Selasa, 16 Ogos 2011

Yusry nafi Kahwin dengan Lisa Surihani tahun depan

Mungkin sebabnya boleh baca kat sini 

*******

KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.

Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.


Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.

Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.


Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.


Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.

Harian metro

*******


lalalalalala =)

pss : silap tajuk yusy la pulak!

32 ulasan:

  1. aceh! suke larh tuh.. senyum sampai ke teliga.. hehehe

    BalasPadam
  2. cerita yusry dan lisa tidak sehangat gambar pemuda bersama belon itu... ;)

    BalasPadam
  3. alolololo comelnya joe ngan ballons!! *terpikat*

    BalasPadam
  4. Eh...nak belon satu..haha

    harap hubungan mereka berkekalan..aminn

    BalasPadam
  5. yusry,baguslah kalau gitu..( comel juga org yg pegang balloon tu..)

    BalasPadam
  6. ramai la kensel hasrat nak bunuh diri. he he....

    BalasPadam
  7. Ada can lagi jeo...
    agak2 kau bleh bg ferari sebiji kat Lisa mesti dia boleh consider kau..hahah

    BalasPadam
  8. konon ade chance lagi la ni eh?hahaha

    BalasPadam
  9. apa lagi Joe, pinang la Lisa tu cepat2

    BalasPadam
  10. comel jer joe dgn belon-belon tu.. :D

    BalasPadam
  11. muka BAHAGIA gila la. bhahahah

    BalasPadam
  12. joe kalau dia tak nak aku nak hahaha

    BalasPadam
  13. comel..........belon jo, okbai lisa, cpt la kawen

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.