Tahun ni tak berkesempatan untuk menyertai Himpunan Belia 2012. Tahun lepas sertainya pun sebab company join, alang-alang dah free, aku join je lah. Tahun ni mungkin tarikh agak dekat dengan tarikh Extravaganza, sebab tu company tak join tu. Bila dah tak join, aku pun tak joinlah.
Kemalangan
Dapat khabar yang menyedihkan, ada berlaku kemalangan yang menyebabkan dua orang cedera parah dan 10 lagi cedera. Terjadi dek kerana pertandingan drag racing. Aku dah tengok video tu (boleh klik sini nak tengok) memang jarak antara penonton dengan trek lumba tu cukup dekat. Dalam pertandingan macam ni, kerata yang dipandu boleh cecah 120-150km/j, kalau dah hilang kawalan, memang sengaja cari bala la yang berada kat dekat tu
Dah mula terbabas |
Dah langgar penonton kat tepi |
Mungkin penganjur boleh muhasabah untuk adakan keselamatan yang lebih ketat dalam pertandingan macam ni. Walaupun kemalangan tu tak berbau, langkah pencegahannya tu adalah tanggungjawab penganjur. Dan penonton, jangan duk excited sangat, pandai2 jaga keselamatan sendiri ya lain kali
mungkin penganjur boleh muhasabah dgn menganjurkan acara2 yg tidak menggalakkan maksiat dan pergaulan bebas.. =)
BalasPadamcahaya kemuliaan - mereka di sana bersukan. tiada yang terlibat dengan konsert2 atau acara lain hari belia tu pun. tempat pun memang jauh dari presint 2 tu. jangan membuat spekulasi jika tidak berada di tempat kejadian.
BalasPadamuntuk pengetahuan semua, drag challenge adalah acara yg telah lama dibuat sebelum pihak KBS (kementerian belia dan sukan) terlibat sama. ia dibuat untuk peminat2 sukan permotoran terutama dalam bidang dragster. jangan libatkan politik dalam sukan permotoran ini. drag ini lah tempat2 pomen2 pelumba2 anak melayu menunjukkan bakat dengan yuran penyertaan yg mereka mampu kerana sepang mengenakan yuran yg tinggi. dan acara ini juga bagi mengelakkan mereka dari lepak tidak tentu hala dan berlumba haram yang akhirnya bila berlaku kemalangan mati katak macam tu sahaja. malang tidak berbau dan ada di mana2.
dari segi keselamatan, telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan hanya orang yang follow drag ni dari mula sahaja tau. dan untuk makluman juga, sebelum acara seterusnya start lebih kurang 1 jam pihak penganjur menghentikan perlumbaan kerana menghalau semua penonton yg sedikit demi sedikit masuk berhampiran track, dan saya sendiri berada di sana. tapi penonton tetap degil dan tetap dekat dengan kawasan lumba.
sudah sedia maklum sukan permotoran bahaya dan yg hadir tentu juga maklum. jadi jangan menyalahkan sesiapa. doakan yg terbaik buat mereka yg cedera. dan mudah2an pihak berkuasa membuka mata memberi mereka tempat dan ruang yg lebih baik utk bakat anak2 muda malaysia ini.
jangan ingat yg hadir ke sukan ini tidak tau yg mana baik atau buruk atau berusaha mencari ilmu di taman2 syurga. semua dah besar, ada akal yg Allah beri.
(joe, sorry beauty ceramah panjang kat sini)
@misz beauty
BalasPadammaaf kalau kata2 sye wt anda terasa..sye x ada sebut lnsg semua yg hadir tiada yg nk mencari ilmu akhirat dan sebagainya..=)
p/s:tsunami xbunuh org yg buat maksiat je..
sokong ms beauty... kadang2 hiburan terlampau byk... untuk belia majulah dunia dan akhirat...
BalasPadam