Isnin, 15 November 2010

Sekarang adalah masanya!!!

1) Sekarang adalah masanya : Puasa Arafah

Esok merupakan hari baik untuk berpuasa. InsyaAllah satu family esok akan puasa untuk puasa Arafah ni. Kalau orang yang buat haji sedang sibuk mempertingkatkan amal ibadah mereka di Arafah sana, kita yang berada di Malaysia ni boleh mempertingkatkan amal ibadah sama dengan kuatkan berzikir, solat sunat, dan sangat digalakkan untuk berpuasa. Antara Kelebihan berpuasa pada hari Arafah ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana dalam Hadith



Ada perbahasan ulama aku baca dosa yang diampunkan adalah dosa-dosa kecil. Fuhh, memang tak terkirakan dosa kecil yang kita buat ni, jadi eloklah kita sama2 berpuasa esok untuk muhasabah diri balik supaya jadi insan yang disayangi Dia


Sekarang adalah masanya, berpuasa esok!!!!!






2) Sekarang adalah masanya : Lelong.my

Klik gambar untuk lebih lanjut


Pernah dengan Lelong.my? Satu website yang menyediakan perkhidmatan menjual/membeli barang online yang paling besar di Malaysia. Aku sebenarnya dah lama register tapi baru nak aktif memandangkan begitu banyak cd ps3 untuk dijual ni. Huh, sesiapa nak beli/sewa bolehlah email personal ok. Banyak kot sebab cd ps3 ni aku beli di UK dan di Malaysia harganya memang lebih mahal

Sekarang lelong.my ada promosi untuk pendaftaran ahli baru. Kire kalau korang register, ada habuan akan dapat. Kali ini hadiah untuk sign up adalah 500 superpoint. Wah, memang untung besar tu. Jom register sekarang. Banyak barang-barang kat sana untuk dibeli dan pandai-pandailah cari 'dealer' yang disukai orang. 

Sekarang adalah masanya, untuk register di lelong.my!!!






3) Sekarang adalah masanya : Belajar baca tulisan jawi!!!

Sebagaimana dalam twitter aku yang lepas, aku ada cerita yang pak imam kat kampung aku ni suruh aku baca khutbah aidil adha ni, tadi baru terima teks khutbah tu. waaaahhhhh!!! dalam tulisan jawi. dah la lama sangat dah tak baca jawi ni, nampaknya malam ni kena 'panas'kan otak balik supaya nanti takdelah tergagap-gagap baca. Cabaran tu!



14 muka surat kot



Sekarang adalah masanya... belajar baca tulisan jawi!!!



pss : tidur awal untuk bangkit awal. nite everybody

26 ulasan:

  1. wahhh
    gud luck Joe!



    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam
  2. skrg masenyew ckp sy hensem!
    ahaks!

    BalasPadam
  3. Semuga berjaya baca khutbah dgn lancar!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. jom berpuasa...
    dah baper lama meninggalkan alam tulisan jawi nih...
    xper2...
    pelan2..

    BalasPadam
  6. wah..gud luck.. insyaAllah saya pun puasa esok.. =)

    BalasPadam
  7. baca khutbah raya haji ye..
    bagusnya..Alhamdulillah
    =)

    BalasPadam
  8. baca khutbah kg???
    kiranya joe kat kelantan la ni.. bestnya dapat sambut raya haji kat klate..taun ni terpaksa la beraya kat sabah ni.erm.
    ~ btw selamat berpuasa arafah & selamat hari raya aidil adha!

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa & selamat baca khutbah.. gudluck! :)

    BalasPadam
  10. joe, nk pinjam blueray game ps3...serius ni

    BalasPadam
  11. Semakin Terancam?! Semarak Jawi.

    1. Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
    Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 34 bentuk berdiri sendiri.
    Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = 17 bentuk yang manis + tari-menari.
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
    Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
    http://www.arabictypography.com/ani1.html

    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
    Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
    -
    Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.

    BalasPadam
  12. @da[Y]un

    haah, klantan raya haji dengan aidilfitri sama meriah

    BalasPadam
  13. u mcm mane nk jd kaya dgn blog nie...??huhuhu...read my blog juga ye

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.