Rabu, 26 Disember 2012

Banjir di Pantai Timur

Musim banjir sudah tiba!

Nasib aku sangat baik, tadi balik dari Sungai Petani pada waktu pagi dan sampai ke rumah (Kota Bharu) pada waktu tengahari, takde laluan banjir yang terpaksa ditempuhi. Runsing jugak ada kawan bagitau, kawasan rantau panjang (kena lalu) dinaiki air, kenderaan ringan memang tak boleh nak jalan dah. Tapi alhamdulillah, tadi semua ok

Kat rumah pon dah nak naik air!

Banjir di Pantai Timur kali ni agak lewat berbanding biasa. Biasanya awal bulan 11 dah start dah. Ni penghujung bulan 12 baru nak start. Agak teruk jugak sebab menurun statistik, dah cecah 17 ribu dah mangsa banjir yang dipindahkan sekarang. Teruk jugak kan?

statistik terkini dari website MKN

korang boleh klik sini untuk info banjir


Jangan seronok sangat

Masa banjir camni, bukan sahaja budak-budak yang seronok, bapak budak pon seronok jugak. Nak berseronok tu boleh, cuma janganlah keterlaluan sangat. Nak main air pun, pastikan jangan sampai membahayakan nyawa sudah. 

Selamat menhadapi banjir, ingat banjir, ingatlah joegrimjow. waduhhh!


pss : panas enjin, lama tak update blog ni!

3 ulasan:

  1. musim hujan seperti saat ini,, sudah pasti banjir akan terus datang .. dan ingat,, banjir itu berlaku kerana tingkah laku warga sekitar yang suka buang sampah sembarangan ..

    BalasPadam
  2. Terkejut tengok statistik ada kematian. Harap ia berhenti setakat itu sahaja.

    Dulu masa tinggal di Lubok Jong, selalu juga kena berhempas pulah dengan banjir, walaupun penat tetapi ada seronoknya.

    Sekarang dah pindah ke bandar Pasir Mas, sudah tiada banjir sangat.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.