Isnin, 11 Oktober 2010

Lagenda Budak Setan di Holberry Close

Salam

Dah pukul 4 pagi aku baru bangun! Bangun sebab semalam tertidur awal. Makan banyak sangat sebab semalam ada rumah terbuka anjuran Kelab UMNO. Heh, memang mewah dan bantai begitu banyak kambing, sebab tu jadi pening sampai tidur pun awal. Ohh, ni bangun ni pun sebab terdengar orang duk nyanyi


.. diriku.... cinta yang agung.... merobek jantungku.... hilangnya cintamu....


Cuba teka lagu apa? yaa, lagu dalam Lagenda Budak Setan!




Aku sendiri sebenarnya baru tengok cerita LBS ni setelah khatam baca novel dia masa kat Malaysia hari tu. Ok tipu, aku mana pernah baca habis satu novel, mesti 100 ke 50 muka surat terakhir aku pasti tak baca. Hari tu baca buku aa+bb pun sama, tak baca sampai habis. wahhh, peminat novel ke? hehe. Ok, berkenaan dengan LBS ni, macam dah jadi fenomena kat sini pulak!


Holberry Close nama tempat aku tinggal sekarang. Walaupun ada 5 bilik, tapi penghuni dalamnya ada lebih dari 10! Rumah kebajikan katakan. Heh, bila dah timbul satu cerita, mulalah nak dijadikan bahan. Hari tu pasal cikgu shida pun dah heboh semalam pulak pasal LBS dan semalam, LBS yang jadi bahannya!


Fenomena LBS


Aku yang mula tengok dulu LBS ni di Youtube sebab ada ada housemate yang bagitau LBS dah ada di youtube. Aku yang memeng dah lama cari cerita ni, terus tengok la petang tu dan memang macam cerita melayu lain, tiada apa-apa keistimewaan dan nak banding dengan novel, bagai langit dengan bumi! Tapi walaupun aku dah bagitau kat dieorang yang cerita ni tak best, mereka tetap tengok


Mula-mula seorang habis tengok .... fuuhhh, cerita ni mantap! (aku tak tahu tentang mana yang mantap)

Lepas tu seorang tengok.... yang kantoinya dia pasang kuat-kuat lagu tema LBS ni sampai kat bawah boleh dengar, memang boleh jadi bahan!

Last sekali..... pukul 4 pagi ni ada kawan aku ni duk dengar lagu LBS ni sambil mata berair. waka waka eh eh

Itulah kata orang 'orang takde kekasih tak leh faham'


LOL


Apa-apa pun, semua orang ada pandangan masing-masing. ada yang kata best, ada yang kata biasa dan ada yang kata langsung tak best. Pandangan orang sama-sama kita raikan. Tapi yang tak boleh blah, sampai pukul 4 pagi layan LBS apa ke benda nye jang? ekeke

Ok, update ringkas sebab tak boleh nak tahan tergelak sorang-sorang ni. Bangun nanti aku update penuh pasal kawen part 2. Part 1 dulu dah siap dah. sebut pasal kawen semua seronok kan? hehe


pss : dia pasang earphone tapi masih boleh dengar sampai sini. haha, udah2 la tu!

29 ulasan:

  1. yes first..gyahahaha~~~


    woot2..mesti best dialam kawen..
    dalam cinta2 pun sampai angau, apa cite kan...=)

    BalasPadam
  2. dah ke oversea dah, nice la, bagus contoh untuk filem tempatan yg lain. yeahhh!bro jadi translater la kalau file jejak sana.wakakap

    BalasPadam
  3. tak best langsung. tak ada mesej punya cerita.
    lagi best syurgamu ramadhan. hi3

    BalasPadam
  4. haha is thats explain how khai leh bagi komen kat fb di awal pagi ni.tak tido lgi upernye layan LBS..haisy jejka sheffield, lepas korea LBS pulakk

    BalasPadam
  5. xberjaya tgk drama dia..huhuhu


    novel dia memng terbaik!!!

    BalasPadam
  6. adehh... abam Joe pom layan LBS....

    heheehehhe......dLm ati de taman nih..

    BalasPadam
  7. LBS bez tp citer dia laju sgt.xsmpat feeling dah tukat plot lain.hahaha...

    BalasPadam
  8. @diba

    wahaaa, bleh join housemate yg suke tengok cite tu

    BalasPadam
  9. aku memang suka cerita ade konflik, tapi aku paling benci cerita yang x happy ending.tu yang akkecewa sangan ngan cerita lbs ni.huhuhu

    BalasPadam
  10. tak penah tengok atau baca pun.. huhuhuhu.

    BalasPadam
  11. personally rasa storyline citer ni x best.best lagi novel die..mcm harry potter la dlm novel lagi best sbb kita blh imagine.

    tapi pujian utk citer ni shoot die mmg terbaik..cameraman die bkn org m'sia and director pun bkn org melayu (klw x salah). citer ni x berapa menunjukkan yg farid kamil tu budak yg nakal/jht sngt.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.