Minit ke 0:30 - Cikgu yang besar, seluar je besar!
Salam,
Baru saja post entry tadi, post lagi satu entry ni. semangat betul! ternampak di blog ben pasal murid pukul guru. tambah pulak bertwit dengan kak jie tadi, terus mahu update pasal ni Tengok youtube kat atas, memang agak lawak video tu tapi lawak tadi bertukar dengan sedih + pilu.
Macam lagu izwan pilus pula!
Ok, mengenai sistem pendidikan, tak payah la aku huraikan betapa pentingnya sistem pendidikan ni sebab semua sudah sedia maklum dengan kepentingan negara kita memiliki sistem pendidikan yang utuh dah jitu. Cuma persoalannya, sudah 50 tahun merdeka, adakah sistem pendidikan kita sudah sampai ke kemuncak keberkesanannya?
Sistem yang sesuai dengan Masa
Mahu wujudkan satu sistem yang yang sesuai dengan peredaran zaman memang cukup susah. Mungkin cara 50 tahun lalu sesuai digunakan tetapi jika mahu digunakan sekarang tidak praktikal lagi. Kononyalah!
Entry ini untuk mengajak semua jangan berfikir terlalu kompleks cara penyelesaiannya kerana aku yakin, think think u wil become ting tong. Analyze analyze you will become paralyze! Jadi, apa cara yang paling mudah untuk kita buat? tunaikan tanggungjawab masing-masing!
1) Peranan guru
Disekolah, tanamkan nilai murni kepada anak murid. Jangan sindir jika murid lakukan masalah. Hukuman yang dijalankan perlulah ikhlas untuk mengajar murid, bukannya mahu jatuhkan maruah seseorang murid itu. Jangan wujudkan sesekali bibit-bibit benci kepada seseorang murid walaupun sejauh mana pun jahat atau nakal, ajar mereka seolah mereka tidak tahu akan kesalahan yang dibuat
2) Peranan Ibu Bapa
Berapa orang berani angkat tangan rotan ada tergantung di dinding rumah? Rotan ini orang moden cakap tak sesuai, ajaran kuno, ajaran kepada hamba, ajaran membenci anak dan macam-macam lagilah. Wohooo! Nehi nehi! Sama seperti guru, peranan rotan adalah mendidik. Merotan anak bukan untuk membelasah anak. tapi mendidik anak supaya jadi manusia. Contoh, kalau anak buat kesilapan, setelah teguran tidak makan, rotanlah jawapannya!
Berkeras dengan anak pada peringkat permulaan ini adalah penyelesaian bagi segala masalah sosial di negara kita!
Tak perlu kerajaan nak buat sekolah bagi budak hamil. Tak perlu kerajaan belanjakan berjuta-juta wang untuk menyediakan penjara. Tak perlu kerajaan lancarkan kampen berjuta ringgit sayangilah persekitaran yang sihat. KALAU, ibu bapa jalankan tanggungjawab masing-masing
Kesimpulan
Dah jadi macam karangan pula! Apa-apa pun, video di atas mungkin pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang akan salahkan guru, ada yang akan salahkan murid kerana terlampau kurang ajar, ada juga yang akan salahkan sistem sebab tidak berkesan. Sekarang ini bukan masa untuk menuding jari siapa yang salah, sama-sama perlu berganding mahu untuk mewujudkan generasi Malaysia yang bebas dari masalah sosial!
pss : tengok 2 3 kali video tu pun tak bosan
cakap macam dari serawak student 2
BalasPadam@MOFASAD
BalasPadamorg sabah atau serawak kot
tak berkat betul blaja lawan cikgu kan..
BalasPadam@joegrimjow
BalasPadamada orang kate orang iban ..
boleh ambil isi wat karangan nie .. hehehe
BalasPadam@Zqah Ail
BalasPadamisi takpe, jangan ayat, berterabur. huhu
mmg sedih tgok video ni..part last sekali..sanggup dia terkam cikgu tuh.. tak rasa berdosa lgsng.
BalasPadambudak2 zaman sekarang makin berani, berani untuk benda2 negatif pulak tu.
BalasPadamtak tahu nak salahkan siapa dlm hal ni.. setiap org mahu yg terbaik utk anak n anak murid..
takut nak ada anak nnt...
haiz... kesian guru2
BalasPadamgila lah sekarang....guru kena ubah pendektan...
BalasPadampelajar sekarang semakin bermasalah....
kerjasama semua pihak amat penting.
cara utk mendekati pelajar zaman2 sekarang memang lain daripada zaman2 dulu...betul tak?
BalasPadamharap jgn jadik pada anak2 kita.
BalasPadamskg joe, anak2 dah berani naik tangan kat mak ayah.
BalasPadamsilap makan penerajang.
ala..x leh view la video tu...huhuhu
BalasPadamSumijelly.com
apesal gaduh-gaduh tue dia hide. aduhhh~
BalasPadam@devoted lily
BalasPadamdidik anak dengan betul
akan ok punya
@Ivy Metaga
BalasPadamyup
tapi kalau bab rotan
semua xbrubah sepanjang masa
@Encik Tikus
BalasPadammgkin ada sambungan kot
ckgu dye macam rilex ajer..
BalasPadamterlalu rilek pon xleh jugak kan
BalasPadamhurmm
mencabar jgk keje jd cikgu ni,
BalasPadamkena byk bersabar dgn student and at the same time, tegas jgk.
zaman sekarang... pelajar tak sama macam dulu... remaja sekarang jadi macam ni banyak sebab. antara sebab paling besar kenapa ramai pelajar jadi mcam ni sebab media massa. sekarang media terlalu byk sangat nilai2 tak baik ditayangkan. media tu bukan tv jer, internet terutamanya. kita boleh surfing macam2. so minda kita banyak diganggu dan diracuni dengan moral2 tidak baik. penat jadi cikgu sebab nak mendidik dan melahirkan anak2 zaman sekarang. banyak sebab sebenarnya kenapa budak2 sekarang semakin kurang ajar. semoga semua pendidik kuat mengharungi cabaran, dan semoga anak2 zaman sekarang boleh berfikir dan sedar akan peranan masing2. kadang2 anak2 zaman sekarang tidak hormat guru kerana terasa diri sudah terlalu pandai. dan tidak tahu apa itu KEBERKATAN. kalau tahu itu keberkatan insyaAllah, mereka akan sedar...
BalasPadamkurang didikan agama dan kasih syg
BalasPadam@Miss Fiza
BalasPadamperkongsian yang hebat
Yeah Pelbagai Pandangan...
BalasPadamJika Dikupas Makin panjang pula.
Pelajar perlulah menghormati guru
manakala guru hormatilah pelajar baru pelajar akan hormati anda :)
New Entry Prof-Hariz
Apa Itu Leptospirosis?
wah...cikgu salahkan saye...cikgu marah sy...
BalasPadamsape plak yg rakam video ni ye?
@Ema Teddy
BalasPadamentah macam mana org ni siap rakam pun xtahu lah