Khamis, 28 Jun 2012

Apa sebenarnya yang berlaku di Booth pagi-pagi?

Pagi tadi dengan bergaya update status kat facebook



Bergayalah sangat!

Okeh, buat Herbalife kat Kota Bharu ni sangat mudah. Biasanya kalau aku berada di Kota Bharu, jadual aku macam nilah lebih kurang

  • 7.00-8.00 : Senaman ringkas bagi six pack perut
  • 8.30-11.00 : Bukak booth kat TEMAN
  • 11.30-12.00 : Walk and Talk kat area Kota Bharu
  • 12.30 : Ambik anak sedara kat tadika
  • 2.00-5.00 : Appointment @ duduk kat depan laptop @ Booth lagi kat tempat berlainan
  • 5.00-8.00 : Rehat-rehat
  • 8.30-10.00 : Pergi club

Macam tu lah lebih kurang. Best kan? Mestilah best dan aku sangat enjoy buatnya hari-hari. Bagi yang tak tahu bukak booth tu macam mana, entry ni aku nak cerita serba sedikit


Bukak booth

Booth ni adalah salah satu DMO (Daily Method Operation) dalam Herbalife. Boleh dikatakan DMO yang sangat aku suka sebab sambil kita dapat buat kebajikan - cerita pasal kesihatan kat orang tu banyak pahala woo - ia juga tools terbaik untuk latih orang baru belajar bercakap dan belajar gunakan timbang. Tak lupa juga, boleh jual produk terus

Yang pelik booth Herbalife daripada booth2 kat luar - KITA TAK PAMER PRODUK

Memang soalan lazimlah kat booth orang tanya 'mana produknya dik?' dulu-dulu memang penat jugak nak menjawab tapi sekarang ni jawab sambil bergurau 'kita tak jual produk kak, kita nak timbang lemak' heh, simple tapi ayat tulah yang orang suka

Barang kat booth?

Sebab aku bukak ni kat area pasar, jadi memang takdelah meja n kerusi bagai. Berdiri je. Lagipun kejap je bukak booth pagi ni. sejam 2 macam tu je sebab masa tulah orang paling ramai. Just bawah banner n alat timbang

Banner contoh

Alat timbang tanita


Ahaa, alat timbang ni special tau, boleh tahu 8 perkara dalam badan. Memang superlah. Yang paling best boleh tahu BMA - umur badan. Memang dah sampai part tu, ramai yang teruja. Bukan apa, sebab umur lebih tua! waha!

Sebab memang plan aku nak update entry pasal booth hari ni, jadi terimalah gambar fresh dari ladang diambil pagi tadi. Nak perkenalkan ahli booth ni. hehe


muka termasam, biasa sengeh je. wahaha


Biasa 2 orang je, tapi kali ni 3 orang

Yang laki tu nama dia Basir. Student Masterskill, fisioterapi. Habis je belajar terus buat Herbalife sebab nampak bigger picture kat STS Kelantan. Haa, power tak power STS Kelantan, ada orang decide nak buat full time lepas hadiri acara tu. heee. Bulan 11 jadi supervisor naik sorang2. Bulan 12 dah jadi World Team. express gitu. Last month lebih dari RM 5k Herbalife bayar

Yang pompuan merah tu eka. supervisor aku dari tahun lepasss lagi. Excited jadi supervisor lepas habis zero2hero. Student kat UIA Gombak. Last month part time Herbalife bagi RM 300. Ok lah tu duit tambahan student ye tak? Sampai bulan 9 nanti tengah cuti, so dia join kiteorang sekarang. Jauh woo dari Machang ke KB datang pagi2 untuk bukak booth. Nak plan elok2 dengan dia sebab dia kata nak pergi Macau, so sebelum bulan 9 nanti kena jadi World Team. wuhu. go eka go

Yang pompuan tudung hijau tu zahin. Bukan downline aku, tapi kira sideline. Pun sama sekarang ni buat Herbalife Full Time. Mak dia bulan lepas dah letak jawatan sebagai pegawai bank. Hong Leong bagi RM 10K lebih selepas kerja hampir 30 tahun tapi dengan Herbalife buat part time Herbalife bagi RM 12K. Haa, mana tak letak jawatan kan? Zahin last month Herbalife bagi lebih RM 2k. BTW dia dah turun 21kg dengan Herbalife, waha!


Masing2 sibuk buat wellness evaluation


Penyakit di booth

Kenapa tak bukak lama booth? Senang je, bukak lama-lama nanti mengarut. Haha, kiteorang ni 1-2 jam pertama je bersemangat. Lepas tu mulalah mengumpat sana-sini. Yang paling tak tahan, cuba teka mengumpat pasal apa?





zoommm



ilmu kpop! 



Okeh, sesiapa berminat nak buat Herbalife terutamanya kat Kelantan, aku sangat alu-alukan. Aku akan ajar step by step. Kat booth ni nampak je bodoh macam ni tapi dah lahirkan banyak potential president team. Tak sabar aku nak jadi president team, nanti nak cerita panjang lebar kat atas stage pasal booth ni. wahaha. dream disitu ok.

Byeee (contact joegrimjow@gmai.com)

Selasa, 26 Jun 2012

Jagarjek dan anak-anaknya

Jagarjek mempunyai dua anak, joegrimjow dan joeflizow. Di usia 50 tahun, dia memiliki segala-galanya. Dulu hanya membuat bisnes kecil-kecilan tapi sekarang sudah memilik empayar perniagaan yang begitu besar. Tapi malangnya, kesihatan dia terjejas dek kesibukan yang melampau. Di usia 50 an, dia ditimpa pelbagai penyakit. 

Rasa benar-benar tak sihat, macam nak mati, dia memanggil kedua anaknya untuk diberi wasiat



'anak-anakku, empayar perniagaan ayah ini ayah amanahkan untuk kamu berdua. kembangkanlah bisnes ayah ini dengan dua tips yang ayah bagi. pertama jangan kutip hutang dan sesibuk mana pun kamu jangan kena cahaya matahari'

Tak lama lepas itu, jagarjek pun meninggal dunia dan bisnes perniagaan dikendalikan oleh kedua anaknya itu dengan cara masing-masing

********

10 tahun selepas itu

Perusahaan yang dibuat oleh joeflizow nampaknya tidak berubah. Masih sama dengan 5 tahun lepas sebagaimana yang ditinggalkan oleh ayahnya. Ada orang bertanya, kenapa bisnesnya tidak berubah

'saya ikut kata ayah saya, jangan kutip hutang jadi bagi mereka yang berhutang saya tidak pernah untuk kutip. kalau dia nak bayar, dia bayarlah. kalau tak, mungkin bukan rezeki saya. kedua jangan kena cahaya matahari, saya hanya keluar malam untuk bekerja. bahaya sinaran UV sekarang ni!'

Berlainan pula kisahnya dengan joegrimjow, nampaknya perusahan yang dikendalikan olehnya bertambah maju dan maju. Ada orang bertanya, kenapa bisnesnya semakin maju dan apa tipsnya

'saya ikut kata ayah saya, jangan kutip hutang jadi saya tidak pernah bagi orang berhutang jadi tak perlulah saya bersusah payah untuk kutip hutang. kedua jangan kena cahaya matahari, jadi saya keluar bekerja awal subuh lagi sebelum matahari terbit dan pulang rumah apabila matahari terbenam,  bahaya sinaran UV sekarang ni!'

ooooo.......

*******

Cerita yang diadaptasi dari seorang ustaz kat radio ikim, sebab aku tak ingat wataknya, jadi dengan sesuka hati aku ubah wataknya. ahaa, yang penting maksud dapat. Jadi, pandai-pandailah kita mentafsir apa yang orang kata. Yang penting, kita tafsir kepada benda positif yang menjadikan kita semakin hebat

selamat beramal :)

Sabtu, 23 Jun 2012

Herbalife tiada dalam list IFANCA?

Selamat pagi!

Hari yang ceria sekali lagi dan alhamdulillah kita masih lagi diberi nyawa untuk terus kekal hidup di muka bumi Allah. Update ringkas sahaja dari aku sebelum pergi kerja mengubah tabiat pemakanan rakyat di Kelantan.

Herbalife dan IFANCA

Herbalife adalah produk yang mendapat sijil halal dari IFANCA. Satu daripada 2 badan di US yang menjaga kehalalan sesuatu makanan. Di Malaysia, JAKIM mengiktiraf badan ini. Boleh rujuk di website JAKIM. Persoalan mula timbul oleh diamond aku di USM Kubang Kerian, yang bagitau aku dia check kat website IFANCA tiada pun senarai syarikat Herbalife di sana. bukti korang boleh search sendiri dan aku ada print screen kat bawah ni



Sorry, your search returned no results. Please try again.

ALAMAK!!!!

Pelik sebab sebenarnya kalau korang tengok kat website Herbalife, memang ada sijil IFANCA yang dikeluarkan. Dia cakap sijil-sijil macam tu orang boleh buat tiruan. erk!!!!

Ok, jadi aku terus hubungi pihak IFANCA 2 hari lepas untuk bertanya isu ini


Aku pernah bertanya kepada pihak JAKIM mengenai isu tutti fruitti tapi sedihnya sampai sekarang tak dapat maklum balas daripada dieorang. Berlainan dengan IFANCA, 3 hari selepas tu terus dieorang hubungi aku



Boleh klik kat link ini untuk senarai penuh produk Herbalife. Kalau ada masalah dengan link, sila bagi email kat joegrimjow@gmail.com nanti aku forward email orang IFANCA tu kat korang

Jadi memang dah terbukti, memang IFANCA sudah keluarkan sijil kepada Herbalife. Dah renew buat kali keberapa ntah dan kekal sampai 2013 nanti. Lepas ni dieorang renew lagi dan lagi dan lagi. Jadi, usah risau dengan halal atau tidak, semamangnya HALAL.


Integriti

Aku bukannya nak perlekehkan barangan atau syarikat kat Malaysia, tapi ni hakikat yang terpaksa kita telan dan insyaAllah kita perbaiki di kemudian hari. Bagi korang yang tak yakin dengan syarikat Herbalife, syarikat ni dah lebih dari 32 tahun dah. Kalau nak kata ada sijil tiruan lah, ooohh please, syaraikat ni mengamalkan integriti yang sangat tinggi sehingga tersenarai kat bursa saham new york. Aku bukannya nak mengaagongkan syarikat dari US, tapi memang mereka jauh lebih integriti daripada kita walaupun kita ni banyak yang Islam. Bukan Herbalife sahajalah, amek contoh IFANCA dengan JAKIM sahaja, memang sampai sekarang takde maklum balas persoalan yang aku tanya tu kat JAKIM. Aku tak kata ia betul, tapi lambat. Lambat yang mana akan menghilangkan rasa hormat kepada mereka

Rasanya dah terjawablah ya, harap dapat makan Herbalife ni dengan tiada rasa ragu-ragu lagi


pss : aku dah makan 4 tahun, takkan nak makan benda tak halal ye tak?

Ahad, 17 Jun 2012

Loose to win di Putrajaya

Alhamdulillah, Jumaat lepas baru saja habis sesi pertama pertandingan Loose to win di Putrajaya. Pertandingan ni dianjurkan oleh biro kesihatan Puspanita JPA Putrajaya dan berlangsung selasa sebulan. Mula pada 15hb June dan berakhir pada 13hb July. Yang bestnya, pertandingan ni semua yang sertainya pasti menang wang tunai!

Biasanya pertandingan turun berat ni hadiah diberi kepada no 1 no2 dan no3, berbeza pertandingan loose to win ni, setiap peserta akan dapat wang tunai melalui berapa banyak kilo yang mereka turun. Wah, hebat sangat gitu



sebab pertandingan ni 'lain' dari yang lain, penyertaan pun macam pisang goreng panas - terpaksa ditutup!


Aku dijemput jadi speaker untuk share masalah obesity dan berkongsi cara untuk turunkan berat badan dalam masa sebulan pertandingan ni. Mula-mula oklah, tapi bila dah sampai kesana, mak oi, besarnya dewan. Cuak datang tiba-tiba. Haha.

Dibantu oleh diamond aku, bukhari, najihah, emir, norasyiqin dan sponsor aku tersayang iman, alhamdulillah perjalanan program berjalan lancar. Terima kasih kat korang yang membantu. Ok, layan gambar

Sesi timbang-timbang


amek gambar dulu
Slide macam HOM je kan? haha. 

Cabaran untuk orang Putrajaya

Seramai 51 orang - kesemuanya perempuan sebab memang buka untuk kaum hawa saja sertai pertandingan ni. Aku just share sedikit sebanyak ilmu tentang kesihatan yang ada. Sebelum habis talk tu, aku ada cabar kepada kesemua peserta supaya berjaya menurunkan 200kg keseluruhan. Barulah ada kesan UMPHHH gitu :)

Kepada mana-mana company atau badan kerajaan yang nak buat pertandingan seumpama ini lagi, boleh contact aku ya. Staf yang berbadan cergas ni banyak manfaat kepada company, jadi big bos jangan takut untuk buat pertandingan seumpama ini. Semoga lebih banyak program yang menggalakkan kesihatan seumpama ini dilakukan dikemudian hari.


pss : malam ni dah balik kelantan. yuhu!

Sabtu, 16 Jun 2012

Mashitah itu perlu didoa bukan dikutuk

Antara ustazah kegemaran aku dulu-dulu adalah Dr Mashitah. Sangat suka dengan cara dia berkongsi ilmu terutamanya bab ilmu agama. Tapi sejak kebelakangan ni, ada banyak statement yang dia keluarkan tak berapa enak untuk dihadam oleh otak aku. 

Tak mengapalah, manusia, sentiasa berubah

Tadi ada baca kawan di facebook ada post sesuatu pasal kes terbaru Dr Mashitah yang komen secara terbuka mengenai UAI. Bukan aku nak agungkan UAI, tapi kalau korang baca statement yang dikeluarkan oleh dia, memang agak keterlaluan. Bagi aku, selagi bergelar dakwah, konsep mengajak orang kearah kebaikan harus kita terima - selagi tidak melanggar hukum syara'

Dan sekarang ni, aku rasa imej Dr Mashitah sudah tercemar dan aku sendiri yang meminati ustazah hebat ini sudah hilang rasa hormat

Apa tugas kita, bukanlah mencaci ataupun mengutuk segala tindak tanduk dia, berdoalah supaya setiap dari kita ni terbela dari dosa yang kita tidak ketahui. Runsing sebenarnya golongan ilmuan sebegini yang menjadi tokoh masyarakat jadi 'songsang' kenyataannya. Semoga Dr kembali ke jalan yang benar

Selasa, 12 Jun 2012

#WWDC : Terbaru dari Apple yang perlu diketahui

Serius aku cakap,  opening #WWDC kali ini adalah terbaik untuk setakat ini. Cara SiRi buat lawak tu memang terbaik dan kalau korang tengok full key note kat sini, rata-rata penonton pun turut bergelak ketawa. Terutamanya bab 'sindir' Samsung, memang terbaik! Ok lah, bagi korang yang terlepas  #WWDC semalam, ini adalah update dari aku. Oh, aku highlight benda penting je. 

1) New iOS 6 - percuma untuk semua



Sememangnya ini adalah berita yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Apple. Akhirnya hari ni terjawab. iOS6 akan dilancarkan pada musim luruh nanti. Mungkin bulan depan dan semua gadjet Apple boleh update secara percuma nanti. Apa paling best iOS6 ini?

  • Maps - dah tak perlu guna GPS dah lepas ni!
  • Boleh integrated Facebook dengan iOS
  • Kebolehan SiRi dipertingkatkan
  • Safari dan email yang lebih mudah digunakan
  • dan banyak-banyak lagi 

Apa yang aku nak highlight adalah kemungkinan lepas ni kita dah tak perlukan GPS untuk tunjuk arah. Dengan iOS 6 ini, applikasi Maps akan berwajah baru. Memang aku rasa ini adalah satu langkah dari Apple yang akan buatkan banyak syarikat GPS akan lingkup. Dulu dengan munculnya iTunes, banyak syarikat sewa DVD dan juga lagu tutup, mungkin lepas ni syarikat GPS pula yang akan lingkup!


Siri pula sekarang ni available dalam 15 bahasa. sayangnya bahasa melayu takde lagi. Dan mungkin memang takkan ada :( Dengan iOS 6 ni, kita boleh lancarkan apps hanya dengan suara. best kan? Memang aku akui sekarang ni tak banyak aku pakai iPhone4S aku dengan gunakan khidmat SiRi, tapi aku yakin dengan iOS6 ni, function SiRi akan lebih digunakan. wah, tak sabar nak update!


2) New MBP - With Retina Display



Ini adalah sesuatu yang gila dari Apple - mereka lancarkan macbookpro terbaru dengan new design - lebih ringan dan lebih nipis dari sedia ada dan yang paling best, ada retina display - bayangkan 5.1 juta pixel kat screen tu! Memang sesuatu yang sangat hebat. Seolah kita baca kat laptop tu, seoalah kita baca benda yang live seperti majalah kat luar. 


Cuma yang tak bestnya, pasal harga. Haa, harganya memang agak mahal, kalau kat Malaysia harganya cecah RM 6.7 ribu. Telah air liur jugak aku nak beli ni. Memang ada perancangan nak tukar MBP aku yang dah 2 tahun ni, tapi tengok harga tu, fuh fuh fuh, kita tengok dulu macam mana. Kena kerja kuat lagilah ni nak kumpul duit beli New MBP ni. heh!


3) New OS X Mountain Lion



Pagi pengguna Mac, July nanti akan dilancarkan New OS X Mountain Lion. Best sebab harga yang ditawarkan cukup rendah. 19.90 USD sahaja. Banyak jugak features yang menarik ditawarkan dan pasti berbaloi untuk upgrade. Dan setiap pembelian Mac baru, tak kiralah iMac ke atau MBP korang akan dapat OS X Mountain Lion ni secara percuma. waduh waduh, memang bestlah


******

Okeh, itu sahaja 3 berita utama dari  #WWDC. Takde berita pasal iPhone5 yang memang aku tahu takkan keluarnya seawal macam ni. Mungkin bulan 9 nanti, next  #WWDC mereka akan keluarkan. Harap-harap iPhone5 nanti tak jadi New iPhone. huuuu


pss : oooh new MBP!!!

Ahad, 10 Jun 2012

Komen aku mengenai keputusan DiGi WWWOW Awards




DiGi WWWOW Award buat kali kedua kalinya diadakan berkahir semalam. Keputusannya? Penuh tanda tanya, penuh persoalan, penuh tidak puas hati dan pelbagai penuh lagi. Untuk kali kedua ni, aku tak join – sebab tahu komitmen nak 'raih' voting dari kawan-kawan cukup sukar memandangkan masa aku dengan internet pun tak banyak sangat sekarang. Walaupun tak join, sebagai blogger aku nak komen jugak. Pendapat ye tak?

Ok, sebelum apa-apa, kita tengok dulu keputusan penuhnya (credit to denaihati)



  1. @DiGi_Telco : Awards begins with Top Online Over-Achiever Under 15. Winner is ImanSyippo
  2. @DiGi_Telco : Congratz Petfinder.my – The winner of Google: Most Inspiring Internet for Good
  3. @DiGi_Telco : Congratz Terima Kasih Malaysia:Belacan – The winner for InMobi: Short Film of the Year
  4. @DiGi_Telco : Congratz FriendlyFashion – The winner for Says.my: Online Shop of the Year
  5. @DiGi_Telco : Congratz Keiths.blog – The winner for Lowyat: Fav Tech Head 
  6. @DiGi_Telco : Congratz Sea Gypsies – The winner for Malaysiakini: Photo Joirnalist of the Year
  7. @DiGi_Telco : Congratz Talents of SMK Seafield – The winner for MSN: Breakthrough Star of the Year
  8. @DiGi_Telco : Congratz Christy Ng Shoes – The winner for Mudah.my: Most Promising Webpreneur of the Year
  9. @DiGi_Telco : Congratz Bro, Don’t Like That La, Bro – The winner for Nuffnang: Blogger of the Year.
  10. @DiGi_Telco : Congratz RotiKaya – The winner for Nuffnang: Fave Kay Poh
  11. @DiGi_Telco : Congratz First Words for Geeks – The winner for Samsung: App of the Year
  12. @DiGi_Telco : Congratz My Generasi by #jinnyboytv - The winner for Innity: Funniest Video of the Year
  13. @DiGi_Telco : Congratz @twtupkaseh @aidasue - The winner for Yahoo: Social Media Gathering of the Year
  14. @DiGi_Telco : Congratz MyHazman – The winner for DiGi WWWOW People’s Choice of the Year
  15. @DiGi_Telco : The Best of the Best – DiGi WWWOW of the Year goes to Petfinder.my 


Macam biasalah, kontroversi berlaku lagi setelah keputusan yang luar jangkaan diperoleh. Bunyi (baca) jugak beberapa blogger yang menyuarakan tidak puas hati dengan keputusan para juri. Terutamanya untuk dua ketegori 'hangat' iaitu favourite tech dan blogger of the year. Yang mana pemenangnya ada yang tak diketahui pun sebelum ni kewujudan blog itu. Erk, termasuk aku yang tak pernah jejak kaki ke blog mereka sebelum ini :p


Komen aku keseluruhan

Bagi akulah, benda ni - biasa. Normal. Adat menang kalah dalam pertandingan tu ada. Kita kena pasrah dengan keputusan, anggaplah ia bukan rezeki kita. Mungkin rezeki kita di tempat lain. Jadi kawan-kawan blog yang tak menang tu, terimalah keputusan seadanya


Komen aku mengenai racist

Bosan kot dengan masalah 'perkauman' yang timbul ni. Kalau penganjur kebanyakan cina, orang cina menang kata racist. Serius aku bosan. Dah la dunia politik pun nak racist-racist, kat dunia blog pun nak racist jugak. Tak payahlah nak tuduh somborono (ada ke ayat ni?) pasal racist ni kalau tak tahu, hanya mencemarkan dunia blog je. Dah dah la soal racistnya, kat dunia sekarang ni orang yang pentingkan perkauman takkan kemana. Betul. Tak tipu.


Komen aku ramai nak boikot

Ada jugak baca kat status twitter dan facebook kawan yang mahu boikot pertandingan ni untuk seterusnya. Alahai, cuba korang bilang berapa banyakkah ada anugerah-anugerah yang nak ketengahkan blogger ni yang ada? Banyak? Ada satu dua je. Dah tu yang ada pun nak boikot-boikot, last-last menganga jelah nanti takde siapa yang nak buat anugerah untuk blogger lagi. 

Sebab tu aku walaupun tak join tahun ni, tapi ada jugaklah yang mengundi untuk kawan-kawan lain. Secara tak sedar, aku as a blogger take part dalam acara yang sememangnya nak naikkan martabat blogger ni. Korang tak bersama dengan aku? Nak boikot jugak? Baik boikot barangan Israel lagi baik ye tak?


Cukuplah komen-komen itu

Oraite. Itu sahaja pendapat aku mengenai DiGi WWWOW Award ni. Aku sebagai blogger, sangat mengalu-alukan lebih banyak pihak yang buat award-award ini dimasa yang mendatang. Nampak sangat golongan blogger sekarang ni dah diiktiraf. Wow gitu. Cuma perlu diingatkan, blogger ni pun manusia jugak, pandai-pandailah nak jaga hubungan tu macam mana :)


pss : malam ni jom main badminton!!

Rabu, 6 Jun 2012

Nurul kahwin dengan President Team Herbalife

Tadi terbaca kat Beautifulnara yang Nurul dah selamat berkahwin dengan Ericc Depp, lelaki Perancis yang merupakan pengedar Herbalife berjaya. Memang sebelum ni dah jumpa beberapa kali dengan pasangan ni kat event-event besar mahupun kecik, alhamdulillah hari ni mereka berdua dah selamat berkahwin. Dan tahniah pada Nurul kerana telah mengislamkan dia. Semoga kedua pasangan ni diberi kekuatan untuk mengharungi tugas suami isteri dan yang paling penting mendapat keredhaan Dia




Ok ok, takde pasal aku nak cerita pasal gosip artis ni, nak cerita pasal Herbalife je ni :)

Hari tu ada president team dari Indonesia ada cerita cara nak jadi President team ni. Ada 4 semuanya
  • 1-Daftar ahli dan kahwin dengan seorang President Team
  • 2-Daftar ahli dan recruite seorang dan orang tu jadi president team kita juga jadi president team
  • 3-Daftar ahli dan recruite ramai orang dan bernasib baik ada orang yang kira recruite tu jadi president team
  • 4-Daftar ahli, ikut kelas, ikut event, jalankan tugas jadi seorang Herbalife distributor dan jadi president team



Actually cara pertama kedua dan ketiga tu kes-kes yang jarang berlaku, tapi tak mustahil boleh berlaku. Contohnya cara pertama tu - wah, Nurul dah jadi president team dah sekarang sebab kahwin dengan president team. waha! Ericc Depp merupakan President Team!




Biasalah tu, kuasa jodoh memang luar biasa ye tak. cara kedua dan ketiga pon ada jugak contohnya - tak mustahil ia berlaku. Dan yang keempat tu yang hampir 99% president team kat Herbalife gunakan cara tu. Korang nak gunakan cara mana pun terpulanglah, tapi nasihat aku, gunalah cara ke4 tu


Apa yang best jadi President Team?

Tahun lepas dalam 10k report yang Herbalife keluarkan, average income President Team Herbalife adalah 515,689 USD setahun. Kalau convert dah cecah sejuta lebih dah pendapat setahun tu. Tu yang best jadi President Team tu. Kat Malaysia ni setakat ni dah ada 9 dan bulan ni saja ada 2 orang lagi yang naik sebagai President Team. Herbalife kat Malaysia tengah growing gile, sebab tu jadi president team mudah je


Cabaran Gen H President Team pertama

Sekarang ni bagi yang muda-muda dalam Herbalife, semua berlumba nak jadi president Team pertama yang bawah 30 tahun. wahaha. Yang paling rapat setakat ni sepasang suami isteri, suami umur 24 tahun masih lagi belajar dan buat Herbalife part time dan isteri umo 23 tahun baru je buat full time beberapa bulan lepas. Adakah dia? ataupun orang lain? sama-sama kita nantikan. wahaha. mana tau aku dulu ke? kekeke

GET pun belum lagi joe oiiii. Tapi tak kisahlah, target aku nak jadi president team November 2013. aminn. tak jadi pertama pun asalkan jadi president team dah lebih dari memadai ye tak? Dan paling penting, jadi president team pertama yang buat bisnes di Kelantan. yee haaa!!


Mustahil ke nak jadi president team bawah 30 tahun dan income lebih sejuta setahun?

Tak mustahil dan memang proven. Kalau kat US tu, dah berlambak dah president team muda-muda. siap ada yang 20k lagi. Kat US lainlah kan sebab dah 31 tahun dah Herbalife kat sana, Malaysia coming soon, sebab baru 7 tahun, usia muda lagi Malaysia ni. So sesiapa yang nak buat Herbalife sekarang ni, sangat untunglah. Yang penting, follow system dan stay. 

Sebab tu sekarang ni aku selalu doakan agar ada yang dari kumpulan bawah 30 tahun ni jadi presiden team. tak kisahlah group sesiapa pun, yang penting ada wakil dari kami golongan muda yang jadi president team dulu. tu yang hebat Herbalife tu, kalau ko buat bisnes lain, nak doakan pesaing korang dalam bisnes, huh, memang tak nye. siap jeles lagi dengan kejayaan mereka tu kan? Herbalife ni terbalik. Sebabnya bila orang dah berjaya, ia akan motivasikan kita untuk move to next level. 

pakat-pakat doa supaya lebih ramai orang muda Islam yang berjaya ya


pss : Tips nak dapatkan jodoh? joinlah event2 Herbalife, mana tau jumpa jodoh. dah la comel-comel handsome-handsome, muda2 lagi dah fikir pasal masa depan. memang hebat lahh

Ahad, 3 Jun 2012

Lesen untuk kahwin dah dapat!

Alhamdulillah, baru saja menamatkan program Kursus Pra Perkahwinan dengan jayanya di Putrajaya petang tadi. Sebenarnya aku dah ikuti kursus ni di UK dulu, sebab sijil hilang dan tak tahu macam mana nak contact nak dapatkan sijil tu balik, terpaksalah ikutinya balik di Malaysia. Majlis ilmu, tak rugi perginya pun kan?



Suami yang perlu bijaksana

Banyak ilmu baru yang aku dapat 2 hari ni. Terutamanya bab nak menjadi suami ni. Rasanya dulu hanya teruja nak kawin tanpa ketahui tanggungjawab sebagai suami sepenuhnya, bila dah hadam akan tanggungjawab suami ni memang berat, kecut perut jugak jadinya. Alhamdulillah program semalam dan 2 hari lepas, banyak pencerahan yang aku dapat. Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang share

Sangat teruja dengan seorang ustaz ni - pasal suami kena BIJAKSANA

'kalau isteri marah, membebel, pergi peluk isteri kat belakang, jangan kat depan pulak, nanti dia lutut naya masuk hospital'

Oklah, pasal tarikh nak kawin semua, memang dah ada. Tunggulah pengumumannya nanti. Doa-doa aku boleh jadi suami yang baik pada isteri tercinta nanti. ceee waahhh. Korang yang belum pergi kursus kawin, pergi ok. tak rugi :)


pss : esok balik Kelantan. drive sengsorang. ohhh!

Jumaat, 1 Jun 2012

NRG Tea dan Mental Alertness

Yosss, dah 1 june!

Cepat betul masa berlalu kan, baru rasa masuk bulan 2012, dah pertengahan dah pun. Puasa pun dah nak sangat-sangat dekat dah, kurang 50 hari lagi! Serius, bumi ni semakin ligat berputar ke apa rasa cepat sangat masa berlalu ni? Ok ok, mukaddmimah asal. Entry pendek sebelum nak ke masjid solat Jumaat


Gambar kat atas ni adalah print screen kat laptop aku bila bukak chrome - website yang paling kita kerap log in. No 1 website Herbalife dan no dua jatuh pada ChessCube??? haha, aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni, blogspot dah jatuh ke 4 dah, nampak sangat dah jarang sangat aku bukak blog sekarang ni. Ok, chess cube ni salah satu website yang boleh main chess secara online. Yang suka main chess, boleh jumpa disana kita lawan. waha!

Just nak share

Dulu aku main chess di chesscube ni, rating aku dalam 1600-1700, ni rating orang biasa. Antara pertengahan dan professional. Kalau rating FIDE, aku 1511 - ni sebab dah lama tak main pertandingan la ni tak naik-naik ni. Kalau kat chess cube ni, paling tinggi lah aku pernah capai - 17++ tu dah kira rasa bangga dah tu

Tapi, sejak aku consume NRG Tea ni, waha, ce tengok rating aku berapa. waha!




Dah naik 1804! 

Masa aku pergi hari pelancaran hari tu, memang speaker tu ada cakap antara fungsi NRG Tea ni adalah untuk bagi 'Mental Alertness' bertambah power. So memang terbuktilah ni. Heh, memang chess ni memerlukan 'alertness' yang tinggi, memang NRG Tea ni sungguh membantu. So macam biasa, kalau korang nak lebih pick up otak korang, jangan lupa beli NRG tea ni dengan pengedar Herbalife berdekatan. Tak tahu nak beli, boleh contact aku sama ada call 0169640972 atau segan nak email joegrimjow@gmail.com

Info mengenai NRG Tea ni disini


pss : yang mengantuk time khutbah, minum NRG Tea ni ok