Ahad, 21 Mac 2010

2 menteri besar : dr Zambry vs ir Nizar

ok, perihal gambar di entry ini semalam, sebenarnya aku bersama dengan beberapa lagi kawan dari sheffield berangkat ke manchester untuk mendengar 'talk' dan sesi soal jawab bersama dengan dato seri ir nizar. kena tahu dan jangan tuduh buta buta aku ni orang kuat pas, aku pergi kesana atas dasar... mahu update blog dengan gambar kedua dua menteri besar perak di dalam blog aku. kekeke!



dato seri ir nizar dalam lawatan kerjanya ke beberapa tempat di uk. sudah ke warwick, leeds dan kali ni ke manchester. hari ni ke london pula. sebab manchester dengan sheffield cuma sejam lebih, jadi ambil peluang ni untuk jumpa. kalau dulu dato seri dr zambry dah buat lawatan kerjanya, kali ni dato seri ir nizar pulak. sebab tak pernah jumpa kedua dua orang ni di depan mata, mestilah aku ambil kesempatan untuk tangkap gambar. ok, gambar semata mata. maka keluarlah gambar ini ;-)

bersama dato seri dr zambry



bersama dato seri ir nizar




perkongsian dato seri ir nizar


nak baca kisah dato seri dr zambry, boleh klik kat sini dan juga kat sini untuk versi jiwang. kali ni nak cerita pasal apa yang aku dapat masa talk lebih kurang 2 jam dengan dia. ok, overall... too political. hehe. beselah, dah nama ahli politik, mestilah politik dia hebat hebat gitu. karisma ucapan dato seri ir nizar memang ada gaya seorang menteri besarlah. dia cakap tak mengantuk. tapi sebab terlalu banyak fakta, kepala jadi pening jugak. compare dengan dato seri dr zambry dulu yang terlalu ringan (cerita pasal cinta. hehe) pun buat mata mengantuk. so, layan je la



tak mau cite pasal politik



macam biasa, aku cuma akan ambil input yang bukan berkaitan dengan isu semasa. bukan pasal politik. kalau politik, semalam dah entry politik. nanti reader aku semua lari. hehe. input yang aku mahu ceritakan ni sungguh menarik dan kena dengan jiwa aku dan kalau kongsikan dengan korang, mesti masyukkk jugak



dimulakan dengan petikan dari alquran


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.



surah maidah, ayat 8



ayat ni banyak kali dibaca oleh dato seri ir nizar dalam ucapannya. apa yang menarik perihal ayat yang sudah turun lebih 1400 tahun dahulu yang baru aku tahu kesannya ini adalah mengenai perkauman. ya, satu isu yang cukup cukup sensitif dan aku rasakan sikap 'tak' suka dengan kaum bukan melayu ni pun aku ada. tambahan lagi orang india



terukkan?



aku pun tak tahu macam mana sikap itu tertanam dalam diri. kalau nak buat program, akulebih sukakan program dengan kaum melayu. kalau nak bersama dengan bukan melayu ni, macam susah. ini persepsi dulu. di malaysia. tapi perasaan ini mula pudar semasa aku di matrx mlaka dulu yang mana ada satu exco jpp adalam chinese. kam long sheng namanya.



cerita dato seri ir nizar


katanya, jika kita terlalu pentingkan semangat 'kemelayuan' kita, tiada faedah yang kita akan dapat! dalam islam sendiri, semangan untuk cintakan bangsa lain (sudah pasti bangsa sendiri jangan terabai) amat dituntut sehinggakan jika kita benci (baca racist) dengan bangsa lain yang mana akan membawa ketidakadilan kepada bangsa lain, kita tidak akan diredhai oleh agama! cantikkan agama kita? dalam ayat diatas, berlaku adil (dengan tidak racist) kepada bangsa lain adalah perkara yang mendekatkan diri kita dengan ketakwaan. perghh. sampai begitu sekali tingginya martabat berlaku adil ni!



disini?



SMSA kali ni takde exconya yang chinese. semua melayu. rasanya benda ni aku mahu perbaiki untuk tahun depan. memang malaysia disini ada ramai yang chinese, tetapi mereka lebih prefer untuk masuk massoc (malaysian singaporean society) kenapa tak mahu join SMSA? aku pun tak tahu. untuk perbetulkan keadaan ni, rasanya semua orang kene kerjasama. iA dalam masa sebulan lagi aku pegang SMSA ni, aku akan cuba lakukan terbaik untuk masukkan seberapa non-malay dalam SMSA.



cerita dato seri ir nizar lagi



sekarang ni, islam sangat jauh dengan orang melayu (setuju?) apatah lagi yang non-muslim yang begitu takutkan dengan islam (yang ni aku setuju). persepsi inilah dia bagitau golongan muda macam kami kena ubah. jangan wujudkan racist terhadap bangsa lain. sejarah dah buktikan, jika kita tumpu perjuangan kita kepada hanya kepada bangsa, pasti tidak akan kemana. lihat macam mana baginda diangkat menjadi manusia terbaik, apa yang baginda juangkan? agama iaitu islam. tapi jangan lupa, baginda juga sayangkan bangsanya cuma konsep yang dia bawa untuk perjuangannya adalah, islam!



terbuka mata aku!


betul, selama ini aku tahu yang jangan racist. tapi hanya sekadar tahu. last last buat tak peduli. tetap dengan aku punya melayu jugak. macam mana mahu serapkan kefahaman islam kepada non-muslim kalau kita tak bergaul dengan mereka? dikukuhkan lagi dalam ayat alquran, aku rasa lepas ni dah tak mahu racist 100%!



isu politik lain?


erk, cerita pasal mufti perak, keputusan mahkamah 5-0, kerajaan perpaduan dan macam macam lagi tu, tak payah la ek cerita? hehe. kalau cerita habis, tak best la. kena la pergi sendiri kalau nak pergi. ok, ni ada satu video yang aku tangkap, ucapan penutup dari dato seri ir nizar. layan je lah







psss : zambry ada dr di belankang, nizar ada ir di belakang. nampaknya ahli politik kena ada gelaran ni baru boleh jadi ahli politik. kalau aku yang meniaga herbalife nak masuk politik? erkk, phd... ok? personal herbalife distributor. ;-)


24 ulasan:

  1. pada aku...nizar tetap mb perak yg sah...
    sekian

    BalasPadam
  2. deus..sokong..!

    ops sori joe!
    termasuk politik pulaa ;D nway, syg lebey kt nizar. haha sebab apa yg dibangkitkan berunsur dari al-quran..

    kerana al-quran itu benar.

    BalasPadam
  3. Oklah kalau MB ada title ( belajar) baru nampak educated dan professional..
    Tapi itu bukan penentu la..

    Ir Nizar ni idola membe aku ni.. tapi dia bukan blogger.

    BalasPadam
  4. rasanya wife Ir Nizar ada blog..sejuk je tengok dowang..
    subuh2 jemaah di masjid, bagi kuliah subuh..

    Sebenarnya bangsa lain boleh terima Islam..cume ada antara mereka yg di beri pemahaman yg salah..

    Mari betulkan

    BalasPadam
  5. bab politik aku mmg kureng nk komen..
    tp kat sini aku komen gak..
    cuma x sentuh apa2 hal politik..
    =)

    BalasPadam
  6. Gua dah 21 ni...tapi bab2 politik ni masih tak peduli sangat padahl menjadi kewajipan untuk memilih pemimpin.

    BalasPadam
  7. Ku boleh jadi Perdana Menteri laa macam ni? Hik hik.. ;p

    Agama kita mmg sangat indah dan sempurna.. :)

    Banyak ku belajar di sini, BERLAKU ADIL.. Heee..

    BalasPadam
  8. Sebagai seorang ahli parlimen, beliau memang berwibawa tetapi perjuangan partinya sangat boleh dipertikaikan...

    nak bagitahu juga, anda telah mendapat anugerah, sialalah lihat ya...

    BalasPadam
  9. ir nizar pandai bercakap tapi pengurusan failed. dr zambry x tahu lagi.. masih dalam pemerhatian...

    BalasPadam
  10. nape ir nizar punye pengurusan fail?

    BalasPadam
  11. ntah..knape failed???
    bg prove ckit..

    BalasPadam
  12. yg penting aku tak suke tengok muka zambry sbb muka sebijik cam ex-bos yg macam keparat nak mampusssss...

    eh lari tajukkk..

    konsep PHD ko boleh tahan:P hahahha

    BalasPadam
  13. .fuyooooooo
    .amek gmbr dgn menteri tuuuuuu

    BalasPadam
  14. wah amik gmbar dgn menteri.huhu..sampai 2 orang lak tu..


    joe ada award tuk kau.mari terjah.

    BalasPadam
  15. Wah gua tengok bro bersalaman ngan Doto' IR Nizar, ada ciri2 mcm ahli politik ah...
    hehehe...cayalah...

    BalasPadam
  16. ada ciri ek?
    ada ciri ok la tu
    hehe

    BalasPadam
  17. mcm terpaksa je muka dr zambry nk amik gmba..

    mmg best bila dgr Ir nizar bcakap..

    BalasPadam
  18. ssh nak tau hati budi org tu dalam nak martabatkan kebajikan rakyat..hal politik terlalu subjektif..

    BalasPadam
  19. hebatnye ko...

    dapat ambek gamba dengan dua2 skali..kagum2 ;)

    Politik? no komen..huhuhu

    BalasPadam
  20. hehe
    no komen pasal politik
    jangan sampai tak pergi mengundi
    ;)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.