Selasa, 31 Disember 2013

Selamat tahun baru 2014

Beberapa jam lagi 2013 akan melabuhkan tirainya. Masuk 2014, 2013 tinggal banyak kenangan yang pahit manis. Alhamdulillah, semua dilalui dengan hati yang tenang.

dari fb. apsal banyak gambar cik bini dari aku ni? haha


2 peristiwa pahit 2013

Seingat akulah, ada 2 peristiwa yang pahit pada tahun 2013 ni. Pertama saat keguguran anak pertama. Boleh baca entry ni dan pengalaman melihat orang bersalin di entry ini. Kedua peristiwa pahit adalah saat kemalangan yang hampir meragut nyawa. Boleh baca entry di link ini. Hurmm, sampai sekarang masih belum dapat claim dengan insuran. 4 bulan... lama tu.... harap 2014 ni dapat claim supaya boleh beli kereta baru


Banyak sangat kenangan manis 2013

Kalau nak cakap kenangan manis pulak, memang 2013 menghimpunkan terlalu banyak pengalaman manis untuk aku. Banyak sangat sampai aku tak ingat. hehe. Harap banyak lagi kenangan manis pada tahun 2014 akan dicipta. InsyaAllah


Welcome 2014



Tak sabar rasanya nak mengharungi lagi satu tahun dan harapannya moga banyak lagilah kenangan manis bakal dicipta. Blog pun insyaAllah akan selalu di update lepas ni :)

selamat datang 2014, last entry tahun ni, tahun depan kita jumpa lagi. yahuuu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.