Tahun ni kemungkinan besar kita akan berpuasa hanya 29 hari. Raya mungkin jatuh pada 30hb. Kalau mengikut hisah, begitulah kiranya. Tapi nak anak bulan tak kelihatan lagi, raya pertama jatuh pada hari kemerdekaan. Wah, best macam tu kan?
Ok ok, sebut pasal raya ni, ada satu masalah besar yang aku dan kebanyakan orang di dunia ni yang menyambut alami – berat badan naik! Al maklumlah, masa raya, sebut je jenis makanan apa, semua ada. Dengan rumah terbukanya, dengan jamuannya, dengan makanan lebihannya, sebut je, semua ada. Kebiasaan pada raya ke5-6, berat tu dah naik 4-5kg. Pengalaman peribadi ok zaman dulu-dulu
Jadi kat sini, aku akan kongsikan beberapa tips untuk korang kekalkan berat badan selepas raya TANPA dikatakan korang berdiet. Eh, macam mana tu? Jeng jeng jeng
SEMASA PUASA
1-Turunkan sebelum naik
Sekarang ni dah genap 24 hari kita berpuasa. Esok hari ke25. Maknanya tinggal beberapa hari lagi lah ni puasa nak habis. Cuba korang tengok berat badan korang masa 1st puasa hari tu dengan sekarang, ada penurunan tak? Macam aku dah turun 4kg dah. Haha, banyak kan? Ni penangan pergi UK la ni, makan tak ingat dunia!
Tapi kalau berat badan korang tak turun-turun jugak, 4 hari selanjutnya ini korang kena lakukan sesuatu untuk turunkan at least 2-3kg. KENAPA? Ya lah, sebabnya masa raya nanti nak BALUN habis-habisan, mestilah kena turunkan dulu. Kalau tak turunkan, alamatnya berat korang akan naik secara mendadak dan baju seluar semua habis tak muatlah. Heh, kena pandai ok
2-5 hari seterusnya – exercise!
Masa puasa ni, pernah tak pergi exercise walaupun sekali? Kalau tak, untuk berikutnya memang kena exercise. Aku tak syorkan exercise waktu pagi, ye lah sebab nanti habis semput dan tak bertenaga pada waktu tengahari ke petangnya, apa yang aku cadangkan, exercise waktu petang. Pukul 5.30-6.30 tu adalah terbaik.
Exercise tak payah nak buat kerja berat-berat, pergi gym bagai tak payah, just ringan-ringan je. Joging ke, berbasikal ke, atau berjalan keliling taman. Jangan keliling bazar ramadhan dah la ye =)
3-Exercise malam – TERBAIK
Sebut pasal gym, kalau nak pergi jugak, aku syorkan lepas berbuka. Waktu yang paling AFDHAL adalah lepas terawikh. Kalau kat area rumah aku ni, RM 5 je untuk sekali masuk. So bila dah lepas terawikh tu, bolehlah pakat-pakat dengan member ke, adik ke, abang ke untuk masuk gym kejap. Buat satu pusingan main semua benda dah cukup. Just untuk bagi otot tu 'bekerja' je
Lagi satu, kita ni dah masuk 10 terakhir, jangan lepaskan qiyamullai! Ramai yang tak perasan exercise terbaik adalah ketika solat! Aku ada baca buku rahsia solat, memang complete kita solat, complete kita lakukan segala pergerakan keatas badan. Cuma kalau dah 2 rakaat tu, memang la tak rasa penat mana pun, cuba qiyam tu buat 10-12 rakaat, konpem rasa 'penat' jugak.
Ni dah kira untung la ni, dapat pahala lebih, body pon lawa gitu!
SEMASA RAYA
1-Pagi raya – tahan tahan dan tahan!
Dah memang sah sah pagi raya ada pelbagai hidangan kat atas meja. Satay, rendang, ketupat, lemang, semua ada lah. Tradisi keluarga aku, memang kena bakar satay. So pagi tu memang tak makan satay tu tak sah. Tapi, memang tak elok untuk perut!
Pagi adalah sangat kritikal. Kita kena makan, tapi kena pilih makanan yang low carbo dan low fat. Pilih yang high protein! Bukan tak boleh makan satay semua tu, cuma makan pukul 11 dan keatas. Alah, sebelum pagi solat raya tu, jangan makan terlampau banyak, just amek sikit-sikit je, dah lepas solat hari raya, haaa, nak makan, makanlah.
Cayelah, kalau pagi korang bleh jaga makanan yang korang makan, berat mesti tak naik banyak!
2-Jadi budak tadika – bawak botol air!
Air jugak sangat penting untuk maintain berat masa raya ni. Selain tujuan pengankutan dalam badan, air jugak akan buat korang rasa sentiasa 'kenyang' Bila dah kenyang tu, automatik nafsu nak makan banyak, nak kunyah ni kunyah tu akan berkurangan. Aku cadangkan, bawak botol air masa raya nanti. Haha, bunyi pelik je kan, apa salahnya cuba tahun ni. Hehe
3-Beriadah bersama keluarga
Satu lagi tradisi keluarga aku, malam hari raya ke 3-4 mesti kiteorang anak beranak sanak saudara yang laki-laki ni akan main futsal. Tempah court dan main selama 1-2 jam. Riadah macam ni bukan saja dapat eratkan silaturrahim dengan spupu spapat, jugak elok untuk badan. Ya lah kan, hari raya pertama dah sumbat macam-macam, dah sampai lah masa badan tu kena bergerak-gerak balik. Otot tu kena regang-regang sikit ok.
Tamat sudah
Jadi, itu saja tips yang boleh dikongsi. Benda ni bukannya susah sangat pun bila dah buat, bunyi je macam pelik, tapi bila dah buat tu takdelah nampak pelik mana pun. Masa raya ni memang dah ramai isytihar 'merdeka' pada makanan, jumpa makanan akan makan dengan sehabis-habisnya. Kena ubahlah sebab perut tu kena jaga maintain.
Bersederhana tu kan lebih baik =)
pss : jangan lupa contest mudah ini dan menang CASH!
Style lah joe!! HAHAHA
BalasPadamSemua tips aku boleh ikut kecuali satu jee yang last sekali tu "beriadah bersama keluarga"
Hehehe :D raya2 nak pergi beriadah. Hurmmm akan dipertimbangkan
ko mkn byk2 ye joe
BalasPadamterbaik..exercise waktu mlm sebelum nak sahur..hehe..nak buat waktu siang hari memang letih la..
BalasPadam@NUR SU'AIDAH
BalasPadamhehe, main la jongkangjongkit
hehe
@Wadi AR
BalasPadamxmo xmo xmo
Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.. cekali cekala terbabas sampai muncit... guano gamok.?
BalasPadam@paihujey
BalasPadampenah buat? bagus2!
@mamawana
BalasPadammakan 'fat' banyak kot tu
thanks joe!!! tips berguna, tapi bab nak bawak air sendiri tu macam tak confident.. eh! :)
BalasPadamthanks for the tips... ada yg boleh pakai kot.
BalasPadamI don't get it, kenapa kena letak "jadi budak tadika". Budak tadika je ke yang bawak botol air ni?
BalasPadamTolong jangan ajar your readers label baru please. Cukup kot setakat yang dah ada sekarang ni.
and comment atas ni, bawak air pun perlukan confidence ke? byk benda lagi perlu dirisaukan rasanya.
My two cents.
J.
botol air?? ..sesiapa pun boleh bawa Joe..hehee..apa2pun thanks a lot for sharing a gud tips!!
BalasPadamSalam lebaran for advance..
agak2 ok x kalo pergi beriadah bersama keluarga ke jemputan rumah terbuka?... hahaha....
BalasPadammasa yg sesuai untuk dapat tips mcam ni..
BalasPadammasa raya mmg cpt tmbah berat *angguk*
^_^
thanks for sharing bro..nice one!
kang asyik minum air aje, buncit plak perot...ehehehehe
BalasPadamgood tips..thanks joe.
BalasPadamtips bagus ni. tapi muka makin tembam, berat maintain lak pose nih >_<
BalasPadam