Khamis, 27 Jun 2013

Jadi bijak baca label makanan, jangan mudah ditipu

Antara 'kerja' yang jarang orang tak tahu pasal orang Herbalife adalah - bagi ilmu pemakanan. Mungkin ingatkan orang Herbalife ni reti nak menjual, pastu ajak pergi event, pastu suruh jadi pengedar jugak, pastu jadi kaya raya. hehe. Ada orang rasa macam tu?


Ilmu makanan

Actually aku perasan kat Malaysia ni ada dua benda yang menyebabkan negara kita jadi no 1 kat Asia Tenggara ni negara yang obesiti terlalu ramai - tak tahu ilmu makanan dan memang dah tahu tapi memang taknak berubah. Kali ni aku nak cerita pasal tak tahu ilmu makanan.

Percaya atau tidak, memang ramai yang tahu tahu pasal Kalori. errrr, korang yang tengah baca ni tahu? Kalau tahu takpelah, kalau tak tahu, errrr jangan terasa hati pulak ya. Aku pun tahu ilmu kalori ni bila dah start badan gemuk. Dah badan besar, baru sibuk nak cari ilmu pasal pemakanan ni. Tapi hari ni aku bukannya nak cerita pasal kalori, tapi pasal label makanan


Kisah pagi tadi

Sebenarnya tergerak nak type entry ni sebab pergi follow up custmr aku. Pak Imam yang nak turunkan berat badan. Pagi tadi kira minggu kedua dia ambil program dengan aku, minggu pertama (minggu lepas) turun 0.5kg, tapi tadi - naik pulak! So selaku coach, kenalah professional gitu


'wahhh, bagusnya berat naik!!! tapi bukannya tok ngoh (nama panggilan dia) kena turun berat ke?'

-muka sayu-

'takpe takpe, biasalah ni berat turun naik. pasaran saham pun turun naik jugak. hehe. boleh tahu apa tok ngoh makan?'

dan bla bla bla bla - ringkasan dia kat bawah

Apabila disiasat, selain shake pagi tu, dia pun ada minum benda lain jugak. produk tenusu apa ntah. Aku pun mintak dia ambil sebab aku kata nak bagi ilmu baru pasal makanan hari ni. Dan jeng jeng jeng, inilah dia produk tenusu tu


nama produk kita blurkan ya :)

Actually, apalah juga nama produk tu, ternama mahupun tak ternama, murah ataupun mahal, produk Malaysia atau produk luar negara, kita kena jadi BIJAK! Cara jadi bijaknya adalah baca LABEL MAKANAN.

Ramai yang bila kata baca label makanan, kata kerja susahlah, lecehlah, memayahkanlah. Tak pe takpe, kali ni aku share satu tips yang cukup mudah untuk baca label makanan ni. 


~~~~~~~~~~~


tips ni khas untuk yang dalam program turun berat badan sahaja!

Langkah mula

JANGAN PEDULI SANGAT apa yang ditulis kat depan produk tu. Contohnya macam gambar ni, dia claim - high protein, high calcium. Basix things benda ni - semua benda bagus dia HIGH dan semua benda tak bagus macam dia LOW. 

Langkah seterusnya

Tengok bahagian protein dengan lemak. Terpulanglah kat per serving atau per 100g. Aku sangat cadangkan apa jua makanan/minuman korang cari yang jumlah protein dengan lemak adalah sama. Ok, cukup susah sebenarnya nak cari kat pasaran kita ni. Kalau boleh - cari yang jangan lebih 2 kali ganda lemak berbanding protein. Macam ni mudah cerita
  • 10g protein 7g lemak : sangat bagus!
  • 10g protein 10g lemak : ok lah
  • 10g protein 15g lemak : oklah tapi cuba elakkan 
  • 10g protein 21g lemak : cuba elakkan sehabis mungkin
jadi macam produk tenusu kat atas ni


haa, korang bagi jawapan - sangat bagus? or cuba elakkan sehabis mungkin?

So, aku suruh dia stop dulu, just amek shake je as breakfast, lapar amek buah. simple. so kite tunggulah minggu depan macam mana. 

~~~~~~~~~~

Kenapa lemak dengan protein je? yang lain tak penting ke?

Tu benda paling basiclah dalam ilmu pemakanan dan paling mudah untuk diikut. Kalau korang tengok produk ni sebagai contoh, dia kata tinggi protein, memang agak tinggi 11g protein per 100g tapi yang tak ditulis kat depan tu lemak pun tinggi jugak. Logiklah, kalau korang baca TINGGI LEMAK, ada korang beli? haha

Okeh, tu dulu bebelan aku di malam hari. Berjaya jugak aku type entry malam ni, yes, dah 3 hari dah berjaya type entry without fail. doa2 supaya istiqamah. waha!



pss : nanti kita bincang pasal kalori pulak ya. sebarang soalan boleh tanya kat sini

Rabu, 26 Jun 2013

Tahun ini baru 30, biar betul??

Eh, bukan umur ya. Tapi jumlah entry yang ditulis pada tahun ni!



Patutlah aku rasa jarang sangat aku menulis blog sekarang ni, tahun ni baru 30 entry yang ditulis! Bulan ni, ni entry kedua aku tulis! Kalau dulu sehari satu entry, sekarang ni....... ahaaaa tak tahulah kenapa semangatnya semakin pudar

Mungkin zaman berblog dulu tak sama macam sekarang

Or.... aku je yang berubah?

Entah!

Ni semangat nak tulis entry balik ni bukan apa, tadi ada orang call tanya pasal Herbalife, aku tanya dia dapat nombor dari mana, kata dari blog, entry semalam yang aku tulis pasal Zero 2 Hero. Haaa, terus dicapainya keyboard dan menaip entry ni. Hehe. jadikan blog medium untuk bisnes gitu :)

InsyaAllah lepas ni, sehari satu enry, waha! Kalau aku tak sempat pun, cik bini kan adaaaaaaaa, boleh suruh dia menaip. heeee. okeh, jumpa lagi nanti

pss : betul ke zaman blog dulu kini dah berubah?

Selasa, 25 Jun 2013

Mega Zero 2 Hero September 2013

Wah, pertama kali diadakan Mega Zero 2 Hero!

Apa tu Zero 2 Hero?

Zero 2 Hero adalah event yang dikelolakan sepenuhnya oleh para distributor Herbalife untuk menolong distributor baru belajar cara untuk melakukan bisnes. Ia bukan macam acara yang bagi motivasi-motivasi sangat, tapi lebih kepada HOW untuk melakukan bisnes ni. Sebab yang adakan event ni adalah para pengedar, pastilah dieorang tahu selok belok dalam perniagaan! Jadi, kalau korang berminat nak buat bisnes Herbalife, kat situ adalah tempat yang terbaik!



Kenapa ada MEGA kali ni?

Untuk edisi terakhir April lepas, lebih kurang 3000 orang yang hadir. Ingat lagi yang pertama kali diadakan, hanya kurang dari 300 je. Peningkatan 10x ganda tu. Tapi April lepas, banyak sangat versi yang diadakan, 4 tempat berlainan dibuat. Jadi kali ini, Zero 2 Hero akan diadakan dibawah satu bumbung - akan kumpul lebih 5000 orang di seluruh Malaysia! Jadilah MEGA zero 2 hero!




Tiket akan habis dengan cepat!

Aku nak mengajak korang pembaca blog aku ni untuk sama-sama ke Mega Zero 2 Hero ni. Kalau korang rasa kerja korang sekarang ni gelap je masa depan - ye lah kerja dengan orang - dan ingin cari sesuatu BISNES untuk dimulakan, Herbalife ada yang terbaik. Kalau aku cerita sampai esok pon tak habis lagi ni. Pergi sendiri je lah rasai sendiri bagaimana. Lagipun event ni memang khusus menerangkan BAGAIMANA/HOW untuk lakukan bisnes ni, kalau dah pergi rasa sesuai, apa lagi buatlah. Kalau rasa tak sesuai dengan diri korang, at least boleh mandi manda kat Gambang tu. heh! percutian untuk diri sendiri tu

Apa lagi, contact aku sekarang yaaa :)

*tiket per person dijual RM 280
*yang dah ada sponsor, sila dapatkan tiket dengan sponsor anda.