Sabtu, 13 November 2010

Fazley Yaakob - Isu PhD dan Bisnes Pendidikan

Salam,

Mungkin agak lambat aku komen pasal isu ni memandangkan hal ini sebenarnya dah heboh 3 hari lepas. Tapi maklumlah, isu abang AC lebih penting untuk diceritakan. Sejak 2 hari dia dah tutup facebook fanpage ni, dah rindu pulak ayat 'call my speakers' haha. entah apalah nasib dia nanti. Ok, kali ni akan cerita pasal Fazley Yaakob yang glamer dengan gelaran Dr Fazley =)

Dulu memang kakak aku kipas susah mati fazley ni, aku ingat lagi betapa bangganya dia dapat kad raya dari pelakon dan penyanyi popular dengan lagu 'asmara ini'. Memang jeleslah, artis bagi kad raya kan. adik mestilah sangat jeles. hehe. sekarang ni, dia pulak yang jeles aku bertwit-twit dengan fazley ni. kekeke. life changing as the world always spin. ceiit, peribahasa ape entah tu


Isu 'Dr' Fazley

Aku taknak komen pasal isu PhD 'palsu' ni sebab memang dah lama sebenarnya hal ni berlaku. 2 3 tahun lepas lagi kot. Dia pun dah tak guna gelaran Doktor lagi kan sekarang? just Fazley saje. ok lah tu. Persoalan macam mana dia dapat doktor, adakah dia beli title PhD tu, adakah kaya boleh beli apa sahaja, biarlah persoalan itu melayang begitu sahaja. Aku yakin dia tiada niat nak menipu dan sepanjang bertwit dengan dia, jujur je orangnya. hihik


Isu Fazley International Collegue

3 hari lepas dalam berita BBC keluar statement yang menarik balik kelayakan yang diberikan oleh University of Wales kepada FIC disebabkan pengarah FIC memiliki master dan juga PhD yang 'tidak sah' Ok, dalam hal ini kita kena jelas apa sebenarnya berlaku dan tidak buat tuduhan melulu kepada Fazley. Aku bukan nak back up dia, tapi melihat kepada ketelusan maklumat. Sebab utama university of wales tarik balik disebabkan pengarahnya iaitu Fazley tidak memiliki master dan PhD yang sah. Sebab itu tarik balik. Tiada kaitan dengan FIC ni kolej mundur ke apa, tapi sebab pengarahnya.


Website rasmi Fazley International College

Kita perlu faham, di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan apa-apa kolej universiti ditubuhkan asalkan memenuhi kriteria. Dalam kriteria KPT, pengarah dia tak semesti ada gelaran 'Dr' baru boleh tubuh kolej, sesiapa sahaja boleh asalkan kursus yang ditawarkan mendapat 'validation' dari mana-mana universiti. Dalam kes FIC ni, mereka memang dapat validation dari University of Wales pun sebelum ini. Tapi sebab di Bangkok ada penipuan menggunakan nama University of Wales, sebab tu pihak universiti sana bagi perhatian penuh terhadap kolej universiti dibawah dieorng. Nampak?

Aku rasa orang ramai heboh sebab Fazley tu takde gelaran doktor, terkejutlah konon2nya kena tipu bagai walaupun kes tu dah lama dah. alah, menteri kita kat kabinet tu pon banyak yang 'doktor' palus tak bising pun. hehe. Kesian kat mamat ni sebab dah letak jawatan dalam FIC. ish3


Bisnes Pendidikan

Ok, kita lari sedikit tajuk dengan belajar bab bisnes bersama joegrimjow. hehe. Tahukah anda, 2 jenis perniagaan yang tidak akan rugi dan akan meletup sehingga 2015 (jika diselia dengan elok) adalah Kesihatan dan juga Pendidikan. Kalau soal kesihatan ni, aku cerita lain kali kenapa boleh meletup, sebab tu kat surat khabar 'murahan' begitu banyak iklan-iklan produk kesihatan. dari menguruskan badan sehinggalah jus-jus awet muda, semua adalah. cukup lengkap. kenapa? sebab demand tinggi dan permintaan ni akan naik dan naik dan naik dan akhirnya meletup pada tahun 2015. Jadi beruntunglah kepada sesiapa yang berada dalam bisnes ini. Herbalife no 1 ok wellness industry =)


Yang kedua yang akan meletup adalah pendidikan. Pernah dengar pasal score a? kak jie ada cerita pasal score a ni dan memang agak pelik kan sampai pendidikan macam ni boleh dibuat perniagaan. salah ke? tak, sebab ia adalah bisnes yang halal. cuma ada orang tak senang tu, biasalah, pendapat masing-masing kan? ok, taknak cakap panjang pasal score a ni, cuma nak bagitau kenapa bisnes jenis pendidikan ini akan meletup-letup 


Kenapa bisnes Pendidikan akan meletup?

Pada 2025 nanti, dijangkakan dunia akan didiami 62-65 peratus manusia yang memiliki PhD dan juga Masters. Haaa, 65 peratus ok. sangat banyak. Kenapa ramai yang memiliki status pendidikan tinggi ni? tak lain tak bukan adalah tuntutan pada zaman tu. Sekarang tahun 2010, Najib pun hari tu mensasarkan 60% tenaga pengajar di Universiti memiliki PhD, bukan setakat Masters semata-mata. Negara kita pun dah kearah pendidikan tinggi. Sebab itulah, bisnes pendidikan ni akan bertambah maju. Semua sektor kena tempias dia lah, kelas tuisyen nya untuk pelajar sekolah, personal tutor untuk pelajar university dan kewujudan kolej-kolej swasta untuk pelajar yang ingin sambung ke bidang lebih tinggi. Semua ni akan berkembang dan berkembang


Boleh nampak kenapa sistem pendidikan akan dibuat bisnes dan bisnes pendidikan ini memang tidak akan kurang permintaannya. Memang akan selalu meningkat. Sebab tu, Fazley ni dia bijak dan sebab dia nampak industri ni akan berkembang, tambahan pula ada duit banyak, maka ditubuhkanlah FIC ni. Persoalan dia tiada PhD ni aku rasa takyah nak heboh2 sebab isu dah lama dan dia sendiri tak back up dirinya macam ac mizal (lol, nama u lagi) dengan mengakui yang phdnya itu adalah betul. 


Gosip panas

Ini cerita gosip2 la ek, orang kata ada dalang disebalik cerita panas ni. ermmm. nak bagi clue ke tak ek. ermm, bagi lah. dia selalu keluar dalam buletin umno, eh silap, buletin utama dan tiap2 buletin utama akan keluar gambar dia sama ada tengah salam dengan laki walaupun dia perempuan ataupun tengah berucap walaupun tergagap-gagap tengok teks, wahaaa, dapat teka? larikkkkkk


gosip, korang ingat harian metro je boleh buat gossip? kekeke


pss : kita boleh tahukan rakan twitter kita tu ikhlas atau tidak, bagaimana? we just know.... follow me at twitter ok @joegrimjow =)

36 ulasan:

  1. haha
    yup
    Fazley kat twitter baik giler
    ape je fan dye tweet,
    dye akan balas

    best men tweet2 dgn celeb yang respond ape kita tweet
    xde la rasa syok sendiri je


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam
  2. mmg btl dier kena tipu kowt..
    cian dier..
    niat dier baek..
    haish..

    BalasPadam
  3. yep.
    dapat bezakan antara yang jujur@x.
    XD

    BalasPadam
  4. yeay betul.
    bila kita biasa berbual dgn org kat tweet, kita akan boleh kenal rentak dia~

    jujur tak kita tweet selama ni Joe?

    :p

    BalasPadam
  5. @-ROCKprincess-

    sbb tu blogger kena buat entry dan dedahkan hal yang kita nampak

    BalasPadam
  6. Habis tu kiranya dia kena tipu dengan pihak yang bagi dia PHd la?

    BalasPadam
  7. weyy tadapat tekala jo! gosip panas tu. tabik spreng kat fazley. dia bagus

    BalasPadam
  8. bengong ar gosip panas tu.. tak habes2 lagi kaco hidup fazley... before ni pon dah banyak kali dah buat... adeehhh... manusia2..

    ps: aku main twit ngan scha...he3
    pss: sape yang tataw gosip panas tu bleh tanye aku...hehe

    BalasPadam
  9. mcm tau je sape.... ekekekek sbb memang ade kene mengena pun kan.... kesah gosip tu la... hehehehe ikatan yg sgt dekat ;p

    Regard,
    Khaizarien Blog
    @ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House

    BalasPadam
  10. bukan phd, DBA la joe. Try baca ni.
    Anyway, kite nampak la personaliti die macam mane :) die boleh come clean to public. crita ni lesson untuk kita, tak kire la banyak mana duit kita tu, kita kene research dulu tpt kite study, reputation die macam mana.:)

    BalasPadam
  11. hanya die sendiri je tau die tu beli phd ke or kena tipu. sian sian.

    BalasPadam
  12. sekadar nak share, ni beza dba and Phd. Anyway fazley x mengajar pun kat situ :)

    Beza phd and DBA

    BalasPadam
  13. erm macam itukah ceritanya... tapi bab PhD palsu tu macam mana boleh dia tak tau? Yg Bab GOSIP PANAS tu aku dah ada jawapan.. nak aku teka??? hahaah nnt kena blok terus blog ngko nie joe...

    BalasPadam
  14. macy tak rasa fazley hensem.

    dr. joegrimjow pulak? eh eh tak ada kena mengena. huhu


    ade bce gk sal ni.. sian2~

    BalasPadam
  15. Walaupun palsu tapi dia seorg yg berkredibiliti.. syg 1000 kali syg..ini sudahnya pengakhiran nasibnya.. takziah buatnya...moga jd pengajaran buat kita semua.


    latest post : Guru Bercinta Dengan Anak Murid, ok ke tak ok?

    BalasPadam
  16. kesian fazley..tingat masa muda remaja dulu..sanggup berkejar kejar ke city square pastu ke komtar untuk tgk fazley

    BalasPadam
  17. xpernah tweet dgn dia...

    cian lak tgok dia..

    Mari Berbicara Hati ke Hati,
    Weekend Yang Indah

    BalasPadam
  18. mungkin dia tertipu sbb dikurniakan ma. phd palsu...

    tapi aku lebih suka part gosip pada hujung entri tuh..

    konspirasi menjatuhkan anak melayu.. sabotaj.. hahahaha..

    mmg banyak konspirasi menjatuh anak melayu di daLangi nya...

    BalasPadam
  19. @/Dayah//Nurul/

    haha, cuba fikir2 dan jangan lupa tengok buletin utama malam ni
    hehe

    BalasPadam
  20. @Tuan Din

    keke, ku buat gossip je, komen tak berkaitan akan didelete
    =)

    BalasPadam
  21. @maCy

    dr joegrimjow xperlu phd
    dah jadi 'dr' badan dah skrg
    huhu

    BalasPadam
  22. camno la ekau bole byk idea bernas tulih cmni kan bro :D i envy u :D

    BalasPadam
  23. para last tue... nk ckp kak ros la tue. huhu!

    BalasPadam
  24. ilmu akhirat termasuk ker??

    BalasPadam
  25. ku dah tahu dah sape yang buat gosip panas tu..
    tahu dah..
    clue dia org yang dekat2 je dengan fazley sindiri kan.
    macam yang kaizaren teka tu.

    selagi tak jatuh selagi itulah dia cuba goncang kan.

    BalasPadam
  26. aku respek ngan fazley pasal di profesional dan tak goyang dalam isu yg melanda die... tak mcm si AC...hahah....

    langkah dia step down dari FIC di pun langkah yg smart n perlu dihormati...



    Sudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi

    BalasPadam
  27. @taufiq helios

    hoho, idea datang tiba2, yg pentg kena selalu ikuti perkembangan semasa

    BalasPadam
  28. ade member ckp muka mcm fazley...
    hohoho..tidak mungkin

    new blogger
    sagahayat.blogspot.com

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.