Sabtu, 23 Jun 2012

Herbalife tiada dalam list IFANCA?

Selamat pagi!

Hari yang ceria sekali lagi dan alhamdulillah kita masih lagi diberi nyawa untuk terus kekal hidup di muka bumi Allah. Update ringkas sahaja dari aku sebelum pergi kerja mengubah tabiat pemakanan rakyat di Kelantan.

Herbalife dan IFANCA

Herbalife adalah produk yang mendapat sijil halal dari IFANCA. Satu daripada 2 badan di US yang menjaga kehalalan sesuatu makanan. Di Malaysia, JAKIM mengiktiraf badan ini. Boleh rujuk di website JAKIM. Persoalan mula timbul oleh diamond aku di USM Kubang Kerian, yang bagitau aku dia check kat website IFANCA tiada pun senarai syarikat Herbalife di sana. bukti korang boleh search sendiri dan aku ada print screen kat bawah ni



Sorry, your search returned no results. Please try again.

ALAMAK!!!!

Pelik sebab sebenarnya kalau korang tengok kat website Herbalife, memang ada sijil IFANCA yang dikeluarkan. Dia cakap sijil-sijil macam tu orang boleh buat tiruan. erk!!!!

Ok, jadi aku terus hubungi pihak IFANCA 2 hari lepas untuk bertanya isu ini


Aku pernah bertanya kepada pihak JAKIM mengenai isu tutti fruitti tapi sedihnya sampai sekarang tak dapat maklum balas daripada dieorang. Berlainan dengan IFANCA, 3 hari selepas tu terus dieorang hubungi aku



Boleh klik kat link ini untuk senarai penuh produk Herbalife. Kalau ada masalah dengan link, sila bagi email kat joegrimjow@gmail.com nanti aku forward email orang IFANCA tu kat korang

Jadi memang dah terbukti, memang IFANCA sudah keluarkan sijil kepada Herbalife. Dah renew buat kali keberapa ntah dan kekal sampai 2013 nanti. Lepas ni dieorang renew lagi dan lagi dan lagi. Jadi, usah risau dengan halal atau tidak, semamangnya HALAL.


Integriti

Aku bukannya nak perlekehkan barangan atau syarikat kat Malaysia, tapi ni hakikat yang terpaksa kita telan dan insyaAllah kita perbaiki di kemudian hari. Bagi korang yang tak yakin dengan syarikat Herbalife, syarikat ni dah lebih dari 32 tahun dah. Kalau nak kata ada sijil tiruan lah, ooohh please, syaraikat ni mengamalkan integriti yang sangat tinggi sehingga tersenarai kat bursa saham new york. Aku bukannya nak mengaagongkan syarikat dari US, tapi memang mereka jauh lebih integriti daripada kita walaupun kita ni banyak yang Islam. Bukan Herbalife sahajalah, amek contoh IFANCA dengan JAKIM sahaja, memang sampai sekarang takde maklum balas persoalan yang aku tanya tu kat JAKIM. Aku tak kata ia betul, tapi lambat. Lambat yang mana akan menghilangkan rasa hormat kepada mereka

Rasanya dah terjawablah ya, harap dapat makan Herbalife ni dengan tiada rasa ragu-ragu lagi


pss : aku dah makan 4 tahun, takkan nak makan benda tak halal ye tak?

12 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. hehe... cakap pasal integriti... teringat semalam aku tengok cenel mana tah pasal orang2 US ni laa... area aku dah tak ingat, tapi US nye civil law ada state mana2 lelaki yang dah cerai ngan wife dia, pencen dorang nanti wife dia akan dapat jugak separuh kot... tapi dlm program tu dorang nak fight sebab wife dia ni saiko, penah try nak bunuh dia sepanjang perkahwinan dorang, dan abaikan anak2 so hak penjagaan anak semua dapat kat laki ni... pada aku, bagus la law camni... sebab kat malaysia ni yang mana bercerai, majoriti liat nak bagi nafkah kat janda depa... dah la law sampai 2, syariah ngan civil siap civil boleh overwrite syariah lagi... iskkk... tak patut kot...

    oh, lari topik.

    BalasPadam
  3. boleh tolongkan forward kan email INFANCA. :) nak tgk jugak. :D sofyanadwah@yahoo.com

    BalasPadam
  4. ak tnye psal snogurt, competitor TF bpe bulan lepas pn xde maklum balas lg..huhu

    BalasPadam
  5. huhu...samalah

    hantar email pada Jakim tanya status Halal Nandos pun tak dibalas.

    hantar pada Nandos sendiri... cepat saja dibalas.

    BalasPadam
  6. semakin berminat dengan herbalife ^^

    BalasPadam
  7. @aslina majid

    macam civil plak yg bagus

    pelaksanaan xbtol

    BalasPadam
  8. nowadays ada pejabat kerajaan yang jawab cepat. Within a day dan ada juga correspond 2 3 kali sehari. Ini memang betul2 terjadi. Mungkin ramai juga yang pernah alami. Ada juga company private yg gile bangang orang email die boleh reply suroh call untuk tanya lanjut. I terus ckp i email sbb jauh dan call msia sgt costly. Kasik email add kat website tapi jawab x semenggah.

    Tapi tak dinafikan mungkin masih ada yang kurang sensitif terhadap tuntutan rakyat masa kini. Wallahualam..

    BalasPadam
  9. Masih samar lagi.... sebab jakim masih membisu tentang status halal HERBALIFE.... aku masih was-was. Setakat surat dari ifanca amat meragukan.... chop tu mudah untuk dibuat......

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.