Rabu, 12 Mei 2010

indahnya bila dah bertunang : perempuan

ini pun entry republish. sambungan dari entry sebelum ini (indahnya bila bertunang : lelaki). kali ini pasal perempuan pulak, yang lepas pasal lelaki ;-)

assalamualaikum semua.


wahh, seronok ya kamu baca kisah tunang saya sebelum ni. mengada betul yang komen kata tunang saya penulis blog ni. takdelah, tunang saya lagi HENSEM dari penulis blog ni mahupun HAMSTER tau.hehe. urmmm, sebelum terlupa, nama saya liya, tunang kepada zainal. nak jugak la cerita pengalaman saya kan, nanti tak adil pulak. asyik dengar dari pihak lelaki, saya perempuan pun nak jugak.


kat mana nak start ek


ok, saya start masa kecil la. saya memang dididik dengan nilai agama yang tinggi. mak saya ustazah, ayah saya penceramah agama yang terkenal, selaku anak bongsu, saya memang dididk dengan agama yang tinggi. sejak dari kecil lagi, saya DIPAKSA untuk mengaji dan pelajari ilmu agama. seingat saya lah kan, masa sekolah rendah lagi, ilmu agama saya memang kalah orang yang ambil spm. terima kasih kepada mak ayah yang MEMAKSA saya, alhamdulillah, ilmu tu jadi pelindung kepada saya sekarang


pertama kali


di tingkatan satu, saya mula belajar berkawan dengan kaum bukan sejentina dengan saya. pelik kaum lelaki ni, patut lah mak saya selalu berpesan, jangan cakap dengan lelaki kalau bukan benda penting, nanti timbul perkara tak elok. masa saya di tingkatan 1, ramai senior senior lelaki yang tertarik dengan saya. bukan nak bangga, tapi memang akan ada surat yang saya dapat, nak berkenalan la, nak tahu asal mana la. semua surat surat tu saya bagi kat mak saya, dan mak saya senyum je, dia cakap


'laki yang baik, untuk perempuan yang baik je liya'

ok mak, liya ingat ;)



ermm, waktu tu umur saya masih mentah, saya telan je apa yang mak saya cakap. tapi kata kata tu saya simpan dan sekarang saya yakin akan kebenarannya. errmm, saya rasalah kan, ada sorang kawan sekelas saya (lelaki) yang selalu jeling jeling kat saya, saya tengok balik, dia pandang bawah, tak berani kot. tapi entah nape, saya senang dengan dia, walaupun tak tahu siapa dia, cakap pun tak, entah, saya pun tak reti nak explain.


keputusan


result pmr dan spm saya baik. masa spm, saya dapat offer ke oversea, tapi takut dengan pengaruh budaya luar akan masuk, saya rela untuk belajar di likungan keluarga saya saja. lepas spm, saya masuk matrx. ingat lagi tak laki yang saya cite masa di tingkatan 1 tu? dia pun sematrx dengan saya. hebat tak hebat, dia masih seperti dulu, jeling saya, saya tengok balik, dia pandang bawah, haha, tak berubah berubah.


lepas mtrx saya ikut satu program. saya jadi faci. kebetulan dia pun ada. alamak, cite pasal dia lagi. ishh, lagho liya, tak baik. ok ok, saya jadi faci atas permintaan ketua faci kami, dia cakap saya memang layak untuk jadi faci, cuba kongsi dengan peserta peserta pengalaman saya, mana tahu bermanfaat untuk mereka. jadi, saya join je lah. lagipun lepas mtrx ni, bohsan pulak duk dirumah. mak dan ayah selalu sibuk dengan ceramah, tapi takpe, dieorang tahu anak dia liya dah boleh kawal suasana.


perkenalkan diri


macam biasa, semasa perkenalan diri, faci diminta untuk perkenalkan diri dulu. peserta peserta laki duk sibuk cakap ladies first ladies first, gatal betul dieorang ni kan? ishh. sampai giliran saya, saya perkenalkan lah apa yang patut. sebelum saya perkenalkan diri, semua peserta bising semacam je, macam nak tak nak layan je faci faci duk perkanal kan diri, so, masa giliran saya, tanpa bagi salam ke apa, saya terus cakap


'cuba teka cinta lahir melalui apa?' tetiba suasana sepi, ye lah, saya cakap macam tu tetibe kan, mana taknya senyap peserta peserta tu semua


'tekalah' saya menambah lagi, tapi suasana masih sunyi


'cinta lahir memalui sayang' saya lihat semua dah senyum kembali, tergamam kot tadi

'sayang lahir melalui apa kak?' ada seorang peserta yang memecah kuasa suara saya bersuara


'melalui hati' lembut saya membalas


'nak tahu hati budi, kenalah kenal dengan tuannya kan?' saya menambah lagi, semua angguk


'jadi, masa akak duk perkenalkan diri ni, ambillah perhatian, dah kenal akak, baru terbit rasa cinta pada akak nanti' saya mengenyit mata



selepas itu, semua peserta diam dan barulah saya start perkanalkan diri saya. cite serba sedikit. lepas saya pun, fasi perempuan lain pun dieorang diam, dengar dengan khusyuk. habis saja giliran perempuan, giliran laki pula dan hati saya tersentuh bila seorang faci lelaki nyanyi lagu 'senyum' wahh, lagi fevret saya tu, dah la suara dia merdu, kalah kumpulan nasyid ok suara dia. faci perempuan lain pun macam kagum. dah satel nyanyi, tiba tiba saya rasa dia jeling saya. errkkk, berani pulak, saya balas balik pandangan tu, saya nampak dia senyum, senyum dengan ikhlas. hati saya rasa kurang enak


habis program


satel saja program, saya dapati hati saya tak kena. entahlah, suara laki tadi terngiang ngiang kat telinga. angau ke saya ni? balik je saya terus cite kat mak saya, mak saya pesan, tu semua godaan syaitan, jangan terpengaruh, syaitan boleh datang pelbagai cara, kita sebagai manusia kena lawannya. kali ni kata mak saya tak boleh lawan kehendak 'rindu' hati saya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan dia. saya teringat-ingat suara dia... senyuman dia... saya berdoa kepada Dia supaya diberikan kekuatan untuk melepaskan diri dari godaan ini, ternyata saya tewas dengan kemaruk rindu


terkejut


minggu selepas tu, saya terkejut yang mak saya cakap ada orang merisik saya. saya bab jodoh ni tak tahu apa apa, semua saya serah pada mak saya. mak saya tunjuk gambar... masyallah, gambar tu jelas menunjukkan mukanya, muka orang yang saya rindui sejak tamat program matrx tempoh hari. muka yang sejak dari tingkatan 1 saya pandang dia, dia pandang kebawah. apa lagi, saya terus sahaja setuju. mungkin ini kuasa jodoh ;)


baru sahaja saya lepas bertunang dengan dia. lepas bertunang baru saya sempat berutus surat. berbalas email, bermain kata di entry blog. dia sering tulis blog yang berunsur islamik, memang sesuai dengan jiwa saya. walaupun saya tak pernah komen, tapi saya tahu yang dia sedar saya membacanya. ermm, tak sabar rasanya nak kawin. haha. sabar liya sabar.


cuma nak pesan, kita perempuan ni, kalau ada masalah libatkan hati ni, jangan terlepas pun minta pandangan dari mak kita. mak kita merupakan orang paling baik dalam soal ni. mak kita pun perempuan jugak kan, apa la salahnya berkongsi. mak kita kan makan garam dulu dari kita. dan satu lagi, ingatlah, Dia sentiasa mendengar doa kita, doa je dengan Dia, nescaya dia akan bagi, tak hari ni, esok, tak esok, Dia akan bagi masa yang sesuai.


perasaan bertunang? ooh, indah sekali, penulis blog, kamu bila lagi? haha (gelak nakal)


nota kaki : pernah merindui orang yang tak merindui kita? pernah sayangi orang yang tak menyayangi kita? peritkan perasaan tu... aku pernah, tapi sekarang tidak lagi ;-)


44 ulasan:

  1. penuh bermakna.. indahnya kehidupan mereka..

    BalasPadam
  2. sabarlah.xsemua yg kita hajati kita dpt.kan?

    btw,both liya dan zainal sweet

    BalasPadam
  3. bila jodoh tuh dah ditetapkan.. tak kemana kan.. g sana g sini g sinun.. jumpa jugak... tak cinta cintun.. tetibe tgk org tuh yg merisik.. lepas nie mesti lagik hebat lepaskawen bercinta...

    selamat menjadi tunangan orang... :D

    BalasPadam
  4. sangat manis...

    im flying without wing....

    teringat pula ketika di zaman yang telah lepas ini..

    :)

    BalasPadam
  5. Joe.. Nanti bila time kamu, tulis pengalaman kamu di sini ya.. Heehee.. :)

    ~ sibuk yer skang joe? heehee..

    BalasPadam
  6. nota kaki : pernah merindui orang yang tak merindui kita? pernah sayangi orang yang tak menyayangi kita? peritkan perasaan tu... aku pernah, ...........................





    & kiNi masiH lg...huahuahau

    BalasPadam
  7. Sempoi, kemas, terbaik, sweet, jiwang, masam masam manis..hahaha

    Terbaik la..leh karang novel dah ni..mungkin boleh cuba untuk gugat pasaran Ayat Ayat Cinta? Hahaha

    BalasPadam
  8. Sophie suka fasi..Wah,ada cara kenalkan diri gaya baru..hehehe

    BalasPadam
  9. laki yang baik, untuk perempuan yang baik je..

    huhu..bistu kalo laki jahat x leh la ek?betapa kejammnye dunia!haha

    BalasPadam
  10. erk..senyum sorang2 je baca both cite liya ngan zainal nie..ahaks..sweet ;)

    BalasPadam
  11. Cinta sebelah pihak...pedih2.

    BalasPadam
  12. cik irene, kena la jadi laki yg baik2 untk dapat yg baik. fair n square la kan? ;)

    BalasPadam
  13. aku tak nak tunang sbb tkt...tkt peristiwa ex kekasih curang berulang kembali

    BalasPadam
  14. hey hun...da sengal sgt ke??da nk kawen jgn lupe jempot ambo...hehehehe...i thought da already follow ur blog...upenyer blm..hehehehe...do visit my blog either dear...

    BalasPadam
  15. ayat kat nota kaki tu..haha..saya pun pernah rasa macam tu..dan sedang berusaha menghapuskannya..hehee

    BalasPadam
  16. .uit, joe
    .mcm da pnh bertunang jerr ;p

    BalasPadam
  17. Nikah itu lebih Indah. Heeeeee~
    Subhanallah. Alhamdulillah. =)

    amalina-peter.blogspot.com

    BalasPadam
  18. btl joe...cari orang yg btl2 sayang kita..mesti bahagia!

    BalasPadam
  19. ahaa
    cik amalania nak kongsi pengalaman ke/?
    hehe

    BalasPadam
  20. joe.. rilek2 *pasal PC.

    eehehehe.. chumel ape kalo nk mencarut.

    BalasPadam
  21. ps: aku da penah bc entri neh.. ehehehe.. so komen rujuk pada entri yg lepas. =p

    BalasPadam
  22. da baca sblm neh.xpe2.suke jugak.haha.

    BalasPadam
  23. wah.
    tak pernah baca lagi.
    so nak komen...
    best!
    ;)

    BalasPadam
  24. kahwin lagi manis kan? :)

    -tanah-
    yg dh lama tk munculkan diri.

    BalasPadam
  25. ya Allah manisnye cerita dia.. hem.. bila cinta bertasbih.. manis.. :)

    BalasPadam
  26. carikan aku seoarng please~

    Joe, bila nak join contest aku?
    tak sudi ke?

    BalasPadam
  27. tibatiba tak reti nak cakap apaapa.erkk.

    BalasPadam
  28. sweet sangat kisah ni. love d 'nota kaki' :)

    BalasPadam
  29. Saya cemburu pada awak.
    nota kaki : pernah merindui orang yang tak merindui kita? pernah sayangi orang yang tak menyayangi kita? peritkan perasaan tu. <-- been there, done that..aduyai.

    BalasPadam
  30. sweetnye certa ni..

    still merindui org tak merindui kite dan sayang org yg tak menyayangi kite tue..

    agak2nye dia tak tau kot :(

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.