Ahad, 13 Februari 2011

10 to Millionaire : Hanya modal RM 10 anda boleh jadi kaya raya!

Nota awal : Entry untuk lelaki sahaja. Anda perempuan? jangan lupa kongsikan dengan orang lelaki disekitar anda!


Sistem 10 to Millionaire adalah penemuan terbaru dari anak muda yang bakal jadi kaya raya. Penemuan ini sudah terbukti berkesan, dengan modal serendah RM 10 korang boleh jadi kaya raya. Tetapi harus diberitahu - KHUSUS KEPADA LELAKI sahaja! Waha!!!

Sistem ini bukan sahaja mampu menjana ekonomi - JUTAWAN tetapi juga memberi motivasi kepada semua yang mencubanya. Mereka yang telah mencuba bukan sahaja memperoleh ganjaran duit, malahan sikap dan personaliti mereka juga dilihat semakin mantap. Untung sesiapa yang menjadi lelaki!

Percaya atau tidak, sistem ini sudah terbukti berkesan diseluruh negara. Sudah ramai yang mencubanya dan hasilnya - MENAKJUBKAN! Cuba dengar testimoni-testimoni yang sudah mencubanya. Oh ya, identiti mereka dirahsiakan!

Pak cik jagarjek


Munsun Sesami - pemain bowling handalan


Student tanpa nama!



Siapa yang boleh joinT?

  • Student
  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan swasta
  • Kerja sendiri
  • Pengangur
  • SESIAPA SAHAJA YANG ADA MODAL RM 10!

dan sudah pasti anda seorang lelaki!!



Kenapa Modal RM 10?

Ya, hanya bermodalkan RM 10 sahaja! Ramai sebenarnya yang meragui sistem ini dengan keberkesanannya. Tetapi percayalah, anda nanti tidak akan rugi. Pulangan yang dijamin - UNBELIEVABLE!


Sistem yang melahirkan ramai jutawan!

Dijangkakan menjelang tahun 2020, sistem ini akan melahirkan ratusan jutawan baru di Malaysia. Hanya RM 10 - saya yakin semua pasti ada dan mampu mengikuti sistem yang hebat ini! Sertai kami sekarang!


Bagaimana sistem ini berfungsi

Dermakan RM 10 anda kepada masjid-masjid terdekat. Ikhlaskan hati dan pastikan tiada orang nampak. Hari Jumaat ini waktu sangat baik untuk memulakannya. Amalkan setiap minggu dan rasailah perubahannya!

Asyik taruk seringgit je, nanti taruk la spoloh ringgit plak eh =)

Waha - jom menderma!


pss : hari sabtu ni nak ke KL. jom jumpa-jumpa jom =)

43 ulasan:

  1. miahahaha~
    ingatkan ape tadi~
    jum2 menderma=)
    kdg2 owg nk kuarkan seringgit untuk mnderma pun susah..huhu

    BalasPadam
  2. Laaaa. Tgh blaja ni rm1-2 jelaaa. InshaAllah dh keje nnt kasik xtra. Apapun bbalik pd hati

    BalasPadam
  3. entry santai yg mempunyai maksud yg sgt baik...hee...

    dermalah seberapa yang termampu...

    BalasPadam
  4. ingtkan program ape la tu, hehe, jom derma !

    BalasPadam
  5. yup..
    sangat efektif tuk para student..:D

    BalasPadam
  6. Derma dengan keikhlasan .. baru bermakna =)

    anastasyea's latest post .. Terkedu dengan Tipu Muslihat Trafik Iframe ..

    BalasPadam
  7. last sekali aku sedekah kat mesjid bila entah... esok try la sedekah kat mesjid time semayang jumaat

    BalasPadam
  8. yg paling penting, esok jumaat! jangan monteng semayang

    BalasPadam
  9. ohh ni ke entry laki pi solat jumaat. sedekah tu perlu niatnya ikhlas :) pi pasar tani ahad slalu bg singgit dua je kat org buta rasa sian

    BalasPadam
  10. masa sedekah kena ikhlas..xkisah la berapa pon nilainya..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  11. suka..
    yang jadi student tu macam kenal jek..^^

    BalasPadam
  12. hahaha dasyat betul lah.. cuba kalo 10 ribu orang solat jumaat esok kat masjid shah alam semua kasi RM 10.. masjid yg kaya bukan nyer aku.. hehehe...

    BalasPadam
  13. sukses untuk bisnis online nya... asal semua bisa kita dapat dengan halal.. tentu sangat menyenangkan bukan memiliki penghasilan sedemikian besarnya hanya dari online di depan komputer kita :)

    BalasPadam
  14. yea..

    bagus2.. derma la asalkan ikhlas..

    BalasPadam
  15. LIKE THIS ENTRY!!! pelaburan RM10 seminggu, mmg la takkan kaya sekarang. tp akan kaya akhirat nnt.. tu yg penting. :)

    papepon, nilai tu bergantung la pada kemampuan individu. seposen pon x pe, spuloh ringgit pon boleh, RM50 lagi bagus.. janji niat tu kena ikhlas.

    BalasPadam
  16. ingatkan MLM tadi. haha. investment yang tak akan rugi tapi untung berlipat ganda.. haha

    BalasPadam
  17. teringat crita pasal duit sringgit dgn duit 50 hengget tu... hehehe...
    anyway, thanks bro!!

    BalasPadam
  18. sokonggggggggggg. kalau betul buat million, makin jauh dgn Allah ada laaa. nak tayang kete sport bagai

    mmg best parodi nkgo ni.

    BalasPadam
  19. tak puas hati...kenapa lelaki je?? perempuan tak boleh ke?? huhuhu...



    New entry: The handsome suit

    BalasPadam
  20. @zahidah dihaz

    pompuan xp solat jumaat
    tp leh kirim kot
    hehe

    BalasPadam
  21. Yup2..betol tu..

    Allah itu Maha Adil..

    BalasPadam
  22. konfom x rugi join bisnes ni..pulangannya tak nampak tapi hasilnya memang TERBAIK untuk masa depan =)

    BalasPadam
  23. aha!

    besh ni bro.

    baik ntuk bersihkan hati :)

    mari beramal :)

    BalasPadam
  24. nilai wang bukan ukuran..yang penting ikhlas! cewah~ ok ok saya akan cuba up kan ke RM10 once in a while. :)

    nice entry btw, ada unsur sarcasm di situ. i like

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.