Isnin, 3 Oktober 2011

Keistimewaan perempuan Kelantan berbanding perempuan di negeri lain

Kelantan memang sebuah negari yang unik. Tak tahu celah mana yang unik, tapi ia memang unik. Ahh, suka hatilah tak setuju pun, still nak kata yang Kelantan ni unik. hehee. Ok, keunikan ini mendorong warga perempuan disana memiliki keunikan tersendiri. Kalau korang rasa aku cuba nak agung-agungkan perempuan kelantan, sebenarnya korang separuh tepat! Perempuan negeri lain juga ada keunikan tersendiri tapi disebabkan 16 per 23 tahun usia aku dihabiskan di kelantan, maka kelantan diberi keutamaan!(mengelakkan komen tak membina di ruangan komen)


Kat sini aku akan list beberapa sebab atas pengalaman peribadi. huh, banyak betul pengalaman aku ni ye?


Lebih manis dari gula





Mungkin korang perasan yang perempuan-perempuan yang berasal dari Kelantan ni manis-manis semuanya. Even dieorang dah tua, dah sampai taraf mak cik manis tu masih ada. Tak tahulah petua apa yang dipakai, jamu ke, budu ke (eh budu boleh lawakan muka ke?) atau memang penjagaan muka tu ditekankan dari kecik lagi aku pun tak tahu. Walaupun masa aku belajar kat UK dulu pun, rata-rata student sana yang manis-manis tu semuanya dari negeri cik siti wan kembang ni


ahaa, bukan aku sorang je cakap ok, kawan aku pun cakap. Katanya kalau kat pasir mas tu lagi manis-manis. Heh, hebat betul!


Masakan sedap-sedap





Yang ni tak boleh nak sangkal, masakan perempuan dari Kelantan ni memang sedap-sedap. Even kat KL tu kalau pergi restoran, tukan masak tu probability rakyat Kelantan yang jadi chefnya sangat tinggi. Aku rasa mungkin dari kanak-kanak lagi dieorang ni dah diajar untuk masak, sebab tu kehandalan ni kekal sampai ke anak dara dan hinggalah ke tua. Ke tak salah tanggapan aku ni?


Aku ingat lagi ayat kawan aku 'ko nak jimat duit kawinlah dengan mek klate, jimat tak payah makan kat luar' ada kebenarannya?


Suka meniaga





Kalau korang datang ke KB, pasar siti khadijah ni yang meniaganya memang penuh dengan perempuan berbanding dengan lelaki. Bukan sebab lelaki kat kelantan ni malas, tapi perempuan kat kelantan ni terlebih rajin. Mereka sungguh independence. Tak harapkan duit dari suami, cari duit sendiri. Luar dari Kelantan pun, kat mana-manalah kalau jumpa taukey kedai nasi ke, butik-butik ke, rata-rata perempuan Kelantan.



*******

Bagi aku kan, tengok balik list senarai kawan perempuan aku, kebanyakan mereka bukannya berasal dari Kelantan. Kebanyakkannya luar dari Kelantan. Heh, pelik jugak, tapi ni hakikat. Apa mek mek kat Kelantan ni tak sudi nak berkawan dengan aku ke apa? 

Pape pun, dari negeri mana korang berasal, banggalah dengan negeri masing-masing =)


pss : tadi bukak booth kat Universiti Malaysia Kelantan. Esok nak pergi sana lagi. ada orang UMK jemput2 lah jumpa aku. wahaha

57 ulasan:

  1. Bab lebih manis dari gula itu memang tepat!
    aku bukan keturunan kelantan tapi dilahirkan di sana..dan tiba-tiba muka aku terjebak ikut iras gadis kelantan.

    mak aku terkenan muka org sana masa ngandungkan aku kot?


    hehehe

    BalasPadam
  2. ahaks..hmm..
    adalah jugak skit kot kebenarannya~~~
    namun actually sama jer pompuan dari mana-mana pon..he3~~~

    BalasPadam
  3. er..
    ak x paham ape kene-mengena link lain dalam entri nih?

    BalasPadam
  4. skrang dah ada kosmetik dari budu oo.. perempuan kelantan punye kije :D
    salah satu kelebihan gak nih.hehe

    BalasPadam
  5. msk sdp..mmg sdp...tp xboleh thn mesti maniiiisssss...xbaik ooo utk kesihatan jangka panjang...

    BalasPadam
  6. diorg putih2 mgkn sbb kacuk siam..hehe,jeles u!

    BalasPadam
  7. yup! awek negeri lain pun lawa gak! heeeeeeee...

    BalasPadam
  8. hok manis tu memang betul..majoriti bila jumpa awek2 klate..memang cantik2 belaka..

    BalasPadam
  9. kawe banggo jd ore klate...

    x kesah laa dari negeri mana2 pown sumer baek2 n lawa2 blako...hehe..

    BalasPadam
  10. awek2 ganu pon comel2 gop..tp awek2 klate tuh mmg xleh nk sangkal la thp kmanisan tuh =)

    BalasPadam
  11. saya membesar di kelantan hampir 16 tahun gak...da kire jd ore kelate la kan..tapi masakan kelate xtau ape2 pon...xretiii sangat...tapi masakan kelate mmg manis..arwah nenek kalo masak ape2 mesti letak gula...tapi tetap besh...ngeehehe...

    tapi 1 je la xpaham...tadi bace sume link2 kt post ni..apsal eh pepuan melayu kelate kalo kat kelate kemain pakai tudung sume tapi kt luar terbang abes...why oh why?

    *kawan2 sy ramai yg cmtu....dah xlarat nak nasihat...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe sebab culture shock. Kat tempat diorang tak sama macam negeri lain. PAda pendapat saya la. And saya ada dengar kalau perempuan freehair kt kelantan kene denda. Xtau la betoi dok.

      Padam
  12. setuju dengan joe.tapi ada lah org2 cakap..gadis2 kelantan muka jek cecomey..tp tak permbersih...pastu rumah pun xkemas...huhuhu (malas skit kot)

    BalasPadam
  13. awek kelantan memang cantik2 dan manis..tp...awek kelantan ramai yg pemalas dan kurang bersih...nampak je cantik tp pemalas...oppsss..pengalaman masa study dulu ... ramai yg mcm tue... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree. Pengalaman hampir 20 tahun dok ktan. Mereka ni memang jarang mengemas rumah. Mereka cuma suka masak.

      Padam
    2. Yes. Diorg memang tak pandai mengemas dan malas. Bilik kotor dan bersepah. Tapi tak semua sebab ada kawan kelantan yang pembersih.

      Padam
  14. awek2 kelantan memang cantik.. kebanyakkan jumpa awek kelantan comel2 belaka.. yang biasa2 pun ada jgk.. :P

    BalasPadam
  15. saya dr perak
    errr
    cm x de kene mngena
    hahahhaa

    BalasPadam
  16. @wHoSeNa

    muka manis sampai ke masakan pon manis

    BalasPadam
  17. @hanis cumil

    kejutan budaya kot
    dah buat entry pasal tu dulu. khas untuk mek mek klate

    BalasPadam
  18. den orang kelate, tapi orang kata den anak mami~ dush3!

    BalasPadam
  19. Kalo nak tahu orang asal kelantan ni (yg asli tak bercampur darah) berkulit putih kemerahan....boleh jumpa ramai mereka ni di sekitar jajahan kota bahru, pasir mas, pasir putih dan kawasan2 sekitar..saya pelik sebab ramai cakap kami ni darah kacukan siam la arab la..sebenarnya bukan sebab kalo nak tahu arab yg dtg malaysia ni kebanyakan arab "khaleeji/gulf" (meaning iras2 orang india selatan)...jarang arab "levant"(lebanon, syria, jordan dan senangkatan) dtg berhijrah ke malaya pd zaman dlo...cthnya family saya sendiri tak pernah ada darah kacukan asing pada zaman dlo..lately je sepupu2 saya kahwin org luar...sebab tu majoriti keluarga saya ni berkulit putih merah...

    BalasPadam
  20. aku kelantan tapi aku manis ke?kahkahkah

    BalasPadam
  21. sayo family xbrapo nok putih. tibo2 sy sesat sore ceroh sikit. sikit jah tapi. hehe. tadop kacuk2 eh. takdir belako tu. hehe. tp kalu kenal nge ore lua, mesti pakat duk kato ore klate ni comey2, manih2. banggo molep sero (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang2 saya semuanya kulit cerah sebab mak saya cina. Tapi saya ni yang perempuan pulak kulit gelap. Hmmmm

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  22. @zohnfaye

    Like this. muka merah putih, sampai orang ingat kacuk arab. padahal parents both from bachok & pasir Mas. Kelate pure bena.. :D

    erkk, pemalas? tak nanti mek kelate hok manis malas...

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum..niey dia bd0p Klate nop comment ckit...heheheh
    amb0 setuju 100% dgn tuan empunye blog niey..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum. Saye bukan org kelantan tp saya kawen ngn jejaka kelantan...mmg idung mancung n berkulit putih merah...ni kalau nk di ikutkan atuk belah mak dia berdarah arab...mmg ada unsur kacukan kat kelantan dan selatan thai...boleh tgk jejak rasul saya x ingat tahun bila ada mengisahkan perihal ni... Pun boleh tgk antara blog ni.. http://abatasa2.blogspot.com/p/sejarah-dipadam.html?m=1

    BalasPadam
  25. orang kelantan adalah orang kelantan.

    orang siam adalah orang siam.

    ibu dan ayah saya asal kelantan.

    dan kami tak ada saudara mara pun

    kat siam.

    BalasPadam
  26. Hok penting biar come dlm bru la tgk come kt luar

    BalasPadam
  27. Hok penting biar come dlm bru la tgk come kt luar

    BalasPadam
  28. Pnah pak arab brcakap bhsa arab ngan sy. Cnfused mula2 pastu snyum je sbb x paham last skali kwn ckp muke ko cam minah arab tu y dia ckp arab ngan ko uuhuhu

    BalasPadam
  29. Awek klate cun.. Contoh syanie,, lelaki dia hensem cam sabri yunus, bob lokman,,, jangan bangga diri sangat..bukan ada apa apa pun..orang pattani ,, orang terengganu , orang pahang tak ada pula nak puji diri sendiri..agak agak la wei..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.