Ahad, 13 Mac 2011

Fenomena 'Supermoon' : 19 March - Bumi dalam bahaya?

Semalam kita baru sahaja digemparkan dengan Gempa Bumi di Jepun - 8.9 SR dan angka ini sememangnya sangat besar. Impak gempa bumi ini bukan sahaja mencetuskan tsunami, tetapi membawa kepada peringatan yang lebih besar kepada kita yang belum merasai tempias kuasa Allah ini. Sebenarnya, sebelum gempa bumi ini berlaku, beberapa 'gempa bumi kecil' telahpun berlaku di seluruh dunia, memandangkan gempa bumi ini berskala kecil, sebab itu tak ramai yang memandang berat akan perihal kes seperti ini


Malaysia selamat?

Rakyat Malaysia sememangnya sangat beruntung kerana kedudukan Malaysia di luar lingkaran gunung berapi ini (subjek geografi skolah menengah dulu) boleh memberi jaminan kepada kita bahawa 'kita tidak akan kena' segala ancaman buruk ini. Tetapi, sekarang ini - kalau mission impossible pun boleh jadi possible, tak mustahil untuk kita terkena sama dengan fenomena buruk yang berskala besar ini

Banjir - semakin lama semakin teruk kan kesannya?

Tsunami - negara lain kena, kita juga merasainya

Entry ini bukanlah ingin menakutkan pembaca blog ini, tetapi ada sesuatu yang mustahak untuk aku tunjukkan kepada korang apa yang akan berlaku kepada bumi kita minggu depan. Ohh, aku bukan fortune teller, aku hanyalah seorang penulis blog yang suka membaca =)


Fenomena Supermoon

Bumi dan Bulan - Jarak yang sangat dekat

Supermoon yang aku nak cerita ni bukanlah hero watak komik, tetapi supermoon ini merupakan satu fenomena yang bakal melanda bumi pada 19 March ini. Secara saintifiknya, pada 19 hb nanti - bulan akan berada paling dekat dengan bumi jaraknya. Pengatahuan asas kita - bulan juga memiliki gravitinya sendiri dan semakin dekat jaraknya dengan kita, semakin tinggilah tarikan graviti yang terhasil


Fenomena ini bukannya yang baru berlaku, dulu tahun 2005, 1992, 1974 dan 1955 pernah berlaku. Kini, Supermoon akan dijangka berlaku pada 19 March 2011 - Tinggal beberapa hari lagi! Untuk kali ini, kesannya dijangka lebih teruk kerana jaraknya dengan bumi - sangat-sangat dekat! Dalam masa 18 tahun, jaraknya dengan bumi adalah paling dekat pada 19 March nanti!


Supermoon punca berlaku Gempa Bumi di Jepun?

Untuk setakat ini, saintis belum dapat mengaitkan fenomena supermoon dengan kejadian kemusnahan alam seperti gempa bumi di Jepun semalam. Apa yang mereka dapat pastikan buat masa ini, paras laut akan lebih tinggi dan ombak akan lebih mengganas pada hari tersebut. Yang berada di kawasan pantai, berhati-hatilah


Apa yang kita perlu dapat?

Perlu kita sedari bahawa kemusnahan alam, peperangan adalah perkara yang sememangnya akan berlaku. Ia sudah termaktub lama di dalam al-quran dan kita sebagai umat Islam, haruslah bersiap sedia sentiasa untuk menghadapinya. Perkara yang paling asas yang perlu kita bersedia adalah persiapan rohani. Cuba kita letak diri kita di tempat yang kena tsunami semalam, mampukah kita berlagak 'cool' melihat harta benda kita habis diranapkan oleh alam? yang tu kena fikir sendiri sebab kalau kena kat aku - memang sangat susah nak hadapi

'Surely! In this are signs for those who see (or understand or learn the lessons from the Signs of Allah)' [Quran, 15:75]

Berdoa adalah senjata kita. Doa supaya kita diberi ketenangan untuk menghadapi apa saja musibah yang akan melanda. Doa supaya hati kita tenang dan dapat mengatasi bencana yang berada di depan mata. Dan untuk mengingatkan kita dengan kawan kita yang mengalami kesusahan sekarang, hulurlah bantuan dari segi kewangan kepada mereka. Ada saja pungutan derma kepada mereka, jangan kedekut untuk bagi. Kalau kita yang kena dan orang kedekut nak tolong kita - what do u feel?

Update : video pasal fenomena supermoon (kesan sampingan ada yang dibesar-besarkan, tapi fakta awal tu tepat)




pss : takziah pada keluarga mangsa. korang ada kenal sesiapa yang menjadi mangsa tsunami semalam? Jangan kata doreamon, ultraman sudahlah, tak lucu!

42 ulasan:

  1. Supermoon? Uik.. Menakutkan jugak eh.. Takpe, kita perbanyakkan doa semoga kita semua selamat dari bencana Allah s.w.t..



    Entry Terbaru : Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

    BalasPadam
  2. thanks so much for reading n post it here joe

    making fun of this is SO not funny

    BalasPadam
  3. nice info n nice sharing.. supermoon? 1st time dgr... sy kurang membaca.. tp hakikatnya cuak juga.. sometimes, bencana alam ni yg lagi teruk kesannya drpd peperangan..

    BalasPadam
  4. minta izin share entry ni ye abg joe. TQ.

    BalasPadam
  5. seyes aku scroll sampai bawah
    mencari2
    ingtkn entry pasal SAILORMOON

    rupa2nya pasal SUPERMOON
    haha

    salah baca lak aku ni...

    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam
  6. Tak mampu nak senyum lepas baca entry ni... siyes rasa takut sesangat...

    BalasPadam
  7. @Admiral Hafiz

    kes camni xsesuai nak buat lawak
    nak buat lawak pon jadi hambar

    BalasPadam
  8. jangan putus asa dengan rahmat Allah. itu jelah yang guwa pegang skang. =)

    BalasPadam
  9. subhanallah..semoga kita dilindungi Allah.

    BalasPadam
  10. kiamat semakin hampir..bumi semakin tua..pembalasan semakin dekat..berdoala sesama agar allah melindungi kita dr bala bencana...

    BalasPadam
  11. lepas tsunami kat jepun,
    supermoon plak,takutnye
    harap2 malaysia dan negara di sekitarnya dilindungi,
    Insyaallah~

    Nice entry =)

    BalasPadam
  12. mohon share kat fb..boleh?..thanks joe..

    BalasPadam
  13. macam tu pun ade ke.. ish ish.. same2 kite berdoa =)

    BalasPadam
  14. antara tanda-tanda kiamat, bulan kelihatan besar kan?


    yaAllah lindungilah kami, selamatkanlah kami dari azabMu.

    BalasPadam
  15. 19 MAR nak ke Penang.
    Hopefully segalanya selamat.
    fuhhh..

    BalasPadam
  16. iman dan amal kita masih lagi di paras tidak selamat...sama2 kita tingkatkan penawar utk rohani kita...

    BalasPadam
  17. sy insaf..tp arghhhhh..susahnye nk insaf btul2 !!!
    alhamdulillah sy sdh bkeluarga ;) hukhuk

    BalasPadam
  18. takziah kepada mangsa..
    perkara macam ni memang tak sesuai untuk dibawak bergurau..

    even starting kene kat jepun, ia merebak kan..
    kebarangkalian negara kita kene tempiasnya pon tinggi..

    fikir2kan lah..

    BalasPadam
  19. doa2 bnyk,supaya kita diselamatkan.

    BalasPadam
  20. Sama2 lah kita berdua supaya kita selamat begitu juga utk yg lain2.

    BalasPadam
  21. semoga peringatan DIA buat ramai kembali mencari DIA.

    BalasPadam
  22. thanks alertkan sis pasal supermoon ni..
    kalao tak, memang tak sedau..
    thanks again :D

    BalasPadam
  23. nice info....nnti sy sebar2kan...

    BalasPadam
  24. nasib baik nama dia bukan sailormoon!hahaa

    BalasPadam
  25. salam.. abg joe, minta izin nak share ya! tQ

    BalasPadam
  26. betul ke tu akn jadi..makin dekat la nk kiamat..esok jumaat..

    BalasPadam
  27. boleh google n share ni....thax for info...nnti nk update gak pasal ni....

    BalasPadam
  28. Supermoon? erk,bunyi menakutkan je..kiamat da nk dekat..hmm

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.