Rabu, 23 Mac 2011

Nokia E7 Review (6): FAQ dari pembaca #Maxis10


Ok, terima kasih kepada semua yang bertanya mengenai Nokia E7. Kali ini aku akan cuba menjawab sepenuhnya dan jawapan ini hanya dari seorang pengguna, bukannya pencipta ke apa. Jadi salah silap tu harap maklum. hehe




1) saya annonymous : browser
browser dia support banyak tak? Sebeb last time on N900 banyak boleh support... E7...boleh ke? haha..

Aku ada update entry ke 3 review ini menggunakan platform blogger. Aku rasa situ pun dah browser dia boleh support banyak. Setakat ni dah cuba layari internet dengan Nokia E7 ni dan hampir semua  laman web yang aku layari boleh dilihat. Untuk lebih jelas lagi, sini ada full support dari Nokia E7

  • Full web browsing of real web pages
  • Web browsing with touch control
  • Supported markup languages: HTML, XHTML MP, WML, CSS
  • Supported protocols: HTTP v1.1, WAP
  • TCP/IP support
  • Visual history, HTML and JavaScript support
  • Flash Lite 4 will support a majority of Flash Player 10.1 content
  • Nokia Mobile Search
  • RSS reader
  • Support for streaming video
  • Unified home screen access to Facebook and Twitter through Ovi by Nokia Social client
  • Social networking profiles visible in phone contacts
  • Upload and view photos and video and see locations via Ovi by Nokia Social client
  • Social networking events visible in phone calendar

Kat atas ni aku pun banyak tak tahu. kesimpulan dia - banyak boleh supportlah




2) Izat Tarmizi : Beza dengan Nokia E7 danN8

Apa beza E7 dan N8?Aku dengar N8 dulu banyak problem,ramai yang return balik sebab masalah processor,so E7 punya processor setakat ni ok tak?ada hang mana-mana tak?restart?

Aku tak pernah guna N8 lagi jadi tak boleh nak komen banyak-banyak. Cuma N8 ni glamer sebab camera dia 12 Megapixel, berbanding E7 yang hanya 8 Megapixel dan kualiti gambar E7 agak hampeh. Tapi video lawa! hehe. Saiz pulak E7 lagi besar, 4" kot compare dengan N8 3.5"

E7 setakat aku guna memang ok. Multi task dia terbaik. Nokia ni agak glamer dengan lagging + hang kan? E7 pun tak terkecuali tapi hanya berlaku bila bateri tinggal 2 bar. kalau full bar tu, laju jugak termasuk nak browse internet

Untuk perbezaan Nokia E7 dan N8, boleh baca di pautan ini


Kalau korang tanya saya ada duit, nak beli 1 je handphone, Nokia N8 atau E7 aku akan syorkan Nokia E7. Hehehe




3) Srikandibiologi - keypad


Ada dua soalan. ringkas.

1. masih 3G atau dah ada support 4G?
2. touch-screen kan? kalau on mode touch screen utk message, keyboard display as suma huruf keyboard secara maya terpapar dalam satu atau masih terpapar seperti keypad handphone biasa?
(sorry if quest.look 'idiota'. but i found it ridiculous if message touch screen tp masih kena tekan tiga kali untuk dptkan huruf C)

Soalan Pertama - Tak pastilah nak check kat mana benda alah ni, tapi kalau masukkan simcard, die tulis kat situ 3.5G. haa, macam mana tu? kekeke.

Soalan Kedua - Aha, soalan yang bagus. Camni, yang specel pasal Nokia E7 ni, dia ada 3 cara nak menaip. waha! Pertama, touch screen menegak (paham kan?) kalau menaip cara ni, dia guna cara normal HP nokia - kena tekan 3 kali untuk C. Kedua, touch screen melintang, kalau guna cara ni, dia guna macam keyboard maya. Ketiga - slide dan guna terus QWERTY Keyboard (of koz kedudukan melintang), guna cara ni sangat stylo dan kekuatan E7 terletak pada kerboard die ni la.

Kalau tanya aku cara mana yang paling suka - nak type msg guna cara pertama (tekan 3 kali untuk C, kekeke) dan kalau untuk menaip sesuatu yang panjang, nak buat resume ke, power point ke (stylo tak boleh buat power point dalam handphone?sangat stylo ok!!!) aku guna cara ketiga




4) Adam Bin Ahmad - GPS dan Symbian ^ 3

saya ada baca yang Nokia punye GPS superb giler. boleh encik joe clarify kan?
kita sume sedia maklum bahawa Nokia, telah meninggalkan symbian dan melompat ke Windows phone 7, jadi adakah encik joe rasa berbaloi membeli Nokia E7 nih?
Nokia GPS memang superb habis! dah clarify kat entry ni. sangat best dan tambah best - FREE!! Dan kalau nak beli Nokia E7 ni semata2 sebab dia punya GPS pun aku angguk. kekeke. Eh, jangan gelak ok, masa aku beli iphone korang tahu sebab apa? sebab dia boleh zoom in dan zoom out dengan smooth masa nak browse internet. lucu meh? its a fact that i bought iphone coz of thisa. untung apple ada org macam aku nih. kehkehkeh

Symbian ke, Window phone 7 ke, semua tu aku tak tahu. Yang aku tahu pasal iOS. So nak bukak cerita iOS bolehlah. aku pun dah masuk iOS punya developer dah, bayar 90 pound untuk setahun. so nak cerita benda ni boleh cerita dengan lebat. Sebab soalan tak tanya perbezaan, cuma tanya berbaloi ke tak, aku cakap berbaloi. Kalau korang ada RM 1995 sekarang dan cari hanphone terbaik - aku akan suggest Nokia E7. Tapi kalau nak tunggu iPhone 5 keluar bulan 9 nanti, aku suruh korang tunggu yang tu dulu. kekeke




wokeyyy, itu saje. terima kasih yang bertanya =)

6 ulasan:

  1. saya mahu tanya. berapa harganya?hehe

    BalasPadam
  2. joe..sebenarnya anon tanya Media Player dia banyak format tak dia boleh support..yang part browser tu lupa nak remove sebab asalnya soalan lain then tuka soalan lain..tapi lupa delete intro..adeh..anyway, thanx for the info..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.