Memang ini sesuatu yang baru dalam hidup aku, 5 hari hanya 2 entry?? what?? Ini penangan streamyx kat rumah buat hal, cable kena curi. Memang mengecewakan. Tambahan sekarang sibuk mencari rezeki, tahun ni tahun pertama kena bagi duit raya - bagi duit raya - bagi duit raya - bagi duit raya (ulang 3 kali) memang sangat jarang online sekarang. Update blog - dah bukan jadi benda priority :(
Ok, tamat bebelan awal
Tadi aku ada baca kat blog denaihati.com pasal zaman-zaman budak dahulu. Memang agak tertarik dengan bagaimana zaman mengubah manusia. Aku takdelah tua sangat tapi sebagai pemerhati bebas, memang nampak zaman budak sekarang dengan dulu serius berbeza!
Kereta dashankuro : 14 tahun lepas
Lebih kurang 14 tahun lepas, memang kereta beroda 4 yang dijana kuasa bateri AA menjadi impian budak-budak zaman aku untuk menjadi raja di trek. Ini pengaruh tv la ni, lupa dah nama cartoon tu apa, tapi memang aku bersungguh-sungguh untuk menjadi raja kereta beroda 4 ni. Harga pun tak mahal, dulu boleh dibeli dengan harga RM 9.90 di pasar malam dan hanya RM 6.90 di Mydin. Bunyi macam murah tapi kalau compare dengan status budak masa tu, kena puasa 2 minggu jugak baru boleh beli kereta idaman tu
Masa puasa memang riuh la dengan gelagat pelbagai anak kampung menonjolkan kehebatan masing-masing dengan menambah aksesori sendiri. Heh, aku tak ketinggalan, sanggup memecah tabung membeli jenama yang lebih mahal - masa tu tamiya paling mahal - boleh cecah RM 36.90 untuk satu kereta. Tak campo enjin lagi, memang habis banyak duit jugakla
Tapi sayang, aku selalu tewas dan sampai sekarang aku tak tahu kenapa.....
Digimon : 12 tahun lepas
Lepas kegilaan kereta, aku mula menceburi bidang elektronik pula - digimon! Masa tu bukan main meriahla, boleh dikatakan setiap budak ada je digimon masing-masing. Yang takde duit sangat, dieorang main kumpul-kumpul kad je, yang berduit, beli terus digimon. Seingat aku dulu la, ada digimon 1, 2, 3 dan sampailah yang paling hebat - super digimon
Jahil tak jahil masa budak dulu, hadiah dapat no 3 dalam kelas masa darjah 5 aku mintak adalah super digimon ni la dengan ayah aku. Walaupun ayah aku macam tak puas hati - slumber aku cakap 'kato nok wi gapo jah kalu keputuse ok' dan akhirnya ayah aku akur - super digimon milik aku
Memiliki super digimon masa tu memang kita boleh berlagak besar. Ye lah, area kampung macam aku ni memang susah nak cari yang beli super digimon jugak - mahal - jadi apabila aku lagakan digimon aku dengan kawan aku - shake shake shake, memang cukup mudah nak menang. Ohh, sungguh hebat rasanya diri ini!
Tapi sayang, masuk darjah 6 peperiksaan bulanan dapat 0 a, terus super digimon terkubur dalam baruh tepi rumah. Ayah aku baling.....
8 tahun lepas : Kereta remote control
Kereta remote control ni ada 2 versi, satu yang saiz kecil dan kedua saiz yang agak besar, aku sempat berada di kedua-dua zaman. Kereta control ni memang serius aku rasa hebat, laju, power mengalahkan kucing peliharaan aku kat rumah ni. Nak kacau kucing senang je, langgar dia dengan kereta kawalan jauh ni, mesti mengamuk punyalah.
Lepas zaman kereta kecil, mula pulak kereta besar. Yang menjadi penyumbang adalah Majalah 3, siap buat dokumentari lagi. Dengan harga RM 49.90 kita dah boleh dapat. Aku beli yang versi murah ni dan perasan bila control jauh, kereta dah tak boleh nak kawal sebab frekuensi tak sampai. Apa lagi, beli yang mahal sikit dan ternyata kepuasannnya berbeza.
Tapi memang sungguh sayang, kereta kawalan jauh versi besar ni orang tua pulak yang dominasi, bila dah orang tua masuk campo, dieorang sungguh up, beli yang ada minyak (mahal ooh) dan barang pun mahal-mahal, kami budak-budak memang tengok je lah
Kacau daun betul bapak-bapak budak ni!
*******
Aku rasa tak salah untuk mak bapak support hobi anak-anak yang macam-macam sekarang. Sebabnya, psychology anak-anak ni nak jadi apa masa dah dewasa nanti mesti terpengaruh dengan zaman kanak-kanaknya. Macam aku, nak je jadi raksasa dalam digimon tu, tapi sebab masa budak aku gemuk, gila berazam tinggi untuk kuruskan badan supaya boeh masuk dalam skrin digimon tu. gila jahil kan?
*******
Sekarang ni, setelah pulang ke kampung halaman setelah bertahun lamanya merantau, aku tengok ada hobi baru kanak-kanak sekarang, basikal warna warni!!
Bagi kanak-kanak yang mungkin baca blog aku ni kan, tak kira apa hobi, feel dia akan lebih bila barang yang kita beli tu hasil usaha sendiri, duit kumpul masa kat skolah tu terbaik. kalau mintak dengan mak bapak suruh belikan, memang feel dia jadi kurang! (alasan untuk anak sdare aku tak demand lebih2 dengan papa joe die)
pss : lompat getah, carom, dek cok (ten teng?), choh (galah panjang), oowwh, rindunya!
fixie... dah zaman hampir bekerja ni sy dah hlg selera tgk menda2 nih... slalu pikir kete idaman...
BalasPadamlatest entry Ukur KECEMERLANGAN diri kita...
sama sama sama
BalasPadamrindu digimon, rindu kerta dansankura lumba kat longkang...
main kereta remote control...
best zaman dulu!!
hmmm...teringat zaman usia remaja...hmmm, 10 thn lg ape la plak hobi budak2 ni plak...
BalasPadam@kaizen
BalasPadambudak2 yg pakai banyak tu
@FAUZI NOR
BalasPadamdansankurama eh nama cartoon tu?
@Fathi Adha
BalasPadamroket ke bulan?
serius apa yang ko tulis ni benar belaka..cuma digimon tu aku tak mampu nak beli..setakat kereta dashukuro tu, belambak aku beli..cuma kereta control tu, aku minta kat aku jenis yang dalam gambar tu..tapi mak aku beli jenis lain..haha.main jugalah, nak tolak dah beli..
BalasPadamAdik sy salah sorg yg gilakn fixie neh. Umor br 17 taun, merengek nk kn basikal tuh, bukan murah, dekat 600 gak! Pastu tiap2 mgu tayar pancit! Nk tampal kuar lagik 20 hengget. Lumayan sguh hobi bdak2 skrg neh!
BalasPadam@Blog Hangit
BalasPadamselagi boleh main kita main
hehe
@Bellla-Belly
BalasPadamklu pakai duit sendiri baru masyuk - bagitau adik
Digimon tu sekarang susah nk dapatkan.. harap2 suatu hari nnti leh jumpa dan kembalikan zaman digimon
BalasPadammmg basikal colorful ni jadi trend bebudak skang. kat KL pun banyak nampak. selalunya konvoi ramai2 dalam belas2 orang..
BalasPadamjoe, budak2 skrang dah tak stylo macam kita dulu .. uhuhuh
BalasPadamhari tue aku nampak budak sekolah rendah balik rumah dia naik fixie.. perghh.. power.. power..
BalasPadamzaman dan budak sekarang tak macam dulu..
BalasPadamsekarang takde tanah nak main dek cok, galah panjang, lompat getah..
rumah style kondo, pangsa, flat..
bertanah pom penuh simen..
mahu rabak lutut.. TT
ahah, basikal kaler2 tu memang trend budak2 eh skang? patot laa ak tgk kat area kb ni ramai jep budak2 pakai..
BalasPadamadek aku cakap mau 500 satu. betol ke? teringin jugak nak beli. lawa. hoho
dash yankuro ah nama katun tuh...
BalasPadamkekekeke... ade gak kete tamiya tuh... titik permulaan terjebak ke kancah mechatronics. hahahaha...
tapi last2 keje hala ke lain scope punye engineering. *tepuk dahi*
yup....basikal fixie dah jadi kegilaan bebudak skang...pastu diorang siap taruk lampun kat rim tue untuk nampak bercahaya time malam2x....dan basikal memang mahal la pada aku untuk budak2 skolah....
BalasPadampelik2 bdk skg ni tp beskal tu mmng best . ringan. haha
BalasPadamtak kesah apa hobi pun. yg penting jgn menyusahkan mak bapak dahla. aku dulu sanggup tak makan kat sekolah sebab nak beli bde2 mcm kat atas tula.
BalasPadamNk mintak duit confirm dpt leteran + penampar...
hehe. aku generasi yang sempat merasa semua tu walaupun muda dari bro 4~5 tahun
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamperghh teringat kereta Tamiya aku dulu..colour biru, ada duit sikit beli accessories..basikal dulu klw tak taruk kangaroo tak sah..zaman kecik2 memori terindah..bertapa lasaknya aku dulu sebagai budak perempuan..
BalasPadamzaman digimon dah takda sekarang.diaorang dah tak kenal apa tu keseronokan bila menang lawan digimon dengan member.budak skrg? fixie,lappy dengan dslr.oh,harga ori tak silap aku cecah ribu.
BalasPadambasikal ni dah femes skang dikalangan budak2. aku dulu main guli je.
BalasPadamha ah digimon femes dulu kan. addicted jugak tengok kartun dulu :)
BalasPadami Love fixie!Sekarang Zaman Fixie?
BalasPadamLawa pulak basikal kaler2 tu
BalasPadamdulu masa sekolah rendah main digimon slalu hack digivice tu bagi terus peringkat ULTIMATE . memng bes masa tu...
BalasPadamsekarang budak2 generasi baru ada hobi baru, dslr, ps3 , wii, pastu basikal warna warni .. semua mahal2 kot.. dlu main lawan getah pemadam je kot
BalasPadamkereta tamiya tu dari anime DASH!yankuro
BalasPadamkat watak utama punya kereta tamiya tu ada nombor 496
yan (yon) = 4
ku = 9
ro = 6
heheh...
zaman digimon tu masa aku skolah rendah...kat skolah agama tu ade 1 benda lagi yg dorg suka main...benda tu macam getah, boleh panjang2 kan, kita pegang kat 1 hujung, pastu campak 1 hujung lagi kat something, pastu benda tu melekat...amende ntah nama benda tu...
lagi 1! pro-yo! haha...macam bunyik poyo je..
zaman digimon dah takda sekarang.diaorang dah tak kenal apa tu keseronokan bila menang lawan digimon dengan member.budak skrg? fixie,lappy dengan dslr.oh,harga ori tak silap aku cecah ribu.
BalasPadam