Atas ni statistik untuk pertukaran cikgu mengikut negeri (amek dari fb kawan). Kalau korang perhatikan, permohonan masuk ke kelantan paling tinggi iaitu lebih 2000 permohonan dan sebaliknya hanya 83 orang yang memohon keluar. Yang lain korang boleh tengok sendiri. Mungkin statistik ini menjawab, kenapa begitu susah rakyat Kelantan yang apply nak mengajar di Kelantan dapat. Lepas 15 tahun, pun masih permohonannya belum dapat
Apa istimewanya Kelantan?
Entry ni aku akan kupas, kenapa ramai cikgu memilih untuk mengajar di Kelantan berbanding negeri lain. Ini pandangan sahaja, ada korang nak tambah, dipersilakan di ruangan komen ini ok. Jom kita baca kenapa ramai cikgu nak mengajar di Kelantan!!!
1) Cikgu-cikgu ramai berasal dari negeri Kelantan
Aku tak jumpa pulak statistik pecahan cikgu mengikut negeri. Tapi aku yakin, memang ramai cikgu diluar sana tu berasal dari Kelantan. Dulu aku belajar di Kuantan, jumlah cikgu yang berasal dari Kelantan lebih separuh kat sekolah aku tu. haa, ramai kan? Kat sekolah lain aku tak tahulah, tapi ini menjadi faktor utama kenapa ramai yang memilih untuk mengajar di Kelantan - sebabnya mereka asal dari Kelantan! Mestilah nak mengajar kat tempat sendiri ye tak?
2) Ramai cikgu kahwin dengan orang Kelantan
Walaupun orang Kelantan ni glamer dengan kahwin satu negeri, tapi masih banyak yang sebenarnya suka berkahwin dari negeri yang berlainan. Kalau benda ni terjadi, contohnya si cikgu tu perempuan berkenalan dengan seorang doktor dari Kelantan, dah kahwin kalau suaminya tu orang Kelantan, mestilah nak tinggal di Kelantan ye tak? Takkan nak berpisah dengan suami. ooh, siksa batinnya ok!
3) Taraf hidup di Kelantan yang lebih rendah
Kat Kelantan ni taraf hidupnya kira masih ok berbanding dengan negeri lain. Aku kata ok tu sebab sekarang ni dah semakin naik ok. Santan tu (walaupun tak selalu beli) dah cecah RM 8 sekilo. Tapi mungkin kos lain seperti rumah yang lebih rendah, maka ramai cikgu yang suka mengajar di Kelantan kononnya mahu berjimat duit. Nak ke sabah sarawak jauh pulak kan, jadi pilih kat Kelantan je lah
4) Persekitaran negeri Kelantan yang lebih islamik
Cabaran untuk pendidik ni selain mengajar mata pelajaran utama di sekolah, menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik akhlak anak murid mereka jugak. Kalau compare Kelantan dengan negeri lain, lebih senang untuk mendidik akhlak anak murid kerana faktor hiburan di luar tak banyak. Ape je yang ada kat Kelantan ni, wayang pun takde. Sebab tu time cuti sekolah ni, nak main bowling memang kena tunggu lama lah. hiburan tak banyak. Bila hiburan tak banyak, anak murid akan lebih fokus dan kerja cikgu pun bertambah senang. haaa, maka berduyun-duyunlah cikgu yang bukan berasal dari Kelantan pun nak mengajar kat negeri ni. kan kan?
:p
********
Apa-apa pun, sebagai cikgu, korang kena jalankan tanggungjawab tu tak kira kemana korang kena 'campak' Aku ada kawan yang habis je posting kena bertugas di Sarawak. huh, mencabar gila ok. Tapi dia terima je tawaran tu (campo dengan terpaksa) atas dasar tanggungjawab. Sekarang ni hari-hari duk check in naik bot lah, naik sampan lah. hehe. best kot pengalaman macam tu
Apa-apa pun, aku kat negeri Kelantan ni, mengaluk-alukan cikgu-cikgu untuk mendidik anak remaja negeri aku jadi orang yang berguna suatu hari nanti =)
pss: malam ni dah balik kb. wuhu!!!
am very the setuju walopun aku bukan cekgu.yeh
BalasPadamsebab pertama tu yg paling utama. :D
BalasPadamcheck in naik bot naik sampan tu yg tak bole tahan tu... ekekekeke =D
BalasPadam@myatiqah
BalasPadamada sebab lain?
@Hizami Rahim
BalasPadamhaah
yg lain2 tu sampaingan =)
@misz beauty
BalasPadamtau tak sape?
hehe
Hahaha..
BalasPadamTerus ad entry cikgu.bhaya nih.hahaha
@gurumusafir
BalasPadamhehe, ambik mood jumpa dngn bakal cg
No,4 tu aku suka Joe. Part org kelantan comel2 tu pun aku suka :)
BalasPadamiskkk teringat awek terjun KB Mall .
BalasPadamGuru di kelantan perlu ajar muridnya supaya redha dgn ketentuan Illahi . hihihi ...
@Mr.Fuz (Watak Protagonis)
BalasPadamkelantan semua comel2. hehe
@Just.wanie
BalasPadamingat2. ada la tu yg tension sangat tu
Kos sara hidup kt kelantan masih murah berbanding negeri lain. Tak banyak la wang keluar setiap bulan berbanding negeri lain. Oghe tino kelate pom ramai jugok hok comey2 lote..
BalasPadamyee loo dah
BalasPadamni nak kena cari yg senegeri ni..
hohoo
ramai yg nak hidup kat kelantan first sebab awek cun, haha, second sebab taraf hidupnya rendah compared to another countries, third, nk kan budaya dan suasana yang tak terlalu bebas@suka suasana islamik! forth, kelantan makanannya best. jadi nak gemuk, stay lah kat kelantan, kan kan?hiksss
BalasPadamsy pun bakal menjadi guru nti, arap2 la dpt bertugas kt kelantaN.
BalasPadamI ♥ KELANTAN
Biasanya memang yang pertama.
BalasPadamOrang nak balik negeri masing2.
=)
salam, okay bg yg nom 1 tu agak betol,mmg aku tak nafikan rmai ckgu berasl dr klntn, itu psal diorg nk stay sana. statistik pon ada ckp cmtuh. tp aku kurng stuju utk be2rapa point ko. ape kejadahnye ko ckp taraf hidop d kelantan rendah gemop wei? aku tau laa aku pun prnah duk sane. takde barang murah pun, tudung pun sehelai kt kedah 10 kat sana 25. jgn nk ckp ikut google je wei. ag satu stahu aku, kat kedah ni lg rendah serendah rendahnye taraf hidup. nak ape?baju, tdung, makanan semua murah alik sini. mkann lg laa, burger 1.5 je, tempat lain ade?mampu? n ko kaitkan dgn islamik. ngek ke apa hah. dia nma islamik sbb keraajaan yg printah tu sapa, tp rakyatnya?hurm certain je kot.so jgn laa ckp hal islamik.asenye suma neg proportion ke islamikan die same je. kalo yg freehair byk gk dr sana. culture shock ktakan. org klatan bc ni nk butthurt sila laa...daaaaaa
BalasPadamsetuju dgn reason yg 1st..
BalasPadamkalo boleh semua nk blk negeri masing2 kan..saya pun nak blk johor nti..;)
a'a.
BalasPadamorg kelantan byk yg jd cikgu sekolah =..='
tp dgr2 khabar kt Klate ramai GSTT psl depa nk sabotaj. wallahuaklam...
BalasPadamp/s: still bangga memegang i/c '03' even alamat dh tukar. mmg negeri yg unik...
komen anon selalu annoying kan. hiks
BalasPadamtapi betulla cikgu memang paling ramai kat kelantan.
kat rumah aku je depan belakang kiri kanan cikgu. mampu? auntie 12 tahun tggu nak balik kelantan, baru berjaya.
tapi kalau aku jadi cikgu, aku nak mengajar kat kelantan jugak sebab boleh saving banyak sbb cikgu2 yang duduk keliling rumah, semua rumah besar x nak kalah punya
so true
BalasPadamanon..huhu~~
BalasPadamaku bukan pure kelantanese, tapi aku mula menetap di kelantan dah lama.
bagi anon yang kata kos sara hidup tak serendah kedah tu aku nak jawab sikit, kos hidup sama-sama rendah cuma tengok tempat. kalau nak soalkan pasal tudung mahal,takkan la kawan aku dari temerloh sanggup turun kelantan semata-mata nak beli pakaian. sanggup kirim kat kawan-kawan lagi. jadi ada benarnya juga kos hidup dan barang di kelantan ni murah.
pasal writer ni nak tulis 'islamic' tu, biar lah. dia dah tekankan kat situ islamic dan senang nak ajar sebab kurangnya hiburan. mungkin tu maksud writer sebenarnya. pasal rakyat dia nak buat apapun, tak pyh lah nak sangkut paut nak kata negeri islamic konon lah,apa lah. bapak ustaz, tak semestinya lagi anak tu elok. atas diri masing-masing lah.
***
kawan aku mintak masuk belajar kat kelantan pun tak dapat lagi sampai sekarang.
oh..tak leh blah yang ni... :((...
BalasPadamsebab..ermm.. ada sorg neh da mula rapat dan ada planning rumah tangga, then tetiba family (akak) dia da arrange dia untuk kahwin dgn cikgu yg satu skolah dgn akak dia...alasan sbb sama negeri kelantan walo kerja di lain-lain tempat....(adeh...really unfair part ni...)
kat kelantan yang kaya raya..berumah banglo semi-d villa berkereta honda stream, toyota wish civic accord bmw, Volkswagen audi ratanya cikgu..mmg tak boleh nak nafi lebih 70% populasi cikgu di malaysia datang2nya dari anak kelate..bukan cikgu jer tp mana2 pekerja yg dijamin kerja kerajaan gaji mantap seperti juga pembantu perubatan dan jururawat.maka tak heran la ramai yg anak kelantan ni jadi kakitangan kerajaan..tp sedih kepada yg kerja swasta di kelantan..gaji masih pada paras miskin dan teraniaya..dikelantan yg kaya mmg betul2 kaya tp miskin mmg amat kecian..cikgu2 antara golongan kaya di kelantan
BalasPadam