Sewaktu aku mula berblog dulu, Januari 2009, aku antara blogger yang cepat naik. Serius dengan penulisan aku yang begitu *comel* (hahaha, gelak comel) aku rasa memang takkan ramai yang sangkut dengan penulisan aku tu (contoh entry ke3 ditulis, sangat comel). Jadi, persoalan timbul bagaimana orang sentiasa baca blog aku dulu dan bagaimana aku kekalkan visitor 200-300 sehari walaupun baru berblog? Jawapannya, kenalan kita
Mesti seronok apabila mengetahui orang yang kita kenal di dunia realiti mempunyai blog. Teruja mahu baca walaupun isi kandungan tiada apa-apa. Baca blog orang yang kita kenal lain berbanding baca blog orang yang kita tidak kenal. Tarikan emosi itu wujud. Sebab itulah aku yang sememangnya mempunyai kenalan yang agak ramai di dunia realiti, dapat traffic yang agak tinggi berbanding blogger yang baru timbul ketika itu. Itu antara kelebihan memiliki kenalan yang ramai
Cuba bayangkan lisa surihani menulis blog. fuuhhh, kalah la cik fida kita. opppsss =)
Ok, entry ini aku akan senaraikan kelebihan memiliki kenalan yang ramai. Memang tajuk ini cukup senang untuk dibincangkan, tetapi kesannya jika kita benar-benar ada kenalan yang ramai, mesti sangat besar dalam kehidupan seharian
1) Kepakaran menjadi rujukan orang ramai
Jika kita mahir dalam bidang tertentu, sebagai contoh dalam pembangunan IT, kepakaran itu hanya akan berada di sekitar kita sahaja jika orang lain tidak ketahui bakat dan kepakaran yang kita ada. Berbanding dengan orang yang mempunyai ramai kenalan, sudah pasti kepakaran seseorang itu akan cepat saja dijaja. Logik kan? jadi, tambahlah kenalan dengan ramai =)
2) Bisnes lebih cepat berkembang
Mungkin agak melampau aku print screen maybank2u aku kat orang ramai, tapi ini sebagai contoh kelebihan punyai ramai kenalan. Alhamdulillah, sepanjang aku berblog ini, hampir 50 custemer yang aku dapat melalui blog semata-mata. Ada yang sekali beli, ada yang berkali-kali beli, ada yang dah start bisnes sendiri pun ada. Macam statement diatas tu, itu hanya hasil dari bulan November ini sahaja (15 November) orang transfer duit. Aku kan selalu sebut pasal herbalife dalam entry abang AC, maka ramailah berminat dan ada yang membeli. Terima kasih ya, minum elok-elok tau herbalife tu, jaga kesihatan ok =)
Aku ambil contoh 2008 semasa aku mula start bisnes herbalife (masa tu belum ada blog). Memang kalau yang di matrik melaka, sbpi kuantan dan juga uitm shah alam yang kenal aku tahu yang aku berbadan besar. Tambahan pula aku ni jenis suka bergaul, lagi ramailah kenalan di luar sana. Bila aku dah jadi kurus, haaa, maka sibuklah tanya bagaimana aku jadi kurus, joe kau amek ubat ape, joe ko putus cinta ke dan macam-macam lagilah. hasilnya, ramailah yang beli produk yang aku makan. nampak kelebihan ramai kenalan ni?
3) Pertolongan cepat dan mudah sampai
Apabila ditimpa musibah, orang yang biasa mempunyai ramai kenalan ini akan lebih cepat menyelesaikan musibahnya. Contoh di UK dulu, ada kes yang perlu balik disebabkan ahli keluarga meninggal. Aku melihat, apabila orang tu yang memang suka bergaul, cepat je duit dapat ditampung untuk membeli tiket dia pulang ke Malaysia. Berbanding yang tak suka bergaul atau kurang kenalan ni, tahu-tahu je dia dah balik Malaysia sebab ahli keluarga meninggal!
Contoh terdekat aku lagi adalah senior aku dulu di Sheffield. Maz Afzal (baca sini untuk kisah penuh). Dia yang menghidap cancer semasa tahun terakhir dalam bidang perubatan disini aku tengok begitu ramai yang datang untuk memberi pertolongan. Bukan sahaja di Sheffield, tetapi di seluruh UK. Bukan sahaja melayu, international student yang lain pun datang memberi bantuan. Dia memang seorang pelajar yang aktif semasa di Universiti dan sudah pasti kenalan yang dia miliki cukup ramai. Alhamdullillah, kesemua kawan yang mengetahui kesusahan yang dia tanggung, berebut untuk memberi bantuan. Itulah kelebihan orang yang punyai ramai kenalan yang nyata bermanfaat untuk diri sendiri!
Pesanan
Cuma pesanan aku, kita nak berkawan atau menambah kenalan itu, janganlah terlalu memilih. Contoh si A datang nak berkawan denga kita, tengok dia tiada apa-apa kepentingan kepada kita, terus nak jauhkan diri, mana tahu suatu hari nanti si A ni akan jadi tukang chef, dapat jugak kita merasa air tangan dari chef kan? ;) Berkawanlah dengan ramai orang, tambah kenalan dengan sesiapa sahaja, kita takkan rugi. Semakin besar network kita, semakin mudahlah urusan kita. Bak kata pepatah, berkawan biar beribu, musuh janganlah walaupun satu.
Peluang menambah kenalan!!
Bagi yang belum tahu, akan diadakan dalam masa terdekat ini yang dipanggil Social Network Gathering. Apa tu? Boleh klik ke websitenya di sini - www.SNGathering.com. Tujuan utama dibuat website ini adalah untuk memudahkan segala gathering/perjumpaan/meetup yang dilakukan oleh sesiapa sahaja menjadi lebih senang. Yang paling besar akan diadakan pada bulan Januari 2011. Inilah peluang untuk kita menambah kenalan dengan lebih luas
Pengalaman aku sendiri, memang mudah segala urusan bila berjumpa dengan kawan-kawan di dunia maya di dunia realiti sebabnya kita boleh kenal hati budi seseorang dengan lebih mendalam. aceceeh =) dan memang sungguh ramai yang aku dah berjumpa dan berkawan di dunia realiti jauh lebih best berbanding di dunia maya. Terbaru hari tu jumpa dengan beautifulnara.com (tahniah alexa dah bawah 100) dulu ingat dia jenis sombong, tapi bila dah jumpa, mesra alam rupanya. ahaa, best kan?
SNGathering nanti, kalau tiada aral melintang, akan dijemput lebih ramai lagi yang memiliki nama besar supaya kita lebih kenal mereka di dunia yang nyata. Dunia Maya ke Dunia Realiti - misi Social Network Gathering. jom2
pss : nak ajak siapa lagi yang datang?
bgs2.. :))
BalasPadamwah.bro joe mkn herbalife ke?
patut la dulu lain skang lain. hehe :p
hehe.. sgt comel.. :):):)
BalasPadam@aMiYs
BalasPadamerk
ape yg comel?
@Puteri Iqa Izyan
BalasPadamwahhhaa
betul, byk kawan byk pertolongan smpi. over the blog aku dpt kenal those yg lagi pandai pasal urus wang dan dpt sama belajar dan kongsi pendapat
BalasPadam@Matjoe
BalasPadamjumpa satu geng lagi best
promote abesan joe.kipidap..hoho
BalasPadamsaya comel, siapa nak jumpa saya datang la gath tu nanti :P
BalasPadamitulah untungnya ramai kenalan..
BalasPadambest ke herbalife??mahal tak??nak try tapi macam tak mampu je..huuu..
BalasPadambila kita baik dengan semua oran...orang pasti akan baik dengan kita..itulah untungnya..boleh dapat ramai kenalan..
I wouldn't know you if it wasn't because of gathering...
BalasPadamkalu xjoin gath haritue melepas peluang nak berkenalan dgn blogger entry comel nih..
hikhik...
so come on everyone...
lets gather...
mmg ambo x nafikan mmg best ramai geng..
BalasPadammemang penting mencari kenalan yang ramai...jgnla jadi mcm katak bawah tempurung...
BalasPadamhahaha..ak mmg dh jngke blog ko akn naik...
BalasPadamtime kt mtrik dlu ko siap tnjuk kt ak friends ko kt fs..dkt 4000 lbh pstu xleh add lg dh..hahahaha
kawan ramai la seronok!
BalasPadamjoe bahaya kot letak account maybank terang2....baik blur kan...
BalasPadamyup
BalasPadamsetuju!
klu nak berkawan
jangan memilih
setiap orang ada kelebihannya yang tersendiri yang kita xtaw...
klu musuh lak, boleh x klu nak memilih2 ni?
haha
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
kalau gitu,saya nak mintak kenal dgn abg joe la!!mlm ni kita skype ye??haha
BalasPadam*tiba2*
betul tu,klu kita kenal org tu scr realiti,aura blog kwn kita mmg kuatlah kita nak baca.rasa syook je.tp klu blog yg mmg saya dah follo sejak awal dia buat blog dia pun rasa best!maksudnya kita dah tau macam2 hal psl dia.
@we trust in arshavin
BalasPadamplan pemasaran
hehe
@♥CIK SHA♥
BalasPadamxde keburukan lagi stakat ni ramai kenalan kan
@-ROCKprincess-
BalasPadamyupppaaa
naseb baik ada gathring kan
@intankuterpilih
BalasPadamkatak bawah tempurung
hidup pun bawah tempurung jugak lah
@Mohd Nasri Md. Nasir
BalasPadamkekeke
friendster katakan
@nur hidayah isa
BalasPadamnanti org nak transfer senang
huhu
@wanie m'nJ
BalasPadamjom2 skype
kawan ramai itu satu kelebihan! :)
BalasPadamMemang bagus having ramai kenalan.. :D
BalasPadamdari dulu
BalasPadamsuke ke blog joe..
hehe
salam aidiladha =)
~Eazy Izzuddin~
selamat hari raya joe! hihi
BalasPadambest lah ramai kawan
BalasPadamhehehek
betul cakap kau joe. semenjak berblogging banyak jugak kawan kawan yg aku dapat kenal termasuk kau, hehe
BalasPadamselamat hari raya bro..:)
BalasPadam