Entry ni hasil copy paste yang aku jumpe kat facebook. sangat menarik untuk bacaan kita. walaupun jelas memang berat sebelah - mungkin penulis tu orang PR, tapi fakta yang ada dalamnya tu benar. Sebab aku termasuk dalam golongan 17-24 tu, memang ada betulnya kisah dibawah ni. baca ya jangan xbaca. kalau nak komen, dipersilakannnnn
Amaran, artikel ni bukan aku tulis, tapi dari facebook. hehe
*********
Dedikasi buat penyokong tegar UMNO dan juga PR yang berumur 17-24 tahun di Facebook - "Siapalah Najib di dalam UMNO jika dibandingkan dengan Anwar."
setelah membuka Malaysian Gags selama sebulan, kami perhatikan je budak2 UMNO yg suka troll kami. kebanyakan drpd mereka berumur dalam lingkungan 17-24 tahun. mereka ini sebenarnya sgtlah tidak mengenali individu bernama Anwar Ibrahim kerana pada tahun 1999, tahun di mana Anwar disumbatkan ke dalam penjara, mereka2 ini barulah nak masuk sekolah rendah dan sibuk main lawan pemadam ataupun baru nak belajar willy basikal. cerita yg mereka dpt tentang anwar cumalah disuap melalui RTM dan TV3 tidak kurang juga akhbar2 porno seMalaysia. ada di antara kami waktu itu dah masuk 1st year diploma dan masih di sekolah menengah (sayalah tu hehe). sumber internet waktu itu cumalah e-mail2 dari yahoo group. masa tu blogger2 UMNO yg poyo skrg ni barulah pandai nk mengorat awek kat MIRC ataupun baca cerita blue kat web melayu boleh. jadi tidak hairanlah kenapa budak2 UMNO ni kurang berpengetahuan.
ni saya nak cerita sikit pasal Anwar yg saya tahu jelah. sblm join UMNO pada 1982, pada tahun 1968 - 71 Anwar adalah presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), presiden Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). beliau telah memperjuangkan hak pelajar melayu/Islam dari dalam kampus lagi. masa ni Najib tnegah syok main ski, takpun bikin snowman kat Nottingham. biasalah, orang kaya. kerabat lagi. Najib balik Malaysia pada 1974.
lepas setahun join UMNO, Anwar terus dilantik menjadi menteri belia dan sukan pada 1983. tahun berikutnya beliau menjadi menteri pertanian dan menjadi menteri pendidikan pada 1986. impak terbesar beliau ketika menjadi menteri pendidikan ialah menganalkan beberapa kurikulum bersifat pro-melayu dan menukar nama subjek Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu (siapa kata Anwar anti melayu?). pada 1991 beliau diangkat menjadi menteri kewangan pada tahun 1991 dan pada tahun 1993 beliau naik pangkat jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah tahun 1998. Anwar cuma mengambil masa lebih kurang 11 tahun untuk mencapai kedudukan kedua tertinggi dalam kerajaan. ini kerana kehebatan beliau dalam berpidato yg berlandaskan fakta dan bukan cerita dongeng yg menaikkan semangat seperti ahli2 UMNO yg lain. waktu ini yg bersorak, tepuk tangan, kipas sampai mati Anwar tidak lain ialah ahli2 UMNO sendiri macam Najib, Muhyiddin, Hishammuddin dan lain2 hero UMNO yg dikagumi oleh budak2 skrg ni.
berbanding Anwar, Najib berada dalam kabinet lebih awal dengan menjadi Timbalan Tenaga, Komunikasi dan Pos pada 1978. dan mencipta sejarah sebagai timbalan menteri termuda di Malaysia. tak heran, pasal cable besar. lepas tu jadi timbalan menteri pendidikan 1981, timbalan menteri kewangan, menteri belia dan sukan 1986, menteri pertahanan 1991, menteri pendidikan 1995, masuk balik jadi menteri pertahanan 2000 dan jadi Timbalan Perdana Menteri pada 2004. perjalanan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri mengambil masa lebih dua dekad sejak Najib join UMNO.
Nampak tak? kita ambil kira pencapaian mereka dalam kerajaan dan sewaktu mereka dalam UMNO sebab kita nak bersikap adil kerana mereka pernah berada dalam liga yg sama. lagi satu persoalan. Wan Azizah membentuk Parti Keadilan selepas suaminya ditangkap dan berjaya memenangi pilihanraya semata mata utk melawan hak suaminya yg dirobek. kalau Najib kena tangkap, Rosmah buat apa? kan Rosmah ada award Srikandi negara hehehehehe.....
*********
Aku bukannya pro Anwar, bahkan jumpa dia pun aku tak pernah. korang pernah? kalau najib razak, haji hadi, tuan guru nik aziz tu memang pernah bersemuka dan bercakap-cakap pun. tapi kalau anwar, memang tak pernah. Yang sebetulnya, sejak aku usia belasan tahun, ada beberapa ideologi yang berkaitan dengan anwar sampai sekarang aku cari jawapan tapi tak jumpa-jumpa
- Anwar agen yahudi - boneka yahudi untuk merampas malaysia
- Kisah anwar gay sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya
agak-agaknyalah, korang sama tak dengan aku yang buat persepsi macam ni? ke korang ada persepsi lain? yang lagi teruk? haha
Najib pernah jadi MB Pahang kan?
BalasPadamak pernah tgk sendiri reformasi dekat jln TAR wktu 98/99 dlu..
BalasPadamdan sejak dr tu(drjah 3), ak rse media terutamanya berita sgt menipu..
dan psal najib plak, waktu die jdik menteri pendidikan la bermulanya era IPTS dgn jayanya..status IPTS akn kuar dlu dan sbb takut x dpat IPTA, ramai yg masuk jugak IPTS..ak masih igt sbb tu zaman kakak ak..
p/s:ak xsuke anwar, tp x percaya yg die sentiase salah jugak..
@Maryam
BalasPadammemang pernah
+999
BalasPadamsaya pernah jumpa anwar ibrahim.. beliau lalu depan mata, masa tu beliau jadi timb. perdana menteri (dah lupa tahun bila) saya sekolah rendah lagi. dia datang untuk satu projek kat area rumah saya. masa tu saya sangat kangum dengan ketokohan dia. tup2..tak lama lepas tu dah start ngan cita pelik2 pasal AI.. aaiikk??? terus saya rasa pelik..takkan la tiba-tiba kan?
BalasPadamsekarang ni saya senang amek sikap observe semua parti yang ada, saya rasa susah nak cari yang betul2 telus. semua ada agenda dan kepentingan kroni masing2.. pfffttt
pernah jumpa anwar...yb tmpt sy..
BalasPadaminilah dunia politik...yg kotor.
BalasPadamjgn terus percaya dan terus menuduh dan mengkeji bila dpt info terutama yg melibatkan kesalahan seseorang. Kerana ianya selalunya adalah mainan politik. Tolak menolak, buruk memburuk, jatuh menjatuh, tuduh menuduh,angkat mengangkat (bahkan sanggup bunuh membunuh juga) adalah penting utk mencapai target mereka yg bergiat dalam politik kotor ini.
apa yg dipaparkan dalam citer hindustan tentang pak2 menteri di sana adalah sesuatu yg benar sebenarnya berlaku di negara2 lain juga di dunia ini. kannnss?
mungkin penulis perlu memasukkan elemen bagaimana anwar cepat bersinar dalam parti umno, bagaimana tun mahathir menggilap bakat dia dlm parti dan bagaimana dia menyingkirkan tun ghafar baba untuk jawatan timbalan presiden.
BalasPadampayah nak cari org cam anwar yg ade karisma,tegas,ade prinsip mcam dia.makin tekan makin die bangkit lawan.ak sokong pas.tapi aku yakin fitnah jijik ke atas die seme semata2 fitnah untuk menang pangkat dunia.
BalasPadamsbb tu aku benci pemimpin msia skrg yg terang2 menjahanamkan muda mudi,membodohkan rakyat demi utk mengaut kekayaan dunia.mereka lupa janji Allah yg mana semua kt akan bangkit di akhirat akan disoal di kubur.
sekian juz fr my 2 cents