Welcome December!!!
Amboi-amboi, dah 6hb dah berlalu baru nak welcome december? Heh, sebenarnya ada sebab kenapa blog tak berupdate untuk sekian lama - laptop masuk ward! Macbook aku dah lama sebenarnya dilenjan habis-habisan oleh tuan dia, memang ok lah lebih 2 tahun baru nak buat hal. Lagipun aku hantar ke ward bukan sebab rosak teruk, cuma ada masalah dengan wifi dan bluetooth, sebab tu hantar masuk ward.
Apple iCare
Macbook ni aku beli masa kat UK dulu. Kawan aku bagitau masa nak beli tu 'make sure ko ambil apple iCare joe, nanti sebelum nak balik Malaysia boleh pergi tukar dan dapat macbook baru' Bila dengar dapat yang baru tu, memang aku ambillah - bayar lebih RM 400 (kalau convert ke Malaysia) dan dengan harapan dapatlah aku buat trick kawan aku ajar tu
Tapi sebab masa nak balik Malaysia tu laptop masih berfungsi elok, tak sempat nak tukar yang baru. Dieorang pun xkan la bagi mudah-mudah kan laptop ok nak bagi yang baru
Kisah di Malaysia
Actually bukan manusia je yang sakit-sakit dengan perubahan masa ni, laptop pon sakit jugak! Aku perasan bila guna kat Malaysia ni, laju dia dah kurang, lepas tu satu-satu masalah timbul. Walaupun takde lah teruk mana, tapi memang ada perubahan kepada nak rosak. Tapi fikir masih dalam waranty, aku ok je lah
Sehinggalah minggu lepas, aku hantar ke tempat service dengan harapan nak dapat laptop baru.
hehe................. (gelak jahat)
Tapi kan, dieorang kat sana kata dieorang hanya akan repair, bukannya bagi baru. Kat negara lain boleh nak tukar baru tapi kat Malaysia tak boleh. Habis lah harapan nak dapat Macbook baru :(
Dieorang kat tempat repair tu kata - aku pilih service kat times square tingkat 8 - kena tinggal laptop untuk seminggu baru bleh ambil balik. Maka terjawablah kenapa aku tak update blog ni, sebab macbook takde! 3 hari lepas tu, dapat email dari dieorang yang buat aku HAMPIR KECEWA DENGAN APPLE
Tu diaaaa, takde warranty untuk apa yang macbook aku rosak dan kena bayar RM 450 untuk kos service
WHAT THE APPLE!!
Memang aku agak bengang jugaklah sebab warranty aku tu masih ada. tamat pada April 2013 nanti tapi sesedap hati je dia kata tak cover. Kalau tak cover setakat RM 100 tu ok lah, ni sampai RM 450 kena bayar. Sia-sia jelah aku amek iCare yang beratus tu kalau tak cover kerosakan aku tu. haiishh
Jadi aku pertikaikan balik kat dieorang
Email balik kat dieorang
Kata yang aku tak puas hati - dah la bagi email je, bukannya nak phone
Tapi takde reply dari dieorang
Maka aku frust................
Fikir punya fikir, aku rasa elok aku ambik balik je tak yah baiki. Bukannya takleh guna pun MBP aku tu, just rosak wifi je. Aku pun online pakai usb cable dari iPhone aku ni, memang jarang berwifi, kat rumah pun takde wifi. Jadi aku buat keputusan untuk ambil balik dan bayarlah apa yang patut
THE BEST PART
Masa aku call dieorang, dieorang kata MBP aku sedang dibaiki. Whatt??? Aku bukannya bagi pon dieorang baiki kalau kena bayar. Tapi dieorang kata - 'encik tak payah bayar, free je sebab masih dalam waranty' Walaupun nak marah dengan dieorang sebab main tarik tali kata kena bayar kata xyah bayar camni, tapi sebab dah free, tak payah bayar pape, haaaa, tak jadi marah.
Hampir kecewa dengan Apple, tapi sayang balik :)
Diorang ni kalau boleh mmg nak duit je. Beza service kat negara maju dengan service kat Malaysia ni.
BalasPadammula2 kate kena bayar, nak test drive kot joe nak bayar..skali joe bermadah kate warranty ade lg, so dierg senanye mmg boleh je nak bagi free service tu..saje nak try mne tau ade customer yg baek hati dan lurus nak bayar..hehehe
BalasPadamapsal ko tak gi hoenymoon je ke UK ngn wife ko then tukar macbook tu kat sana?
BalasPadamKalau aku sound je dulu sbabnya takda nak mintak maaf ke apa kan...
BalasPadamder~~~ pastu in warranty ke tak ni? warranty yg ada tu just casing luaran dia & tak termasuk compartment2 kat dalam skali? kelakar betul lah apple ni... orang kata customer service apple terbaik, setakat ni aku rasa cam tak terbaik sgt pun... call customer service pun, sampai ke sudah duk cakap ngan operator record je... ramai sangat org complain kot sampai tak sempat jawab call aku. haha
BalasPadam@Faizal Rahman
BalasPadamsangat beza. entah bile nak sama. hhu
@myatiqah
BalasPadamnasib la mmg hati xbaik sangat bile dah kena camni. huhu
@HEMY
BalasPadammacam ada duit 15 ribu lebih. haha
@Hazmin Hamudin
BalasPadamnak sound gak tapi dah bagi free tu. biar je laaaa. huhu
@Azah
BalasPadamentah la, mmg kesemua camtu ke or just apple je kat malaysia ni. rasa cam semua sama je kot. hehe
business is business.. asalkan ada ruang depa boleh jolok dapat duit, depa cuba.. koh koh koh
BalasPadam