Berjaya juga aku menghabiskan malam-malam indah di rumah kakak aku ni secara berseorangan. Ya, tidur berseorangan. Walaupun ini perkara biasa bagi kebanyakan orang, tapi tidur seorang di dalam rumah yang tiada penghuni lain kecuali aku merupakan pencapaian terbaik bagi aku dalam tahun ini! Semalam hantar kakak sulong aku (pemilik rumah ini) dan juga mak dan kakak aku yang ketiga ke airport. Mereka ke australia untuk konvo kakak aku. Nak tak nak, aku yang akan balik ke kelantan malam ni terpaksa tidur keseorangan di rumah... di presint 11 ini... seorang ke?
*****
Prolog
15 tahun yang lalu, 1995, di satu kampung kecil di dalam negeri selangor, tinggal seorang janda yang bernama Mak Limah. Mak Limah merupakan dukun yang popular di kampungnya dengan kebolehannya mengubati pelbagai penyakit misteri. Disebabkan kebolehannya yang hebat, seantero rakyat di negeri itu kenal akan Mak Limah.
Tetapi, entah kenapa, sejak kerajaan mahu membangunkan kawasan itu untuk dijadikan sebuah kawasan pentadbiran kerajaan yang baru, kuasa Mak Limah untuk mengubat orang semakin hilang. Mak Limah yang perasan akan hal itu telah menghilangkan diri. entah kemana, tetapi yang pasti jauh dengan rumahnya yang bermisteri itu!
*****
Sebaik sahaja aku hantar kakak dan mak aku ke airport, apa lagi, baliklah ke putrajaya semula. tengok jam, baru pukul 9 malam. awal lagi ni, takkan aku nak balik dan layan internet je? gila loser kan? timbul idea untuk menonton wayang. haa, dengar kata cerita hantu mak limah balik rumah best, aku pun terus bergerak ke alamanda untuk tengok cerita tu. Malangnya, sampai disana, sudah FULL walaupun masa tanyangan setengah jam lagi. Boleh bersaingan dengan filem dr rozmey ni! Nak tak nak sebab tak nak balik rumah awal, aku pun memaksa diri untuk menonton cerita lain - Narnia!
Habis je menonton Narnia, jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Nak balik ke tak rumah ni ek, nak balik ke rumah ni ek. Tak pun tidur rumah abang sulong aku di shah alam? hurmm, nanti dikata penakut pulak dan dijadikan bahan oleh keluarga aku, tak boleh jadi, kena balik rumah tidur jugak! Harap dapat tidur dengan elok malam ni!
******
Di Putrajaya ni ada satu tempat yang agak keras. maksud keras tu, dah banyak kali tempat itu mahu dibina, tetapi semuanya gagal. Akhirnya tempat itu dibiarkan begitu sahaja tanpa diusik. Bagi penduduk awal putrajaya, rahsia itu mereka simpan supaya tanah di putrajaya menjadi semakin mahal dan boleh dijual dengan harga tinggi nanti!
Putrajaya... keras! |
******
Pulang ke rumah
Akhirnya aku buat keputusan untuk pulang kerumah. Dalam otak aku dah berfikir, balik je, terus tidur! Bukak lampu banyak-banyak kemudian tidur dalam selimut sambil telinga tutup dan mata pejam. Ok, mesti berjaya atasi ketakutan punya! Masa nak balik dari alamanda di presint 16 itu, aku terpaksa lalu di kawasan yang dikatakan keras tadi untuk ke presint 11 rumah kakak aku. ahhh, lantaklah
Kereta membelah laju arus malam yang dingin ke sumsum tulang
Tengah elok aku memandu, aku ternampak seorang makcik yang berpakain putih sedang nak menahan kereta. ehh, apa mak cik ni buat tengah malam macam ni. Atas dasar nilai kemanusian, aku berhentikan kereta untuk menolong mak cik tu. Kot-kotlah makck tu perlukan bantuan...
Sebaik sahaja aku berhentikan kereta
Terpandang muka makcik tu yang agak keputihan
Pucat
Tangannya macam ada tompok hitam
Bajunya compang camping tanda sudah buruk
Tapi yang best, dia senyum sahaja
aku : erkk, nenek nak ke mana?
dia : nak ke presint 11 cu
aku : ooh, kebetulan saya nak balik rumah kat presint 11, jom lah ikut saya
dia : what a coincidence! u are just nice person cu. ok, nenek follow!
Pelik pulak nenek ni boleh cakap omputih lancar pulak ye. takpelah, kesian kat dia. Malam-malam macam ni, haiishhh, kesian kot tinggal sorang-sorang. Jadi aku dan nenek tadi naik dalam kereta dan meluncur laju ke presint 11
aku : nama nenek siapa?
dia : just call me Mak Limah
aku : haha, tadi saya nak tengok cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah, tapi tiket penuh. tup tup jumpa nenek yang namanya Mak Limah pulak
dia : senyum sinis
Perghhhhh, macam mana aku boleh tak perasan yang kemungkinan nenek ni adalah hantu?? masa tu dah meremang bulu romaku dah. Tengok pulak dia senyum nipis cam tu je. aku terus jadi kaku. dia pun membisu seribu bahasa. Setelah sekian lama.... barulah dia berbunyi suara
dia : cu tak takut ke nenek ni adalah hantu?
Nak tergugur jantung aku bila disoal macam tu. Muka aku terus berubah putih. Tak payah nak sapu bedak, gila putih masa ditanya macam tu. Tak tahu nak jawab apa, aku terus membisu
dia : heheheee......
Boleh pulak dia gelak macam tu. Aku dah tak tahu dah macam mana nak buat. Sampaikan macam mana boleh tersesat jalan masuk ke satu lorong yang betul-betul kau tak tahu. Aku seolah dipukau!
dia : u cant stop here love, nenek turun sini. jom masuk ke rumah nenek dulu jom
Rumah Mak Limah |
Aku macam lembu yang dicucuk hidung. Entah kuasa apa yang menolak badan aku menurut perintahnya. Rumah yang kecil itu agak pelik, macam mana entah boleh berada di putrajaya yang pesat membangun ni. Masuk je ke rumah, berlakulah sesuatu yang bakal mengubah hidup aku
dia : welcome to my house, Rumah Mak Limah. Have a seat
aku : mencari kerusi dan duduk
dia : tak payahlah cu nak takut, Mak Limah bukannya hantu pun. hidup lagi ni.
aku : ooohhhh??? ye ke??? bagussss (menarik nafas lega)
dia : betul, kalau hantu, mesti takde kaki kan? see my foot, i have a pair of sexy leg (menunjukkan kakinya)
aku : haah, ada kaki....
Kakinya yang sexy! |
dia : nenek biasakan diri dengan Mak Limah la ek. camni, Mak Limah ni sebenarnya dah 15 tahun tak balik rumah. sejak kerajaan umum nak bina kompleks kerajaan kat sini, Mak Limah macam dah putus asa dah. dulu Mak Limah ni dukun hebat jugak, tapi sejak banyak hutan2 ditebang untuk dibina bangunan besar, kuasa Mak Limah semakin berkurangan
aku : jadi?
dia : mak limah pun pergilah berkelana untuk mencari balik kuasa Mak Limah ni
aku : jumpa tak?
dia : 15 years my love. of coz i found it.
aku : wahh, menarik tu. jadi Mak Limah ada kuasalah ni?
dia : yup. i have power tu fulfill any wish people want. sound great huh?
aku : biar betik?? saya ada permintaan, boleh Mak Limah tunaikannya?
aku tengok nenek yang dipanggil Mak Limah tu berkerut dahi sedang memikirkan sesuatu. tak lama kemudian, dia mengangguk tanda setuju
dia : sebab cu ni baik, bolehlah Mak Limah tunaikan. lagipun, syarat untuk Mak Limah tunaikan permintaan orang, Mak Limah kena balik rumah dulu. dah alang2 berada kat rumah ni, bolehlah Mak Limah tunaikan. cu nak apa?
aku : nak jadi kaya!!!!
Mak Limah kembali berkerut dahinya. dia lantas pergi ke ruang tamu dan membuka satu almari disana. diambilnya satu lampu suluh yang agak usang. dia kemudian bergerak ke satu penjuru lagi. Mengambil kertas dan menulis beberapa ayat sambil membaca jampi serapahnya. kemudian dia kembali duduk berhadapan dengan aku
MPTL |
dia : gini cu, Mak Limah bagi cu pilihan. kat tangan kiri Mak Limah ni ada lampu suluh yang dipanggil MPTL - multi purpose touch light. Limited edition kat rumah Mak Limah ni. fungsinya, dia boleh menunaikan 3 permintaan cu selain dari cu nak mintak jadi kaya. kat tangan kiri Mak Limah pulak ada sekeping kertas yang tertera tulis formula untuk jadi kaya. Mak Limah bagi pilihan, cu nak mana satu?
aku : lebih susah dari soalan SPM!
Aku duduk berkira, mana satu nak ambil ni. MPTL atau sehelai kertas. MPTL boleh tunaikan 3 je permintaan, tapi kertas tu ada formula boleh jadi kaya, dah jadi kaya banyak duit, boleh beli apa sahaja. herrrmmm, ok, ambil yang kertas
dia : dah decide?
aku : dah, saya nak ambil yang kertas tu. deal! saya kunci lirik itu!
dia : your choice cu, ok, nak ambik kertas ni. Balik rumah nanti, bukak kertas tu dan buat apa yang kertas tu suruh, konpem akan jadi kaya seperti cu nak
aku : ok!!! terima kasih
Setelah mengambil kertas itu, aku pun mintak diri untuk pulang ke rumah. Mak Limah pun tak menolak dan ucap terima kasih sebab aku hantar dia balik rumah. sebelum aku hidupkan enjin dan masuk dalam kereta, dia sempat berseloroh
dia : jangan lupa tengok cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah ya, mesti best!
Sesudah sampai di rumah, jam menunjukkan 2 pagi. ermm, lagi 4 jam mahu subuh. Aku terus ke bilik air dan mandi sekejap. Perasaan takut tadi telah bertukar menjadi teruja, Ya lah, di tangan aku ada satu formula yang mungkin jampi serapah yang boleh menukar segala benda menjadi emas. fuhhh, tak pun kertas tu bukan formula, tapi cheque yang bernilai satu billion. fuhhh, kaya aku!
Siap semuanya, aku di penjuru katil dan membuka lipatan kertas 4 segi itu dengan berhati-hati. Agak terkejut sebab disertakan 2 tiket wayang dan sebaris ayat yang berbunyi
'tiada jalan singkat untuk kaya, kerja sungguh-sungguh dan istiqamah, mesti jadi kaya nanti, good luck cu!'
Hampagas punya Mak Limah, nasib baik sekurang2nya ada tiket wayang 2 keping, jom sape nak ikut aku jom
pss : gila kuat imaginasi bila duduk berseorangan! kak limah ke mak limah?
seriusly kuat giler imaginasi..hahah..aku dari baru nak tido terus x jadi nak tido da..huhu
BalasPadam@faiz
BalasPadambeselah, duk berseorangan macam2 boleh terjadi
hehe
haha...gilos.duk sorg2 leh plak pk cmtu kan.hadeh...tp imaginasi kamu terbaek lah.haha
BalasPadamhahah, dasat punye imaginasi..kelakar, kantoi penakut dop sensorang=O
BalasPadam@Dyna Yvonne
BalasPadamanything can happen
wahaa
ish3..memang kuat benau berangan nye ni...imaginasi tinggi..kui3..
BalasPadamNaik pening aku baca entri ni. Tapi nak komen jugaklah.
BalasPadam1. Dah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tak la best sangat pun. (atau aku yang tak pandai menilai)
2. Kat Putrajaya tu ada 1 batu besar yang orang kata keras. Dah batu memang keras. No bukan sebab tu la. Sebab aku dengaq cerita gitu.
Okey sekian.
hehehe comey..about putrajaya,bapak aku dulu salah seorang kontraktor kt situ...mmg ade kwsn tu "keras" event semua lori n jengkaut yg rosak2 tu still new...fuhhh...
BalasPadamp/s agak2 klu org tau,tanah jadi murah x kt putrajaya..nk beli hihihi
@Green Apel
BalasPadamahaa, sape yg xtakot tu hebat r
hehe
@♥CIK SHA♥
BalasPadamhehe, pagi camni macam tu lah gamaknya
@Hami Asraff هامي أشرف ™
BalasPadamhaah, kar area presint 16 r
hehe
@KembarA KehidupaN
BalasPadamjom sebarkan berita ni nak?
hehe
hahahaha. mak limah tu rock siottt.. siap sepiking lagi. btw, aku nak tgk gak hantu kak limah... huaaa... giler takde gengg!!!
BalasPadamtinggi btul imaginasi.. macam tak sangka joegrimjow penakut.... he he he...have a nice day bro!
BalasPadamlawak ar..kuat betul imaginasi..hahahaha
BalasPadam@Shaofie
BalasPadamxtengok lagi gak
baru nak tengok
huhu
@Cik Bee
BalasPadamjarang org berani duduk sorang2
huhu
thx u
ape lagi joe, jom la alamanda!
BalasPadamWoot!
BalasPadamJoe, bila nak buat skrip filem?
XD
gigih gila baca sampai habis ingt hantu betul
BalasPadamsebab semalam memang ada dengar suara org memanggil dekat hospital putrajaya ni
seram makkkk
T.T
bak bg aku 1 tiket wyg tu.. :)
BalasPadam@Shaofie
BalasPadamjommm
tapi, sape yg ada?\hehe
He, he, he, lawak betul. Kat Putrajaya ni memang keras. Kan pernah kuar dalam paper Kosmo last year penghuni kuarters kat Presint 18 yang dekat dgn tasik tu reramai mintak pindah coz kena ganggu. Saya pun selalu kena ganggu jugak, kat opis mahupun kat rumah. Kuatkan semangat jer.
BalasPadamoh citer muloh limah ni ae,best layan..
BalasPadamkawasan keras tu y berbukit2 tu kan?
@Syue Mustafa
BalasPadamperghh
biar betul??
@.alie.
BalasPadamhaah
kawasan berbukit tu
uuhu
hahahaha memang siot ah imaginasi abg faridzul nih! hahahaha
BalasPadamapa yg ak dapat rumuskan..bahaya duk sorang2 nie..hahahah
BalasPadamaik.kenapa ramai yg keliru..kak limah la..mak limah tue tua sangat..kan dia dtg umah..haha
joe, g balik umah mak limah..mintak tiket wayang lebih..die tokey cinema la tu..hehe
BalasPadam@Wan Gerrard
BalasPadamnak lebih ke?
nanti ku mintak lagi ek
hehe
@AMir Izzat
BalasPadamhaha, tu r, ingatkan mak, bukan kak
fuiyoo bikin saspen gak citer ni ya haha
BalasPadamahaaaa...
BalasPadamberia aku bace neh sampai x berkelip...
suspen tol...
Oh dok kat Presint 11 ke..
BalasPadamDekat je laa kita ni...
Mak aih imaginasi kuatnye...;) gerun baca..!!
Follow here!!
suspen betul.....ingt mmg betul hantu kak limah td
BalasPadamngokngek betul. haha
BalasPadam@Ieqa Swetluv
BalasPadamawal2 je kan?
last2 dah x dah
@apezs shah
BalasPadamhaah, presint 11
dekat dengan ape?
hehe
@Oasis
BalasPadamhehe, mak limah versi lain
@maCy
BalasPadamenjoy baca tak?
HAHAHA, mantap ah mak limah pandai speaking. :P
BalasPadamsmart la bro! nice!
BalasPadamTerkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.
Joe: Kenapa, tak percaya? Serius, memang kisah benar. Kalau tak kena kat diri sendiri, memang susah nak percaya, tapi bila dah kena, sendiri mau ingatlah.... Kalau tak kuat semangat maunya pengsan. Cuba bayangkan kita sorang-sorang dok kat rumah tetiba bunyi guli berdeting 2, 3 kali kat belakang kita. Takpun bila kita sorang-sorang kat opis, sedang elok kita dok f/stat surat kat bilik fail, tiba-tiba bunyi orang dok tengah minum kat ruang tamu. Tak ke haru.
BalasPadamhuu..
BalasPadamnsb baik xcaya..:P
waaa...ingat kan aper laa...
BalasPadamrupo2 nyo kene tipu laa...
hauhauhau
ehehe..best3..
BalasPadamhahha..gile arhh.sempoi jek.smpai skang aku belum tgk lagi citer ni.huhu..bile tah nk tgknya.sumpah best kata orang lain..kata orangla.
BalasPadamGelak, lawak , kelakar Mak Limah balik rumah ni...mama dah tengok. Tak seram pun...quarters presint 8 pun ada hantuuuu
BalasPadamnenek speaking tu
BalasPadamdasat betol
duduk sorang-sorang, macam-macam idea datang kan
hehe
antu ade kaki camtu suke aku hehehe..
BalasPadamJom pakat gelak kat hantukaklimah.blogspot.com komen dan menang DVD hantu kak limah balik rumah sekarang!
BalasPadambest story telling ni. sampai abis baca tau..akeke
BalasPadamko leh jadi mamat khalid la dik..hahahaha...gelak akak baca entry ko ni..
BalasPadamhantu kaklimah tu mmg lawak.aku tak henti2 gelak.
BalasPadamhaha..
BalasPadamlawak2..
cam real je~
kali kedua silent reader...now follow you...
BalasPadam