang lebih tu barulah digunakan untuk berbisnes tu. Diri dah mantap, bisnes pun akan mantap!
Hamdi : ooooo
Hamdan : oooooooo


Pak Belalang : oo oo oo, mulut dua-dua terlopong ni paham ke tidak? ahhh, lantak lah, yang penting kite balik sekarang, abah nak jumpa ibu kamu sekarang ni
Hamdi : haa, kantoi abah rindu kat ibu
Hamdan : hahaha


Pak Belalang : opsssss