Rabu, 14 Julai 2010

Percaturan Nasib

Kes 1 : Penyakit

Pernah dengar orang cakap 'kita tak boleh salahkan sesiapa kalau kita kena penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggan sebab benda tu dah ditentukan oleh Dia'


Masalahnya


Kita tak tahu nasib kita, kita tak tahu bagaimana kita di masa usia tua nanti, jadi bolehkah kita menyandarkan takdir kita dengan melihat statistik ramai orang tua akan kena semua penyakit diatas dan dengan sendirinya kita akan terkena sama?


Meneguk gula seolah tak tahu kesan sampingannya


*****


Kes 2 : Kekayaan


Jika kita lahir dengan ibu bapa kita tidak mempunyai apa apa, ibu bapa kita bukanlah orang kaya yang boleh memberi kekayaan materialistik kepada kita, ibu bapa kita hanya papa kedana, kita tidak boleh menyalahkan mereka


Tetapi


Jika kita mati dengan kita sebagai papa, kita mati tanpa tinggalkan harta secukupnya kepada anak bini kita, kita mati dengan meninggalkan hutang untuk dijelaskan oleh keluarga, kita mati dengan miskin, Kita yang patut dipersalahkan sebab kita yang boleh mengubahnya semasa hidup, tetapi sayang, kita tidak mengubahnya kepada yang lebih baik. Memilih jalan 'biasa' tanpa risiko dan cabaran


Lahir dalam kemiskinan takpe, jangan mati dalam kemiskinan!


******


Kes 3 : Agama


Semua orang masuk syurga


Tetapi


Tiket ke neraka yang ditempah dahulu, meringankan solat, lagi teruk meletakkan untuk dikerjakan semasa 'senang' sahaja, ketika sibuk seperti mahu menonton wayang pukul 7.30 malam, membentangkan belanjawan syarikat billionare kononnya dari pukul 3 sampai 7 malam kita membuat alasan untuk tidak mengerjakannya kerana... sibuk?


Suka menonton video ni, cuba kaitkan dengan entry dan tajuk, boleh?







pss : Gambar ni memang cool kan?

24 ulasan:

  1. ngeri tengok gambar 1st tu.....


    kurangkan pengambilan gula berlebihan...kelak merana badan nanti...huhu

    BalasPadam
  2. beringat sebelum kena...sayapun kadang2 alpa..

    P/s :pemenang akan diumumkan sebelum end of july..baru semak separuh/Kasi markah...but i can tell u are in the top 10...

    BalasPadam
  3. paham2! xde sape boleh mengubah diri sendiri kecuali dorang nak berubah.

    BalasPadam
  4. hm..manusia yg mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya..

    video tu memang cool dan best, moral yang dapat, jgnla merasakan diri sudah cukup baik..kerana musuh paling ketat 'baik' adalah yang 'terbaik'..

    jadi perlu majukan diri tanpa menyalahkan nasib..

    BalasPadam
  5. Kawal pemakanan sebelum penyakit mengawal kita. Wuhu...serius ngeri tengok gambar first tu.

    Sokong kenyataan Akma, tak da sape boleh ubah nasib kita melainkan diri sendiri. Berusaha dan jangan cepat putus asa. Tuhan sentisa bersama hamba-hambaNya :D

    BalasPadam
  6. mashaalah..ngeri liat foto yg teratas tu..

    BalasPadam
  7. comel giler video tuh. wakaka!

    err, usaha dan doa boleh mengubah nasib. Allha maha Melihat.

    BalasPadam
  8. azrul, gambar google pasal kencing manis

    BalasPadam
  9. akma, benda tu alquran dah lama sebut dah

    BalasPadam
  10. salam dik..
    akak baca blog ni sambil makan..hehehe..terpaksa skip gambar kaki tu dulu.
    boleh bayangkan bau kaki tu??sangat menusuk hidung.

    p/s..manusia memang mudah alpa semasa senang.

    BalasPadam
  11. Borang untuk mengundi anugerah pilihan pembaca boleh didapati dalam akhbar Berita Harian. Terdapat penulis lain selain penulis dari Alaf 21. Boleh juga layari page Alaf 21 di http://alaf21.com.my. Undi jangan tak undi, boleh dapat buku free :D

    BalasPadam
  12. oh takutnye tengok gambar first tu. HUHUHU terus anak makan gula dah, nak minum air masak je manjang.

    kenapa orang tu tanak pototng kaki dia? kenapa hendak biar nampak tulang macamtu? anehnya...

    BalasPadam
  13. oh.dahsat.ngeri.ngilu.

    beringat sebelum kena.fuhhh.

    BalasPadam
  14. ada yg xsanggup tengok kaki dipotong

    BalasPadam
  15. org dah la tgk makan KFC dpn pc ni...ayoyoooo!!!!!

    btl lah joe...ayah dulu ada pesan 'takdir yang baik apabila kita memilih jln yg baik'...

    BalasPadam
  16. takotnye tgk gmba 1st tu...errr...pasni taknak mkn manis2 lg la...

    BalasPadam
  17. makan manis xkan jadi manis, akan jadi cam gambar kat atas tu

    BalasPadam
  18. o My God, I love the video.

    -distraction make you lose but pressure make you tougher and courage make you succeed -


    iman

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.