Belajar erti pengorbanan yang terbaik adalah dengan mengikuti cerita-cerita para Nabi terdahulu dan contoh paling ideal sehinggakan dibukukan di kebanyakan buku adalah pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Pengorbanan yang membuktikan ketakwaan seorang hamba kepada pencipta mestilah melebihi kasih sayang kepada duniawi. Menempatkan diri kita dalam suasana nabi Ibrahim, sanggupkah kita melepaskan sayang kepada anak dengan menyembelih sebagaimana diperintahkan?
Selain skop pengorbanan, nilai kasih sayang juga boleh diambil iktibar oleh kita. Kasih sayang antara si ayah dan juga si anak ditonjolkan sendiri antara nabi ibrahim dan nabi ismail. Manakala kasih sayang sang pencipta kepada hambanya boleh dilihat bagaimana Allah menukar nabi ismail dengan seekor binatang lain ketika disembelih oleh ayahnya. Kasih sayang pencipta kepada hambanya ini perlulah dihayati untuk kita lebih mengetahui, segala dugaan di dunia, segala masalah di dunia, segala mehnah tribulasi yang kita alami, bukan tandanya Dia bencikan kita, tetapi sayang untuk menguji adakah kita seorang Hamba yang hebat diuji
Sukan Asia 2010
Malaysia yang sudah mendapat pingat emas pertama semalam melalui CHAI fong ying melalui acara wushu merupakan salah satu contoh pengorbanan dari dimensi yang lain. Dimensi dari seorang bukan beragama islam kepada negaranya. Pengorbanan yang ditonjolkan oleh seorang rakyat kepada negaranya. Kejayaan emas yang dimenanginya disertai dengan berita kematian datuk kesayangannya
Walaupun kematian datuknya itu pada 3 hb 11, baru semalam berita itu dikhabarkan kepadanya. Sebab utama adalah untuk tidak menjejaskan fokusnya kepada latihan untuk menghadapi sukan Asia ini. Pengorbanan ini dibayar dengan emas kepada Malaysia. Emas yang kita rakyat Malaysia dahagakan dan dambakan dibayar oleh seorang yang berkorban untuk negaranya. Tahniah Chai Fong Ying dan takziah diucapkan
Persoalan pengorbanan
Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok hari, joegrimjow mengajak semua untuk introspeksi diri sejauh manakah sudah kita melakukan pengorbanan untuk agama, negara dan juga bangsa. Sudahkah kita lakukan sesuatu untuk agama kita, negara kita dan juga bangsa kita banggakan dengan pencapaian kita? Yang pasti, sesuatu pencapaian luar biasa mestilah dibayar dengan satu pengorbanan yang juga luar biasa. Marilah kita bersiap siaga, untuk berkorban menempuh hari yang mendatang yang penuh pancaroba!
pss : jangan jadi korban di jalan raya sudah ok
salam aidiladha en joe..
BalasPadam@mia
BalasPadameid mubarak
seminggu lebih berita tu dirahsiakan. mesti perasaan dia sedih sgt2..
BalasPadamSalam Aidiladha Joe
BalasPadamentry yang best
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
Eya berkorban untuk final duduk kolej x balek baercuti raya. hihi
BalasPadamSalam Aidil Adha Bro Joe ^_^v
BalasPadamsesuatu kejayaan memerlukan pengorbanan.hee~
salam aidiladha mr joegrijow. x korban lembu ke tahun nih?
BalasPadam@Hasrol Nizam
BalasPadamerti pengorbanan
@Admiral Hafiz
BalasPadameid mubarak jugak
@EYA NADIA
BalasPadamhaha
slamat beraya kat kolej
@Wan Gerrard
BalasPadamsudah tentu kan
@lesungpipit
BalasPadamtengok lembu je
;)
oh! joegrimjow komen di blog sy?
BalasPadamkonpem mlm ni xdpt tdo dgn lena. =)
pakcik..selamat hari raya..
BalasPadammoga2 dirahmati Allah selalu..
amin:0
joe korbankan herbalife hari raya korban tahun ni. HAHA salam aidil adha bro. :D
BalasPadamselamat raya joe.. raya kelantan eh tahun ni
BalasPadamselamat hari raya bro joe n pembaca sekalian..:)
BalasPadamSudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi
Selamat hari raya joe..ku tak beraya di kelantan thun ni.
BalasPadam@Adziim
BalasPadamberaya kat mane?
@Marhaen Kacak
BalasPadamthx u
@hamzah ian
BalasPadamyuppaa
@Dean winchester II
BalasPadamhehe
korbankan skit2
@nadia
BalasPadamlol
apa la sangat
besar pengorbanan dia.
BalasPadamnice entry!
BalasPadam