Isnin, 28 Mac 2011

Pencapaian Tahun Pertama GTP




268 MUKA SURAT!!!

Memang sangat bosan baca benda-benda macam tapi nak tak nak kita kena baca sebagai rakyat. Sebab entry ni akan jadi boring sebab terlalu banyak fakta dan nombor, aku suggest korang tekan play kat youtube tu. Budak umur 13 tahun lagi nyanyi tapi kali ni bukan Rebecca Black la, orang lain pulak. hehe, credit pada cik fatin somban. Amacam suara dia?


GTP dan pencapaiannya

Memang aku takkan cerita panjang lebar sebabnya nak baca yang panjang lebar baik korang baca kat link download di entry ni. Rajin bacalah. Tak rajin malas sikit, baca rumusan yang aku buat kat entry ni. Tak rajin lagi baik tak payah jadi rakyat malaysialah, tak payah amek peduli hal negara. keh keh keh. Aku akan pergi satu-satu pencapian yang sudah dicapai oleh GTP ni dibawah 6 NKRA yang sedia ada. Rujuk entry ni okeh




1) Mengurangkan jenayah








2) Menurunkan kadar rasuah







3) Meningkatkan pencapaian pelajar






4) Meningkatkan taraf hidup penduduk bergaji rendah








5) Meningkatkan infrastruktur di luar bandar





6) Menaik taraf sistem pengankutan awam di bandar





Angka mana korang tertarik?


GTP ni memiliki 3 fasa - fasa prtama 2010-2012 manakala fasa kedua 2013-2015 dan fasa terakhir 2015-2020. Peningkatan dari 6 juta yang berada di Lembah Klang kepada 9 juta menjelang 2020 ni memang satu benda je yang bermain dalam kepala 'traffic jam' ye tak? Dalam NKRA ni pun ada bidang yang difokuskan untuk kemajuan infrastruktur. Aku rasa kejayaan terbesar untuk mengukur kemajuan kemudahan awam ni adalah kita sebagai rakyat lebih rela menaiki pengankutan awam berbanding dengan bawak kereta sendiri. sekarang ni dah jadi ke? kalau aku lebih rela naik kereta walaupun jam daripada duduk dalam lrt yang kena tunggu 2-3 kali baru boleh masuk. korang?


Komen keseluruhan GTP?

Memang terlalu awal lagilah nak ukur kejayaan GTP ni, baru tahun pertama kot. Tapi kalau tengok angka tu, pujian harus diberilah kepada kerajaan. Rasuah je tak turun-turun CPI nya, bilalah agaknya nak turun kan? hehe. Kita tunggulah beberapa tahun lagi, GTP ni mampu ke tak mencapai misinya untuk memacu pembangunan negara disamping kepentingan rakyat tidak dilupakan


Kejap kejap kejap - kalau pilihanraya ni bertukar kerajaan macam mana?

Dalam al-quran dah cakap, takdenya sesuatu kerajaan akan kekal selama-lamanya. Sebab tu zaman islam mantap gila dulu pun akhirnya roboh jugak. Malaysia pun takkan terkecuali.BN dah 53 tahun dah memerintah kat Malaysia, lama sangat dah. Ikut satu survey aku baca, memang akan bertukar kerajaan PRU ni, GTP ni akan diteruskan atau tidak - yang pasti Malaysia akan bertambah maju.


pss : kalau korang terdetik nak komen tanya siapa budak kat youtube tu berbanding komen isi dalam entry ni boleh fikir balik kerakyatan tu. kah kah kah

6 ulasan:

  1. @suffer8zine

    baru semalam gtp diumumkan untuk tahun pertama

    BalasPadam
  2. nombor2 dan fakta tu mcm ada sikit keraguan. terutama bab basmi kemiskinan. sbb adik saya yang bekerja dgn jkm kata, masih ramai yang belum dpt bantuan.
    keraguan ni bkn sy tujukan pada joe. tp pada gtp.
    apa pun, harap malaysia akan jadi lebih maju dan lebih bersih walau kerajaan mana pun yang memerintah.. W/A..

    BalasPadam
  3. @aiN FiLZa

    dia punya penurunan mmg banyak
    musykil jugak

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.