Jumaat, 27 Ogos 2010

Estoy enamorado de ti

Sepasang lelaki perempuan baru sahaja menunaikan terawikh di masjid shah alam selangor. 17 Ramadhan menjadikan semua insan berlumba-lumba untuk pertingkatkan ibadah. Hanya tinggal 13 hari lagi Ramadhan akan melabuhka tirainya. Kebanyakan punyai misi masing-masing, hari ini lebih baik dari semalam!

Bulan penuh semalam tidak dapat dilihat mereka dek mendung dilingdungi awan. kini 2 pasangan itu cuba sekali lagi untuk malam kedua mahu melihat keindahan bulan semekar cinta mereka berdua


Lelaki : dah lama kita tak memadu asmara kan
Perempuan : hurm, bulan puasa, mana boleh


Lelaki : boleh. waktu malam. indahkan malam ni. bulan sangat cantik
Perempuan : ya, warnanya terang walaupun hanya meminjam cahaya matahari


Pinggang perempuan itu di pegang dek tangan si lelaki yang ternyata keras


Lelaki : selesa?
Perempuan : urmm, nanti orang tengok, malu


Lelaki : alah, malam-malam camni, semua balik terawikh terus kejar morih. takdenya nak tengok kita
Perempuan : ya la... awak...


Lelaki : ya saya
Perempuan : sejauh mana cinta awak pada saya


si lelaki gelak. sisa gelak itu masih bersisa walaupun sudah seminit. kembali normal bila melihat wajah perempuan itu tidak berubah


Lelaki : hehe. apa punya soalan ni. nape? seriusnya muka
Perempuan : ish, saya tanya, nakkan jawapan. bukan nakkan ejekan (sambil mendengus)


Lelaki : olo lo. tak habis-habis nak merajuk. tapi saya suka tengok muka awak merajuk ni. comel
Perempuan : ishh. jawablah soalan tu


Lelaki : soalan yang mana ek?
Perempuan : u hear it!


Lelaki : mmm. nampak tak kereta tu
Perempuan : mestilah nampak. bawak laju tak ingat dunia


Lelaki : begitulah lajunya jantung saya berdebar bila berada di sisi awak
Perempuan : ish, guna analogi kereta. tak romantik


Pinggang perempuan itu diramas halus


Lelaki : nakal!
Perempuan : sakitlah


Lelaki : padan muka. wekkk. nak tanya boleh?
Perempuan : tanya apa?


Lelaki : kenapa awak sukakan saya ek?
Perempuan : pernah saya cakap saya sukakan awak?


Lelaki : erk?
Perempuan : tak suka, cinta je


Lelaki : haha. i like that statement! estoy enamorado de ti
Perempuan : me too =) nak tanya, sampai bila awak nak sayang saya


Lelaki : sampai matahari jadi warna pink
Perempuan : tu bulanlah. bukan matahari....


kredit to zack, welcome home bro!



Lelaki : awak...
Perempuan : ya saya...


Lelaki : =) nak kiss
Perempuan : kat pipi


Lelaki : alaaaa
Perempuan : pipi je!


Lelaki : ok, pipi pun jadilah
Perempuan : jangan lama-lama...


tatkala si lelaki mahu mencium pipi si perempuan, datang 3 orang lelaki berkopiah serta berjubah menegur sinis mereka. Memang terperanjat lelaki dan perempuan itu melihat kelibat 3 orang tu


Berjubah : hamboi hamboi hamboi. sedapnya memadu asmaradana ni. tak tau ke bulan puasa ni!
Lelaki : huh, tok imam? erkk...


Berjubah : cubalah malu skit, kita ni bulan puasa. korang berdua duk bersama tempat gelap camni. malulah. sebab tulah kes buang anak berlambak sekarang ni. camnilah, bulan puasa pun ada projek lagi! dah, ikut saya ke balai!
Lelaki : jap tok imam. kami ni...


Berjubah : takde kejap-kejap. masa mati nanti, nyawa dicabut tu takde nya malaikat nak tunggu-tunggu. dah, ikut saya ke balai


Mereka terpaksa juga mengikut tok imam ke balai. semasa mereka bertiga, si lelaki, si perempuan dan 3 lelaki berjubah tadi berjalan, pak imam sempat bertanya


Berjubah : apa kamu nak cakap tadi?
Lelaki : saya dan dia ni suami isteri, baru kawin seminggu nak puasa hari tu
Perempuan : ya tok imam, kami dah kawin. sijil kawin pun ada kami bawa ni


Berjubah : Cet, awat tak cakap awal-awal! Malu den!
Lelaki : hehe, takpe, manusia selalu buat kesalahan
Perempuan : hihihik


pss : off to shah alam tonight. jumpa sana ya esok. selamat bergathering

29 ulasan:

  1. erkk...
    entry x bleh blah klako...ahaha..
    aishh...td mule2 aku mcm mau cepuk aje pmpuan laki 2,skali laki bini daa...
    =p

    BalasPadam
  2. selamat berbuka puasa beramai2 esok.
    tak dapatla nak pergi.

    BalasPadam
  3. Kesian tok imam tu. silap tangkap orang

    BalasPadam
  4. haha. kelakar.. patutnya before berasmaradana tu da prepare surat nikah kat tepi. nnti tok iman dtg tunjuk je. hhuuu..

    BalasPadam
  5. patutnya ending dia, tok imam hantuk kepala dia sampai berdarah

    BalasPadam
  6. moral of the story, kena siasat dulu sebelum terjah.. :)

    best cite ni, keep it up..

    BalasPadam
  7. ehem~

    esok kamu semua happy2 lagi~

    sobs~

    jealous~

    BalasPadam
  8. nak tunggu matahari kite jd pink jugak..:)

    BalasPadam
  9. romantik
    kantoi
    berdebar
    ceyt
    siot jewh
    hehee

    BalasPadam
  10. starting awal2 gua dh syak diorang dh kahwin. cara manja diorng tak mcm couple2 . haha~

    BalasPadam
  11. kesian geng berjubah tu...
    wakenabeb...
    er..kawasan kejadian kat mana eh, tempat tak clear tu nak kena tahu.hehe..

    BalasPadam
  12. hehehehe. best cite nie! lawak doe

    BalasPadam
  13. mmg kontroversi klw just baca dialogue yg atas je..haha..
    skali dah kawin la..=)

    BalasPadam
  14. hahahha..
    encik joe..saya baru je nk komen2 kaw2 nk ckp ape kejadahnye mcm2 tu kt bulan pose...last2 suami isteri..huhu..tarik balik nk komen camtu..
    apapon..u always come with the nice post..:))u did it bro!!

    BalasPadam
  15. hmmmm..... penceritaan dengan penuh suasana romantik siot... anyway dah boleh agak dah bile si lelaki ckap ' tapi '.....

    BalasPadam
  16. Hahahahaha..... lawak jenaka di bulan pose.... ;-p

    BalasPadam
  17. hahaha..hahahaha....hahahahaha.... cian tok imam tu...

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. amboi joe... gatal ea... dah wajib kahwin nieh!

    BalasPadam
  21. dh suami isteri xyah la memadu asmara dalam keta
    balik umah la...


    hahahaha

    BalasPadam
  22. apa la tok imam tu hahaha.. SMS Raya VS Kad Raya

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.