Sabtu, 18 September 2010

Barang yang WAJIB bawa ke UK : Edisi Raya

Salam,

Masih lagi mood excited! hehe. Malam ni seperti entry lepas aku ada cerita pasal penutup WLC. Pagi esok pagi-pagi lagi akan bertolak ke KL. drive sendiri. mintak-mintak perjalanan lancar esok. dah lama tak drive jauh-jauh ni. Petang esok tu ada kenduri kawen dan malam tu pun ada appointment dengan custemer. ahaaa, sibuk bangat ni. Isnin nak jumpa dengan bebrapa blogger dan selasa tu dah fly ke UK. hoho. Entry kali ni akan ceritakan serba sedikit 'benda wajib' yang kena bawa sempena raya ke UK ni.

Benda wajib dibawah ni adalah edisi khas raya. Sebut pasal raya, kat UK atau lebih spesifik sheffield, memang setiap hujung minggu adalah heaven bagi pelajar undergrade sebabnya ramai yang buat rumah terbuka. tahun lepas la, tahun tak tahu ada lagi ke tak. takpe, orang lain tak nak buat, aku pasti buat aceceeeh


Apa barang tu? jeng jeng jeng



Rempah ratus




Jangan excited nak buat rumah terbuka tetapi makanan tak dihidang. haaa, tak berbaloi bungkus sate, rendang lemang iluminati kesana ni, susah dan tambah berat je. jadi nak bagi berbaloi, kita bawak rempah ratus dan sampai kat sana, bolehlah suruh gadis2 sana masakkan. ekeke. aci tak?





Kuih raya berbalang-balang


Tak lengkap buat rumah terbuka kat sana tanpa kuih raya kan? memang tak lengkap. nak buat kat sana, huh, tak berbaloi, jadi kita bawak je banyak banyak simpan dalam bagasi dan sampai ke sana, kita ratah semuanya. lagipun ramai jugak yg tak balik ni bolehlah merasa kuih raya kan? tak gitu?





Baju Raya


Yang ni antara benda memang kena bawa. kat sana pun masih lagi meriah dengan suasana raya kalau tiba hujung minggu. Jangan risau, ramai je postgrade yg akan buat rumah terbuka. kita datang serang je. hoho, beraya dengan baju raya, barulah ada feel, dan jangan lupa, pakai baju yang lengkap. aceceeeh





Mercun


Haha, yang ni memang tak boleh tak bawak, barang terwajib kena bawak! barulah masa nak buat rumah terbuka nanti meriah gitu suasana. tapi runsing gak, kalau bawak ni kena tahan kat imigresen kat airport camne? nak cakap apa ek?


ada idea camne nak bawak mercun ni?


pss : dah boleh start puasa 6 dah, baru best beraya 2 kali =)

31 ulasan:

  1. mercun gapo nok bowok? lau mercun bawang buleh kot.. lau mercun bola atau botol, mmg kenno igak demo.. haha

    BalasPadam
  2. sure kena tahan disuspek terrorist ni. muke dah ade ala2 north korean. :P

    BalasPadam
  3. ko bgks2 dgn kaen bro mercun tuh~hehehe..
    pastu buh kt luggage..cnfrm xkantoi!lalalala

    BalasPadam
  4. gila ah bawa mercunnnnnnnnnnnnnnn.



































































































































    AISHOOOOOOOOOO

    BalasPadam
  5. bro..stok kueh raye pon da abes..meh pos kat sini sket~

    btw, selamat hari raya n hv a safe journey!

    BalasPadam
  6. bro pakai rambut palsu yg mcm alleycats tu,
    then sorokla mercun dalam rambut tu!
    miahaha :D

    BalasPadam
  7. bawa mercun takut kna tangkap. buat mercun sendiri la plak.

    BalasPadam
  8. boleh lepas ke bawa mercun?? cam susah je...

    kuih raya takkan berbalang2 ko nak bawak

    BalasPadam
  9. sampai ke UK open.haus nye... sakan neh... ohhoo... mercun tu, letak skali lam bgusan mknan.. hahahhaa..

    BalasPadam
  10. Wah balik UK bawak Mercun meh?..BOleh lepas ke? =P

    BalasPadam
  11. aloh...FedEx je skali dengan semua mak nenek yang kau nak bawa tu.

    kalau meletup pun paling kurang kau selamat (rasanya ada mamat FedEx yg reality-show Cast Away nih teeeeheeee)

    BalasPadam
  12. Salam Bro, wah doh nak balik uk doh..selamat bro..tak sempat bertemu..isnin gathering ngan member2 jer ke?

    BalasPadam
  13. ish rasanya tak boleh bwk mercun tu joe..tak psl2 prob dgn imegresen kat airport nanti :p

    BalasPadam
  14. wah, siap bwk mercun, cool, nnt tak pasal2 kena tahan di imigresen..haha;DD nyway, have fun inn uk soon! selamat berhari raya di sna:)

    BalasPadam
  15. lepas ke bawak mercun?

    hohohoh




    ganas lah joe

    BalasPadam
  16. wah.
    mercun tak boleh bawa kan?
    bagi aku je lah.
    hehe.
    :)

    BalasPadam
  17. semoga lepas bwk mercun 2..ehehe :)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.