Pagi tadi terbaca status seorang kawan di UK (duduk kat UK lebih cepat tahu berbanding berada di Malaysia - sigh) yang mana penulis skrip terkenal Zabidi Mohamed (ingat cerita Hani?) sudah menyatakan keinginan untuk memfilemkan kisah hidup hamba Allah yang sangat aku kagum - Dr Mas Afzal
Sedikit latar belakang Mas Afzal, arwah baru sahaja kembali ke rahmatullah pada Disember lepas akibat cancer. Keperibadian arwah memang banyak menyentuh hati sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Nak tahu kisah Mas Afzal, boleh baca kat sini
- Not The Primrose Path (1)
- Not The Primrose Path (2)
- Not The Primrose Path (3)
- Not The Primrose Path (Final Episode)
Kisah yang patut di filemkan!!
Walaupun hanya sempat 2 tahun aku kenal dia, tapi memang banyak dia bantu aku sepanjang berada kat Sheffield. Bukan aku saje yang kagum dengan sikap dia, ramai lagi yang tersentuh dengan keperibadian dia. Dari akademik sehinggalah kerja dakwah - full package untuk muslim sejati. Cerita bagaimana dia mengharungi hidupnya setelah menjalani kimo pasti akan banyak membuatkan orang tersentuh.
Gambar last dengan arwah |
Sudah pasti untuk memfilemkan cerita yang banyak tempat - Malaysia - Sheffield - Palestine memerlukan belanja yang besar. Cabaran ini memang besar tetapi aku rasa tidak mustahil untuk diadakan. Aku rasa, kalau tujuan untuk memberi kesedaran kepada kebanyakan kita yang sememangnya cukup 'senang' dengan dunia kita sendiri, cabaran seperti kos ni sudah pasti dapat diatasi
Lagipun, di Malaysia ni memang KAYA dengan filem lumba motor, hantu dan perebutan harta - sebab tu filem kita tak boleh nak dieksport ke luar. kot-kot nanti nama Malaysia hanya terkenal dengan gejala merempit, hantu berkeliaran dan juga rebut-rebut harta. Jadi, filem yang menceritakan kehebatan seorang rakyat Malaysia ini aku rasa sangat berbaloi dan sememangnya penonton dahagakan cerita berunsur begini.
Sama-samalah berdoa agar filem ini berjaya disiapkan
pss : 'Jangan diucap selamat tinggal, ucaplah semoga berjumpa lagi. Kalau tidak di Malaysia, pastikan di Syurga nanti'
joeee
nice footnote!
BalasPadamsuka ngan cerita hani :)
BalasPadamkalau buat cerita yg tu msti best <3
Assalamualaikum,
BalasPadamSetuju! cerita antu bersepah dah. Bukannya bagi pengajaran, lagi ramai orang serbu rumah bomoh ade lah hu hu hu
Alfatihah buat arwah. Kalau ada filem motivasi bagus kan
Kampen “Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”
Tak sabar nak tgk cter ni,cite hani tu best
BalasPadamkalau khabir bahtia direct aku rase boleh pergi jauh cerita ni..
BalasPadamal-fatihah buat arwah..
xsabar nak tggu...
BalasPadam@firuzLazuardi
BalasPadamayat last
@Wyna Nubies
BalasPadamdapat pergi jauh kan
@anyss
BalasPadambomoh bayar kot?
@atty's
BalasPadamharap2 dapat difilemkan kan
@APi
BalasPadampenulis skrip mantap, pengarah hebat = pergi jauh
@powluck
BalasPadamsama
=)
xpenah tahu pon pasal dia joe...
BalasPadamkenapa3.....
adakah aku katak d bwh tmpurung...
dia umo berapa joe masa dia ninggal?
@aLeen aVriL
BalasPadamselalu je update kat blog dulu
nice, tiap kali baca blog arwah Mas Afzal, mesti emosi kejap.Saya ingat akan dibukukan, tapi lagi advance la kalau nak buat filem :)
BalasPadam@inisuha
BalasPadambuku tu tengah nak disiapkan dah
filem yg tak sabar nak dibuat ni
=)
Bagus la buat citer2 macam ni...
BalasPadamYa Allah...dah meninggal?
BalasPadamAl-fatihah..
sedih tgk gmbr org dalam spital..ingat baby time kat spital
BalasPadam