Sepatutnya nak balik Kelantan malam ni, tapi hari ni cuti, habis semua program tergendala. Nak beli barang kena tangguh sebab Herbalife Office tutup hari ni. Nak tak nak kena jugak balik esok! Jadi, kesempatan dah bercuti ni, dari putrajaya aku ke Seremban untuk menyambut birthday muk muk, anak sdare lelaki kesayangan aku. wahahaha!
Ada 12 orang anak saudara, 9 darinya adalah lelaki! Memang sangatlah ramai. Abang aku yang kat Seremban tu ada 5 orang anak, 5 5 nya adalah lelaki. Datang je KL, mesti ada birthday party untuk anak dia. haha, memang meriah betullah. Hari ni birthday party muk muk, kire dia ni anak saudara kesayangan aku jugaklah. Kenapa? ada kisah dia!
Muk muk dan papa joe
Dulu masa dia umo kurang dari setahun rasanya, aku pulak baru nak fly ke UK, lepak kat rumah abang aku di Seremban tiba-tiba kena jadi baby sitter. Masa tu muk muk tak boleh nak berjalan lagi, perangai pun korang pahamlah, budak kan memang suka menangis je lah. Tapi yang specelnya muk muk ni, bila aku pergi ke peti ais, bukak peti ais - buat gaya ala-ala nak masukkan dia dalam peti ais tu, dia gelak bukan kepalang. Memang sejak tu jadi sayang lebih kat dia sebab teringat peti ais, teringat kan dia. haha, boleh alasan macam tu?
Tapi sekarang ni, dia dah segan-segan dah dengan aku. Mungkin dah lupa kenangan manis papa joe dia nak masukkan dia dalam peti ais tu ;)
Jom layan gambar je lah
Kek nak angry bird je |
Aku kelihatan khusyuk makan disitu |
Upacara memotong kek |
Abang aku cuba nak beromentik |
Mak aku menyuap muk muk |
anak sdare pompuan aku yg paling menggoda + mengada! |
Abang aku memang dah takde tempat lain nak buat, mesti buat kat Oriental Park ape ntah nama dia. Kat Seremban 2. Memang ok makanan situ, servis pon ok sebabnya memang selalu kot makan-makan keluarga kat situ. Kali ni specel skit, sebab papa joe die Herbalife bagi banyak bulan lepas, papa joe die yang belanje hari ni. wohoho. Thx u Herbalife =)
Muk muk ni nama dia Wafi, panggil muk muk tu sebab dia gemuk dah skarg. Dia tak makan nasi ok, makanan dia coklat dan kek je. kalau bagi kek, fuh, separuh kek tu boleh dia makan sorang-sorang. Tadi jumpa dah nampak ok sikit, turun skit kot. Kalau tak sebelum ni, memang MUK MUK la :p
Ok, sampai itu sahaja. terima kasih sebab sudi baca
pss : tengok puss in boots tadi, terbaiklah!!!
wah, nasi x mkan, kek makan plak...
BalasPadambahaya tu, hahaha
nasib dah x jadi muk muk =D
happy befday to muk muk, hehehe
@LaLa
BalasPadamkek bleh makan banyak
pak sdare dia kagum je tengok!
angry bird budak2 memang suker....comei tul mukmuk ni...
BalasPadamcomel nye anak sedare perempuan yg paling menggoda tu.
BalasPadammate dia cantik sangat2! :D
happy family...
BalasPadam