Khamis, 27 Jun 2013

Jadi bijak baca label makanan, jangan mudah ditipu

Antara 'kerja' yang jarang orang tak tahu pasal orang Herbalife adalah - bagi ilmu pemakanan. Mungkin ingatkan orang Herbalife ni reti nak menjual, pastu ajak pergi event, pastu suruh jadi pengedar jugak, pastu jadi kaya raya. hehe. Ada orang rasa macam tu?


Ilmu makanan

Actually aku perasan kat Malaysia ni ada dua benda yang menyebabkan negara kita jadi no 1 kat Asia Tenggara ni negara yang obesiti terlalu ramai - tak tahu ilmu makanan dan memang dah tahu tapi memang taknak berubah. Kali ni aku nak cerita pasal tak tahu ilmu makanan.

Percaya atau tidak, memang ramai yang tahu tahu pasal Kalori. errrr, korang yang tengah baca ni tahu? Kalau tahu takpelah, kalau tak tahu, errrr jangan terasa hati pulak ya. Aku pun tahu ilmu kalori ni bila dah start badan gemuk. Dah badan besar, baru sibuk nak cari ilmu pasal pemakanan ni. Tapi hari ni aku bukannya nak cerita pasal kalori, tapi pasal label makanan


Kisah pagi tadi

Sebenarnya tergerak nak type entry ni sebab pergi follow up custmr aku. Pak Imam yang nak turunkan berat badan. Pagi tadi kira minggu kedua dia ambil program dengan aku, minggu pertama (minggu lepas) turun 0.5kg, tapi tadi - naik pulak! So selaku coach, kenalah professional gitu


'wahhh, bagusnya berat naik!!! tapi bukannya tok ngoh (nama panggilan dia) kena turun berat ke?'

-muka sayu-

'takpe takpe, biasalah ni berat turun naik. pasaran saham pun turun naik jugak. hehe. boleh tahu apa tok ngoh makan?'

dan bla bla bla bla - ringkasan dia kat bawah

Apabila disiasat, selain shake pagi tu, dia pun ada minum benda lain jugak. produk tenusu apa ntah. Aku pun mintak dia ambil sebab aku kata nak bagi ilmu baru pasal makanan hari ni. Dan jeng jeng jeng, inilah dia produk tenusu tu


nama produk kita blurkan ya :)

Actually, apalah juga nama produk tu, ternama mahupun tak ternama, murah ataupun mahal, produk Malaysia atau produk luar negara, kita kena jadi BIJAK! Cara jadi bijaknya adalah baca LABEL MAKANAN.

Ramai yang bila kata baca label makanan, kata kerja susahlah, lecehlah, memayahkanlah. Tak pe takpe, kali ni aku share satu tips yang cukup mudah untuk baca label makanan ni. 


~~~~~~~~~~~


tips ni khas untuk yang dalam program turun berat badan sahaja!

Langkah mula

JANGAN PEDULI SANGAT apa yang ditulis kat depan produk tu. Contohnya macam gambar ni, dia claim - high protein, high calcium. Basix things benda ni - semua benda bagus dia HIGH dan semua benda tak bagus macam dia LOW. 

Langkah seterusnya

Tengok bahagian protein dengan lemak. Terpulanglah kat per serving atau per 100g. Aku sangat cadangkan apa jua makanan/minuman korang cari yang jumlah protein dengan lemak adalah sama. Ok, cukup susah sebenarnya nak cari kat pasaran kita ni. Kalau boleh - cari yang jangan lebih 2 kali ganda lemak berbanding protein. Macam ni mudah cerita
  • 10g protein 7g lemak : sangat bagus!
  • 10g protein 10g lemak : ok lah
  • 10g protein 15g lemak : oklah tapi cuba elakkan 
  • 10g protein 21g lemak : cuba elakkan sehabis mungkin
jadi macam produk tenusu kat atas ni


haa, korang bagi jawapan - sangat bagus? or cuba elakkan sehabis mungkin?

So, aku suruh dia stop dulu, just amek shake je as breakfast, lapar amek buah. simple. so kite tunggulah minggu depan macam mana. 

~~~~~~~~~~

Kenapa lemak dengan protein je? yang lain tak penting ke?

Tu benda paling basiclah dalam ilmu pemakanan dan paling mudah untuk diikut. Kalau korang tengok produk ni sebagai contoh, dia kata tinggi protein, memang agak tinggi 11g protein per 100g tapi yang tak ditulis kat depan tu lemak pun tinggi jugak. Logiklah, kalau korang baca TINGGI LEMAK, ada korang beli? haha

Okeh, tu dulu bebelan aku di malam hari. Berjaya jugak aku type entry malam ni, yes, dah 3 hari dah berjaya type entry without fail. doa2 supaya istiqamah. waha!



pss : nanti kita bincang pasal kalori pulak ya. sebarang soalan boleh tanya kat sini

7 ulasan:

  1. oooo...patutlah makcik sy x turun sangat berat dia sbb dia ada amek produk lain jgk selain shake..nnt kena chek jugak ni label mkanan produk lain..

    tengkiu abg joe share ilmu :) hehehe

    BalasPadam
  2. ilmu yg sgt bagus..terima kasih joe! ^_^

    BalasPadam
  3. Waaa...bagus tapi saya pun minum jugak susu tu sekarang sbb org kata bgs utk baby. Baby kena kuning tapi your tips tu utk turun berat badan saja kan

    BalasPadam
  4. Assalam, hurm kebetulan saya baru terbaca entry awak ni. Baru saya faham kenapa dua tiga bulan ni berat badan saya tak turun signifikan sgt mcm sebelum2 ni. saya ambil shake HL dengan dibancuh dengan susu kambing produk ni. bila baca explaination awak, dah boleh capture di mana mistake saya buat selama ini.tujuan saya consume susu kambing tu untuk tujuan TTC (trying to conceive) kami suami isteri. Macam mana ni? Sayang pula nak tinggalkan susu kambing tu...

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.