Isnin, 18 April 2011

Easy Bank Loan - Scam yang tak patut dimaafkan!

Beberapa hari ni aku ada usha beberapa bank untuk buat loan. Biasalah, nak buat bisnes ni duit adalah paling penting. Takde modal macam mana nak buat bisnes ye tak? Jadi, entah macam mana, google ni memahami aku, tiba-tiba ada orang msg mengenai loan yang mudah untuk diterima. SESIAPA PUN BOLEH MOHON


Buat aku tertarik

Bila otak kita dah mahukan sesuatu, benda-benda lain dah kita tak nampak. Berminat dan terus hantar email tanya lanjut. Aku tanya sama ada status seorang student boleh mohon atau tidak.



Ayat ikhlas je tanya bunga. heh! Jadi, tak lama lepas tu, terus dieorang reply





Macam ada sesuatu yang tak kena. 1st sebab jawapan aku tak dibalas (tanya pasal bunga) dan satu lagi masa yang dieorang reply - 3.12 pagi? gila kerja sampai larut malam! Jadi, aku takut benda ni tipu dan aku terus cari kat sumber kat internet. Kot2 ada yang pernah kena tipu kan. Dan memang betul jangkaan aku, ia membawa aku kepada penemuan dua artikel ni



Jadi, kepada sesiapa yang 'terdesak' mahukan wang, pinjaman kat internet macam ni jangan sesekali cuba. Sebabnya dah ramai yang terkena. Dalam otak kita mesti ragu-ragu sama ada ini scam atau tidak. ye lah sebab memang dah nak duit kan. tapi cuba fikir dengan waras, dan check sama ada apa2 jenis pinjaman yang kita mahu apply ni ada tak ciri2 scam, terus tutup dan pergi ke bank sebenar dan mohon disana!


Ciri-ciri scam


  • Bayaran balik yang tak tahu berapa peratus
  • Peminjam yang tak kisah dengan status pinjaman kita
  • Ayat2 manis seperti “Bad credit? No problem” or “We don’t care about your past. You deserve a loan” or “Get money fast” or even “No hassle — guaranteed
  • Bukan bank tempatan


Kalau ada ciri-ciri kat atas ni, jangan sesekali nak cuba mohon. Sangat bahaya. Aku suggest, jangan sesekali mohon loan kat internet. Sebabnya korang akan diminta bagi detail semua - ic, surat tu surat ni, buku simpanan, surat gaji dan macam-macam lagilah. Bahaya bagi benda ni kat internet okeh


Macam mana scam berfungsi

  • Yang paling 'malas' biasanya dieorang akan suruh korang bank-in sejumlah duit (macam kes kat atas RM 10) dan lepas je korang bank in duit, maka senyaplah dia. sejuk2 dapat RM10!
  • Yang paling bahaya biasanya mereka akan apply pinjaman korang dengan menggunakan semua detail yang korang beri untuk pinjaman dieorang. maknanya, pinjam guna nama korang tapi dieorang yang dapat duit. dieorang lesap korang merana!

Okeh, itu sahaja entry kali ini. Ingat, jangan sesekali mohon apa2 loan di internet. Nak buat loan, pergi sendiri kat bank. Kalau kat bank pun pernah ada kes penipuan, ni kan pula kat internet. Bersepah! Kalau tak dapat, terdesak nak duit, kita buat Herbalife sama-sama. wahaaa =) 

Dan aku pasti, si mamat chandral tu konfem tak reply email aku dah. Sebab, lepas je dia bagi emai kat atas tu, aku ada balas satu benda yang baiiik punya yang pasti dia tak dapat nak guna google translate. tau apa dia?


=)


pss : jangan lupa join contest mudah ni. NAK KURUS INGAT JOEGRIMJOW

22 ulasan:

  1. HAHA. Ayat last tu kelakar. nak tipu orang tapi dia yang tertipu/dipermainkan :)

    Hari-hari jenuh mendelete email yang macam-macam kerenah. bosan !

    BalasPadam
  2. @Miza Yusof

    hehe, yg ni masuk inbox. tu yg xtahan tu

    BalasPadam
  3. huk aloh... nate beghuk dio tu... wakakkakaa.. terbaikkk!!!!
    Bila Daddy tak Berani...

    BalasPadam
  4. Hati-hati along kot tu. Kalau along bukit beruntung ok kot. He3

    Bro, ada pinjaman mudah. Kerajaan selangor bagi. Kena menetap di selangor lah. Bayar dalam masa setahun. RM1000 - RM5000. Skim mimbar. Dengar kata untuk projek pilihan raya. Kena pangkah pakatan lah.
    Yang kurang duit tu bolehlah pinjam.

    BalasPadam
  5. hahaha. hok ngelas skali memey sedap. hahaha.. gugel pom pening nok translate lagu mano. hahahaha


    syabas joe!

    BalasPadam
  6. terbaiklah ayat yang last tu....tengah berkira2 juga nak buat loan ni...


    New Entry: SHOPHOUSES + STADIUM + PREDUENTIAL = PENING

    BalasPadam
  7. nice lah part last sekali hahaha!

    BalasPadam
  8. haha sentap molek ayat last tuh. haha joe, jom komen entri nieh

    http://dunspeakme.blogspot.com/2011/04/selaku-perempuan-sejati-yang-berasal.html

    BalasPadam
  9. tau2,hihi pdn muko dio

    loan senang2,dpt sengcara pon senang2

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.