Jumaat, 30 Mac 2012

Ulang tahun ke-4 joegrimjow dengan Herbalife!

Alhamdulillah, bulan ni genap 4 tahun aku dah consume Herbalife. Yahuuuuu!!!! Jadi, entry ini aku nak cerita sikit sebanyaklah kisah aku. Terutama yang sedang ambik program turun berat badan Herbalife sekarang, mungkin ada ilmu yang boleh korang ambil.


Terima kasih sponsor!

Billionan terima kasih aku nak ucap kat sponsor aku aka classmate aku - Nurliyana Bt Mohd Saiful - ceh nama penuh tu - sebab perkenalkan aku dengan produk yang hebat ni. Ceritanya macam ni, 4 tahun dulu, dia ajak aku ke hotel. katanya untuk dinner. aku apa lagi, memang dinner ni aku suka sangatlah. dalam kereta dia ada jugak cakap, ni bukan dinner sebarangan dan ayat dia aku masih ingat 'mungkin lepas ni ko akan jadi kurus joe. haha' pelik jugak sebab pergi dinner tapi boleh kurus, ahh, lantaklah

Tibanya kat sana, aku tengok orang semua pakai kacak-kacak. Mat saleh pun ada jugak. dinner apa nya start pukul 10 pagi. dia kata sebelum pergi dinner, kena join event dulu. ahh, join saja joe. Masuk ke dalam event tu - speaking english ok - semua duk cakap turun berat turun berat. ada sorang akak tu aku nampak memang badan besar, dia cakap dia dah turun 20kg, perghhh, sebelum tu mesti lagi besar aku rasa.
Join event tu memang aku rasa sangat best. lepas orang cakap turun berat, naik berat pun ada, kesihatan semakin meningkat, dieorang cerita pulak pasal bisnes. perghh, aku dah la memang nak cari bisnes masa tu, memang mengantuk disorongkan bantallah. dengar orang cakap atas stage tu, muda lagi income dah ribu raban. perghhhh, memang masyuk ni

masa dinner

lepas je event tu, ada dinner. memang aku bedal sehabisnya makanan kat situ. Buffet, paham-pahamlah. Dah la MC tu cakap, keutamaan diberi kepada yang 1st timer. see, mengantuk disorongkan bantal diberi aircond 16 darjah celcius. memang sangat suka!

Habis saja event, sponsor aku datang tanya aku

'so joe, camne? nak start dengan produk perisa apa?'

terus tanya nak perisa apa. haha. bukannya tanya nak makan produk ke tak, tapi tanya terus nak perisa apa. memang CLASS betul classmate aku ni. Tapi memang aku duk cari cara nak kurus dah, aku ambik je. Lagipun tak rugi apa-apa, sebab kalau tak jadi, ada 30 days money guarenteed. maka bermulalah program diet aku!


Diet Herbalife Joegrimjow



Aku amek yang 1 set, yang ada formula 1 (perisa coklat) formula 3 dan juga tea. Beli dengan harga retail ok. Sungguh kejam classmate aku tak bagi harga dia ataupun harga ahli, nak harga ahli kena jadi ahli katanya. ok fine. makan sajelah. so, antara yang aku amalkan sepanjang 3 bulan aku dengan Herbalife adalah


1) Shake pagi dan malam

Macam biasa, coach aku kata pagi wajib minum shake. campo f1 dengan f3. goncang-goncang terus minum. sebab tengahari aku nak makan nasi, jadi aku minum shake lagi sekali waktu petang. coach aku kata kena minum 2 kali paling kurang, so memang amek yang paling kuranglah. hihik


2) Tengahari jimat-jimat

Sebab beli dengan harga retail, maka duit biasiswa MARA bagi rm 595 untuk bulan tu tinggal berapa jelah. Maka dengan automatiknya aku kena berjimat cermat pada waktu tengahari. Biasanya aku amek coleslaw dengan ikan bakar pada waktu tengari. Bungkus dan bawak masuk hostel makan dalam bilik. Bukan tak nak makan kat situ, tapi dah pernah buat makan kat cafe, dah habis coleslaw tu beli pulak nasi sebab tak tahan tengok orang lain makan nasi jugak. haha, rapuh betul iman aku masa tu kan. 


3) Air 3 liter

Pada peringkat permulaan, coach aku cakap kena minum 3 liter tu memang aku tak buat. susah wo, pergi toilet je memanjang. Tapi sebab dalam kelas asyik kena marah je, bukan dengan sorang, tapi 2 orang lagi yang suruh aku minum air banyak, TERPAKSAlah minum air 3 liter jugak. Mula-mula susah, lama kelamaan jatuh cinta pulak dengan air. yuhuuu


4) Rabu hari bermewah-mewahan

Sebab rabu ni kat BMI ada pasar malam kat tepi UIA tu, jadi memang shake aku amek pagi dengan tengahari. malam tu pergi beli makanan yang sungguh banyak dan balik makan dengan housemate yang lain. haaaa, memang rabu adalah hari yang dinanti-nantikan sebab boleh cuti. heeee


5) Senaman gaya pemalas

Bulan pertama aku amek Herbalife - bulan 3 busy nak exam. Jadi memang tak bersenam sangat. petang-petang habis class terbungkang atas katil sebab nak energy nak study waktu malam tu. Celah mana nak exercise kan? gaya hidup yang tidak sihat. tak sihat pun dapat class 1 jugak ok. kekeke. Tapi bulan kedua dan ketiga aku amek Herbalife, dua-dua aku start dengan exercise yang ringan-ringan. Kadang2 pergi joging sekitar BMI takpun main badminton. 


Okeh, 5 benda ni je yang aku boleh kasi tips. Untuk lebih, korang tanyalah coach korang ya

Result?

March 2008 : Formula 1 Grandprix Sepang

  • Bulan pertama : Turun 6kg
  • Bulan kedua : Turun 3kg
  • Bulan ketiga : Turun 3kg
  • TOTAL : 12KG dalam masa 12 bulan!!!
June 2008 : Extravaganza Bangkok


Berbaloi-baloi

Turun 12kg tu memang sesuatu yang aku tak sangka-sangka. Sebabnya aku bukannya yang jenis diet sangat, kadang-kadang ponteng jugak makan banyak, tapi tak tahulah mungkin sebab produk ni hebat, aku boleh jugak cecah berat idaman aku - 75kg. Dah lama ok tak cecah angka 70 an ni, bila dah cecah tu sangat happy. 

pompuan pun senang nak ngorat skit. kah kah kah


Kata-kata terakhir

Nak turun berat ni tak senang, hanya yang gemuk saja tahu susahnya nak turun berat ni. Sangat-sangat terima kasih pada coach aku sebab jaga aku elok-elok, tak cukup air dia marah, setiap seminggu sekali dia timbang, jasa tu memang tak boleh nak balas dengan wang ringgit ok. i get new body!! so, kepada sesiapa yang rasa susah or nak give up untuk turun berat, jumpalah aku, nanti aku akan kuruskan badan korang jadi handsome dari hamster. waha!!! 0169640972


pss : malam ni nak pergi ke KL. yuhuuuu

11 ulasan:

  1. insyaallah nak try jugak benda ni...tp kena tggu bajetnyer dulu..haha...nak guna MARA gak lah..

    BalasPadam
  2. baru je pas minum shake..hehehe..sedap daripada dinner mlm yg sy biasa mkn.. :)

    BalasPadam
  3. hehe, terus tanya nak perisa apa. cayalah.

    BalasPadam
  4. aku pun tengah consume herba life sekarang ni, tapi tu lah, malas minum air. hihi. thanx joe, semangat balik rasa nak minum ayaaq bebanyak. hihi

    BalasPadam
  5. kalau barang baik..guna baik-baik..hasilnya pun mesti baik-baik gak punya. hehe..

    BalasPadam
  6. gila gemuk ang dulu ya...kalo workout sekali..sure gempak badan tue...

    f1 f3 tue suma same price macam protein untuk body builder ke? maksud aku dalam range 3-4 ratus..

    BalasPadam
  7. wah kagum lah
    produk tu membantu
    mental pun sma kan

    BalasPadam
  8. penah x mendisiplin kn diri minum 3liter air sehari, bersenam at least 3x seminggu, mkn sayur lebih, xskip breakfast, lunch n dinner secara konsisten n x ambil herbalife??
    @ lepas ambil herbalife bru ko buat sume nie??n bru berat turun??

    BalasPadam
  9. dulu memang ada hati nak beli herbalife ni...tapi member ckp,"nnt kau tinggal tulang ja nanti"....terus tak jadi beli...huhu...tapi apa2 pun banyak dah member makan benda ni....nnt kalau cik siti obese, blh la beli....sbb da jumpa pengedar dia ....=)

    BalasPadam
  10. You've made some decent points there. I looked on the internet to find out more about the issue and found most individuals will go along with your views on this website.
    My site healthy diet plans

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.