Khamis, 10 Februari 2011

Tips untuk perniagaan perangkaian

Dulu aku pernah buat tips untuk perniagaan MLM dan boleh check disini untuk teruskan bacaan. Kali ni nak buat sambungan untuk korang lebih nampak dan memberi pilihan kepada korang untuk memilih yang terbaik. Ok, aku sebut perangkaian ni disebabkan aku ada terbaca dalam satu kajian, menjelang 2015 nanti, setiap orang akan ada 12-15 jenis pekerjaan

wahaa!!

Kajian ni dibuat di US dan aku rasa ada relevan benda ni akan terjadi di Malaysia sekalipun. Tengoklah diri korang sendiri (yang dah bekerja lah) cukup tak dengan duit makan gaji? Aku ada dengar pensyarah di Universiti berpangkat professor pun buat insuran sebagai part time. Ada jugak pegawai kerajaan berpangkat agak tinggi buat bisnes jual tudung. Ada jugak driver bas jual burger pada waktu malam. Ada jugak cikgu yang jual jus-jus kesihatan di sekolah!

Salah ke? TAK! Pendapatan sampingan ini sebenarnya sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja. Sebab tu aku rasa, memang tahun-tahun mendatang seorang akan ada lebih dari 1 pekerjaan yang dieorang akan ceburi. Nak buat macam mana, kos sara diri semakin meningkat, semua perlukan duit!


salahkan kerajaan salahkan kerajaan. kekeke, diri sendiri tak mahu salahkan kan? cesss



Part time job - Melalui perniagaan perangkaian

Perangkaian atau bahasa lainnya iaitu MLM - Multi Level Marketing ni sememangnya sangat banyak orang jadikannya sebagai part time job. Bukan sahaja orang yang sudah makan gaji, malahan juga student juga mahu lakukannya. Sebab utama - senang dan bebas dari segi masa. Oleh itu, kali ini aku akan share dengan korang, tips yang terbaik untuk memilih syarikat/company untuk dijadikan part time job korang



1) Sudah 5 tahun di pasaran



eh eh, bukan nak promote buku hlovate ok =)

Untuk pengetahuan korang, Malaysia ada 1277 syarikat MLM yang berdaftar tetapi satu-satu lenyap dan sekarang hanya tinggal 491 sahaja. Ni yang berdaftar, kalau tak berdaftar dan bergerak secara haram tu melimpah ruah lagi la. Jadi, kenapa 5 tahun syarat wajib perlu korang tengok adalah setiap 5 tahun, syarikat ini perlu perbaharui lesen mereka dan kalau syarikat itu dah 5 tahun keatas, maknanya syarikat tu dah pernah perbaharui lesennya. Maknanya apa?? bukan syarikat cap ayam chipsmore. Kejap ada kejap takde!



2) Jualan 100 juta setahun


Nampak je nilai ni besar, tetapi sebenarnya kecik je untuk sesuatu syarikat MLM yang sudah stabil. Kalau orang duk promote kaw kaw punya suruh masuk, tengok dulu berapa jualan company tu dalam setahun. Kalau dah cecah 100 juta tu, ok lah tu. Boleh pakai. Bukan sebarang company. Tetapi kalau sejuta pun tak sampai, masuk Harian Metro je lebih, baik tak payah la. Dah banyak sangat syarikat yang menipu kat Malaysia ni. Kena hati-hati



3) Produk yang boleh digunakan - permintaan tinggi


Penting jugak untuk check produk apa yang syarikat itu tawarkan. Adakah benar-benar mereka menjua produk ataupun produk tu hanyalah sandaran untuk tujuan bisnes semata-mata. Kalau syarikat tu lebih cakap pasal peluang bisnes tetapi produknya entah apa-apa, LUPAKAN sahaja! Lagipun dalam agama kita sendiri pun ada menjelaskan setiap perniagaan haruslah mempunyai nilai. Tak bolehlah ada rantai harga sebenar 3 ringgit pergi balun jual beribu. Menipu namanya bang oii.

Pilih syarikat yang mempunyai banyak testimoni, maknanya sudah ramai yang menggunakannya dan sudah dapat result. Bila permintaan tinggi, barulah senang nak meniaga. Kan kan?



4) Ahli DSA


Direct Selling Association ni merupakan badan yang mengurus tadbir syarikat MLM di seluruh dunia.  Ya, seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia ok. Jadi, sangat penting untuk syarikat perangkaian yang korang nak join tu adalah ahli DSA. boleh check di pautan ini sama ada company tu tersenarai atau tidak. Sangat susah nak jadi member DSA ni, jadi apabila sesebuah company tu dah berdaftar di bawah DSA, maknanya company tu boleh pergi jauh



5) Pulangan wang dikembalikan


Ini sagat penting dalam bisnes perangkaian ni. Sebabnya korang bukannya jual produk cikai, kalau produk cikai boleh la jual 2-3 ringgit kan, tapi kebiasaannya produk MLM ni beratus jugak satu produk tu! Bila sebut beratus, sudah pasti pelanggan perlukan kepastian tentang keberkesanan produk tu. Sebab tu lah apabila sesuatu produk ada MONEY BACK GUARENTEE, maknanya produk yang mereka perkenalkan itu sangatlah berkualiti. Mahal pun tak pe sebab JADI. kan kan?



*******

Ok, itu saja dulu 5 tips untuk korang yang ingin menceburi bidang perangkaian ini. Nanti korang kalau nak masuk apa-apa syarikat perangkaian kat Malaysia ni, pastikan check 5 benda ni sebelum masuk. Sebab dah masuk, cuma ada 2 possibility saja, pertama korang akan rugi kaw kaw punya dan kedua korang akan jadi kaya raya macam hantu raya. kekeke

jap jap, mesti dah boleh bajet kan, joegrimjow ni mesti nak promote Herbalife dia la tuuu. YAAA, TEPAT SEKALI!!! Hehe, ini entry untuk downline aku dan sesiapa yang buat Herbalife buat rujukan. Bangga sikit dengan company kita ni. wahaa!!!

*******


Fakta Herbalife


1) Sudah 5 tahun di pasaran
  • Dah 31 tahun di dunia
  • Malaysia baru masuk tahun ke 6 
  • Dah berada di 74 buah negara!





2) Company kukuh - Jualan 100 juta setahun
  • Tahun 2009 jualan sebanyak 3.8 Billion
  • Tahun 2010 belum keluar lagi tetapi dijangka melebihi 4 Billion
  • Sudah tersenarai di Bursa Saham New York 
Tersenarai dalam NYSE dalam kategori FOOD

Pertumbuhan yang sentiasa menaik








3) Produk yang boleh digunakan - permintaan tinggi - testimoni hebat
  • Sejenis makanan, bukannya ubatan/ada unsur dadah
  • Sudah mempunyai 68 juta pengguna yang berpuas hati diseluruh dunia
World Record Herbalife weigh loss - klik play








4) Ahli DSA
  • Merupakan ahli DSA
  • Patuh pada kod etika DSA
Ahli dan patuhi garis panduan DSA







5) Pulangan wang dikembalikan

  • Herbalife ada 30 hari jaminan wang dikembalikan!!
Custemer Guarentee



Luar biasa!!!!

Jadi, kepada korang yang nak buat part time bisnes terutamanya dalam bidang perangkaian, aku sangat syorkan Herbalife. Nak tahu peluang perniagaan semua mana boleh cerita kat sini kan, carilah sponsor atau call aku sendiri untuk tahu lebih lanjut. Talian 24 jam gitu =) 0169640972 


pss : malam ni balik ke Kelantan. tak sabar nak balik dah ni!

18 ulasan:

  1. MLM tak tipu ke Joe?byk dgr cter pasal penipuan

    BalasPadam
  2. aku memang ngah fikirkan untuk part time ni..
    cam mane eh..

    BalasPadam
  3. Puan Capa: tipu ke tak tipu bkn sebab sistem MLM. berniaga di kdai rncit pun boleh ada pnipuan.




    Prniagaan yg mnggunakan sistem MLM sgt sesuai utk org yg tak cukup masa.

    BalasPadam
  4. terer joe promot herbalife dia. tapi takpe sebab bukan promot bende tipu2 kan?

    btw, duk kat dunia ni kalau bergantung harap pada duit gaji keja je semata, mmg jgn harap la bpleh survive. kalau survive pun takat paras hidung je la. hu~

    BalasPadam
  5. biasanya kos minimum untuk program Herbalife ni berape joe??
    Mcm CWA tu ok x???

    BalasPadam
  6. ni buat kawe jdi smngat lbih nih nk wt herbalife..biar x jupo susan peterson pown..

    BalasPadam
  7. setuju juga kalau kata herbalife antara yg terkecil modal utk memulakan langkah...

    tp, kecik2 pun masih sekarang ni xbeli2 juga..
    -_-

    BalasPadam
  8. buatlah kerja ape-apepun yang penting niat dan halal.. itu je.. hohoho..

    -TRAFALGAR D LAW-

    BalasPadam
  9. selalu jumpa cerita yang negatif je pasal mlm kan

    Terkini : Ikan Berkepala Buaya

    BalasPadam
  10. sokong!!

    people hav 2 know.. bukan semua MLM tak leh d percayai kann..

    neway! gud job beb!!

    jom majukan herbalife!! aim for da best!

    BalasPadam
  11. permah dengar ARBA network ?? classic worldwide corporation (bumiputera) ??

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.