Isnin, 19 Mac 2012

Father of the Year

Ayah aku meninggal seawal aku berusia 16 tahun. Actually aku rasa waktu aku -betul2 bersama dengan ayah aku semasa umur 8 -12 tahun. Masa aku usia 1-8 tahun tu, memang banyak memori yang aku tak ingat, tapi bila fikir balik, masa aku darjah 2 sampailah ke darjah 6, banyak pulak peristiwa aku dengan ayah aku bersama yang aku ingat. 

Masa aku usia 13 tahun, dah kurang bersama dah. Dia bergelut dengan penyakit dia, keluar masuk wad, namakan je hospital mana, semua ayah aku pernah try. After 4 tahun lepas tu, dia dah takde, meninggal sebab internal bleeding in the brain. Atau bahasa mudahnya stroke

Tapi kan.....

Walaupun aku rasa masa aku dengan ayah aku tu singkat, tapi entah kenapa until now, apa yang dia ajar, kata-kata dia, masih aku ingat sampai sekarang. Korang yang dah takde ayah, korang ada perasan tak macam tu? Ke aku sorang je? Apa-apa pun, tahun ni genap 8 tahun dia takde, semoga dia tenang disana.



Aku sayang ayah aku, korang sayang? ceh soalan, haha!


pss : bercita2 nak jadi ayah yang sihat kepada anaknya. juga datuk yang masih macho kepada cucunya :)

9 ulasan:

  1. selamat menjadi ayah yang super-terbaik buat anak-anak kelak.

    BalasPadam
  2. Aku pon rasa benda yg sama,kdng2 mcm merepek.. Apa yg arwah bagitau bertahun2 lepas berguna pada masa sekarang.. Tp entahlah.. Allah yg lebih tahu..

    BalasPadam
  3. Arwah ayah aku sakit masa aku baru lahir, setiap hari kena cuci darah, dari pagi sampai petang kena kerja, petang sampai malam kena cuci darah.. memang masa aku dengan ayah aku singkat sangat.

    Tapi sekarang pun aku ingat lagi janji-janji aku kat dia, tak hisap rokok, pahtu pastikan dapat belajar sampai habis di universiti.. sekarang ni univesiti dah lepas, rokok pun tak pernah lagi hisap.

    BalasPadam
  4. mudah2an berjaya jadik atuk yg macho utk cucu cicit ekekekekke

    BalasPadam
  5. "bercita2 nak jadi ayah yang sihat kepada anaknya. juga datuk yang masih macho kepada cucunya" terbaik.

    BalasPadam
  6. salam..akk pn sama joe dh tkde ayah..since 1999 (masa tu result spm baru je keluar n alhmdl arwah ayah hepi dgn kep akak).. akk pn smpai skrg teringat n insyaAllah praktikkan apa yg telah dipesan.. tk sangka dia pg dlm usia yg blh dikatakan muda 45 thn.. smga kt sbg anak dpt bg 'hadiah' pada roh mrk disana...amin

    -jsj-

    BalasPadam
  7. Kita same. Papa sy meninggal time sy umur 17 tahun (kurang lebih je) dan kerana penyakit yang same jugak (stroke). I do love my father, just like you :)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.