Selasa, 3 Ogos 2010

Terima sijil dari ITYM untuk blog

Entry aku dahulu mengenai satu pertandingan anjuran ITYM akhirnya telah membuahkan hasil. 2 hari lepas menerima surat dari ITYM yang menghantar sijil penyertaan yang agak lawa dan berwarna-warni. Hehe, oklah kan daripada tak dapat apa-apa, dapat juga sijil kenang-kenangan. Yang peliknya nama aku tiada dalam senarai pemenangan tapi masih dapat sijil. entah la....


15 May 2011


Tarikh aku akan kahwin. teetttt. bukan bukan, tarikh ini merupakan tarikh untuk perhimpunan sejuta belia yang mana ITYM mensasarkan boleh mengumpul 10 ribu blogger dari seluruh Malaysia. Sebagai blogger, aku sokong sahaja apa-apa aktiviti yang meningkatkan produktiviti blog di Malaysia ni.





Tidak serius


Cuma ada beberapa perkara untuk ‘memujuk’ blogger untuk sertai sama dengan aktiviti ini. Pertamanya ITYM perlulah bersikap lebih serius akan teguran atau nasihat daripada blogger-blogger sendiri. Contohnya penggunaan domain sendiri dan keputusan pertandingan yang agak lewat diumumkan dari tarikh sebenar. Benda ini penting kerana audience (baca : blogger) akan nampak bersungguh atau tidak sesuatu persatuan itu untuk menganjurkan apa apa aktiviti


Apa-apa pun, majulah blog untuk semua dan jumpa 15 May 2011 nanti. Tu pun kalau aku ada kat Malaysialah =)

pss : comel sijil ni, rugi tak dapat, hehe

34 ulasan:

  1. Aku dapat! Aku just register je kot. Xde join contest tu pun. Aku rasa sape yg register sume dpt sijil.

    BalasPadam
  2. @LORD ZARA 札拉

    bukan ku sorg je la yg xmenang dapat ni?
    huhu

    BalasPadam
  3. @LORD ZARA 札拉

    bukan ku sorg je la yg xmenang dapat ni?
    huhu

    BalasPadam
  4. Saje je P/S dia..

    Joe.. Jard dengan Lin kate, kalau hujung minggu ni, sabtu ahad dorang boleh join.. So, kami cume menunggu kamu je okey untuk fix kan mase dan tempat.. Heehee.. :)

    P/S: Nak bawak makan masakan kamu kat umah pon boleh.. Kami on je.. Hehe..

    BalasPadam
  5. warna warni gitu..hahaha
    wow nice info..teman tak tahu sepatah pun pasal perhimpunan nie

    BalasPadam
  6. @FarhanaDr

    hari ahad 8/8 malam. ok?
    nanti ku cuba adjust tarikh tu

    BalasPadam
  7. aku pun dapat gak! tak sempat nak buat entry lagi..hehehe :)

    BalasPadam
  8. Congratz bro. kalau ada lagi contest boleh la roger2 hehehehee

    BalasPadam
  9. tak tahu pun psl benda ni. no wonder tak dapat. hehe.

    BalasPadam
  10. tak dapat pun??






    ceh nak dapat ape, entry pun x buat
    :P

    BalasPadam
  11. dapat gak..hehe
    tapi kan, tu lah, betul apa joe cakap tu :)

    BalasPadam
  12. memang cun la sijil dia..

    program tu cam menarik je..
    tapi dah dekat ngan tarikh kawin tu.
    adeh..

    BalasPadam
  13. kan dia ade cakap kat blog ITYM, semua yang join akan dpt sijil. HEHEHE.

    Dapat gak. Semalam sampai!~ ^____^

    BalasPadam
  14. wahhh bestnya..tp xpernah pun dengar apa2 pasal ni?

    BalasPadam
  15. tahniah, satu penghargaan tu :D

    BalasPadam
  16. congrats,
    siap bersijil2 dunia blog sekarang=p

    BalasPadam
  17. ku dpt gak.. utk benda lain.. tp rupa sijil sama.. ehehe

    BalasPadam
  18. me terlepas keretapi :p
    may 2011 insya Allah me dh ada kat bumi msia..
    tp kat mana agaknya boleh muat 1j org tu-kalau semua nak attend lah? ke virtual gathering ni?

    BalasPadam
  19. tahniah bro, dapat sijil comel...
    blog kamu mmg hot sentiasa...:)

    BalasPadam
  20. Untuk Pengetahuan Joe.
    Konsep Persatuan Kami adalah berpersatuan tanpa menggunakan Kos. jadinya kami tidak menggunakan domain sendiri atas sebab kami bukan syarikat yang memprolehi keuntungan.walaupun sedikit tapi hakikatnya kami tak mahu akhirnya domain ini tidak berbayar dah akhirnya akan memakan diri kami sendiri.

    2. keputusan pertandingan sedikit lewat diumumkan atas sebab kami sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti melibatkan kementerian belia dan sukan dan kami tidak mempunyai kakitangan untuk menguruskan aktiviti ini.

    3. Program ini adalah 100% inisiatif ITYM untuk melibatkan blogger dengan Kementerian Belia Dan Sukan.dan semua kos Pos Dan Pengurusan ditanggung penuh oleh ITYM. Sijil je kami ambik masa hari belia haritu. atas inisiatif ini Kemeterian Belia Dan Sukan telah memberikan kami ruang untuk mengumpulkan 10 ribu blogger.jadinya saya perlukan bantuan dari anda untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan yang akan berlansung pada 15 may 2011 ini..

    p/s: Saya baru pulang dari bandung bersama-sama Sekretariat Hari Belia Negara bermesyuarat berkenaan perhimpunan 10ribu blogger Muda.mampukah kita menjayakannya.Kementerian mahu lihat Blogger Boleh.. Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.