Jumaat, 2 Ogos 2013

8 tahun lepas sekolah

Kisahnya Selasa lepas, dari KL aku turun ke Kuantan sebab dah janji dengan cikgu untuk jumpa-jumpa dengan cikgu-cikgu kat sekolah lama dulu. Kebetulan ada program yang pihak sekolah adakan, apa lagi aku pun tumpang la sekaki

'awak tu dah alang-alang datang sekolah, bagi la talk sikit kat adik-adik kita ni'

Eerrr.... actually dah lama sangat tinggal pengucapan awam ni. Jadi host HOM atau speaker STS tu selalulah kan? Tapi takkan nak bantai buat HOM kat adik-adik ni, mahu kena marah dengan cikgu pulak. hehe. Jadi nak tak nak, sanggup je lah. Boleh asah bakat yang dah lama tak diasah ni. acececeee


Program tu program buka puasa, buka puasa bersama dengan pelajar khas. Pelajar Khas ni pelajar yang pendapatan isi rumah bawah RM 600. huh, tak boleh nak bayangkan masih ada pendapatan isi rumah bawah RM 600 kan. Jadi memang dalam kepala aku dah tanam nak bagi ala-ala motivasi sikit





8 tahun lepas sekolah

Tu merupakan tajuk yang aku kongsi dengan adik-adik kat sekolah hari tu. Takde tajuk yang sesuai, jadi pakai tajuk tu lah. Kejap je sesi aku tu, dalam 40 minit macam tu dan antara yang aku kongsi pada hari tu

  • Kekuatan doa
  • Kepimpinan untuk hidup
  • IPTA vs IPTS vs Universiti luar negara
  • Negara orang
  • Pilihan seterusnya
Actually 5 tajuk ni kebanyakannya aku dah cerita kat dalam blog ni. Just ambil intipati dia tukar dari penulisan kepada percakapan. Haaa, siapa kata blog kurang fungsinya kan? time macam ni lah nak rujuk kembali blognya. hehe


Okeh, tu saja, nanti ada masa kita story lagi ya. 


pss : dah bulan 8. cepat betul masa berlalu!

1 ulasan:

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.