Sabtu, 29 Disember 2012

Joegrimjow Jr.

Alhamdulillah :)

Doktor kata due date 31/8/2013. Amboi anak merdeka. Pandai bapak dia set tarikh :)



Hadiah terbesar cik bini bagi sebelum habis 2013. Heeee. Rezeki Allah bagi ni, kena syukur sangat-sangat. Mintak kawan-kawan doakan supaya terus kekal kandungan ni. 2012 bakal tamat dengan aku tersenyum lebar je memanjang lepas ni. heeeee :)

Jumaat, 28 Disember 2012

Adakah Jumaat terakhir anda bermakna?

Amboi, macam nak mati esok ye?

Tapi takpe, antara orang bijak adalah orang yang mengingati mati. tak gitu? Cuma tajuk Jumaat terakhir tu refer kepada - Jumaat terakhir tahun 2012. Jadi sekali lagi kita tanya soklan yang sama - adakah Jumaat terakhir anda bermakna? Kalau ya, TAHNIAH! Kalau tidak - pun tahniah sebab mengaku :)


My last Friday!

Hari ni hari yang full dengan aktiviti berfaedah. Alhamdulillah, aku antara golongan yang join club - jumaat terakhir yang bermakna. Bagi yang tak berapa nak bermakna tu, bacalah story ni serba sedikit, at least adalah jugak ilmu baru yang dapat pada hari Jumaat ni

Pagi tadi pukul 8 lagi aku berada di club kat wakaf che yeh. eh eh, bukan club yang berjoget-juget tu eh, tapi club yang kumpulkan orang-orang nak jaga kesihatan. Macam korang tahu, Herbalife ni tak boleh nak bukak stokis, sewa satu tempat, letak produk banyak-banyak then jual. Tak boleh, salah etika. Apa yang boleh dibuat, sewa satu tempat, hidangkan shake untuk orang ramai yang datang - tu boleh

etika ni kena jaga, sebab tu company ni mampu bertahan lebih 32 tahun


Supervisor Training dari 20K President Team - Mak Yang

Best sangat hari ni sebab pengedar Herbalife no 1 kat Malaysia, datang untuk berkongsi. Kat Malaysia ok, beribu-ribu distributor kat Malaysia ni, dia no 1. Pn Rahimah atau lebih dikenali sebagai Mak Yang. Memang setiap kali dengan sharing daripada dia, setiap kali tu lah semangat baru akan muncul. Sangat power dan tadi khas untuk supervisor yang baru qualify pada bulan lepas untuk next step plan. 



Aku yang dah lama kat tangga supervisor ni pun still dapat banyak ilmu baru dari Mak Yang. Aku share sikitlah bagi korang yang tak datang tadi. Macam mana Mak Yang jumpa Herbalife ni sebab dia memang sangat-sangat perlukan sesuatu untuk menolong dia untuk jadi kurus. Dah berhabis banyak kredit card kat slimming center tapi semuanya tak jadi. Dalam masa yang sama, dia jugak tengah cari side income untuk tolong bisnes dia yang besar


Bisnes cuci bangunan, 500 pekerja

Katanya dia bermula dalam bisnes cuci bangunan sebab desakan kewangan. Suami dia tentera letak jawatan sebab nak cari peluang yang lagi besar dalam hidup. Sebab tu dieorang start dengan bisnes. Daripada 5 orang pekerja, hinggalah 500 orang pekerja. Dia kata setiap pekerja perlu dibayar gaji tiap-tiap bulan. RM 1000 seorang. Katakan dapat kontrak RM 100 ribu untuk 30 orang cuci satu bangunan selama 3 bulan, duit yang kontrak bagi tu RM 100 ribu bukannya dapat terus. Kadang-kadang 2-3 bulan baru dibayar.

aku dengan mak yang. amboi bergambar di nami island korea lagi 

Jadi dia kata, setiap kali dapat projek, macam nak nangis sebab tahu mesti berhutang untuk selesaikan gaji pekerja. Katanya dia tak boleh nak kurangkan pekerja sebab 500 orang yang bekerja dengan dia tu bergantung harap kepada dieorang untuk cari rezeki. Disebalik 500 orang tu, ada 500 keluarga, kalau berhenti, bayangkan macam mana terjejasnya kehidupan mereka. Sebab tu buat buat buat jugak sampailah berjaya dalam bisnes ni SELAMA 13 TAHUN


Start Herbalife

Sebab perlukan dana yang besar, dia pun start cari side income untuk cover bisnes dia yang besar tu. Macam nilah, kalau nak dapatkan pulangan RM 10 000 sebulan, kena ada duit RM 100 000. If nak RM 100 000 sebulan, memang kena ada duit RM 1 Juta baru boleh proceed dengan kerja tu. Start Herbalife ni dengan tak sengaja, sebab produk result - dia sendiri turun lebih 20kg, suami dia semua high high - high cholesterol, high blood pressure, high uric acid dan macam-macam lagilah highnya - kesihatan semakin improve, dia pun mulakanlah bisnes Herbalife

Yang bestnya, apa yang dia buat dalam bisnes cuci bangunan selama 13 tahun, dia dapat sama hasilnya dalam Herbalife hanya dalam 3 tahun. 10 tahun jimat!

Luar biasa kan?

Dan sekarang ni, memang dua-dua buat Herbalife full time. Bisnes tu pun dah diberi kepada orang lain dan suami isteri ni sekarang dah jadi no 1 Herbalife distributor kat Malaysia tahun lepas dan tahun ni pun memang sah-sah dieorang lah sebab hanya dieorang je yang 20K president team. Maksud K K ni, kalau 20K tu, paling busuk pun RM 200 ribu sebulan. Last month Herbalife bayar dieorang RM 240 ribu. Pernah satu bulan tu, dieorang beli terus 3 biji kereta. Bukan kereta cikai-cikai, salah sebuahnya Bently - harga RM 2.3 juta.

amazing-amazing!

Bulan depan insyaAllah aku akan pergi ke rumah baru dieorang, nanti aku buat review penuh pasal dieorang okeh. Tak pernah lagi masuk rumah yang harga RM 7.6 Juta ni, entah macam manalah gamaknya :)


Petangnya macam mana?

Petangnya sambung training lagi. Eh lupa pulak tengahari tu solat Jumaat. Haaa, agak tak best solat Jumaat kali ni - sorrylah pak imam baca teks. Paham maksud aku? Maksudnya - mengantuklah makmumnya. Actually tak boleh nak salahkan makmum je if makmum tido ke apa, sebabnya pak imam tu mainkan peranan untuk jadikan khutbah tu menarik. Tapi aku tak tido lah, sebab tu tahu sebab tengok orang tepi, belakang depan semua khusyuk tidur je. haha. amboi tak nak mengaku tido tu. heeee


MEGA HOM di Bachok

Habis je program petang tu kat club aku, terus ke Bachok sebab julung-julung kalinya diadakan Mega HOM di BACHOK!!! BRAVOOOO. Sebagai salah seorang leader kat Kelantan ni, haruslah tunjuk muka dan kasi support. Tapi sebab aku bijak, sempat bawak 3 orang guest kat sane. heeee. lead by example gitu. 

Nak tahu berapa ramai yang hadir untuk kali pertama ni?? Tengok gambar kat bawah ni




115 orang!!!!

Tahniah kepada team Bachok, memang Kelantan sekarang ni booming gile. Sangat rugi yang tak buat bisnes ni kat Kelantan. hehe. Ayat kasi pedas sikit kat orang luar :)


That is my story, what about yours?


Amboi cakap mat saleh pulak. itu saja, jadi apa story korang pulak? share2 lah ya

pss : doa-doa supaya semua selamat okeh. Doakan 2012 korang berakhir dengan sesuatu yang bermanfaat untuk korang dan untuk insan yang korang sayang.

Rabu, 26 Disember 2012

Banjir di Pantai Timur

Musim banjir sudah tiba!

Nasib aku sangat baik, tadi balik dari Sungai Petani pada waktu pagi dan sampai ke rumah (Kota Bharu) pada waktu tengahari, takde laluan banjir yang terpaksa ditempuhi. Runsing jugak ada kawan bagitau, kawasan rantau panjang (kena lalu) dinaiki air, kenderaan ringan memang tak boleh nak jalan dah. Tapi alhamdulillah, tadi semua ok

Kat rumah pon dah nak naik air!

Banjir di Pantai Timur kali ni agak lewat berbanding biasa. Biasanya awal bulan 11 dah start dah. Ni penghujung bulan 12 baru nak start. Agak teruk jugak sebab menurun statistik, dah cecah 17 ribu dah mangsa banjir yang dipindahkan sekarang. Teruk jugak kan?

statistik terkini dari website MKN

korang boleh klik sini untuk info banjir


Jangan seronok sangat

Masa banjir camni, bukan sahaja budak-budak yang seronok, bapak budak pon seronok jugak. Nak berseronok tu boleh, cuma janganlah keterlaluan sangat. Nak main air pun, pastikan jangan sampai membahayakan nyawa sudah. 

Selamat menhadapi banjir, ingat banjir, ingatlah joegrimjow. waduhhh!


pss : panas enjin, lama tak update blog ni!

Jumaat, 21 Disember 2012

Memahami kalendar mayan

Mayan mayan mayan!

Aku rasa perkataan 'mayan' ni adalah antara yang paling famous sejak dua menjak ni. Memandangkan hari ni hari kemuncaknya, maka eloklah aku cerita sikit mengenai mayan - lebih kepada kalendarnya kepada korang. Eh eh, jangan kata aku taksub pulak ya, actually baru semalam baca n faham. At least boleh buat modal berbual ye tak? Nampaklah educated sikit. kononnya lahhh

3 kalendar

Orang mayan ni gunakan bukan satu kalendar saja, tapi 3. 3 kalendar dan 3-3 miliki fungsi berbeza. Pertama dipanggil Haab' - kalendar ni lebih kurang sama dengan kalendar georgian yang pakai 365 hari tapi yang beza dia just pakai 365 hari je, kalau georgian ada tahun lompat kan, dieorang takde.

Kedua dipanggil Tzolk'in - sama jugak dengan georgian, cumanya hari dia cuma ada 260 hari je. Lepas tu pusing balik start dengan 1. Kalendar ni digunakan untuk tentukan waktu keagamaan dieorang.

Ketiga yang jadi topik hangat - Long Count Calendar. Kalendar ni pelik sikit sebab dia berbentuk liner tak macam 2 tadi. Yang kata end of world end of world tu dieorang cerita pasal kalendar ni la. Actually takdenya orang mayan cakap end of world, pandai-pandai je yang reka. Nanti bila korang baca habis korang akan faham kenapa aku cakap macam tu

Long Count Calendar

Kalendar ni cara nak tulisnya kena ada 5 nombor dan dipisahkan dengan 4 titik. Contohnya macam ni - 8.9.3.4.1 - setiap nombor tu berbeza had dia dan namanya pun berbeza. Paling kanan dipanggil k'in atau hari. seterusnya uinal diikuti tun, ka'atun dan last sekali b'ak'tun. Jadi, bile tulis 8.9.3.4.1 kita baca 8 ba'ak'tun 9 ka'atun 3 tun 4 uinal 1 k'in. Ok, setakat ni paham?

Rupa Kalendar Mayan

Yang ni korang kena paham elok-elok. Bila korang dah faham kat bawah ni baru korang bleh proceed. Actually mudah je nak paham. hehe. Kita ambil contoh tarikh ni 12.0.0.0.0
  • Selepas 19 k'in dia akan reset balik jadi kosong dan akan tambah 1 uinal (selepas 12.0.0.019 jadi 12.0.0.1.0
  • Selepas 17 uinal dia akan reset balik jadi kosong dan akan tambah 1 tun (selepas 12.0.0.17.19 jadi 12.0.1.0.0
  • Nampak trick kat sini? Actually 1 tun = 360 hari (lebih kurang setahun)
  • Selepas cukup 19 tun dia akan reset balik jadi kosong dan akan tambah 1 ka'atun - (selepas 12.0.19.17.19 jadi 12.1.0.0.0)
  • Selepas cukup19 ka'atun dia akan reset balik jadi 0 dan akan tambah 1 b'ak'tun (selepas 12.19.19.17.19 jadi 13.0.0.0.0)
Faham dah? 

Kalau faham cuba jawab kuiz ni. Amboi siap ada kuiz lagi! 
  • 5 tun berapa hari? (jawapan 5 x 360 = 1800 hari)
  • 1 ka'atun berapa tahun georgian? (jawapan 20 x 360 hari = 7200 hari = lebih kurang 20 tahun)
  • Kalau 12.19.19.17.19 berapa hari dan berlalu? (jawapan lepas tarikh tu 13.0.0.0.0, jadi 1 b'ak'tun = 20 x 7200 hari =  144 000 hari. Jadi jawapan dia (13 x 144 00) - 1 = 1 871 999
hampeh kuiz ada jawapan. Kalau faham jawapan dia tu, boleh baca seterusnya. tak faham nak teruskan baca pun bolehhhhhhhhhhhhhh

13 b'ak'tun

Menurut kefahaman dieorang - tuhan cipta dunia ni dah 3 kali failed (hampeh meragui tuhan sendiri) dan sekarang ni yang manusia tinggal adalah dunia ke 4 dicipta. Mereka juga percaya, dunia ni dulu tamat pada 13 b'ak'tun dulu - lebih kurang 5 ribu tahun lebih dan telah bermula satu tarikh baru lepas tu. Maknanya tarikh dunia baru yang ada sekarang ni bermula pada tahun 13 Ogos 3114 sebelum masihi dan bila tarikh tu akan start balik cycle yang ke 13 b'ak'tun iaitu jatuh pada hari ni - 21.12.2012 maka akan terjadilah peristiwa 'kehancuran'

Benda ni banyak pendapat jugaklah, yang atas ni paling banyak orang percayalah. Lepas tu macam biasalah, manusia ni macam-maca. Timbul pulak ada jugak yang kata 13 b'ak'tun ni akan bermula tahun baru yang mana jiwa akan naik ke langit dan manusia akan jadi baru semuanya. Yang lebih extrime, ada makhluk asing datang dan bawa manusia ke plenet lain. Juga ada yang kata bumi akan bertembung dengan planet nibiru, berlaku armagedon pon ada jugak. 

Macam-macammmmmm

Actually 13 b'ak'tun ni macam permulaan baru bagi dieorang. Bentuk permulaan tu takdenya dieorang kata bumi ni kiamat ke apa sebab tarikh Long Count Calendar ni takkan berhenti. Nama pun Long Count ye tak? Mestilah panjang dikiranya

Jadi kepada kita, bolehlah serba sedikit faham akan kalendar mayan ni. Harap entry ni bermanfaat. Ilmu tuhan tu luas, jangan kita taksub akan sesuatu sudah :)

rujukan

Khamis, 20 Disember 2012

Kenapa aku tak suka dengan lagu 'Anak Kampung'

Aku tak tahu korang, tapi bagi aku sesuatu lagu yang aku suka tentang irama dia. Macam kalau boleh go on je, baru aku pergi kepada lirik dia. Antara lagu yang menarik minat aku adalah lagu anak kampung. Kat radio selalu pasang, mungkin tu sebab suka kot



Cuba kita dengar lagu ni


Tapi, bila tengok dan hayati lirik lagi ni - perghhh rasa macam tak puas hati je. Serius tak puas hati!

Ni aku  copy paste lirik lagu dia. Takdenye aku hafal lirik dia


Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain


Komen pasal lirik

Negatif gila kan lirik lagu dia? Ada certain part yang - ahhh, tak boleh nak terima! Memang aku ini anak orang miskin, Tiada apa-apa yang dapatku berikan - ok fine, ko orang miskin xdapat bagi apa-apa. Tapi at least boleh tolong apa yang patut ye tak. bukannya tak boleh bagi apa-apa langsung. Engkau memang cantik memang tidak padan, Dan tidak sepadan - ok, kalau aku kat diri perempuan tu, datang cakap macam tu, memang sah aku terus reject dah. takde keyakinan diri langsung


Part yang tak boleh tahan dah datang! Aku anak kampung tiada pelajaran, Kuli-kuli sahaja memang tidak padan - kau takde pelajaran tapi nak salahkan orang kampung! Helloo, orang kampung pun banyak pelajaran tau sekarang. Yang kaya2 kat Malaysia sekarang ni kebanyakannya orang kampung. Syed Mokhtar Bukhari bukannya orang bandar pon. haisshh! 

Dan part yang tak boleh nak tahan - Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, Rumahku pun tiada ada pun bapa punya, Apa lagi belanja mahu bayar berian, Kahwin sama kamu - dah takde tu buatlah cara takde. KERJA! Banyak kot peluang kerja sekarang ni, tak payahlah nak pasrah sangat. 

dan dan dan - Bukannya ku tidak suka sama kamu, Tapi aku takut hidup kau kan sengsara - kalau tak suka, diam. kalau suka, MAKE A CHANGE. Belum apa-apa dah takut tak boleh nak tanggung bini. Tak payah kawin teruslah. Dan yang paling teruk - Kerana aku cinta, Aku lepaskan kau sama orang lain - sebab cinta lepas kat orang lain, what a nonsense. If bapak pompuan tu tak suka ke, family tentang ke, ok lah jugak. Ni sebab ko malas kerja, pasrah je duk tenung sawah padi, rasa kecewa sebab mak bapak tak kaya, lepaskan cinta. oohhh sangat tidak suka!

cool down cool down

Mesti sesak nasfas kan korang baca ulasan aku ni? haha. tarik nafas dulu dalam-dalam, hembus then kita cite. Actually banyak lagu yang best-best kat luar tu tapi kalau tengok lirik aiyooyo, sangat negatif. Yang aku tak suka pasal lirik lagu macam ni, seolah kita pasrah dengan hidup kita dan lagu anak kampung ni boleh dikatakan dimainkan setiap radio kot. tengah hit sekarang ni. budak2 yang duk nyanyi lagu ni, jadi siulan mereka sikit sebanyak akan masuk ke dalam subconscious mind dieorang dan akan lahirlah masyakarat yang PASRAH MEMANJANG

hurmmm..... entahla labu............

Selasa, 18 Disember 2012

Apa guna kaunter express?

Hari ni berkesempatan tengok cerita The Hobbit dengan cik bini kat Alamanda. Serius cerita yang panjang gila dan kalau korang plan nak tengok baik tak payah la. Aku bagi 2 bintang. Ok ok, bukan nak cerita pasal The Hobbit, tapi nak cerita pasal kaunter express

Tapi ni bukan kaunter express wayang ke apa, tapi kaunter express pasaraya!


Beli 2 barang kat carrefour tadi, ingatkan nak cepat sebab tak mahu singgah kat kedai runcit untuk beli barang tu tapi apakan daya semua kaunter penuh. Huh, macam lama jugak kena beratur ni. Terpandang satu kaunter dia tulis 'Kaunter Express' Khas untuk 10 barang ke bawah. Memang kaunter tu untuk aku la tu

Tapi kaunter tu pun ramai orang jugak!

Tapi (apsal banyak sangat tapi ni??) dah nama kaunter express mestilah semua cepat ye tak. Takdelah kena tunggu lama sangat sebab mesti barang yang custmr nak bayar bawah 10 barang semuanya. Tapi (ceh tapi lagi!) sangkaan tu tak tepat, kaunter express la sangat yang orang duk beratur kat situ ada yang penuh troli


Kat depan aku ada sorang pak cik yang berbaju kemeja - baru habis kerja agaknya - beli air kotak soya dan sebotol air minuman. Ok, pak cik tu ok. Yang masalahnya orang kat depan pak cik tu ada sepasang lelaki perempuan yang tengah nak bayar mak oi, troli penuh barang! Dan yang tak bestnya, dia boleh buat muka tak bersalah dan 'adik' yang jaga kaunter tu pun tak berkeras suruh pergi beratur ke kaunter lain


The best part?

Ada dua orang perempuan yang beratur kat belakang aku siap bagi idea lagi kat pasangan banyak barang tu 'alah, lambat dah ni, scan je bayar semua barang tu, apa susah' Nak tahu kenapa die cakap macam tu, sebab dieorang pon ada satu troli penuh barang jugak!


Mentaliti ohhh mentaliti

Actually benda ni benda kecik. Tak perlu pun aku tulis dalam blog ni. Tapi (Ahaaa tapi lagi!) benda kecik macam nilah yang jadikan sesuatu perkara tu leceh. Alangkah baiknya kalau kita semua praktikkan kaunter express tu, bolehlah aku, pak cik yang nak bayar air soya tu dan banyak lagi orang yang nak beli barang bukannya satu troli selesaikan urusan cepat-cepat. Tu kegunaan kaunter express. Nak cepat sebab tak nak beratur panjang kat kaunter lain, semua nak cepat ye tak?


Ada lagi benda kecik seperti buang sampah dari kereta - alah buang kulit coklat je pun - tak tutup lampu lepas guna - aku bayar bil lektrik kot, suka hatilah! - tak flush balik bila dah satel buang air besar - heheee...... terlupa bang..... - dan banyak lagilah yang rasanya kecik tapi kalau kita ubah hidup ni akan jadi lebih best untuk didiami

Jadi, aku nak ajak korang - JOM BERUBAH - kita sama-sama jadi masyarakat Malaysia yang lebih prihatin dengan tak pandang benda yang 'kecik2' ni sesuatu yang takpe kalau tak buat. Perubahan tu start dari kita, jom ubah!

pss : esok balik kelantan!!

Jumaat, 14 Disember 2012

AFF Suzuki Cup, Lee Min Hu dan K-Pop

Maka semalam berakhirlah saingan Malaysia untuk merebut piala AFF Suzuki Cup untuk kali kedua berturut-turut. Entah korang perasan ke tak, dah 3 tahun kita jadi juara di ASEAN ni, sejak SEA 2009, AFF 2010 dan tahun lepas SEA 2010 pun kita jadi juara je. Jadi kekalahan semalam ni kita kena terima dengan redha dan berbangga kerana Malaysia dah bagi yang terbaik


Dah bagi yang terbaik ke?

Entah apa silapnya semalam, permainan pemain kita tak seperti biasa. Kalau nak diikutkan, memang kita kena buru gol awal dulu compare dengan pasukan Thailand tapi separuh masa pertama memang Thailand control gol habis-habisan. Ada yang persoalkan padang yang buruk - pemain kita tak biasa, pemain Thailand dah biasa - ada juga persoalkan pengadil - pengadil dibayar rasuah, benci benci benci - dan pelbagai lagi alasan, kekalahan semalam yang agak perit terpaksa kita telan


Kontroversi pengadil

Dalam sesebuah permainan, pengadil adalah orang terpenting untuk jadikan sesebuah permainan itu adil. Dah nama pengadil ye tak? Tapi takleh kita persalahkan pengadil je memanjang, mungkin ada yang kita nampak di kaca tv pengadil tu xnampak dan ada yang kita tak nampak pengadil boleh nampak siap dengar lagi. 

Apa-apa pun, memang ramai tak bersetuju dengan tindakan pengadil yang bagi kad merah kepada pemain Malaysia di minit terakhir perlawanan separuh masa pertama membuatkan kita nampak lagi tak terdaya nak melawan Thailand yang bermain dengan 11 pemain manakala kita hanya 10. 




Maka hari ni, masih lagi berlanjutan kemarahan rakyat Malaysia kepada pengadil yang mengadili perlawanan semalam sampaikan banyak troll yang direka. Heh, hebat jugak rakyat kita troll troll ni eh?

Walau apa pun, lupakan sajalah peristiwa lepas, fokus kepada yang mendatang ni. Nak sangat aku sebelum tutup mata, nak tengok Malaysia lawan di World Cup. Semoga lebih banyak penambahbaikan akan diadakan tak kira dari segi pengurusan sehinggalah kepada pemain di atas padang. gud luck Malaysia, tahun depan kita mengaum lagi!


pss : singapore dengan thailand - siapa yang menang?

Khamis, 13 Disember 2012

Malaysia vs Thailand : Penyokong Malaysia yang tersungkur awal

Malam ni perlawanan yang akan menentukan siapa yang akan mara ke pusingan akhir piala AFF. Macam biasa, walaupun bukanlah peminat setia bolasepak, tapi sebagai rakyat Malaysia haruslah aku sokong pasukan kita. Malam ni kita kena menang!

Kat rumah ni, ada dua orang anak sedara aku yang bersemangat nak tengok bola

'papa joe papa joe, male ni ko lawe bola?'

'ya' 

'malesia lawe tailan ko?'

'ya'

'pik sokong malesia'

'papa joe pun'


Jawab secara basi-basi saja. Tengah sibuk buat kerja, mana ada masa nak layan budak ye tak?

Datang lagi selang beberapa minit kemudian


'papa joe papa joe, kito main bola nok'

'malah la, main nge alih la'

'alih tok panda main, maghi la main'

'tengahari lagi ni, tunggu pete'


Budak ni memang berpegang pada janji, petang tu dia tanya pulak! Tapi nasib baik petang tu hujan, jadi ada alasan tak main bola dengan dieorang. Petang tu jugak sebab tak dapat main bola kat luar, dia tendang bola ke hulu ke hilir, sepak dinding. Kena marah, duduk diam.


Pukul 8

Dah sepak mula dah pun Malaysia lawan Thailand, aku tengok dua-dua anak sdare aku yang semangat tadi takde kat tv. Hurm, pelik. Tengok kat bilik tidur, hampeh, TERSUNGKUR AWAL!



Semoga berjaya team Malaysia malam ni, semoga kita layak ke pusingan akhir! 

Rabu, 12 Disember 2012

12.12.12 - Bumi dilanda meteor

Dah 12.12.12!

Actually 12.12.12 adalah tarikh yang sangat unik yang mana tarikh sama nombor macam ni berlaku sangat jarang sekali. Next tarikh macam ni akan berlaku lagi pada 1.1.1 iaitu pada jan 1 tahun 2101. Er, mungkin kita dah takde kot masa tu

Tapi kan tarikh yang menarik macam ni dicemari dengan tarikh 21.12.2012 yang mana kita tahu dalam kalender orang mayan tarikh berakhirnya bumi ni. Malapetaka besar. kiamat katanya. Jangan caye pulak ya, jadi syirik. malapetaka dalam bentuk bencana tu mungkin, kiamat tu tarikh yang hanya diketahui oleh Allah

Bumi ditimpa meteor

Mungkin korang tak tahu, 12-14 bulan ni merupakan hari-hari yang mana kita boleh tengok "hujan meteor" di langit. Geminid meteor shower namanya. Benda ni selalu berlaku tapi pihak NASA dah bagitau tarikh 12-14 adalah kemuncaknya. Kita boleh nampak dengan mata kasar 50-80 per jam akan jatuh ke bumi

Tapi jangan risau, kebanyakan meteor ni saiz sangat kecik, tiada bencana kepada bumi. Cuma keindahan yang boleh kita nampak. Apa lagi, malam nanti intai2 lah kat langit tu kot kot ternampak

Selamat mengintai dan selamat hari 12.12.12 :)

Jumaat, 7 Disember 2012

Pengalaman jadi suami : Waktu subur

Mesti korang klik laju-laju kan bila terbaca tajuk macam ni? Haa, cepat mengaku cepat! haha. Kalau korang expect aku nak buat entry lusyah-lusyah, eh-tak-sesuailah ok. Tapi memandangkan macam best je tajuk tu, aku pun letaklah. Jadi entry ni memang aku akan tulis borak-borak je lah, kalau dah takde kerja, bolehlah teruskan bacaan. heheheheeeee. betul ke ni takde ape2? heheheheheeee (gelak jahat)

Suami jarak jauh

Suami jarak jauh, suami hujung minggu entah apalah lagi gelaran yang aku terima sejak berkahwin tapi tak tinggal bersama dengan isteri melainkan hujung minggu. Memang sekarang ni plannya nak ajak cik bini ke kelantan je tinggal bersama, tapi memandangkan majlis kenduri kat Kelantan ni tak buat lagi, jadi mak aku tak bagi. Dia kata nanti apa pulak orang kampung kata. Haish, macam buat kerja tak betul je kan?

Jadi bila kita travel selalu ni - memang setakat ni tak pernah miss lagi setiap hujung minggu akan ke KL - persoalan yang paling penting adalah dari segi kewangan. Aku pun perasan jugaklah memang agak laju duit habis bila travel jauh-jauh ni. Sebab tu kena bijak. Bijak merancang. Bila perbelanjaan kita semakin meningkat, kita ada dua cara untuk atasinya
  1. cut kita punya perbelanjaan
  2. tambah kita punya income
Nampak solution dia? Nasib baiklah aku buat Herbalife, bukannya makan gaji. Kalau makan gaji korang rajin macam mana pun, banyak tu je lah dibayarnya. Kalau buat bisnes sendiri ni, haaaa, memang rajinlah dia jadi secara automatik. Flyers pun bagi lebih, cakap dengan orang pun lebih, semua lebih lah. 


Naik bas atau naik flight?

Berulang alik dari KL-KB ni aku rasa yang paling banyak dan sesuai adalah sama ada dengan bas ataupun dengan flight. Kalau drive tu memang tak masuk dalam senarailah, 7 jam kot! Dah la jalan tak best, highway oklah jugak. Naik keretapi ni entahlah aku jenis tak suka sangat naik kereta api. Jadi pilihan yang ada, bas ataupun flight.

Memang nak diikutkan hati, naik flight je lah kan mudah, tapi dari segi perbelanjaan dia, fuh banyak jugak beza dia. Sebulan sekali oklah, ni seminggu sekali. erk! Jadi kebanyakannya aku berulang alik dengan bas. Ni siap aku buat SWOT Analysis lagi sama ada bas atau flight. Sia-sia belajar kat UK pasal SWOT Analysis ni kalau tak praktik kan? haha
  • BAS 
    • Strength : Murah, orang nak ambik/hantar senang
    • Weakness : Lambat sampai, masa dengan cik bini jadi kurang
    • Opportunity : Jimat duit
    • Threats : bas excident?? nauzubillah!
  • Flight
    • Strength : Cepat sampai
    • Weakness : Mahal, susah orang nak hantar dan ambik (jauh)
    • Opportunity : Masa bersama cik bini lebih
    • Threats : Digoda pramugari?? kah kah kah

Actually kalau aku tak buat SWOT Analysis ni, memang aku tak perasan yang ada satu masalah lain selain dari duit kalau naik flight ni. Masalah nak ke airport! Benda ni memang terkena kat batang hidung aku, masa nak balik dari KL hari tu, flight ke KB sampai pukul 9 pagi. Pukul 12 baru ada orang datang ambik aku kat airport. Letih menunggu pulak! Kalau naik bas, senang je sebab bas mahligai tu berhenti dekat dengan rumah aku, jalan kaki pun bleh sampai ke rumah. Haaa, berguna jugak kan SWOT Analysis ni


Minggu ni ke KL lagi ke?

Jadi minggu lepas aku dah slow talk dengan cik bini yang mungkin minggu ni aku tak ke KL. Urusan kat KB ni agak banyak, dan urusan kat KL pun boleh ditangguhkan. Dah 5 minggu kot ulang alik, kena belajar rindu-rinduan gitu

Tapi kan, ni hanya orang dah kawin saja yang tau, korang budak-budak memang takkan paham, kena kawin baru tau, rindu bini punya pasal minggu ni ke KL jugak. hahaha!

Dan...

Dan..

Dan...

Dan...

Dan...

Dan...

Cik bini whatsapps aku tadi, katanya 'ikut kiraan... esok i hari ke 14'

Tang tang tu jugak aku.....


Maka terus beli tiket flight esok terus! Mahal pun mahal lah! SWOT Analysis kita letak tepi!! Ada kerja penting esok untuk dilakukan. wahahaha

pss : heheheeeeeeeee

Khamis, 6 Disember 2012

Hampir kecewa dengan Apple

Welcome December!!!

Amboi-amboi, dah 6hb dah berlalu baru nak welcome december? Heh, sebenarnya ada sebab kenapa blog tak berupdate untuk sekian lama - laptop masuk ward! Macbook aku dah lama sebenarnya dilenjan habis-habisan oleh tuan dia, memang ok lah lebih 2 tahun baru nak buat hal. Lagipun aku hantar ke ward bukan sebab rosak teruk, cuma ada masalah dengan wifi dan bluetooth, sebab tu hantar masuk ward. 

Apple iCare

Macbook ni aku beli masa kat UK dulu. Kawan aku bagitau masa nak beli tu 'make sure ko ambil apple iCare joe, nanti sebelum nak balik Malaysia boleh pergi tukar dan dapat macbook baru' Bila dengar dapat yang baru tu, memang aku ambillah - bayar lebih RM 400 (kalau convert ke Malaysia) dan dengan harapan dapatlah aku buat trick kawan aku ajar tu

Tapi sebab masa nak balik Malaysia tu laptop masih berfungsi elok, tak sempat nak tukar yang baru. Dieorang pun xkan la bagi mudah-mudah kan laptop ok nak bagi yang baru

Kisah di Malaysia

Actually bukan manusia je yang sakit-sakit dengan perubahan masa ni, laptop pon sakit jugak! Aku perasan bila guna kat Malaysia ni, laju dia dah kurang, lepas tu satu-satu masalah timbul. Walaupun takde lah teruk mana, tapi memang ada perubahan kepada nak rosak. Tapi fikir masih dalam waranty, aku ok je lah

Sehinggalah minggu lepas, aku hantar ke tempat service dengan harapan nak dapat laptop baru.

hehe................. (gelak jahat)


Tapi kan, dieorang kat sana kata dieorang hanya akan repair, bukannya bagi baru. Kat negara lain boleh nak tukar baru tapi kat Malaysia tak boleh. Habis lah harapan nak dapat Macbook baru :(

Dieorang kat tempat repair tu kata - aku pilih service kat times square tingkat 8 - kena tinggal laptop untuk seminggu baru bleh ambil balik. Maka terjawablah kenapa aku tak update blog ni, sebab macbook takde! 3 hari lepas tu, dapat email dari dieorang yang buat aku HAMPIR KECEWA DENGAN APPLE



Tu diaaaa, takde warranty untuk apa yang macbook aku rosak dan kena bayar RM 450 untuk kos service

WHAT THE APPLE!!

Memang aku agak bengang jugaklah sebab warranty aku tu masih ada. tamat pada April 2013 nanti tapi sesedap hati je dia kata tak cover. Kalau tak cover setakat RM 100 tu ok lah, ni sampai RM 450 kena bayar. Sia-sia jelah aku amek iCare yang beratus tu kalau tak cover kerosakan aku tu. haiishh

Jadi aku pertikaikan balik kat dieorang

Email balik kat dieorang

Kata yang aku tak puas hati - dah la bagi email je, bukannya nak phone

Tapi takde reply dari dieorang

Maka aku frust................

Fikir punya fikir, aku rasa elok aku ambik balik je tak yah baiki. Bukannya takleh guna pun MBP aku tu, just rosak wifi je. Aku pun online pakai usb cable dari iPhone aku ni, memang jarang berwifi, kat rumah pun takde wifi. Jadi aku buat keputusan untuk ambil balik dan bayarlah apa yang patut

THE BEST PART

Masa aku call dieorang, dieorang kata MBP aku sedang dibaiki. Whatt??? Aku bukannya bagi pon dieorang baiki kalau kena bayar. Tapi dieorang kata - 'encik tak payah bayar, free je sebab masih dalam waranty' Walaupun nak marah dengan dieorang sebab main tarik tali kata kena bayar kata xyah bayar camni, tapi sebab dah free, tak payah bayar pape, haaaa, tak jadi marah.

Hampir kecewa dengan Apple, tapi sayang balik :) 

Sabtu, 24 November 2012

Seronok tengok anak berkahwin

Amboi ko joe, baru entry pasal nak buat test kehamilan untuk cik bini, tup tup ada anak dah kahwin dah? Waha! Nilah bestnya Herbalife ni, kita akan dapat anak awal. hehe. Meet my 'anak' in Herbalife!!!



Tahniah Fahmi n Suhaila yang selamat berkahwin pada 21.11.12 - amboi tarikh nak lawa je kan :)

Fahmi ni kawan blog. Mula-mula masa aku balik ke Malaysia dulu dialah antara orang pertama contact untuk ambil Herbalife. Kebetulan aku dan kawan aku baru nak mulakan bisnes ni kat Kelantan, kiteorang buat pertandingan WLC - Weight Loss Challenge kat Kelantan dan apa lagi, suruh la dia join sekali. 

Dia join dan menang tempat pertama pulak tu! Turun 4.9kg sebulan. Menang cash terus RM 500

Plan dengan dia untuk jadi supervisor, terus jadi supervisor. Dia adalah supervisor aku yang pertama dalam Herbalife. Kalau dikira anak - anak sulong la ni. haha. Tapi sedih, satel je jadi supervisor, dia terpaksa pindah ke borneo nun jauh disana. Tak sempatlah nak fokus dengan dia untuk jadi world team. Tak pelah, rezeki tuhan sama-sama. Dia jugak satu-satunya supervisor aku yang requalify balik - tahun pertama buat Herbalife hilang 11 orang Supervisor. haha. Nasib baik dia seorang terselamat 

Semalam pergi kenduri dia pun, ehem ehem apsal berat naik balik ni? hehe, bahagia gamaknya. Mintak suhaila jangan masak sedap-sedap ok, buat shake sedap-sedap takpe :)

Semoga kedua-dua pasangan ni bahagia ke akhir hayat


pss : lepas ni anak yang mana pulak? basir? bukhari? eka? atau najiha? wahaha

Selasa, 20 November 2012

Pengalaman jadi suami : Gara-gara Farid Kamil

Semalam tengok kat twitter habis semua duk bincang tentang kehebatan Farid Kamil yang baru saja disahkan bininya mengandung. Bunting pelamin! Baru 16 hari kot! Seingat aku, aku kawin 2/11 dan dieorang 3/11. Kalau dikira mathematicnya - aku patut dulu! 

waha!

Maka hari ni aku suruh cik bini check jugak. amboi mengada betul. Bukannya plan nak anak awal ke tidak, tapi kalau dah dapat tu, rezeki terbesar kot takkan nak tolak. Lagi pun kalau dapat anak awal. best jugak tu. hehe. Maka suruhlah cik bini check. Oh, currently berpisah lagi dengan dia, aku kat KB dia kat KL. Nasib badan....


 



Punya la excited aku kan nak tahu keputusan. Ye lah, kalau FARID kamil boleh, takkan FARIDzul tak boleh? haha. Tadi pukul 10.30 cik bini whatsapps balik. Keputusan dia????

jeng jeng jeng







haishhhh....... silap beli pulak.....


ovulation test tu nak check sama ada tengah subur ke tak. boleh pulak dia silap beli! Tunggu esok je la joe......

Isnin, 19 November 2012

Q n A : Kena makan Herbalife seumur hidup ke?

Ada soalan yang ditanya pasal Herbalife oleh seorang kawan. Aku abadikan (amboi ayat) dalam bentuk dialog kat bawah

Q : Betul ke lepas makan Herbalife berat akan naik smula lepas kita stop?
A : Orang naik berat sebab ape?

Q : Sebab makan banyak n makan cara tak betul
A : Tahu pun. Herbalife ni ape?

Q : Makanan yang sihat n rendah kalori
A : Jadi, lepas kita stop makanan yang sihat n makan makanan yang tak sihat lepas tu, berat naik tak?

Q : Mesti la naik....
A : Dah tahu pun jawapan dia. bijakkkk

Q : Dah tu kena makan Herbalife seumur hidup la. orang dulu-dulu takde Herbalife pun hidup ok je. slim je....
A : Orang dulu2 pergi haji naik ape?

Q : kapal...
A : orang sekarang?

Q : kapal terbang
A : agak2 kalau pergi haji naik kapal sampai tak?

Q : mesti la sampai. tapi mane ada org naik kapal dah skrg ni. kapal terbang lg senang n cepat sampai
A : haa. sama la tu dengan Herbalife

Q : apa yang sama?
A : orang dulu makan makanan yang sihat. makan buah2 n sayo banyak. sayo pun dieorg tanam sendiri. skrg ni nak cari makanan yang sihat susah. even sayo kat kedai pun maybe ada racun serangga yang lebih n ada kesan sampingan dia. Herbalife ni datang untuk mudahkan kita. Ajar cara makan makanan yang sihat dengan pantas

Q : tapi Herbalife mahal la nak makan hari-hari
A : nak tahu satu rahsia?

Q : rahsia ape?
A : Kita boleh makan Herbalife secara murah! Kita jugak boleh makan Herbalife free. Kita jugak boleh makan Herbalife sambil Herbalife bayar lebih extra income. Yang best kawan saya makan Herbalife dah 31 tahun, umo 70 lebih tapi badan macam umo 40 n Herbalife siap bayar dia sampai 6 angka sbulan. nak?

Q : nakkkkk
A : JUMPA DI SPECTACULAR!

Isnin, 12 November 2012

Tangguh kenduri kahwin sebab ZERO 2 HERO

Bagi yang selalu hadiri event Herbalife, memang selalu speaker-speaker berkongsi mengenai 3 LIFE yang penting dalam hidup kita. Pertama yang paling utama adalah religion life. Kedua family life dan terakhir barulah Herbalife. Sememangnya perlu utamakan agama dan keluarga dulu barulah datangnya bisnes

Masa nak tetapkan kenduri kahwin belah pihak lelaki, memang aku sangat berhati-hati dalam pemilihan tarikh. Tahu bulan 11 memang kritikal dengan pelbagai event yang Herbalife akan jalankan dan paling penting - Zero 2 Hero. Masa tu belum ditetapkan tarikh lagi, jadi aku call sponsor aku untuk mengetahui tarikh supaya tidak clash dengan kenduri kahwin aku. 

Dia kata ‘kemungkinan besar’ 10-11 November. Sebab kad perlu dibuat dan dicetak, aku adakan kenduri kahwin pada 17hb November.

Kad pun dah siap sekarang. 



Memang tak lama kad aku disiapkan, sponsor call mengenai tarikh baru Zero 2 Hero - ‘joe, ada event lain lah 10hb tu kat Gambang, dieorang buat 17 n 18 pulak’

HABIS!!!!

to be continued........
******

Event merupakan nadi dalam bisnes Herbalife. Jangan berani korang nak buat bisnes ni kalau tak pergi event. Ramai orang yang ‘bajet’ bijak tak nak pergi event, reka cara sendiri dan akhirnya memang tak lama dalam bisnes ni. Serius tak lama!

Kalau aku nak cerita mengenai kepentingan event ni, memang panjang. tersangat panjang. Cukup bagi yang baru ni perlu tahu yang event ni memang penting. Best mengenai event Herbalife ni, kita takkan pernah rasa bosan! Ada je benda baru dalam setiap event. Aku ambil contoh STS yang dibuat tiap-tiap bulan, memang benda sama je slide tu tapi still sehinggalah 4 tahun aku dalam bisnes ni datang ke STS tiap-tiap bulan, ada je benda baru yang dapat.

Panduan untuk pergi ke event buat bisnes Herbalife

If korang nak buat Herbalife part time, jana pendapatan RM 500-1000 sebulan korang boleh ikut apa yang aku cadangkan ni  
  • HOM (paling kurang sekali sebulan)
  • STS (paling kurang sekali sebulan)
  • ZERO 2 HERO (paling kurang 2 kali setiap tahun)
  • Spectacular (kena pergi - sekali setahun)
  • Extravaganza (kena pergi - sekali setahun)
  • Herbalife University (kena pergi kalau layak - sekali setahun)

Bagi yang buat Herbalife full time, jana pendapatan minimum RM 2000 ke unlimited income korang boleh ikut apa yang kat bawah ni
  • HOM (4-8 kali sebulan)
  • STS (2-4 kali sebulan)
  • ZERO 2 HERO (kena pergi setiap acara)
  • Spectacular (kena pergi - sekali setahun)
  • Extravaganza (kena pergi - sekali setahun)
  • Herbalife University (kena pergi kalau layak - sekali setahun)

ZERO 2 HERO - Life Changing Event

ZERO 2 HERO merupakan acara yang diadakan oleh para pengedar Herbalife untuk secara fokusnya bagi training BAGAIMANA nak jalankan bisnes Herbalife ini. Sebab nak jadi pengedar Herbalife ni terlalu murah - RM 98 dan korang boleh buat perniagaan di 86 buah negara setakat ini, korang kena pergi ke acara seperti ini untuk ketahui BAGAIMANA nak jalankan bisnes ini. Banyak sangat cara nak jalankan bisnes Herbalife ni dan event ZERO 2 HERO ni memang direka khusus untuk orang baru bagi memecut pernigaan mereka



Bagi yang lama, gunakan ZERO 2 HERO ini sebagai sesi latihan untuk organisasi korang. Takde organisasi walaupun dah pergi beberapa kali ZERO 2 HERO? Jangan putus asa, pergi walaupun takde orang yang ikut

2 pasangan berumur 23 tahun yang jana pendapatan lebih RM 100 000 di Herbalife

Bulan ni memang ada fenomena yang lebih hangat dari bulan-bulan sebelumnya sebab ada kisah hangat dari 2 pasangan suami isteri dalam Herbalife yang masing-masing bulan lepas jana pendapatan melebihi RM 100 000. Umur 23 ok. Yang bestnya pasal Herbalife ni, if jumpa dengan dieorang ni semuanya humble. Tidak ego dengan duit yang dieorang dapat malahan boleh bagi nasihat dan motivasi untuk korang berjaya - walaupun korang takde kena mengena dengan dieorang.

(Video promo zero2hero lepas)

Nak jumpa dengan 2 pasangan ni, datang ke ZERO 2 HERO dan tengok sendiri bagaimana attitude dieorang. Belajar live dengan dieorang dan START SERIUS DENGAN HIDUP KITA. 

Speaker yang super hebat

Kalau tengok barisan speaker kali ni, memang lagi hebat dari ZERO 2 HERO sebelum-sebelumnya. Guest Speaker Ibu Dame! Aku dah berkali-kali dengar kisah Ibu Dame pun tiap kali dia cerita mesti mengalir air mata. Antara keistimewaan speaker Indonesia ni, memang dieorang boleh buat kita nangis. Sebab perit dugaan mereka lagi hebat, kita boleh rasa walaupun hanya dengan dengar cerita. Nak berinspirasi? pergi ke ZERO 2 HERO!

TIKET? 

Bagi yang belum dapatkan tiket, dapatkan tiket sekarang (kalau ada) dengan sponsor masing-masing. Korang yang tiada sponsor, dapatkan tiket dengan aku. Ada lagi beberapa keping. Call (0169640972)

JUMPA DI ZERO 2 HERO!!!

*******

sambungan ..... (cepat betul sambungan dia. haha)

Tapi sebab aku tahu yang ZERO 2 HERO ni memang tak boleh nak miss, memang pening kepala nak memikirkannya. Kad dah siap, persiapan pun dah buat segala dah. Nak tunda tu macam tak hormat kepada pihak isteri akulah. Malam tu jugak buat solat hajat supaya Allah permudahkan urusan

Alhamdulillah, memang kalau kita mintak, Allah akan tunaikan!

kakak sulong aku bagitau dia mungkin sibuk pada tarikh 17hb tu. Abang dan kakak aku yang kerja pula bagitau susah nak dapatkan cuti. Paling best mak aku sendiri yang bagitau kita buat lewatlah sikit sebab nak lawakan rumah dulu. Ya Allah, memang hati tersangat happy! Jadi kenduri kahwin belah aku akan dibuat pada bulan 2 nanti, masa raya cina :)

Bagi korang yang lama dalam Herbalife tapi masih lagi mencari alasan untuk tidak pergi ke event ni, baik lupakan sajalah nak buat bisnes Herbalife. Bagi korang yang betul-betul nak pergi tapi ada banyak masalah, doalah supaya Allah permudahkan. Macam aku yang kenduri kawin sendiri pun boleh tangguh - apa alasan korang nak bagi? Bukan nak berbangga yang aku tangguh kahwin sebab lebih pentingkan bisnes, tapi sebab aku tahu event ni tak boleh miss, kena datang walaupun macam mana pun dan kalau ada masalah untuk datang - USAHA sedaya upaya, hati kena kuat barulah Allah akan permudahkan urusan. Lagipun masalah yang datang tu dari Dia jugak kan? Just nak uji kita je tu sama ada kita serius atau tidak

dan ZERO 2 HERO nanti, aku akan pergi dengan wife. Tengah duk pujuk mak mertua sekali pergi :) 

Jumpa disana ya

Jumaat, 9 November 2012

Tips untuk minta tolong dengan orang

Petang tadi selepas solat Jumaat, aku bergegas ke bank kat Kubang Kerian sebab ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Masuk ke bank, with draw duit yang paling maksimum, terus menuju ke kereta. Masa tu otak kat tempat lain memikirkan destinasi seterusnya. 

Elok je aku kat dalam kereta, cuba nak kira duit betul ke ATM ni bagi, ada orang ketuk pintu cermin tingkap. Memang spontan habis, aku terus naikkan tingkap dan terus kunci kereta. Bukan apa - takut oi dengan duit banyak kat tangan ada orang ketuk cermin macam tu! Cuak!

'bang duduk mana'

suara dia sayup-sayup kedengaran. maklumlah tingkap ditutupkan. Tapi masih boleh dengarlah

'kat peringat'

'bang, nak mintak tolong ni'

Aku dah mula rasa curiga. mintak tolong apa pulak ni. dari dialek tu macam bukan orang kelantan

'kereta saya habis minyak'

Macam pernah dengar je dialog mintak tolong habis minyak ni!

'boleh tak tolong saya?'

'ok ok'

tiba-tiba dia buat gerakan menyuruh turunkan cermin kereta

'tak dengar lah bang, turunkan tingkap la'

sah nak tipu aku ni. cuak jugak kot-kot dia keluarkan pisau ke apa. habis Prius aku!

'tak nak turun tingkap, saya tolong je'

'ok bang, bang isi minyak, nanti saya bayarkan. nak no telefon bang senang saya contact'

tu diaa, mintak no phone pulak

'kesian kat saya bang, anak ada dalam kereta tu'

aku mula syak, muda lagi mamat ni, takkan ada anak dah? tanpa berlengah, aku buat isyarat macam nak blah dari situ. Kelebihan aku, aku dalam kereta, dia diluar, jadi boleh cabut begitu saja

Kesian.....

Atas dasar manusia, aku fikir balik kesian pulak kat dia. Kalau betul-betul dia dalam susah, macam jahat la pulak aku tak tolong dia. Tapi memikirkan duit banyak kat tangan ketika tu, buatkan aku rasa 50-50 nak tolong. Tolong takut aku pulak yang kena nanti! Nasib baik dapat ilham, aku ke bank satu lagi, masukkan duit yang aku withdraw tadi dan ke stesen minyak untuk isi minyak diberi kepada mamat tadi

Isi RM 5, dapat 2 botol. 1st time jugak tolong orang isi minyak dalam botol ni!

Tolong apa yang mampu
Pergi balik untuk jumpa dengan mamat tadi, dia pulak dah takde. Kereta avanza yang dia tinggal kat tepi jalan tadi pun dah takde. Aku tanya orang kat kedai makan area situ kemana perginya dia, orang kat kedai makan tu pun kata tak tahu, perasan ada kereta, lepas tu dah hilang

Misteri - tapi dalam hati aku bersyukur, aku tak ditimpa bala, dan dia yang mintak tolong tadi kalau betul dalam kesusahan, masalah dia dah selesai. 


******

Actually 'mintak tolong' ni memang kena sangat berhati-hati. Sangat banyak kes-kes yang mintak tolong tapi akhirnya kita terkena. Kat mana-mana pun kita ada dengar pelbagai taktik digunakan, minyak habislah, tayar bocorlah, macam-macam - membuatkan kita teragak-agak sama ada dia memang dalam kesusahan atau tak. Bagi aku, lagi elok kalau orang yang mintak tolong ni kita berjaga-jaga, terkena memang teruk kita

Kat sini bukannya aku nak share tips memberi pertolongan kat orang, tapi tips untuk minta tolong dengan orang. Kalau betul dalam kesusahan, try praktikkan tips-tips ni

  1. Jangan mintak tolong orang yang baru keluar dari bank, orang akan musykil dengan kita
  2. Cari orang yang dalam kumpulan untuk minta pertolongan, elakkan mintak tolong dengan orang berseorangan. 
  3. Elakkan mintak tolong dari perempuan, carilah lelaki
  4. Kalau dalam kesusahan, cari pertolongan dari Allah dulu, mintak doa supaya masalah dipermudahkan baru dicari pertolongan manusia

Oraite, ni antara beberapa tips yang aku boleh fikir sekarang. Korang ada tambah, sila-sila. Ada pengalaman seperti aku ni? Atau ada pengelaman yang korang dalam kesusahan tapi takde orang yang bagi pertolongan? share-share jangan segan

Khamis, 8 November 2012

Pengalaman jadi suami (episod dua)

Serius macam tak caya episod satu hari tu ada sambungan! Harap-harap entry ni panjang!

Semalam selamat sampai ke KB dari Putrajaya, berdua sahaja. Berdua bukan dengan cik bini, tapi dengan mak. Cik bini dia kerja kat KL, aku pulak ada banyak urusan kat KB ni, terpaksalah berpisah setelah 5 hari melekat bersama. Melekat tu bukan melekat macam yang korang tengah fikir lucah tu, melekat tu macam bersama la. Nak sedapkan ayat kita guna melekat

Maka semalam tidur lah tanpa cik bini kat tepi.....



Serius rasa awkward gila bila tidur tanpa cik bini kat tepi. Biasa bangun pagi, tengok wajah cik bini yang super cantik gitu, tadi bangun pagi tengok bantal ajelah. Ahh, nikmat berumahtangga tiada disitu!

Tak bagi kerja

Memang kalau diikutkan hati, taknak bagi dia kerja, follow je balik KB ni, bolehlah melekat sentiasa gitu. Tapi sebab aku ni jenis lelaki yang tak suka nak kongkong (betul ke ejaan ni?) sangat dia, bagi lah dia kerja. Lagipun tengok dia suka bebenar kerja dia sekarang ni. Macam mana kita nak tahu seseorang tu sukakan kerja dia, tengok dia pergi kerja awal balik lewat ke atau pergi kerja lewat balik awal. Haa, dah pergi kerja awal balik lambat, memang jenis sukakan kerjalah tu. 

'I nak tunggu tong gas i keluar dulu, baru i berhenti kerja k'

Cik bini kerja kat syarikat yang keluarkan tong gas yang ringan tu. Apa ntah nama dia, SL1M. Selinder LPG 1Malaysia. Amboi ada 1Malaysia gitu. Sejak bertunang dengan dia bulan 4 hari tu, memang antara topik perbualan adalah tong gas - tong gas - tong gas

Aku pernah jugaklah ke office dia tu, tengok pekerja semuanya Melayu, suasana tu oklah untuk bekerja. Pergi ke office dia pun sebab dapat customer kat sana. Haa, dua orang lagi gitu. Bos dia pun tengok ok lah, masa kawin hari tu pun dieorang turun datang hadir. Ok lah tu, asalkan cik bini happy, aku pun happy jugak lah.

bersambung episod ketiga - kalau adalahhhhh


Rabu, 7 November 2012

Q and A : Herbalife untuk peningkatan sukan

Peningkatan sukan agak awkward kat situ. Biasanya guna ayat 'sport performance' lagi best!

Alright, kali ni aku nak share Q n A pasal Herbalife dan kali ni mengenai sukan dan Herbalife. Orang tanya, kalau Herbalife punya sale billion-billion, kenapa dia tak taja artis-artis yang glamer makan. Kalau Herbalife hebat sangat, kenapa dia tak taja tokoh-tokoh makan. Jawapan mudah, Herbalife bukannya syarikat yang menaja-naja orang :)

Syarat untuk menjadi duta dalam Herbalife adalah orang tu perlu ambil dulu Herbalife. Apabila dah jadi costumer, barulah syarikat akan taja - tu pun kalau korang glamer lah. Ambil contoh Lionel Messi, dia dah consume Herbalife sebelum company secara offical taja dia. 40 lebih lagi atlet yang ke Olimpik hari tu dan lebih 100 atlet kat seluruh dunia pun semua ambil Herbalife sebelum Herbalife taja secara rasmi

Herbalife untuk sukan



Wee Wern antara 5 orang atlet kat Malaysia yang ditaja oleh Herbalife. Boleh tengok bagaimana peningkatan dia dalam sukan sejak minum Herbalife. Herbalife ni bukan benda magik bila korang minum, terus akan jadi hebat, ia cuma basic 'celular nutrition' - bahasa kampung dia makanan untuk sel badan!


Apabila sel dapat makanan terbaik, badan korang akan berada di tahap optimum. Logik akal sama macam enjin kereta bagi minyak terbaik apa jadi pada kereta tu? terbaik jugaklah. 

  • Sebab tu kalau korang berat terlebih, berat korang akan turun sebab sel buat kerjanya
  • Sebab tu kalau korang berat terkurang, berat korang akan naik sebab sel buat kerjanya
  • Sebab tu kalau korang lemah tak bermaya, korang akan jadi bertenaga sebab sel buat kerjanya!


Produk Herbalife khas untuk sukan



Sekarang ni produk rasmi untuk sukan - Herbalife 24 belum masuk ke pasaran Malaysia lagi. Baru dilancarkan beberapa tahun lepas di US. Tengok kepada penerimaan rakyat Malaysia dengan Herbalife sekarang ni, aku rasa tahun depan atau dua tahun lagi mesti keluar punya kat Malaysia. Tapi tak perlu tunggu Herbalife 24 masuk untuk sukan baru nak try, sebabnya dengan Formula 1 pun dah ramai yang dapat kesan yang hebatnya!


Promosi bulan November di joegrimjow

Macam biasa, bulan ni aku mencari 5 orang baru untuk ambil produk yang hebat ni. Baru dapat 2 orang - kurang keluar rumah, sibuk dengan bini, waha! - jadi ada tinggal 3 orang lagi untuk bulan ni aku jadi coach korang. Berminat boleh baca kat sini dan emailkan kepada aku di joegrimjow@gmail.com atau terus call 0169640972. Khas untuk yang ahli sukan, aku dah sediakan pakaj terbaik untuk korang. Lepas consume, tengoklah sport performance korang macam mana!!!

jangan segan-segan untuk call :)

Selasa, 6 November 2012

Cara nak elak berhutang dengan bank terlalu banyak

Bangun petang-petang, tengok bini kat tepi rasa hidup ni sungguh bahagia. Mintak-mintak perasaan macam ni tak hilang dek masa. Terus kekal gitu. Bahagia tengok wajah bini sendiri. Lepas geliat dua tiga round, solat, ada soalan cepumas dari cik bini

'kita tak nak beli rumah ke?'

adoiii

Bukan tak nak beli rumah, tapi aku ni memang kalau boleh tak nak berhutang dengan bank banyak-banyak dan lama-lama. Tak nak jadi 'hamba' kepada bank, tiap-tiap bulan dapat gaji dari Herbalife, separuh atau lebih duit akan masuk ke duit bank. Aku rasa bukan aku sorang saja macam tu, hampir kesemua rakyat Malaysia macam tu kot. Duit gaji banyak dapat ke bank!



Tengok sekarang ni dengan nilai rumah, nilai kereta memang agak mustahil untuk beli semua benda 'wajib' ni tanpa berhutang dengan bank. Bayar cash rumah?? nak bayar cash tv pun sesak nafas ye tak? Aku rasa benda ni dah macam satu perjalanan hidup, korang lahir je kat dunia, nanti akan berhutang dengan bank jugak bila dah dewasa. 

Permainan duit bank

Bagi yang tak faham istilah bank, BFR, fixed rates dan pelbagai lagi istilah yang memang tak mudah nak difahami, senang je nak tahu banyak mana kita bagi kat bank. Aku amek contoh, loan rumah kita RM 200 000, tapi tiap2 bulan kena bayar kat bank RM 900 selama 25 tahun. Korang darab je, RM 900 x 25 x 12 = RM 270 000. Actually korang bayar RM 70 000 kepada bank dalam tempoh 25 tahun. RM 70 000 wooo, duit RM 70 000 tu macam-macam boleh buat. Tapi tak berhutang kan, tak dapat pulak apa yang kita nak

Macam mana nak elak?

Cara terbaik nak elak adalah korang dapatkan income yang besar-besar sejak muda lagi. Bila dah ada income, menabung dan duit tabung tu yang korang gunakan nanti. Aku ni kira orang bernasib baik jugaklah sebab dapat pendedahan menabung ni masa usia muda lagi. Dan usia muda lagi - belasan tahun aku dah start dapat income aku sendiri yang boleh diisi dalam tabung tu. Takde income, nak menabung ape kan? Haa, apa lagi, buatlah Herbalife diusia muda :)

Dah terlambat dah....

Kalau korang sekarang ni diperingkat yang dalam simpanan tiada duit, boleh korang guna cara yang aku nak kongsi ni. kalau sesuai, teruskan, kalau tak sesuai, tak payah la buat kan? Cara nak beli rumah tapi tak nak berhutang dengan bank terlalu banyak (still berhutang tapi tak banyak)

Langkah pertama adalah korang beli sebuah rumah atau apa-apa je lah yang berupa tempat kediaman - apartment, flat, condo, bungalow yang sesuai untuk korang beli sebagai aset korang. Rumah ni tak perlu besar, just cari yang strategik dan berpadanan dengan gaji korang tu. Kalau aku boleh suggest, cari yang kat bandar dengan harga around RM 200-300 ribu

Langkah kedua adalah SEWAKAN rumah korang tu. 

Langkah ketiga adalah pastikan duit sewa yang korang dapat tu boleh tampung bulan-bulan yang korang bayar kat bank. Kalau tak dapat tampung pun, biar lebih RM 100-200 je sebulan korang kena tambah. Lagi elok, korang dapat duit sewa yang lagi banyak korang bayar kat bank

Langkah keempat adalah depend pada masa berapa lama (aku bajet dalam 5-7 tahun) jual aset korang tu dan beli rumah yang lagi besar dan ulang langkah 1-4 balik

Susah-susah

Benda ni memang bunyinya mudah je kan, tapi cukup susah nak dibuat. Lagipun, dah beli rumah sendiri tapi bagi sewa, korang nak duduk kat mane? Bagi aku, kalau korang bujang, baik mulakan cepat-cepat sbb masa korang bujang boleh minimumkan kos dngn korang sewa di tempat murah-murah. kalau korang dah beristeri sekarang, gunalah income korang buat benda kat atas ni dan income isteri korang untuk tinggal di kawasan yang murah-murah skit. 

Ada cara yang lagi senang untuk tak nak berhutang dengan bank banyak-banyak? sharelah