Rabu, 14 Disember 2011

Pengalaman pertama kali membayar zakat

Zakat adalah cara terbaik untuk kita menyucikan harta yang kita miliki. Beruntung kita sebenarnya memeluk agama Islam kerana kita sudah digariskan dengan panduan membayar zakat yang jelas dalam al-quran. Berapa yang perlu kita bayar? Hanya 2.5% sahaja dari jumlah harta yang kita miliki



kalau RM 10 000, maknanya kena bayar RM 250

Kerja sendiri atau lebih tepat berbisnes ni korang boleh bajet berapa jumlah zakat yang korang nak bayar dalam setahun tu. Kalau korang nak jumlah zakat tu lebih dari 4 angka, sekurang-kurangnya jumlah pendapatan korang kena RM 40 ribu setahun which is 3 ribu lebih sebulan. Sejak aku buat Herbalife sebagai kerjaya full time aku September 2010, memang aku dah target memang aku akan bagi zakat yang berjumlah besar – sekurang-kurangnya 4 angka dan alhamdulillah, niat + usaha yang kita lakukan memang akan tercapailah hajat tu



1st time bayar zakat pendapatan

Tadi 1st time aku bayar zakat ok. Memang teruja sebab ini adalah pertama kali aku membayar zakat. Sedekah tu tak payah kiralah, ni zakat yang memang kewajipan kita. Selesai je bayar tadi, ada perasaan yang sangat lega dalam hati. Aku rasa perasaan ni Allah akan bagi kepada hamba dia yang sudah membayar zakat. Korang sudah? :)

Bayar zakat di Kelantan



Memandangkan aku bekerja kebanyakkannya di Kelantan, aku bayar di pusat zakat Kelantan tadi. Di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Kali terakhir pergi sana adalah pada Celebrity Night yang jumpa dengan Syam Kamikaze, kak Wardina, MAZA dan Ustaz Saiful Islam tempoh hari. Dah lama tak pergi sebenarnya!




Masuk je tadi, memang kena ambil nombor, tapi nasib baik tak ramai sangat yang datang – mungkin pagi lagi aku pergi tu – jadi tak lama sangat nak menunggu. Dah dipanggil tu, sempat lagi aku tangkap beberapa gambar dengan iPhone4S. Maklumlah, memang dah niat nak update blog, so gambar memang kena ada :p




Beza zakat dengan sedekah adalah niat. Korang akan ditanya nak bayar zakat apa, cakap nak bayar zakat pendapatan, berapa jumlahnya dan orang kat kaunter tu akan key in data. Dah key in, masa nak serahkan duit tu, korang kena niat. Jangan risau, bacaan niat tu ada di sana. Just lintasan hati pun ok kata duit korang nak bagi ni adalah untuk zakat




Selepas bayar semua, orang kat kaunter tadi akan baca doa. Aku tak berapa nak dengar doa apa yang dibaca tu sebab sibuk amek gambar secara curi-curi :p

Amek resit dan korang dah siap!! Siap dapat barangan free lagi dari zakat Kelantan =)


Jom tunaikan zakat

Aku perasan satulah apabila korang berbisnes ni, lagi banyak korang memberi, lagi banyak korang menerima. Yeah, memang betul. Entah formula ni memang tak boleh nak ditulis, korang bagi berapa korang akan dapat berapa, tapi memang, dengan niat korang nak membantu orang lain dalam kesusahan, masa korang tengah susah akan ada banyak je pertolongan yang datang. Hebat kan kuasa Allah ni. Jadi, aku encourage korang yang belum tunaikan zakat ni, tunaikanlah sekarang. Bagi rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri, bayar kat zakat Kelantan sudah. Bantu rakyat negeri ini yang tak banyak dapat bantuan. Eh, bersikap kenegerian menebal disitu

Tahun 2012, insyaAllah akan kerja kuat dan nak bayar zakat sehingga 5 angka. Dah kata nak jadi millionaire before 26, umo 24 at least kena banyak dah harta terkumpul tu. Waha, jom bekerja!!!


pss : Best ok kerja sihatkan orang ni =)

9 ulasan:

  1. Ooo kaunter tu perempuan ye...
    Masa first time bayar zakat dulu sebab nak bayar zakat dari duit KWSP.. Sekarang ni buat potong gaji je. Tapi terlupa pula zakat simpanan.. Nak kena pergi gak ni..

    BalasPadam
  2. tadik tak leh bkk blog ni sbb ade malware.. skang dah tade.. mejik

    BalasPadam
  3. @zool

    haah, tadi semua yg jaga kaunter pompuan

    BalasPadam
  4. bayar guna maybank2u pun sempoi gak. nti pusat zakat pos resit pembayaran terus ke rumah tanpa kita bagtau alamat kita. terer je trace melalui maybank.

    BalasPadam
  5. @dinkssemut

    haah, boleh, smlm ada gak perasan bile log in maybank2u. tp feel lagi best bayar kat pusat zakat =)

    BalasPadam
  6. Bersihkan rezeki kita dengan zakat, nanti bertambah-tambah lagi rezeki.

    BalasPadam
  7. nanti boleh sedekah pada Nisa' kawasan akak sama ye :)

    BalasPadam
  8. salam,saya nak tanya, saya pertama kali nak bayar zakat..kalau saya terus bayar online ok tak? tak regist nama sbg pembayar kt kaunter?

    Tq

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.