Rabu, 31 Disember 2014

Apa yang anda perlu tahu mengenai taufan Jangmi

Whatsapps (WA) merupakan medium terpantas menyebarkan sesuatu benda. Kalau dulu facebook, tapi sebab 'reach post' yang amat sedikit, WA menjadi medium terbaru untuk orang ramai sebarkan maklumat. Apabila kita cakap maklumat - termasuk maklumat yang tak betul atau bahasa jawanya khabar angin

Taufan Jangmi

Petang tadi kakak aku yang memang sungguh jarang dalam menyebarkan maklumat ada bagi maklumat mengenai taufan jangmi. Katanya sumber betul dan dah confirm yang 3hb ni akan kena 90% penduduk Malaysia terutama di bahagian utara

Bila aku reply 'hati2 dalam sebarkan maklumat' abang ipar aku pulak tulis dalam versi lain dan disertakan link daripada NASA. Amboi

Taufan Jangmi

Taufan Jangmi ni sebenarnya dah menyerang Filipina, dah berpuluh nyawa terkorban dek kerana penduduk tak mahu berpindah walaupun pihak berkuasa dah bagi amaran. Khabarnya taufan ni akan melalui Malaysia pada 3hb Januari nanti. Khabarnyalah.

Jadilah pendengar bijak, at least selidik dulu sebelum sebarkan berita seperti ni. Apa kata jabatan materiologi Malaysia?

NASIHAT LEKUKAN TROPIKA
Ribut Tropika Jangmi melemah kepada Lekukan Tropika pada jam 1100, 31 Disember 2014.
Nama : Lekukan Tropika (Jangmi)
Masa Pencerapan : 11:00 pagi, 31 Disember 2014.
Kedudukan : Latitud 8.9 Utara dan Longitud 121.7 Timur
Pergerakan : Ke arah Selatan dengan kelajuan 12 km/j.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 527 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan Perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman),W.P Labuan dan Sarawak. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Aku suggest korang selalulah baca update jabatan meteorologi malaysia ni. kat facebook selalu update info-info terkini mengenai keadaan cuaca di Malaysia. (link)

Dan info mengenai pergerakan taufan ni selalu diupdate setiap 3 jam sekali. Boleh baca kat website rasmi (link) mereka Walaupun website memang tak lawa. tapi info sangat tepat. Kat bawah ni edisi terbaru 12 tengahari 31 Disember


Jadi Malaysia tak kenalah?

Untuk update, taufan ni still jauh dari semenanjung. Aku bukanlah pakar nak forecast bagai, tapi yang kata 90% Malaysia kena tu tak tepatlah saja ditokok tambah. Kalau jadi 100% pun tak mustahil tapi sehingga sekarang, hanya amaran berjaga-jaga untuk kawasan laut je. 

Hati-hatilah sebarkan maklumat tu. Niat nak suruh berjaga tu dah betul dah, tapi kalau bagi maklumat salah tu dah tak betul dah. Aku takut nantinya banyak sangat maklumat tak betul kita dapat, sampai dah tak peduli datang maklumat betul kita buat tak peduli, haaa, naya jadinya

Semoga Malaysia aman, dah banyak tragedi berlaku tahun ni, tahun dukacita untuk Malaysia.....


pss : aku akan update kat twitter aku pasal taufan ni ya


Khamis, 25 Disember 2014

Misteri di mana PM Malaysia ketika banjir terjawab

Amaran awal, ni bukan entry politik ya

Sekarang ni Pantai Timur khususnya di Kelantan ni boleh dikatakan banjir teruk. Kat bandar KB (25/12/2014) sekarang ni sedang slow-slow air naik. Takda signal nak reda. Tak kira kat bandar lain seperti Tanah Merah, Kuala Krai yang lagi teruk

Pengkalan Chepa


Kat group whatsapps yang aku join, rata-rata duk sibuk pasal banjir. Ada rumah yang sebelum ni tak kena pun banjir, air melimpah separuh rumah. Kesian. Kat hospital pun air dah naik. huh! Minta-minta semuanya selamat

HRPZ, harap2 takde kes ibu nak bersalin masa ni!



PM kat mana? PM kat mana?

Actually aku pelik jugaklah kan, banjir-banjir macam ni pemimpin kita takde bagi sidang media ke, at least kat Buletin Utama tu nampak la jugak pemimpin kita bagi makanan ke, bantuan ke. Walaupun tak ikhlas tu bukan hak kita nak tentukan ye tak? Tapi untuk kali ni - belum ada nampak bagi pengumuman pun belum

pelik!

Sehinggalah tadi aku ada terbaca di wall fb - PM main golf!

Hurmm, aku ni bukannya mudah percaya sangat dengan berita-berita ni, banyak tak betul dari yang betul. Macam kata bekalan elektrik kat kelantan akan terputus tu, memang tak logik pun ada berita tu. Dan memang sah ia tak betul. So, aku baca berita macam ni.... ni kerja nak burukkan PM la ni. Sampai hati mereka ye tak ambil kesempatan...

Tapi....

President Obama, left, smiles at Malaysian Prime Minister Najib Razak as they play golf at Marine Corps Base Hawaii's Kaneohe Klipper Golf Course in Kaneohe, Hawaii on Dec. 24, 2014 (AP / Jacquelyn Martin)


Setelah aku ke website washingtonpost (klik link bawah) memang betul pun berita tu! tarikh 24 december ok)


aiyoyo......

Tak nak la komen apa-apa, mungkin urusan kerja yang kita tak tahu ke apa ke, tapi.... adussss.... tak reti nak komen dah.


Bantuan untuk mangsa banjir

Aku tak boleh nak komen sebab aku tak terlibat secara langsung dengan bantuan banjir ni, tapi menurut kawan aku memang bantuan tak sampai, kalau sampai pun sedikit. RM 3000 jadi RM 100 je dapat. Ada yang ke pusat pemindahan je dapat, walaupun rumah dah roboh, tumpang rumah sedara tapi takleh nak claim sebab tak tinggal kat tempat pemindahan. Macam-macam la

So, harap sangat musim-musim musibah ni, janganlah kita tambahkan lagi musibah orang tu. Jalankan amanah orang dah bagi, kena persoalkan kot!


pss : aku suggest kalau korang nak bagi bantuan, bagi dalam bentuk DUIT/CASH, nak bagi biskut ke, beras ke pun boleh, tapi kalau boleh priority cash. kesian rumah tenggelam terus pun ada....

Isnin, 20 Oktober 2014

Pendapat aku mengenai 'i want to touch dog'

Ada 3 pengalaman aku dengan anjing. Malangnya ketiga-tiga tu tak berapa nak elok untuk dikenang. Pertama dikejar anjing ketika larian merentas desa masa sekolah rendah. Lihat walaupun dah berbelas tahun tapi masih aku ingat dengan pengalaman tu. Ngeri! Kedua juga dikejar anjing masa aku joging kawasan rumah mertua aku di sungai petani. Ketiga yang terbaru, juga dikejar anjing juga di kedah.

Anjing memang suka kejar orang eh?

Ok. Aku bukan nak cerita pengalaman aku dengan anjing (ceh padahal dah cerita punn) tapi nak cerita pendapat aku mengenai Event "I want to touch dog" yang diadakan hujung minggu lepas

Pelik jugak benda ni tak kecoh sangat, mungkin sebab tak melibatkan politik sebab tu tak kecoh kot. Cuba isteri PM kita anjur konfem kecoh satu dunia


Kenapa aku tak bersetuju

Kalau korang nak label aku sebagai konservatif tu hak korang tapi kena baca dulu explanation atas apa aku tak setuju. Aku setuju dengan tujuan diadakan cuma tak setuju tentang pelaksanaan. 

Gambar dari internet

Kat sini aku tak mahu cerita hukum hakam - boleh google (website jakimlah) sendiri hukum pegang anjing, jenis najis, perbezaan mazhab so on so on, cumanya aku nak bawa kepada satu benda yang entah korang perasan atau tidak akan gerakan sedunia - open minded

Bunyi macam stylo aje open minded. Lawan open minded? KUNO

Actually kita ni (baca orang Islam) sangat beruntung kerana kita mempunyai mukjizat teragong iaitu Al-Quran sebagai panduan. Kita tak payah nak ikut-follow 100% akan undang2 atau buku yang dicipta manusia sememangnya ia tak sempurna. Alquran dah bagi berjuta (baca banyak) panduan untuk kita

Sebagai contoh riba adalah haram. Ada sebab kalau kita kaji
Lagi contoh arak haram, juga ada sebab

Open-minded tak salah, cuma perlu ada sempadan yang kita kena patuhi. Sempadan itu adalah panduan yang ada di dalam alquran. Kita ni jenis yang bukannya kaji sangat Alquran, kenalah tanya orang bijak arif tentangnya

Sekarang ni sorry to say gen-y seusia dengan aku memang kearah open minded tanpa sempadan. Elok kita rasa, macam best je macam ok je, terus kita kata ok. Walhal beberapa perkara memang tak wajar untuk dilakukan

Gerakan open minded ni serba sedikit dah menggugat akidah tanpa kita sedari. Nauzubillah


Saya mahu sentuh anjing

Mudahnya orang kita kata - anjing ciptaan Allah, walaupun najis lepas tu samaklah balik. Mudahnya

Lepas ni lagi mudah - minumlah arak, lepas tu muntah balik

Lepas ni ada lagi - jom zina, lepas tu bertaubatlah

Kat negara barat berada serumah tanpa kahwin dah dilihat normal. Perlu tinggal serumah dulu barulah kalau serasi kahwin. Barulah usia perkahwinan tu akan panjang

Lihat logik memang ok, tapi dah agama kita cakap haram zina ada sebab kenapa macam tu. 

Hari bogel sedunia. Hurmmm tak lama lagi tak mustahil akan ada di Malaysia benda ni. Kita yang marah-tak setuju dilabel kolot kuno

Berbalik kepada "saya mahu sentuh anjing" baik ubah terus kepada "i love animal/dog" 

Sentuh tanpa sebab tu tak dituntut

Sayang tu dituntut

Pelaksanaannya pula, better daripada sentuh anjing baik merawat anjing. Buat free treatment kepada anjing yang cedera, panggil doktor untuk rawat. Kan lagi elok macam tu.


Rumusan (sejak bila ada rumusan ni?!)

Apa-apa pun, sebelum berhenti menulis (panjang jugak menulisnya) mari kita muhasabah diri kita balik, jadikan AlQuran pegangan ULTIMATE kita dan mohon Allah lindungi kita daripada fitnah dunia

Isnin, 22 September 2014

3 sebab anda rugi kalau tak turunkan berat dengan Herbalife

Ini mungkin entry terakhir menggunakan iMac, kejap lagi ada orang nak tengok dan memang nak let go. huhuuuu. Sedih jugak rasanya nak let go tapi ada benda lagi penting dalam hidup ni untuk dibuat selain daripada mengadap iMac ni. haha. Nanti kita cerita lain. kat entry lain perhaps :)

Ok, ini merupakan entry mengenai Shake Herbalife dan pengurusan berat badan. AMARAN : SHAKE HERBALIFE BUKAN UBAT/SUPPLEMEN KURUS, ia produk yang tinggi nutrisi. Kena buat statement dulu sebelum taip takut orang salah faham. 

Tanpa lengahkan masa, kita mulakan pembacaan kita!


1) Takde Coach

coach saya yg handsome dan jelita

Beli Herbalife anda dapat orang. haha. gurau-gurau. Takdalah buka je penutup botol shake tu keluar orang. eh tak. hehe. Maknanya, anda beli je produk Herbalife, anda akan dapat orang yang monitor berat anda. Bertanya, ber'SMS'. ber'CALL' dan banyak ber ber lagilah yang prihatin dengan program yang anda ikuti. Diet sendiri, ada coach? adaaaaaaa, pak cik Google. hehe. go ahead tiada paksaan :)



2) Tak tambah kawan



Proses korang turun berat badan tu, bukannya korang akan mengadap shake semata-mata. Tapi ada juga coach korang akan ajak korang untuk lakukan aktiviti kecerdasan bersama. 2-3 kali seminggu tu standard. Sekarang ni setiap 24hb akan diadakan Herbalife24 Day yang mana setiap tempat yang ada Herbalife akan melakukan aktiviti kecerdasan (pelbagai) secara bersama. Haa, kat sinilah korang akan dapat kawan baru. 

Kalau korang masa program follow coach korang join event2 Herbalife, lagilah banyak dapat kawan-kawan yang positif. Kan best tuuuuu


3) Tak dapat pendapatan sampingan

tahun depan vacation cruise!

Kisahnya mudah, kalau korang turun berat 'sendiri' katakan 10kg, jumpa kawan korang dia terkejut tengok perubahan korang 'eh siti apsal cantik sangat sekarang ni, ko buat apa' slumber dan dengan bangga korang jawab 'diet sendirilahhh, hehehehe' maka tetttttt. full stop situ aje. 

Tapi kalau korang guna program Herbalife, korang boleh reply 'aku amek program Herbalife dengan coach aku ni, oklah turun 10kg tanpa lapar, kalau ko minat ko contact dialah ni no dia' lepas tu kalau kawan korang contact coach korang, dia beli maka korang akan dapat untung. Dapatlah buat beli top up dengan tengok wayang 3-4 kali ok dah tu.

mana lebih bijak? 


*******************


Actually banyak lagi tapi..... entah mood nak menaip tu dah kurang. haha. Cuma nak bagitau yang jenis 'saya boleh diet sendiri, mudah aje kurangkan makan, exercise, satel' Masalahnya mudah tu lah yang berat tak ideal ideal tu. haha. Kesian jugak orang macam ni. huhu.

Oklah, sekarang ada kat KL sampai 24hb, nak jumpa roger ya :)

Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka ke 57 Malaysia

Hari ni merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 57. bagi akulah, tiada yang special sangat selain hari ni bank tutup! Haaa, entah kenapa feel merdeka tu takde sangat. Mungkin tengah berduka lagi dengan kehilangan pesawat MH 370 dan tragedi MH 17 yang ditembak orang. Tapi aku perasan yang best Merdeka kali ni, tiada bunga api! Elak pembaziran gitu

Jadi sempena Merdeka ni, untuk menaikkan SEMANGAT AKU sendiri, maka dikarang komik sempena Merdeka. hehe. rajin bebeno buat komik ye tak? Ni gambar dulu-dulu, jadi kita repost balik. Semoga terhibur dan....


Selamat Hari Merdeka!!!!













pss : gigih betul zaman dulu berblog. haha. bulan 9 azam mahu berblog kembali. doakan istiqamah :)

Rabu, 25 Jun 2014

Bahaya tinggal kereta dengan anak kunci

Dah jadi satu kebiasaan untuk aku, kalau nak singgah kejap ke mana-mana aku takkan matikan kereta, keluar kejap, tunaikan hajat then masuk balik - tak payah start kereta dah - konon mahu jimat minyak. Tapi sekarang ni, nak buat benda macam tu rasa ngeri pulak dengan banyak kes berlaku orang larikan kereta ketika tuan keluar daripada kereta


Hilux dilarikan orang

Aku ada kenal seorang pengusaha restoran ni, benda ni pun terjadi kat diri dia. Ketika tu suami dia bawak hilux, jumpa kawan kat tepi jalan, turun dari kereta (tak matikan kereta) tup tup orang masuk dalam kereta dan larikan kereta tu. Menangis tak berlagu la tengok kereta sendiri dibawak orang lain. Depan mata pulak tu, nak kejar lari dengan kereta macam panda kejar harimau la jawab dia takkan dapat!

PANGER namanya


Kisah semalam

Semalam pun heboh kat tv, media sosial yang kereta dilarikan orang di tempat pengasuh. Lagi sadis ada anak ohhh dalam kereta. Kereta tu at least kalau kena curi pun tak pelah boleh beli lain, ni anak oi. Memang teriak la mak dia. Nasib baik anak tu dah tak ape-ape dah sekarang ni tapi moral dia, even kat tempat biasa pun kita kena matikan kereta, bawak anak kunci tu sekali dengan kita kalau nak ke mana-mana


Jangan tinggal anak kunci dalam kereta ketika kita tiada!

Actually aku nampak banyak sangat benda ni orang kita lakukan. Terutama aku yang selalu berada di Kubang Kerian, memang ayah pergi keluarkan duit dalam bank, tinggal anak dalam kereta dengan anak kunci kereta ada dalam kereta. Bukan sekali dua, dah banyak kali. Aku rasa korang pun mesti pernah tengok benda yang sama kan?

Geram mahu curi kereta tu buat ala-ala rompakan nak tengok reaksi si bapak macam mana!

Sebab tu ada peribahasan jangan terhantuk baru terngadah (eh betul ke?) Sebab 'kedegilan' dan sikap 'ketidakpedulian' kita ni membuka peluang kepada orang yang memang ternanti-nanti 'rezeki' di depan mereka tu. Bagus jugak ada berita-berita macam ni, at least dapat mengingatkan kita supaya tak buat benda yang sama. 

Jangan dah terjadi, baru nak menyesal sudahhhh

Selasa, 3 Jun 2014

Perjalanan hidup seorang blogger yang sangat betul

Actually sebelum entry ni aku tulis, ada benda lain aku nak tulis. Tapi sebab rasa benda ni sangat cool dan macam kena je, macam betul je, jadi aku publish entry ni dulu. haha. Entry asal sini aku translate jadi bahasa Melayu


Jom kita tengok bagaimana perjalanan hidup seorang blogger yang diterjemah melalui gambar-gambar format GIF ni


1) Apabila kita bermula untuk menulis blog





2) Apabila kita tahu yang nak berada di ranking Google search bukannya mudah





3) Apabila kita dapati ada blog yang popular selalu berada di ranking atas untuk sebarang keyword walaupun post mereka bukanlah berkualiti dan dah berzaman tak update





4) Apabila ada blogger post pendapatan mereka dari blog mereka





5) Apabila ada blogger (selalunya denaihati) buat contest dengan pemenang komen paling banyak dapat hadiah




6) Apabila kita menang contest tu dan dapat hadiah smartphone!





7) Apabila blog dah mula dikenali ramai dan blog dah start muncul di 1st page carian Google





8) Apabila orang SPAM di ruangan komen blog kita





9) Apabila ada pihak yang email untuk beriklan di blog kita




10) Apabila kita tahu sebenarnya bayaran diperoleh sangat ciput dan tak memadai langsung




11) Apabila ada post blog kita menjadi viral sampai oh media pon kongsi




12) Apabila dapat email daripada silent reader katakan dia sangat suka dengan penulisan kita





13) Apabila masa raya saudara mara tanya 'kerja apa sekarang?'



so amacam ada yang kena? mesti kan! haha




Ahad, 1 Jun 2014

Blogger Realiti Konspirasi kahwin dengan sepupu aku

Amboi tajuk. haha. Tak reti nak taruk tajuk lain sebab ..... dah lama tak menulis blog ye tak :)

Jadi semalam, kat Kelantan dan kebanyakan tempat lain merupakan hari kahwin seMalaysia. Ramai betul entah pakat ke apa semua nak kahwin pada tarikh semalam. hehe. Ada 3 jemputan dan salah satunya daripada kenalan keluarga yang kahwin dengan blogger yang nama dia Zack Zukhairi. 

Korang tahu siapa? Ala yang buat cartoon comel-comel tu. haaa, ye lah tu dia! boleh klik sini aku pernah buat entry pasal dia

Kecik betul dunia ni kan, tak sangka pulak boleh bertemu jodoh dengan sepupu aku. err, actually bukan sepupu la, 2 pupu ke 3 pupu ke aku pun tak tahu sangat. Kira ada pertalian darahlah gitu. Masa raya jumpa gitu. 



Sama cantik sama padan gitu

Tahniah lepada Myra dan Zack, semoga hubungan kekal ke akhir hayat bawa ke syurga.


pss : cik bini dalam pantang lagi, kesian aku gerak kenduri kawin sensorang

Selasa, 13 Mei 2014

Father of the Year : Punca MB Terengganu letak jawatan

Semalam dapat perkhabaran mengenai perletakan jawatan oleh MB Terengganu. Ada 2 orang lagi lepas tu turun melepaskan jawatan sebagai ahli UMNO (jadi ahli bebas) dan menyebabkan Barisan Nasional kehilangan 3 kerusi menjadikan pembangkang peroleh 15 kerusi berbanding kerajaan yang ada 14 kerusi sahaja sekarang. Lain-lain adalah bebas

Mula-mula aku ingat ni konspirasi apa ni mahu jatuhkan kerajaan ke apa kan, tapi rupa-rupanya sebab kes ayah sayangkan anak :)

Korang boleh klik sini untuk dengar perbualan yang dirakam



Father of the Year

Menurut rakaman itu, bekas MB Terengganu tu tak puas hati (baca kecewa) kerana PM (dia sebut PM ok) untuk dahulukan acara party berbanding majlis perkahwinan anaknya yang akan berlangsung pada 17 May nanti. As simple macam tu je. haha

Respekkkkk!!!

Sebab kita tak berada dalam situasi dia, memang tak boleh nak menilai sangatlah hasil tindakan dia tu. Lagipun tak tahu cerita dari 2 pihak hanya dengar bekas MB Terengganu je yang bgtau so nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Cuma kalau lah memang betul dia letak jawatan sebab tak nak dahulukan acara party berbanding acara perkahwinan anak dia, memang patut respek orang macam ni. Contoh anak korang nak kawin, then bos datang suruh kerja - KENA KERJA JUGAK, mahu tak melenting ye tak. apa lagi, letak jawatan aje lah! haha

Kalau ada anugerah Father of the Year, kena bagi kat bekas MB ganu kita ni. Bagi contoh kat orang luar sana tu betapa pentingnya FAMILY berbanding dengan kerja :)


Leader of the year

Rata-rata kat facebook aku timeline penuh dengan sukong bekas MB Terengganu ni dan menyalahkan PM. Aku rasa ni peluang terbaik PM kita, @najibrazak untuk jadi leader of the year. Caranya? Jumpa personal bekas MB ganu ni n mintak maaf, siap bagi hadiah percutian ke mana2 ke lagi untuk anak dia yang nak kawin tu. Memang rakyat akan respek habis :)

Apa-apa pun, rakyat ganu kiter jangan kecoh-kecoh, iA ada hikmah disebalik kejadian ni, waha!


pss : korang sanggup berhenti kerja untuk dahulukan family?

Selasa, 6 Mei 2014

4 benda baru apabila jadi bapa

Esok genap usia anak sulong aku umur 4 hari. Ermm, dah 4 hari dah menjadi bapa maknanya. Rasa baru semalam anak aku tu lahir, eh sebenarnya dah 4 hari rupa-rupanya. Kehulu-hilir, cepat betul masa berlalu. Jadi untuk mengingati umur dia yang bakal 4 hari esok (memang tiada kaitan sebenarnya) maka dirajinkan diri menulis blog.

Hehe

Jom baca terutama bakal-bakal bapa. Yang dah jadi bapa ni macam aku, mesti ada pengalaman yang sama kita kongsi. Oho!


1 – Berjaga malam itu standard



Memang Allah anugerahkan kita anak ni untuk kita bertahajud di waktu malam. Hehe. Mana taknya memang kalau tak menangis waktu malam tak sah. Tapi anak aku ni entah lah baik sangat gamaknya, paling banyak pun 3 kali je bangun waktu malam. Haa, tips dia sebelum lahir cakap 'nanti malam jangan nangis ya, ayah nak tido' menjadi nampaknya taktik tu!


2- Chef kalah masterchef



Nasib baik ada pengalaman belajar kat negara orang, jadi daun bawang dengan serai dah awal-awal dah belajar supaya tak tertukar, memang dah kena jadi chef kepada isteri. Masak la maknanya. Walaupun makan bubur je, tapi tu benda baru yang dapat. Biasa 'masak ikut mood' rasa rajin masak kita masak, tak rajin kita suruh orang masak. Tapi apabila dah ada anak ni, nak suruh siapa masak? Isteri lapar – kena masak! 

Amboi mithali sungguh bunyinya!


3- Masa lebih singkat



Memang ni paling ketara dapat rasakan sejak ada baby baru ni. Masa sangat singkat. Malam ke, siang ke, memang lebih pendek dari sebelum ni. Ke 3-4 hari ni bumi berputar cepat sikit? Heh! Tapi itulah, mungkin dah jadi bapa ni, masa tu lagi berkualiti yang kita buat. Tu yang rasa singkat tu. Baru pukul 7 pagi, eh dah 1 petang. Duduk kejap eh dah masuk maghrib, baru solat isya dah mata mengantuk nak tidur.

Begitulah betapa pendeknya masa


4 – Saat tak boleh digambarkan



Paling best benda baru menjadi bapa ni, apabila saat kita tengok mata anak kita. Ya Allah perasaan tu memang tak boleh nak discribe dengan words. Masa kita tengok dia – terutama masa nak bagi susu – anak kita pandang kita – memang hati ni bergetar dan ada satu perasaan unik yang menerpa jiwa. Amboi ayat. Memang korang kena rasa sendiri, nak cerita tak boleh :)


Doa-doalah supaya urusan harian aku ni dipermudahkan. Aku doa untuk korang, korang doakan untuk aku. Heeee. Alright, itu aje. Nanti tulis blog lagi. yuhuuu

Ahad, 4 Mei 2014

Joegrimjow dah jadi bapa!

Alhamdulillah, officially aku dah jadi bapa :)

Perasaan? Heh, mestilah rasa special sangat. Maknanya dah ada keturunan sendiri. wah, keturunan gitu. Tepat jam 8.58 pagi pada 3hb lepas kira masa dan tarikh official gitu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang msg, call dan wish kat fb. sangat hargainya


Melihat orang bersalin

Actually ni kali kedua sebenarnya teman isteri bersalin. First masa anak pertama kiteorang yang keguguran dulu. Kalau yang tu pun dah sadis nak tengok, kali ni lagilah sebab dah memang cukup umur semua. Terima kasih pada pihak hospital metro sungai petani sebab treat cik bini dengan cemerlang sekali. Dr Vani - tq tq tq. Walaupun harga telan air liur jugak kena charge, takpelah yang penting semua beres

Sebab cik bini pernah keluar air ketumban dulu, jadi doktor taknak tunggu lama, cukuo 37 minggu je terus kena bersalin. Seminggu sebelum tu memang ke hulu hilir jugak sebab kalau boleh taknak induced, nak bersalin biar rasa nak bersalin gitu, tapi sebab sampai kesudah cik bini tak mo bersalin, terpaksa jugak induced

Start induced jam 12 tenghari 2hb, jam 7 petang rasa sakit dah, tapi hilang balik, lepas tu pukul 3 pagi 3hb tu start sakit lagi dan request epidural, jam 8.30 pagi camtu doktor pon kata dah boleh bersalin secara normal. Tepat jam 8.58 pagi, maka keluarlah seorang bay gegurl yang super comel. 

Saat baby keluar tu, hati sayu je. cik bini yang duk sakit-sakit sebelum ni terus senyap. runsing gak sebab takde bunyi apa-apa tapi lepas doktor pusing, dengar suara dia nangis, ahaaaa, terus hati berbunga gitu. lepas tu terus azan dan iqamat



dah jadi bapak dah jadi bapak :)


Nama?

Esok nak pergi daftar, nanti-nanti lah aku bgtau ya. Aku nak start huruf A, jadi nanti mudah jadi orang pertama selalu kan dalam kelas ke atau mana-mana, tapi cik bini nak letak nama start huruf Z pulakkk, entahlah. Tengok aje lah nanti macam mana



2 orang awekssss

So sekarang dah ada 2 orang awek, sorang bini sorang anak. yeaaayyy. Semoga anak aku ni membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa dia nanti. Doa-doa jugak supaya segala urusan (walaupun sekarang ni xde masalah lagi) 



nak melawat, call yeeerrrr :)


pss : korang dah jadi bapak kena tekan butang tweet dan like kat bawah ni. haha

Sabtu, 26 April 2014

Kisah adik nak diet tapi tiada sokongan

Sekarang ni aku kat MRSM Merbok. Ada chess tournment. Waktu rehat sekarang ni, geram kalah last game tadi (3 point drpd 4 perlawanan) terus ke kedai makan  utk makan banyak2! Geram kononnya

Kat kedai makan, standardlah area sekolah memang ramai adik-adik ajelah yg beratur utk amek makanan, kat depan aku yang sedang que ni ada sorang budak laki lebih kurang darjah 4-6 camtu yang berbadan agak besar. Gemuk la bahasa kasar dia

Masa dia nak isi nasi tu, punyalah sikit nasi dia isi. Boleh kira dengan jari - adalah lebih kurang 7-9 biji nasi je letak dalam pinggan. Ada beberapa budak pompuan baya-baya dia gelak-gelak macam tu. Dia pun aku nampak sengih ajelah

Masa pergi jumpa dengan cg dia, mungkin nak suruh cg bayar gamaknya, cg dia kata dengan bada bergurau "awat hang amek nasi sikiq ja? diet ka? p tambah lagi nasi tuuuu"

Kesian kat adik tu, niat dan ACTION ada dah tapi support takda! Semoga dia berjaya jaga badan dia

pss : korang tengok orang amek nasi sikit tapi badan besar korang gelak jugak ke? jangan ok! Hanya org berbadan besar saje faham betapa tak bestnya berbadan besar :)

Selasa, 22 April 2014

Dapat iPhone 6 sempena Birthday

Jadi 2 hari lepas genap usia 26 tahun. Wah, dah lebih suku abad dah usia ni. Rasa semalam baru umur 20. hehe. Plan nak celebrate dengan cik bini lah jadi bertolak ke Sungai Petani dari Kota Bharu sehari lebih awal - 19hb. Actually agak ‘gerun’ jugak nak lalu kat kawasan bukit bukau yang nyaris meragut nyawa dulu, tapi sebab kat SP ni nak guna kereta, terpaksa jugak redah

Bertolak pukul 2.30, jam 7.30 sampai. Memang berhemah betul bawak kereta!

Sampai je kat rumah mak mertua kat sini, badan memang penat. Nampak tilam nak tidur. Ingatkan nak tunggulah sampai pukul 12 kan manalah tahu ada orang buat surprise. kekeke. Tapi apakan daya, drive 5 jam, nampak pulak katil empuk, memang tidurlah jawapannya

Bangun je dari tidur ‘Sayang happy birthday!!!’

Aku nampak cik bini hulur sesuatu. Perghh, ni mimpi ke apa ni. Excited jugaklah dapat hadiah. Tua macam ni pun still dapat hadiah. Terus bukak dan tengok

‘iPhone 6?????’

Lagilah aku excited. Memang terbaiklah dah lama nak tukar iPhone ni dapat terus iPhone 6! Masa aku tengah nak bukak kotak tu, tiba-tiba terfikir…..

eh iPhone 6 mana keluar lagi!

masa tu jugak aku terjaga dari tidur

hampehhhh….. mimpi rupanya!


Aku bangun dari katil, cik bini ajak ke depan ruang tamu. 2 orang adik ipar aku tengah sengih sambil hulur kek. Ok lah tu takde iPhone 6 dapat kek dari pon jadilahhhh




abaikan rambut baru bangun tido!


okeh, selamat hari jadi kepada aku :)


pss : dulu buat contest bagai lagi untuk celebrate besday. sekarang ni 2 hari lepas besday baru teringat nak update blog. haha

Ahad, 13 April 2014

4 jenis jawapan teka umur

Pernah korang jumpa orang baru, berkenalan cakap gitu gini then bila masuk bab umur....

'umur u berapa eh?'

'tekalah' balas korang dengan niat nak menguji

'24?'

Kalau umur korang 30 masa tu, memang kembang la hidung dan berbungalah hati ye tak? orang kata aku muda?? waha! Tapi kalau umur korang baru 22 tahun, memang agak kecik hati rasa nak blah dari situ beli pencuci muka banyak2!



Actually, korang jangan terpedaya dengan jawapan yang diberi tu, sebenarnya ada maksud tersirat dengan jawapan yang diberikan! Kat sini aku dapat kenal pasti 4 maksud tersirat tentang jawapan yang diberi tu dan cara korang nak tahu jenis jawapannya


1) Memang tak tahu betul - jenis hati suci

Ye tak dinafikan memang ada yang cuba bersungguh-sungguh nak meneka dan tekaan mereka tu memang takde maksud tersirat, memang betul-betul tak tahu. Jadi kalau korang tengok reaksi dieorang tu macam terkejut, dia memang jenis hati suci. Jenis yang memang tak sangka tu umur korang!


2) Saja nak ambil hati - jenis hati baik

Ok, ada jugak yang sebenarnya bila ditanya tentang umur, dia jawab tu hanya nak menjaga hati korang. Contoh korang umur 40 tapi bila korang suruh teka umur korang berapa - sebelum tu korang pernah cakap umur korang dah 4 siri - dia balas, 32 ke? haaa, orang ni memang jenis nak ambil hati korang je tu supaya korang kembang sorang-sorang. Lepas tu siap kata 'wahh, tak sangkalah muka u ni nampak muda, tak sangka dah 40 dah!' heh, THOOORbaik nak ambik hati tu


3) Saja nak pekena - jenis hati nakal

Ada jugak yang bila korang suruh teka umur, katakan 25 tapi dia cakap 40. haha, padan muka sape suruh teka sangat ye tak? Tapi dieorang ni takde niat apa-apa, just nak nakal-nakal aje. LAINLAH memang muka korang nampak tua tak padan dengan muka tu. tak dapet den nak nolong!


4) Saja nak perli - janis hati tak berapa nak suci

Ha, yang ni tak best ni. Contoh la, korang umur 30 tapi korang perasan muka korang still baby face ala-ala 20-25 gitu. Bila korang tanya umur korang berapa, ada orang balas - 18 tahun!!! Tu korang jangan cepat kembang hidung, tu perli namanya. Nak tahu camne mereka perli, cuba tengok reaksi muka dieorang tu, muka jenis tak ikhlas. haha. Then, jangan salahkan mereka, yang suruh teka tu sape suruh? kalau betul2 muka muda takpe lah jugak. kekeke


**************


Cara aku jaga muka

Actually ada jugak sesetengah orang tu memang muka nampak 'matured' aku seorang dari dia la tu. (ceh saje nak defend diri sendiri) Kalau dulu masa aku kat U dulu, ramai yang kata aku dah kawin la, dah ada anak la sebab muka nampak 'tua' eh bukan tu tapi matured. hehe. Tak tahu kenapa tapi sebab nak jaga supaya tak terus menerus jadi 'cepat tua' ni, kenalah do something ye tak?

Bak kata satu iklan - kecantikan itu hak setiap insan, aku pon kenalah menjaga jugak muka ni

Kebetulan pulak dapat isteri yang jenis suka-gomol-muka, lagilah untung. Eh, gomol tu bukan gomol dalam kepala korang tu, tapi gomol buat FACIAL kat muka. hehehehe




Dah lama aku suruh cik bini buat tutorial pasal cara dia buat facial kat aku ni tapi sampai ke sekarang dia tak buat, mungkin eksklusif untuk aku je? waha! Berita baiknya yang kat KB, jumaat depan ni akan ada FACIAL CLASS! 

Facial Class ni akan dikendalikan oleh orang yang berpengalaman la, detail adalah
  • Tarikh : 18/4/2014 (Jumaat)
  • Masa :  10 pagi
  • Tempat : KN Tersohor Kubang Kerian 
So, kalau korang nak join, isi borang kat sini. Aku pun belajar jugak dalam kelas tu. hehe. terbuka tak kira lelaki atau perempuan, kita akan belajar cara jadi lebih muda :)


pss : 3 hari lepas ada post pasal MRB : Malam Rindu Bini, sekai post lebih 500 view. ermm, semangat balik nak berblog. haha

Rabu, 9 April 2014

Rindu Bini

Jadi malam ni rindu kat cik bini.....

Add caption
eh, actually malam-malam rindu bini bila berpisah, malam ni aje gatal nak tulis blog :)

Sekarang ni jadi hubungan jarak jauh kejap, dia kat kedah aku kat Kelantan. Dah masuk 34 minggu ni anytime boleh beranak sebab tu kena hantar cepat-cepat tu. Boleh aje lahir kat sini tapi dia lebih selesa kat sana, biar aje lahh. sayang bini katakan. hihik


Tapi syukurlah, kerja sendiri ni boleh bebas sikit. Minggu lepas dia kena admit hospital, tak payah amek MC terus balik kedah kejap. tak kejap jugaklah hampir seminggu teman kat hospital. Nasib baik takde pape, semua selamat. Dah keluar hospital, aku apa lagi balik Kelantan lah. 


Bulan 4 dan 5 ni banyak komitmen kat sini, tu yang tak boleh nak 'tinggalkan' kelantan lama-lama. Kesannya, berlaku rindu-rinduan jarak jauh ni. 


Doakan segalanya dipermudahkan 


pss : lama tak update blog bukan bermakna aku bukan lagi seorang blogger. hehehe

Khamis, 13 Mac 2014

Bomoh Malaysia : Bukan pasal edit

Jadi 2 hari lepas heboh pasal video bomoh do re mi cari kapal terbang pakai teropong ajaib. Semalam pulak heboh pasal troll orang buat kat bomoh-bomoh ni. Yang paling 'femes' di share di kalangan kawan di media sosial aku adalah


Tengok sekali memang tak nampak tu edit. Tapi kalau tengok dengan 'otak' tahulah yang tu edit semuanya. Takkanlah Obama takde kerja nak tengok pasal bomoh ye tak?

Tapi nak cakap bukan pasal edit ke tak edit, tapi isu yang lagi besar iaitu khurafat terlampau-lampau kat negara kita ni!


Cerita hantu

Ada elok jugak pak cik pak cik bomoh ni datang buat kecoh sampai memalukan negara kita kat media barat lain, sebabnya menunjukkan betapa parahnya budaya khurafat kat negara kita. Walaupun kita nampak benda ni lucu, tapi ada yang percaya. Yang percaya tu walaupun tak banyak, tapi tetap akan menjahanamkan akidah umat kita

Benda ni mungkin kena bincang kat parlimen, kot2 ada org parlimen baca post ni, bawak la ya isu ni ke parlimen dan bahaskan. Mungkin boleh start dengan 'pengharaman buat cerita pasal hantu' dulu. huh!


MH370 yang hilang

Walaupun agak lewak aku nak ulas isu ni, dah nak jumpa dah pun, tapi better late than never ye tak? Banyak ibrah atau pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa yang menggemparkan ini. Paling kurang, kita tengok peristiwa kehilangan ini dan relate dengan diri kita untuk jadi lebih baik. Bunyi macam takde kena mengena, tapi kalau peristiwa besar macam ni berlalu begitu saja tanpa tinggal kesan apa-apa kat dalam diri kita - melainkan rasa lucu dan lawak kat tok bomoh ni - kena review balik la diri masing-masing.


'Dunia editing dan konspirasi'

Kalau tanya aku apa pengajaran paling utama aku dapat - betapa banyaknya konspirasi di luar sana tu dan betapa pentingnya kita menjadi lebih bijak daripada sang pencipta konspirasi. Kat whatsapps, kat email, kat kedai kopi, kat facebook dan pelbagai lagi masing-masing dan cipta konklusi sendiri tentang kehilangan kapal terbang ni. Tapi cuba tanya diri balik, berapa kali kita buat solat hajat untuk mereka ni?

Kalau tak pernah, masih sempat

Kalau sekali dua, lebih baik doa dan solat hajat daripada sebar berita2 'sensasi' ni

Okeh, itu sahaja. Pasal editing, terjumpa satu video yang menarik mengenai editing sekarang ni. Serius macam tak percaya tapi tu lah, macam-macam orang boleh buat sekarang ni dengan edit edit ni. Selamat menonton


)

pss : so dah tahu dah dari mana datangnya pizza hut - pizza hot!