Selasa, 7 Disember 2010

Not the primrose path (3)

‘Assalamualaikum, saya mas afzal, nama siapa?’

Ingat lagi 2 Ramadhan lepas, hari kedua berpuasa di bumi Sheffield. Salam tangan dia aku sambut dengan mata yang agak bengkak. Maklumlah, walaupun ketika itu baru sahaja berbuka puasa, tapi waktu di Malaysia sudah jam 4 pagi. Jet Leg kata orang putih. Nak sesuaikan masa 7 jam bezanya ini, sekurang-kurangnya 3-4 hari jugak. Selepas berbuka puasa, kehadiran lelaki yang bergelar Mas Afzal itu membuat suasana sedikit berubah, aku perasan dia seolah agak ‘terkenal’ disini melalui soalan-soalan dan usikan dari senior lain. Ok lah, lepas ni mesti akan berkenalan lebih rapat!

Malam itu berterawikh di rumah kami berbuka puasa, rumah abang safuan yang diimamkan oleh Mas Afzal. Ok, terus terang aku rasa hanya sempat 2 rakaat yang betul-betul boleh solat, lepas tu dah sangat-sangat mengantuk. Tak boleh nak fokus!

Salahkan masa ok =)


********


Pagi Raya 2008

Selepas membuat perbuatan paling bodoh bagi seorang junior, rebus telur dalam microwave sehingga meletup dan microwave itu situ jugak rosak, memang aku kena bahan pagi tu. Berkumpul di rumah Mas sebelum bergerak ke PMC, memang ramai yang gelakkan aku, tapi aku tak rasa apa-apa sebab maklumlah, junior, itu alasan yang paling munasabah. Tambahan pula, Mas back up aku dengan cerita bukan aku sahaja yang buat kesilapan rebus telur dalam microwave semasa 1st year, ada juga orang lain.

perempuan, siapa agak2nya ek?

Pagi raya itu memang banyak aku meluangkan masa dengan Mas, berbual dengan dia seperti member-member sendiri. macam dah lama kenal. dia tak kekok untuk menjadi semuda kami berbual pelbagai isu, dari persoalan peribadi sehinggalah isu dunia, semua dibualkan. Melalui perbualan itu, aku tahu, dia memang seorang yang hebat, ideanya ada bernas disebalik lawak. entah, tak boleh nak describe!



********

Sedikit latar belakang diri Mas Afzal, dia merupakan pelajar di University of Sheffield dalam bidang perubatan. Sekarang dah tamat dah pun belajar dan lulus dengan cemerlang walaupun terpaksa mengharungi ‘masalah’ yang sangat teruk. Seorang yang sangat aktif dalam berpesatuan. Dirinya bukan sahaja dikenali kelompok melayu semata-mata, malahan international student lain juga mengagumi dirinya yang begitu aktif berpersatuan.

Presiden SMSA

SMSA merupakan persatuan pelajar Malaysia di Sheffield yang terbesar. Mas merupakan presiden SMSA 4 tahun sebelum aku menjawatnya jawatan itu pada tahun lepas. Kehebatan dia yang membawa SMSA menjadi persatuan terbaik Union pada zamannya memang aku mahukan ramuan itu untuk menjadikan SMSA semakin hebat

Tapi tak sangka, ada berita buruk lepas itu diterima....


******


Memang aku terkejut mendengar berita yang Mas dijangkiti kanser. erk, betul ke berita yang aku dengar ni? Tanya tuan diri sendiri, dia hanya tersenyum dan mengangguk sahaja. Memang aku jahil pasal kanser, yang aku tahu, kanser boleh bawa mati! Sebab itu aku agak terkejut dengan berita yang aku terima itu. Tapi katanya, ia masih diperingkat awal tetapi dia terpaksa menjalani proses kimo selama 6 bulan

Kimoterapi sambil Belajar

Pernah tak tengok orang kena kimo macam mana? Pengalaman sendiri, memang aku tak pernah tengok orang terdekat aku yang kena kimo ni. Tapi melihat sendiri keadaan Mas yang kena kimo, memang sangat sakit. 2 minggu sekali. Minggu pertama dia kimo, memang tak boleh nak bergerak banyak, di katil sahaja tempat dia habiskan masa. seminggu lepas tu, baru boleh bergerak dan bergerak pun dalam keadaan yang terbatas.

Tambah memeritkan, dia terpaksa menghabiskan pelajarannya semasa kimo!

Tambah memeritkan, pelajarannya adalah dalam bidang perubatan!

Memang sungguh sedih aku tengok keadaan dia yang berhempas pulas membelek buku, hafal nama-nama penyakit, tengok gambar-gambar yang rutin biasa bagi seorang dalam bidang perubatan lakukan dalam keadaan dirinya yang sudah sangat keletihan. Badan yang sudah tidak mampu membuat perkaran yang otak mahu lakukan. Sangat perit

Setelah 6 bulan, proses kimo telah habis

Sesudah itu, dia juga sudah grad dengan cemerlang!


*********

Not the primrose path

Seperti tajuk blognya, memang nasib seseorang itu kadang-kadang sangat kejam jika diteliti. Tetapi yakinlah, segala hal, hikmah, percaturan kehidpuan itu adalah terbaik kerana Dia yang tentukan. Walaupun sudah menjalani kimo, penyakitnya masih ada! Muncul kembali

Not the primrose path

Sekarang ini dia sedang tenat berada di Hospital Ampang. Baru saja pulang melawatnya dan memang sangat sedih apabila mengingatkan kenangan bersama dengan dia. Kritikal 2 hari lepas sudah ditempuhinya dan tadi walaupun jumpa 15-20 minit sahaja, dia ceria ceritakan segala hal


Ada alat diperlukan untuk menyokong pernafasan


'Mas, nak update blog ni, ada apa-apa pesanan?'

'joe.. dah lama tak boleh nak tulis blog lagi. Mintaa maaf lah kat dieorang yang suruh update... memang tak boleh. suruhlah mereka doakan kesejahteraan, diberikan kemudahan...'



Update blog elok2 ya joe




pss : baru rasa penting kenikmatan kesihatan....

37 ulasan:

  1. ya allah. besarnya dugaan dia joe. erm, rasa nak nangis pun ade. tolong smpaikan salam pada drinya. terima kasih joe.

    BalasPadam
  2. Kuatnya semangat dia..
    Semoga ALLAH menyembuhkan penyakitnya..Aminnnn ya rabbal alamin

    BalasPadam
  3. ya Allah...kanser tuh...
    harap2 dia tabah hadapi dugaan ini..
    tapi hebatlah dalam keadaan macam tuh pon pelajaran tetap ok..

    BalasPadam
  4. macam nak nangis jer baca.

    aku doakan beliau cepat sembuh. aminn..

    dugaan hebat utk org hebat. semoga beliau tabah. =)

    BalasPadam
  5. kita berdoa semoga dia sihat seperti sedia kala. AMIN

    BalasPadam
  6. oh teringat nk bli primrose oil.

    BalasPadam
  7. Terima kasih saudara Joe update pasal MAs... Sama2 doakan moga Mas terus tabah dan kuat ..

    BalasPadam
  8. sedihnye
    nak menitis air mata nina.
    semoga mas terus tabah dan sihat macam sebelumnye :')
    semoga Allah sembuhkan penyakit dia.amin

    BalasPadam
  9. sedihnya baca..
    terlalu berat dugaan bagi beliau..
    semoga beliau cepat sembut, dan tabah selalu..
    amiin.

    BalasPadam
  10. tenat.. teruk sangat ke joe? mas dah stop treatment kan?

    moga kesihatan mas bertabah baik.. amin..

    BalasPadam
  11. semoga mas tabah, dan semoga mas cepat pulih..amin

    BalasPadam
  12. mas afzal ni rasenye die antare mederator kat i luv islam kan? tau jugk cte sal knser die dkat i luv islam.. semoge beliau cepat sembuh n tabah mengharunginye..

    BalasPadam
  13. Sebak dan sedih rasa.. Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan yang baik-baik saja untuk abang Mas Afzal..

    BalasPadam
  14. semoga Allah permudahkan bro Mas...

    BalasPadam
  15. Tersentuh...saya doakan kesejahteraan dan moga cepat sembuh untuk sahabat anda tu..

    BalasPadam
  16. besar dugaan tuh..semoga beliau tabah mengharungi segala ujianNya..Amin...joe truskan sapot beliau yer..penting tu spya dia x rasa down..

    BalasPadam
  17. semoga Allah memberikan yg terbaik buat beliau...jom sama2 doakan
    waniyummy pon baru dpt tau hari ni ada kawan yg tgh kimo utk kanser darah....sedih...semoga diberi kekuatan....

    BalasPadam
  18. Masya'Allah betapa besarnya dugaan yg dihadapinya... Semoga selamat d duni n akhirat...

    BalasPadam
  19. bergenang air mata ak joe..kita doakanla smoga dia sembuh.

    Amin...

    BalasPadam
  20. it's good to experience something like this...
    makes us grateful on our health condition...
    sama2 doakan agar dia sembuh...

    BalasPadam
  21. semoga Mas tabah dan kuat menghadapi ujianNya...sy doakan Mas cepat sembuh..pernah berbual dengannya..sedih dapat berita ni..

    BalasPadam
  22. aku pun jahil..aku pnh tertgk dak batch aku botak dlm toilet(sebab kimo)...lgsung xtpk yg kwn aku tu de kanser


    smg mereka ni terus tabah lah lawan pyakit tu...

    BalasPadam
  23. joe, kenapa tulis mcm ni??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    Sedih, tapi Mas mesti nak kita positif!

    Positif positif positif..
    Allah sayang Mas dan Allah tahu Mas boleh lalui dugaan ni, sebab tu ALlah uji dia mcm tu..

    Rindu murabbi ini!

    BalasPadam
  24. besar nya ujian Allah untuk dia..semoga dia tetap tabah

    BalasPadam
  25. Sem ni sangat teruk. slalu sgt sgt sakit. sampai 1 paper hempas kertas dan keluar dewan sebab tak tahan sangat sakit. when i read this entry, i ask my self, sakit tu satu alasan ke? :|

    Ok.aku suke entry ni.moga incek dr cepat2 sembuh :D

    BalasPadam
  26. Joe, nanti kalau jumpa Mas lagi, kirimkan salam ya. Saya doakan kesejahteraan Mas, semoga sembuh. Amin.

    Regards, Gluck.

    BalasPadam
  27. salam joe,
    mintak tlg kirimkan salam bt saudara mas ye jika berkesempatan:)
    sy ad ikuti jg blog beliau.
    tq.

    BalasPadam
  28. salam,
    kirim salam kat mas yer, doakan yang terbaik untuk dia...

    BalasPadam
  29. semoga beliau kuat menghadapi dugaan Allah..

    BalasPadam
  30. emmm x semua kanser boleh bawa mati
    tpi msih ada pesakit yg mampu idup selama bertahun-tahun lmnya
    asalkn dia jalani pembedahan dan rawatan chemotherapy dan radiotherapy
    tu yg pnting

    BalasPadam
  31. en joe....
    entry kali ni btul2 menyentuh perasaan & membuatkn air mata menitis tanpa disedari...walaupun tdk dikenali hamba ALLAH ini...
    moga beliau tabah menghadapi dugaan yg diberiNYA...sgt kagum dgn ketabahan beliau....

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.