Hari ni aku solat Jumaat di Jertih. Ada jumpa orang baru untuk try Herbalife dan sambil2 melawat tok sdare aku yang dah lama tak jumpa tu. 2 in 1 lah ni. Sambil menyelam minum air. Sambil berlari usha awek. erk? Okeh, entah kenapa ligat pulak kepala aku nak type entry ni seperti kat tajuk tu, harap2 amalan kita (khususnya lelaki) lebih berkualiti pada minggu depan
Sharing-sharing sahajoo
1) Tidur sebelum solat Jumaat
Tidur tengahari ni Sunah okeh. Bukan tidur 2-3 jam, tapi cukup 10-15 minit sebelum nak pergi solat Jumaat tu. Kalau kat rumah, biasanya aku tidur dulu pukul 12. suruh mak kejut 15 minit lepas tu, mandi dan terus ke masjid untuk solat Jumaat. Sebab tu kat Kelantan specel skit sebab hari Jumaat cuti, jadi memang ada masa untuk tidur. Kalau negeri yang kerja pada hari Jumaat, pandai-pandailah cari masa
Kesan : takkan terhangguk-hangguk paham terlalu kuat ketika khatib baca khutbah.
2) Parking di tempat yang betul
Kat masjid memang masalah parking amat kerata. Ya lah, tak banyak masjid di Malaysia ni dibina untuk menampung bilangan kereta dan moto dengan jumlah makmum penuh kat masjid tu. Sangat penting untuk kita parking kereta atau moto kat tempat yang tak menyusahkan orang. Aku paling tak suka dengan moto yang parking motonya kat depan tangga masjid. oohh, sangat menyusahkan okeh. Parking la jauh2 sikit, boleh exercise ye tak?
Kesan : Traffic ketika jemaah selesai menunaikan solat akan lancar
3) Derma sikit, banyak lagi okeh
Hari jumaat ni memang pahala dia lebih kalau buat amalan yang baik. Saiyudul ayyam katakan. Penghulu segala hari. Jadi planlah sebaik-baiknya untuk sedekah atau hulur sedikit sebanyak kat tabung masjid tu. Kalau nak tahu kesan yang lebih, baca entry BISNES RM10 JADI JUTAWAN ni okeh
Kesan : Banyak la sikit program makan-makan free yang ajk masjid boleh buat
4) Salam jangan tak salam
Aku perasan, kalau dah habis solat tu, dah satel berdoa, kita mesti cari orang yang kita kenal dan salam dan lepas salam terus cakap-cakap seperti 'lamo tok jupo' 'making sihak mung ni' dan lain2 lagi. Aku pernah hulur tangan (bajet baik) kat orang yang memang tak kenal dan salam tu disambut nak tak nak je. Heh, sangat mendukacitakan. Ada hikmah yang cukup besar ketika solat jumaat ni. Perhimpunan sekali seminggu umat Islam korang ingat nak dengar tazkirah je ke? Baik dengar kat radio atau youtube je kan? Hikmah lain, adalah untuk wujudkan perpaduan antara jemaah yang hadir. Perpaduan tu salah satu cara nak semai adalah dengan salam-salam la. Salam sambil senyum. lagi baik kan?
Kesan : Mungkin boleh jumpa dengan bakal mertua?
*****
Okess, itu saja. Ada nak tambah lagi? sila-sila. Jangan lupa baca 3 perkara annoying kat masjid. Minggu depan solat Jumaat kat KLCC (ada interview), 2 minggu lagi BANGKOK. wahaa, ada tak masjid kat sane? hoho =)
bakal mertua tu yang tak tahaann (-___-")
BalasPadam@nfdeeda_zubir
BalasPadamgurau2 petang jumaat =)
bro cntek la template blog bro nie?template bli ke buat sendiri ni?
BalasPadambakal mertua.kakakaa
BalasPadamaaaa park mmg membawa masalah kot..
@marina
BalasPadambuat sendiri. header upah org
@amie
BalasPadamsangat menyusahkan
perkara yang basic kan time semayang jumaaat.. pastu "jangan rembat pisang sedekah banyak2"... heheeheh
BalasPadamBE ke 5 untuk tahun 2011
@KiD
BalasPadampisang sedekah xpe lagi
jangan slipa org sudah
bab salam tu aku setuju..
BalasPadamkalau tak kenal nak tak nak jek..
senyum pun susah..
hish
@APi
BalasPadamkena ubah tuu
derma-derma amalan mulia kan kan
BalasPadam@lea
BalasPadamsangat
=)
betol.. hehe..
BalasPadamNo. 3 n 4 tuh taley blah..
BalasPadamAda udang disebalik mee..
Hahah.. Apa2 pun make sense :)
PojiePooh; Hanya Satu...
ada sesetengahnya tak pandang pun mata kita masa hulurkan salam.padahal dia yang hulur dulu. Salam sebagai kebiasaan tanpa adab sepatutnya..
BalasPadamAku pernah kena..banyak kali..aku hulur salam, tapi tak bersambut...huhu. Last2, angkat tgn terus betulkan kopiah..
BalasPadam@Pojiepooh Abdullah
BalasPadamgurau2 petang hari
@yusri
BalasPadamlepaskan batuk ditangga
@MuhD NoR AzyM
BalasPadamtu cover terbaik tu. lain kali kena bgtau, pakcik nak salam