Sabtu, 4 Disember 2010

RON 88 - Penyelesaian masalah gula, diesel, minyak dan gas. Dapatkan segera!!

Minyak naik lagi??

wahaaa, tau tau je aku nak ke kuala lumpur esok, masa ni jugaklah nak naik. Esok pagi-pagi lagi akan bergerak ke Kuala Lumpur, ada banyak sangat urusan ni. Malam esok ada futsal, pagi ahad ada event herbalife besar, hari isnin ada date dengan joana. wah wah, semuanya dengan kereta dan kereta perlukan minyak untuk bergerak!!

Malaysiakini : Semua naik

Aku tak kisah sangat pasal gula nak naik, elok sangatlah naik. barulah kurang sikit masalah kencing manis semua nak beringat nak beli gula nanti. Gas pulak, memang setakat ni aku tak guna dan ahli keluarga lain yang beli pun. Tapi yang aku kisah, harga minyak. haha. tak sangka cepat betul naik. Tak pe, harga kawalan minyak ni bukan kerajaan yang tentukan, tapi ini adalah pengaruh dari luar. ya, luar sana tu, kerajaan hebat kaya raya mana pun didunia ni pun kena akui dengan pengaruh luar ni. haa, jangan salahkan kerajaan ok, mereka hanya ikut peredaran putaran bumi. nak naik, kenalah naik. hehehe


Selaku rakyat yang sayangkan negara, kita jangan mengeluh sangat, kena cari penyelesaian. Penyelesaiannya, ada disini!!!


Segmen khas bersama.... Brother Joegrimjow!!!


RON 88

RON 88 atau dalam bahasa panjangnya iaitu Regular Octagudienyakas National adalah satu ciptaan terbaru oleh seorang pencipta inovasi terkemuka di Malaysia. Kenapa 88 adalah disebabkan penciptanya itu lahir pada tahun 1988. Hasil ciptaan ini, maka segala masalah kenaikan harga minyak, gula, gas ataupun diesal, semuanya akan dapat diatasi dengan mudah!


Bagaimana?

Cara Penyediaan

Anda campur 1 kg gula, 1liter minyak, 1 galen gas dan 1 liter diesel kedalam satu bekas besar, gaulkannya sehingga sebati dan titikkan satu titik RON 88 kedalam adunan tadi. Tunggu sehingga esok dan... taraaaa, maka terhasilah satu adunan yang boleh digunakan pengganti gula, minyak, diesel dan juga gas. apa yang lagi best adunan tadi akan 'beranak' menjadi 10 kg!! bayangkan, hanya dengan 1 kg gula, 1liter minyak, 1 galen gas dan 1 liter diesel serta 1 titik RON 88, anda dapat pulangan 10 kg!!

Mana nak cari?? 

RON 88 akan dikeluarkan dalam masa terdekat lagi. stay tunned with this blog!!!



pss : harga semua naik, kalau asyik mengeluh apa yang dapat? dah tak dapat buat apa-apa, mengeluh je lah. kekeke. selamat behujung minggu semua

33 ulasan:

  1. 4 dlm 1- mengeluh pun nnt naik jugak. joanna brother joe ke perintis guna Ron 88??? huhu

    BalasPadam
  2. joe..

    joe bukan ke RON tu maksudnya

    RESEARCH OCTANE NUMBER...

    apsal lain plak koe nye definition ni

    =>

    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. @amar haziq

    ini bukan ada kat pasaran lagi ni
    mestilah lain

    BalasPadam
  4. joe dah jadi promoter dah TEEHEE :D

    BalasPadam
  5. Kasi no account,kty nak order 1 kontena,

    BalasPadam
  6. Selepas menggunakan minyak RON 88 ini, enjin kereta saya mudah untuk di hidupkan pada waktu pagi dan yang paling menariknya, ia boleh pergi lebih jauh.

    BalasPadam
  7. Dengan RON88, kereta saya boleh pergi lebih jauh. Ianya juga lebih jimat sebab ianya boleh 'beranak'(sponsored suh ckp cani). So, duit jimat, minyak jimat dan semuanya jimat. Jgn lupa utk dptkan di pasaran.

    Kuliah Pagi Jumaat – Kahwin Cepat-Cepat

    BalasPadam
  8. hahhaah hebat2 bro!!! :clap clap :

    BalasPadam
  9. Salam,
    Rebeh la kalu lagu ni hu hu h u

    BalasPadam
  10. xberjln larr kete sy time dok kampus nanti...
    huhu...

    BalasPadam
  11. kereta sy semakin laju semenjak menggunakan ron88. melebihi kelajuan F1

    BalasPadam
  12. jimat betul klu RON88 tu ade :p
    invent la cpat bro!

    btw:mntak izin link blog.sy budak baru

    BalasPadam
  13. wahhh!!!! terbaik nie...tp mcm mn benda yg sama blh digunakan sebagai pengganti gula...tak da side effect ker....hmmm....

    BalasPadam
  14. uich :D
    what a nice entry :)

    www.fakhrulzakry.com

    BalasPadam
  15. wah, ajaibnya ron 88 ni. macam susah nak percaya pulak, hmmm. :)

    BalasPadam
  16. huhu bro, ade bantuan subsidi petrol x? kering la den nk isi minyak ni bro

    Terkini : Ini Fakta Bukan Auta

    BalasPadam
  17. nak tanya harga setitis RON88 tu bape?.. :p

    BalasPadam
  18. woooooo.nanti kena cuba neh! kekekekekekek :P

    BalasPadam
  19. petrol pump mano ade jual ni??
    den nak boli...hehe

    BalasPadam
  20. beshnyer ron 88....sangat menjimatkan ye bro :D ekeke

    BalasPadam
  21. uiks...biar betik?ish, nak kena buat uji kaji la plak....tak memudaratkan jantung kereta ker ni? :P

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.