Ahad, 7 Ogos 2011

Untungnya jadi joegrimjow

Dari tengahari sampailah ke petang hari ni kat Times Square. Ada event Herbalife. Memang stay sampai bukak pose tadi. Masa nak balik tadi lepas bukak puasa, ada masalah kat tempat parking, auto pay machine  tak jadi! Memang agak jauh jalan pergi cari auto pay yang tak rosak, beberapa kalori jugak dibakar!



Sampai ke satu tempat auto pay machine ni, nasib baik ok.

'please insert your parking ticket' 

Masukkan tiket 

Tertera jumlah RM 11.00. Memang dah agak sebab sehari suntuk kat situ

Check duit dalam dompet, takde duit kecik, ada 3 keping RM 1 dan beberapa keping RM 50. Masalah! Masalah sebab machine tu tak terima duit RM 50. Alah, dah la jauh jalan ke tempat kereta aku, lepas tu kena naik cari duit pecah pulak. Alah, tak tahu sempat ke tak nak solat terawikh macam ni!

Ada uncle - bangsa cina - yang tengah bayar kat tepi, ok, try mintak dengan dia


'boss, ada duit pecah?'

'Masuk je duit tu ma'

'Tak boleh, spuluh hinggit paling kecik'

'Soly soly, tada duit keci' Uncle tu terus pergi tinggal aku keseorangan kat tingkat B1


alaaaaaaa, memang sangat malas nak naik. Bukan malas sangat la, cuma masa dah lewat nak pergi masjid. Miss solat isya maknanya akan miss jugak solat terawikh. sangat rugi! Tiba2 dapat idea, tunggu je lah orang kat situ, boleh tukar dengan dieorang

Datang satu family, si ayah, si mak, si anak yang agak kecil dan 2 orang lagi perempuan yang agak comel. Ada can, bolehlah aku mintak tukar dengan dieorang ni

Si ayah pergi ke auto pay sambil mata jeling seakan nak terkam aku je. Seram!

Aku merapati si ibu. Kalau tego anak kata nak ngorat anak pulak ye tak?


'puan ada duit kecik tak? nak tukar'

'mmmm, macam takde je ni. zura ada?' kata si ibu pada anak

'takde jugak ni........ eh tapi kejap'


si anak keluarkan duit kepingan rm 10 pertama, kedua, ketiga dan keempat. Alamak, tak cukup, 4 keping je. Perlukah aku berlagak macho + kaya dengan kira ok lah 4 keping RM 10 ditukar RM50. Dalam hati kata boleh je ni. Tapi si anak keluarkan lagi kepingan RM1 sebanyak 10 keping, pergh, nasib baik


'Nah, kiralah, cukup ke tak?' kata si anak

'Cukup je kot, terima kasih ya'


Anak yang bagi duit ni kalau nak kira cute dengan anak sorang lagi tu yang dari tadi membatukan diri tu, yang duduk senyap tu lagi cute. Kenapalah si cute tu tak datang dekat, bleh aku usha lebih. Ceh, demand, ko dapat duit tu dah kira nasib baik dah tu joe oiii

Tiba-tiba muka si ibu berubah


'Eh, ni joegrimjow kan?'

Muka aku pulak yang berubah sambil jawab 'haah'

'Mak cik selalu baca blog kamu dulu, sebab tu perasan macam sama je. wahh, tak sangka boleh jumpa kat tempat bayar parking macam ni'


Pergh, mak cik ni baca blog aku? tiba-tiba nak kembang je hidung. Tak sempat hidng nak kembang, datang si ayah dengan muka masam. Alamak, pak cik ni ingat aku nak tackle anak die ke?

'bang, ingat blog yang saya bagi kat abang pasal komik nora elena tu, ni lah tuan dia' bersungguh mak cik tu cerita


'o yea? kerja ke?' gaya seorang lelaki macho jawab

'haah, ni kad saya' aku hulur name card aku pada si ibu dan si ayah. 


Sebenarnya taktik nak bagi kat anak cute tu, tapi... ala, korang tahu kan keadaan macam tu macam mana, kena control jangan gelojoh sangat. Lepas bual sedikit sebanyak, aku pun blah, dieorang pun blah. Mungkin ada jodoh jumpa lagi

Tiba-tiba msg masuk. Nombor tak dikenali

'Assalam, ni mak cik kat parking tadi. Esok kalau free datang lah rumah, mak cik ada dua orang anak dara yang single lagi ni. Hihik'

Hati aku gundah gulana.... campo happy =)



pss : part last takde pun, cuma aku harap mak cik tu baca blog aku malam ni bleh la msg aku ajak datang rumah dan kenalkan anak-anak dia yang comel tu. waahaahaa

51 ulasan:

  1. untungla.. sangat untung. haha...

    BalasPadam
  2. hahaha, dah lama tak baca entry nakal dr joegrimjow yg macam nih. ececeh!

    hi makcik,

    jangan bagi joe ni ngorat anak makcik k. :p

    BalasPadam
  3. amboi...untung btol dpat jemputan makcik tu yer..hahaha..nice one!

    BalasPadam
  4. @Fatin Sakura

    part tu tak betul, tapi harap betullah. hehe

    BalasPadam
  5. hahaaa..teroklah engkau ni Joe..tapi aku suka sebab berani..yea..yea..

    BalasPadam
  6. wah3..dh cukup baik itu
    gile ah makcik tu layan blog jugak

    BalasPadam
  7. hahahhahah.....


    UNtunglahhhhhhhhhhhhhh

    :p

    BalasPadam
  8. lampu hijau tu joe..ape lagi..tanya la mak joe..berkenan ke x..hehehe

    BalasPadam
  9. part last mmg takleh blah...jap lagi kol betul memang untunglaaaaa..

    BalasPadam
  10. @MFI

    lampu hijau?
    dah ad kita yg punya la

    BalasPadam
  11. Ahaha..lawak la..
    makcik tu nak cal senanya, tapi pakcik muka masam tak bagi..hehe :)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. hahaha....terbaek la. untung jugak klau dh feymes.

    BalasPadam
  14. ni yg jeles ni... argghhhh!!!!

    *ade 2 org kn?? meh sorg bg sy!!!

    latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    BalasPadam
  15. wah..bertuahnye.doa2 la kan makcik tu bace..mne tau ade jdoh ngn ank gadis nye tu.goodluck :)

    BalasPadam
  16. aku x taruk gambar dlm blog aku, kalau jumpa mak cik yg ada anak laki hensem confirm x kenal aku! huhu...

    ~ Joe x de keje! haha

    BalasPadam
  17. hahahaha.. harapan menggunung... mcik tu bace pasni memang trus akan call la

    BalasPadam
  18. kepada makcik: Saya endorsekan Joegrimjow ni. Jemputlah dia datang berbuka rumah makcik hehe

    BalasPadam
  19. @Rye Skema

    entah dah baca ke belom tak tahu
    hehe

    BalasPadam
  20. nnt roger taw... mane tahu leh g rmh makcik tu same2... hehehe

    BalasPadam
  21. lololol.parah betoii..part last tu takleh blaa..hahahha..

    kompem makcik tu bc gelak2 dgn satu family dia..hahha.

    p/s:tapi tah2 anak2makcik tu kecik lagii..haha..

    BalasPadam
  22. apa lagi joe.. ada chance tu.. hehehee

    BalasPadam
  23. #untungla jadik blogger yang ensem dan ramai peminat

    BalasPadam
  24. abg joe ,

    wahh , hebat lah , smpai makcik pon knl ,
    ade hrpn bule knl ngn ank makcik tu lahh ,
    all the best !

    BalasPadam
  25. gigih scroll comment smpai bawah. makcik tu tak tinggal komen lg ek :p

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.