Hari ni berkesempatan tengok cerita The Hobbit dengan cik bini kat Alamanda. Serius cerita yang panjang gila dan kalau korang plan nak tengok baik tak payah la. Aku bagi 2 bintang. Ok ok, bukan nak cerita pasal The Hobbit, tapi nak cerita pasal kaunter express
Tapi ni bukan kaunter express wayang ke apa, tapi kaunter express pasaraya!
Beli 2 barang kat carrefour tadi, ingatkan nak cepat sebab tak mahu singgah kat kedai runcit untuk beli barang tu tapi apakan daya semua kaunter penuh. Huh, macam lama jugak kena beratur ni. Terpandang satu kaunter dia tulis 'Kaunter Express' Khas untuk 10 barang ke bawah. Memang kaunter tu untuk aku la tu
Tapi kaunter tu pun ramai orang jugak!
Tapi (apsal banyak sangat tapi ni??) dah nama kaunter express mestilah semua cepat ye tak. Takdelah kena tunggu lama sangat sebab mesti barang yang custmr nak bayar bawah 10 barang semuanya. Tapi (ceh tapi lagi!) sangkaan tu tak tepat, kaunter express la sangat yang orang duk beratur kat situ ada yang penuh troli
Kat depan aku ada sorang pak cik yang berbaju kemeja - baru habis kerja agaknya - beli air kotak soya dan sebotol air minuman. Ok, pak cik tu ok. Yang masalahnya orang kat depan pak cik tu ada sepasang lelaki perempuan yang tengah nak bayar mak oi, troli penuh barang! Dan yang tak bestnya, dia boleh buat muka tak bersalah dan 'adik' yang jaga kaunter tu pun tak berkeras suruh pergi beratur ke kaunter lain
The best part?
Ada dua orang perempuan yang beratur kat belakang aku siap bagi idea lagi kat pasangan banyak barang tu 'alah, lambat dah ni, scan je bayar semua barang tu, apa susah' Nak tahu kenapa die cakap macam tu, sebab dieorang pon ada satu troli penuh barang jugak!
Mentaliti ohhh mentaliti
Actually benda ni benda kecik. Tak perlu pun aku tulis dalam blog ni. Tapi (Ahaaa tapi lagi!) benda kecik macam nilah yang jadikan sesuatu perkara tu leceh. Alangkah baiknya kalau kita semua praktikkan kaunter express tu, bolehlah aku, pak cik yang nak bayar air soya tu dan banyak lagi orang yang nak beli barang bukannya satu troli selesaikan urusan cepat-cepat. Tu kegunaan kaunter express. Nak cepat sebab tak nak beratur panjang kat kaunter lain, semua nak cepat ye tak?
Ada lagi benda kecik seperti buang sampah dari kereta - alah buang kulit coklat je pun - tak tutup lampu lepas guna - aku bayar bil lektrik kot, suka hatilah! - tak flush balik bila dah satel buang air besar - heheee...... terlupa bang..... - dan banyak lagilah yang rasanya kecik tapi kalau kita ubah hidup ni akan jadi lebih best untuk didiami
Jadi, aku nak ajak korang - JOM BERUBAH - kita sama-sama jadi masyarakat Malaysia yang lebih prihatin dengan tak pandang benda yang 'kecik2' ni sesuatu yang takpe kalau tak buat. Perubahan tu start dari kita, jom ubah!
pss : esok balik kelantan!!
Betul tu sepatutnya staff kena inform lah suh yang barang minimum je utk beratur di kaunter tu
BalasPadam@abah khalisha
BalasPadamtadi staf tu malu2
xder maknanya malu-malu, mana-mana shida pergi mesti macam tu. staff x take action, mmg x pernah nak tegur, kadang kita rasa nak tegur tapi since mcm semua org x kisah, rasa mcm alahai...
BalasPadamyg kita rakya malaysia lagila buat-buat muka toya
lagi satu perangai orang kita x kira melayu ke cina ke india ke, suka sgt paking troli belakang kereta orang. geram makkkk nokssss.. dasar pemalas.
BalasPadamaku suka The Hobbit!!(sbb ak kipas susah mati LOTR kot..haha)
BalasPadamha'a pasal kaunter ekspress slalu cmtu..kdg ak rasa cmni jd sbb org m'sia ni terlampau malas membaca/baca tp xmo fikir..pegi hospital kerajaan, dekat kaunter farmasi dh tulis arahan yg ringkas amek no kepilkn no segala, stil ramai dok berdiri lama tgu peg. entertain bgtau..then drag masa jd lg lama..haish~