Rabu, 28 September 2011
Kenapa aku tak nak bakal isteri aku seorang doktor
Sejak dua menjak ni, sejak aku selalu duk doa biar Allah temukan jodoh yang sesuai untuk aku, ada beberapa kenalan rapat dan tak rapat dengan aku cuba nak temukan jodoh untuk aku. Heh, power kan doa tu, memang terus makbul! Setakat ni ada 4 orang yang mencuba dan 4 4 orang tu nak jodohkan aku dengan doktor! Seorang tu katanya blaja lagi kat oversea tahun ke4, seorang lagi baru masuk 1st year juga medic dan 2 lagi aku tak ingat background tapi memang amek medic. haha, seronok betul ok!
Tapi kan, aku kalau boleh memang tak nak bakal isteri aku seorang doktor. Walaupun passion aku kearah kesihatan tapi memang kalau boleh tak nak isteri nanti seorang doktor. Eh eh eh, janganlah marah para doktor di luar sana, sebab ni aku nye pendapat je, orang lain punya pendapat mungkin ada yang suka isteri dieorang jadi doktor. Lagipun aku saaaaaaangat ramai kawan yang amek medic, harap-harap dieorang tak marahkan aku buat entry ni.
heh, kena cover dulu
So kat bawah ini adalah sebab-sebab taknak bakal isteri seorang doktor, wahaha, baca dengan kesabaran ok
1) Pandai sangat susah jugak
Nak jadi doktor ni memang kena orang pandai-pandai. Kalau kat matrik tu, dapat 4 flat pon belum tentu dapat sambung medic. So memang orang yang pandai je lah bleh jadi doktor ni. aku pun tak paham kenapa kenapa orang pandai jadi doktor, apa yang kurang pandai macam aku ni tak layak ke? Huh, sungguh tidak puas hati! Memandangkan sistem kita dah macam tu, kenalah terima hakikat tu. Ok, sebut pandai ni, aku tak kata semua, tapi ada perempuan bila dah pandai dia punya ego tinggi sikit. Aku memang jenis yang cepat kecik hati bila, katakanlah masa dah kawin nanti aku dengan bini aku bergaduh slumber die cakap
'at least i doktor, i lebih bijak dari u!'
Gila kalau keluar ayat macam ni dari bini aku nanti, terus kena cerai kat situ jugak. haha, so untuk mengelak perkara gini terjadi, doktor is not on my list. kekeke, tak puas hati? tengok no 2 pulak
2) Doktor perempuan kebanyakannya failed bergaya
Familiar? haha, aku ada seorang kawan ni tau, die student medic, pernah dia suruh aku tulis blog pasal bagaimana perempuan mahu bergaya. Kata dia, bab-bab bergaya ni memang die failed. Nak tanya kawan pun hampir semua kawannya pun jugak budak medic dan memang failed bergaya-gaya ni. Kenyataan aku dikuatkan lagi dengan pemerhatian aku kat hospital-hospital, doktor perempuan memang tak reti nak bergaya. wahahaha, betul kan?
Kejap joe, ko nak isteri ko pandai bergaya ke? harammm harammm
Cuba korang bayangkan kalau kat luar pun dieorang tak pandai bergaya, ini kan pula dalam rumah! Eiishh, tak mo lah aku balik rumah nanti tengok isteri tido pakai kain batik je, xpun baju tidur kelawar die tu, haiishh, tak sedap mata memandang ok. Siapa kata bergaya tu haram, tidak menutup aurat tu yang haram. Bergaya kalau pandai caranya sangat sedap mata memandang walaupun menutup aurat. Macam hana tajima. eh pulak!
3) Lebih lama di hospital berbanding di rumah
Oh my oh my, ini memang betul! Menjadi ketakutan pada aku bila fikir isteri aku nanti bakal menghabiskan masanya lebih di hospital/klinik berbanding di rumah. Sape yang nak melayan aku nanti? sape nak melayan anak-anak aku berdozen-dozen kat rumah nanti? bibik kah? Baik kawin dengan bibik kan? woottsss
Kalau on call tu, mak aiih, memang masuk kerja hari isnin pagi kul 9, sambung on call malamnya tak balik rumah then petang selasa baru balik. What?? Maknanya 34 jam aku takkan jumpa dengan bini aku. Kalau on call 4 kali sebulan? aaaahhh, jiwa sengsara ok!
SAY NO TO DOCTOR!!!!
*wink wink*
*wink wink*
*******
Tapi respek pun memang nak buat calon isteri tidak lah, sebab utama adalah....
Malam-malam taknak peluk bantal peluk, nak peluk isteriiiiiiiiii
Selasa, 27 September 2011
Selamat datang ke kumpulan anak saudara papa joe!
Tahniah kat abang n kakak ipar aku dengan kelahiran anak lelaki mereka. Maka genaplah sedozen koleksi anak saudara aku. haha, sedozen ok, sangat meriah! So sekarang ni, koleksi anak saudara aku, 3 perempuan dan 9 lelaki. Kamon, genapkan 2 lagi lelaki boleh buat team bola sepak!
Welcome to the new world!
pss : tengah menghafal nama-nama anak sdare ikut turutan
Isnin, 26 September 2011
Hudud : Sekurang-kurangnya DOA pun ok
Setiap orang mengaku umat Islam, wajib berazam dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara, kalau tidak niat, berdosa kita kepada Allah. Dalam perjuangan menegakkan hukum Allah, wajib sertai dengan doa pun ok dah
Dan kalau kat dalam paper Utusan ni, aku tak paham kenapa boleh publish!!
pss : Munafik mandatori!
Jumaat, 23 September 2011
Cara mengangkat orang seberat 90 KG dengan 8 jari
Tempoh hari semasa kat korea, aku ada belajar satu benda yang menarik. Tak sangka kadang-kadang ilmu sains ni sangat berguna dan tak diteliti dengan elok memang seolah-olah magik! Pernah angkat orang yang seberat 90kg dengan hanya 8 jari? kalau tak pernah, tengok video yang dirakam masa aku kat korea tempoh hari. Macam biasa, minit-minit last jangan terkejut =)
Pakcik kat atas tu aku panggil abang zul (abang walaupun dah 50 lebih umur, heh) pernah buat cerita pasal dia kat entry ni. So memang tak sangka boleh angkat dia dan memang jadi ringan! sangat ringan! Hukum sains apa yang terlibat? Mungkin graviti kot
So caranya mudah
- Perlukan 4 orang tukang angkat dan seorang yang nak diangkat
- Orang yang nak diangkat tadi duduk bersila
- 4 orang lagi masing-masing cuba buat bentuk pistol dengan kedua-dua tangan
- Masing2 ambik posisi 1) ketiak kiri 2) ketiak kanan 3) lutut kiri 4)lutut kanan
- Dengan serentak, angkat orang tu, tak perlu guna tenaga banyak pun, yang penting SERENTAK
Cubalah, pasti korang terkejut. serius aku pon terkejut. 90kg tuuuu!
Khamis, 22 September 2011
Perkara yang aku tak puas hati semasa kat Korea
Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Malaysia semalam. Sebab semalam hari rabu, jadi tak dapat nak update blog dengan entry tulisan, menyambut seruan Wordless Wednesday katakan. (biarlah alasan malas nak menaip sebenarnya) So hari ni, masih lagi sibuk dengan kerja duniawi, update pun tak seberapalah
Kali kedua ke Korea
Tempoh hari merupakan kali kedua aku ke Korea. Kedua-dua adalah sebab Herbalife. Kalau bukan sebab Herbalife, memang fikir dua tiga kali jugak nak pergi sebab ongkos semuanya kan. Baik pergi buat umrah ke (aceceeh) tak pun Jepun yang dari dulu lagi aku bercita-cita nak pergi tapi tak pergi-pergi jugak. Takpe, sebab tahun depan memang ada Free Vacation ke Jepun, tunggu grab yang tu je lah
Kali kedua pergi ni 'lebih mewah' Kalau dulu pergi tidur satu bilik 4 orang, walaupun limit sebenarnya 2 orang je sebilik, sebab nak murah punya pasal habis 4 orang tidur berlapik-lapik. Dah la bilik kecik, memang naya jugaklah. Tapi tahun ni, memang sangat mewah sebab satu bilik seorang. Haha, actually entah kenapa aku dapat bilik seorang pun aku tak tahu, tapi tak question banyak sangat sebab memang sangat syok dapat bilik sorang. Dah syok memang tak question la ye tak?
Event dulu baru jalan-jalan
Tak macam yang lepas-lepas, kali ni sampai je kat Korea terus masuk training. Training yang aku masuk ni dipanggil Herbalife University. Hanya World Team keatas saja yang boleh join. Yang tak world team takleh masuk. heh. sebab tu dia punya training pun hardcore sikit, memang terbaikla training tu. Untuk kali ni, 13 000 orang dari seluruh asia pasifik join, RAMAI GILA, tak termasuk India dan China sebab dieorang buat version dieorang sendiri. Ceh, kerek betul. Tak berpeluang nak bergambar dengan gadis-gadis nampak pusat kali ni!
ok, layan gambar je lah
Dalam training ni memang banyak self development yang diajar. Dari macam mana nak jadi leader yang baik hinggalah kepada peningkatan daya kendiri dalam berbisnes. Yang paling aku dapat kesan adalah sharing dari Guest Speaker, memang terbaiklah. Actually aku dalam Herbalife ni dah lama, tapi pangkat tu tak naik-naik lagi. Bukan salah siapa, salah aku je. Memang deserve tak naik sebab banyak main. so dah kena tembak tu, memang lepas ni akan kerja lebih!!!
Gambar last training. yuhuuuu!
Jalan-jalan Korea
Cerita pasal training je, ubah mood kepada jalan-jalan pulak! Memang kali ni jalan-jalan dia sangat syok. Syok pertama sebab duit ada untuk shopping compare dengan 2 tahun lepas dan syok kedua sebab banyak sangat tempat yang pergi dan syok ketiga adalah sebab MAKANAN! Korang bleh bayangkan tak hari terakhir aku timbang berat kat sana, NAIK 5.3 KG. wahahaha. memang sakan ko joe makan, aku bawak sepeket maggie untuk makan time lapar, satu habuk pun tak sentuh sebab perut sentiasa kenyang. Gila bahaya.
Tengoklah koleksi aku dengan makanan kat sana!
Mula-mula dah bedal marry brown kat LCCT |
Nasi Kimchi dengan Seafood |
Ni lagi masyuk, ikan apa ntah n jeruk2 korea, terbaik. lagi terbaik sebab 1 table 2 orang je! |
Buffet maharaja, masakan arab yang amek-sampai-kenyang |
Sushi |
Pakai baju perang pun sempat lagi makan |
Kimchi yang tak jadi semalam |
Ni ANTARA gambar yang sempat diambik. Banyak lagi ok tempat pergi makan cuma tak tersempat nak tangkap gambar. Gambar buffet breakfast makanan korea tak amek, gambar ayam ginseng seekor sorang pun tak amek sebab terkejut tengok ayam dapat seekor sorang jadi tak sempat nak tekan kamera. haha. HASILNYA? naiklah berat badan sehingga 5.3kg. Tahniah joe!!
Selain makan - kita layan lagi beberapa gambar yang sempat diambik kat sana. Banyak jugak pergi tempat shopping, myongdung itteawon apa ntah, aku bukan nak hafal nama tempat cuma hafal nami island je sebab tempat winter sonata punya tempat kan. Heh, nak hurai tak reti so kita layan gambar je lah
Sampai je airport terus disambut dengan Messi pegang Herbalife, terbaiklah korea! |
Hardrock ada dimana-mana |
Main pusing-pusing sampai terbang! |
Gadis-gadis sideline |
Gadis-gadis myung dong |
Konsert Kpop klu convert 30 ringgit je. haha |
Solat jumaat di itteawon |
Penuh dengan rakyat Malaysia satu escalator! |
Nami island |
Merempit di nami island |
Cuba meniru gaya korea |
Gadis nami island =) |
Belajar membuat Kimchi |
Menjadi pahlawan korea! |
Okeh, dah buntang mata dah tengok gambar? haha, nilah entry versi malas menulis. Masa aku kau korea, satu habuk entry pon aku tak tulis. Gila ah, tak sangka aku boleh berhenti menulis blog selama seminggu, dulu tak tulis sehari pun dah macam tak keruan hidup dah. Ni seminggu rilek je tak tulis. heh, zaman dah berubah kan?
Ok, sampai situ saja. jumla lagi di Osaka Jepun tahun depan. Sape nak follow? hehe =)
************
Eh lupa pulak pasal tajuk, perkara yang aku tak puas hati semasa kat korea. cuba korang teka apa dia? cuba lah, cuba lah. Kita main teka teki nak? hehe. Pilih ni
- Orang korea busuk-busuk tak mandi
- Tandas kat korea takde pili air, nak basuh berak susah!
- Makanan yang sedap mesti ada pork, so xleh makan
- Jalan sentiasa jam, kereta penuh dimerata-rata tempat
Actually semua kat atas tu aku tak puas hati, tapi nak buat macam mana dah berada di negeri orang kenalah terima hakikatnya. Tapi ada satu benda ni yang memang serius aku tak puas hati, nak tau nape?
Orang Herbalife datang dengan bini/kapel masing-masing so bleh bermadu kasih/berpeluk-peluk tapi aku??? aahhhhh, alone je memanjang kat sana :(
pss : Tahun depan datang dengan bini mahu letak gambar peluk je penuh dalam blog ni. boleh?
Rabu, 21 September 2011
Khamis, 15 September 2011
Rabu, 14 September 2011
Benda yang perlu dijaga untuk kekalkan KEMERDEKAAN #Merdeka54
Masa aku kecik dulu, cita-cita aku adalah untuk jadi PM - Perdana Menteri. Sebab dah tertanam dalam otak separa sedar aku ni, sebab tulah aku jadi ketua kelas tadika masa tadika, ketua pengawas semasa sekolah rendah, juga ketua pengawas dua tahun lagi masa sekolah menengah, tak cukup dengan tu jadi yang dipertua masa matrik dan last jadi presiden untuk persatuan pelajar malaysia kat Sheffield. Gila kuasa ke? haha, ni bukan gila kuasa, ni adalah pengaruh cita-cita dari kecik yang nak jadi PM
=)
Pandang kebawah tanda PM ke7 tu sangat zuhud ok |
Tapi bila dah dewasa sekarang, baru tahu pasal tanggungjawab dan macam sangat jauh je aku nak pikul benda tu. ahhh, sangat berat ok nak control satu negara ni! Hayat aku hanya sempat dengan pemerintahan Mahathir, Pak lah dan Najib. 3 orang PM ni masing-masing bawa pendekatan yang berbeza dalam pemerintahan mereka.
Mahathir dengan mahu mengangkat nama Malaysia supaya setanding dengan negara maju lain
Pak Lah dengan mahu mengembalikan Islam ketempat utama dalam sistem pemerintahan
Najib dengan mahu mengekalkan semangat perpaduan yang memang sekarang sangat susah nak control
Sebut pasal perpaduan, aku sangat teruja melihat hasil kerja matluthfi90, vlogger Malaysia dengan projeknya 'Made By Malaysian' Aku rasa video ni patut ditayang kat TV kot. kan? hasil kerja dan roh masej yang ingin disampaikan tu sangat terasa. Korang dah tengok? better tengok sekarang!
Aku setuju yang perpaduan sekarang ni selalu sangat diuji. Kalau sentuh bab bangsa ok lagi, tapi sekarang ni sampai melibatkan agama. tu sudah melampau! Aku sangat percaya Malaysia sekarang terbentuk hasil kerjasama semua pihak. Kita patut berbangga sebab keunikan negara kita yang memiliki pelbagai bangsa, budaya dan agama tetapi kita masih lagi berdiri teguh atas nama Malaysia. Cuma akhir-akhir ini kita kena jaga sikit supaya semua pihak tak terasa dengan apa jua tindakan kita!
Aku akhiri entry pendek ni dengan komik perpaduan - Lumba Kereta Merdeka.
Kalau tanya aku benda apa yang perlu dijaga untuk kekalkan kemerdekaan? aku akan jawab - PERPADUAN!
pss : entry untuk Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com