Ahad, 23 Mei 2010

Self Motivation - Bila kepala dibahagian perut

entry ringkas lagi (rindu pulak nak buat entry panjang2 macam dulu) kali ni mahu update program yang dianjurkan kelab UMNO sini yang menjemput khas ustaz jauh dari london, ustaz erfino untuk sampaikan 'talk' sempena musim exam ini yang berkisarkan memotivasikan diri



ustaz erfino yang femes dengan kekacakan dan awet mudanya




banyak benda yang dikongsi dalam talk ini. tapi sebab musim exam (alasan baik) akan sampai beberapa sahaja perkongsian, khas untuk yang tak datang tadi. hehe. untungkan ada orang yang rajin update macam aku ni ;-)


1) Capai keberkatan dalam menuntut ilmu


Ada ustaz ceritakan perihal macam mana mahu capai keberkatan dalam menuntut ilmu. yang paling utama, perlulah ikhlas. kalau menuntut ilmu setakat mahu untuk exam, mahu capai segulung ijazah, memang akan dapat, tetapi setakat itu jelah. compare kalau kita tuntut ilmu tapi untuk kemajuan ummah (walaupun bunyinya macam cliche) ilmu yang kita akan dapat tu akan lebih berkat. tapi kalau fikir balik, baik perbetulkan niat kita, menuntut ilmu di uni ni bukan setakat mahu lepas, lulus exam, tapi jauh lebih misinya untuk kemajuan ummah


antara jejaka2 yang datang



antara gadis2 yang datang mendengar



2) Cerita cermin yang menarik

Ada juga ustaz share pasal tubuh badan kita. bila kita pandang cermin, sepatutnya kita baca doa yang nabi ajar iaitu




kalau perhati doa ini, memang sepatutnya kita puji dengan ciptaan Allah ini. segala kedudukan mata, mulut, hidung, tangan kaki, semuanya berada di tempat yang sepatutnya. cuba mulut kita ada dibelakang, susah nak makan nasi! cuba kepala kita ada ditengah, macam alien pun ada rupanya. ok, aku telah melakukan eksperimen terhadap diri sendiri dengan mengubah sedikit gambar tubuh badan. memang buruk. jom tengok!




tangan berada bahagian paling bawah.. pelik!
perut kat tengah... pelik!
kepala kat bawah tengkuk ... sungguh pelik!
dada kat paling atas ... tersangat pelik!



memang indah ciptaanNYA ni. tak dapat bayang kalau diri kita macam gambar kat atas. pelik semacam! terima kasih ustaz tolong peringatkan. ok, dah habis. harap perkongsian ini dapat kita sebarkan dan amalkan. blog ustaz erfino disini.



nota kaki : intermilan menang dengan agak bergaya. gol pertama mantap terbabow!! pasal entry akedemi fantasia 8, aku tak tengok punn, kan dah cakap, tak semesti tengok kita tak boleh update. hehe

16 ulasan:

  1. aku tgk kepala kau kat perut oke aje? hahaha... good2. ringkasan 'ucapan' td. hehe

    BalasPadam
  2. joe, kamu ambil gmbr gadis secara senyap2 erk...hehee...

    BalasPadam
  3. kata ustaz, kne doa utk dapat keberkatan ilmu. susah nak dapat keberkatan ilmu ni.sampai skrg rasa mcm belajar banyak tp yg berkat tu brape %je.

    new ilmu: utk dapat keberkatan kne buat amal kebajikan...

    BalasPadam
  4. kalau camtu nak korek telinga kena korek kat perut?

    (tak memasal daku)

    kih3~

    BalasPadam
  5. sbb tu ciptaan Dia ni dah sempurna
    tak payah nak ubah2

    BalasPadam
  6. Aaaa..mak ada pesan sentiasa bersyukur dengan Allah akan bentuk fizikal kita. Rasanya dia ada bagitau psl doa ni.

    BalasPadam
  7. a'arrlaa
    segala ciptaan Allah tue diciptakan dgn sempurna dan bijaksana
    ustaz erfino tu orang melayu yg stay kat london ker?
    mcm pelik jer nama dia.
    bangsa aper ek?

    BalasPadam
  8. pelik jugak ye. cuba bayang kaki kat bahagian tangan, macam mana nak suap nasik?

    BalasPadam
  9. Bersyukur dengan keadaan tubuh... Huhu.. Terima kaseh ustaz erfino..

    BalasPadam
  10. xpe, lepas2 ni boleh wat entry pnjg2 balik

    BalasPadam
  11. setiap ciptaan Allah adalah sempurna

    BalasPadam
  12. milito skor 2 gol caantik tu satu hal..gadis2 kalau duduk bersimpuh pun cantiik.

    harap kedudukan bdn kita tak ubah kemana2 lah ye..aminn.kalau kepala di bahagian perut tu...namanya perempuan hamil iye dok

    Latest Entri : Peristiwa Subuh

    BalasPadam
  13. bilik aku xde cermin,kat toilet ade la.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.