Selasa, 18 Mei 2010

Gempar! Kematian di tempat chess!

Minggu lepas aku berpeluang untuk wakil uni main chess di Barnsley, lebih kurang 30 minit menaiki taxi. semua kos perjalanan terasuk yuran pendaftaran di tanggung oleh uni. Tahun ini sama dengan tahun lepas, bertempat di Church Methodist Barnsley






Bermain dalam kategori silver, memang Team Uni adalah pasukan pilihan. Format permainan adalah group, 4 orang satu team dan ada 7 games kesemuanya. Masa pula adalah 8 minit seorang. Memang aku lebih sukakan permainan cepat seperti ini. Setelah bermain sebanyak 3 games, tiba waktu dinner dan makanan yang disediakan cukup mewah. Tapi sebab suasana makan di church campur tak tahu halal ke tidak, ambik semua makanan vegetarian sahaja






Team kami dapat tempat kedua dari 8 team yang bertanding. Not Bad lah, cuma kalah agak teruk dengan team Nomad yang sememangnya power. Tiba untuk penyampaian hadiah, ada ucapan dari wakil penganjur. Dengar je lah







Setelah hadiah diberi, suasana menjadi agak tegang disebabkan ada seorang pak cik yang menyandar didinding tiba tiba senyap. matanya tertutup dan pernafasannya turun naik. Keadaan menjadi agak tegang lagi dengan masing-masing sibuk mendapat bantuan doktor







Disebabkan tiada doktor disana, mereka ambik keputusan untuk call NHS (National Health Service) Sementara menunggu NHS datang, ada beberapa orang cuba untuk melakukan pernafasan mulut ke mulut dan juga membuka kasut supaya mangsa lebih 'selesa'











Aku perhati keadaan seluarnya sambil sibuk ambil gambar, perasan yang ada keluar air kencing. Memang agak tegang dengan pakcik tadi seolah terputus nafas. Main chess boleh mati? aku pun pelik... Nasib baik tak sampai 10 minit, NHS datang. semua adalah perempuan!








Walaupun ketiga-tiganya adalah perempuan, tetapi ketangkasan mereka melakukan kerja patut dipuji. Tenaga seolah seperti lelaki! aku tak paham apa yang mereka cakap sebab terlalu pantas, sibuk tangkap gambar je. tapi melihat mereka masih bertungkus lumus melakukan sesuatu kepada pakcik itu, yakin bahawa pak cik itu kemungkinan masih bernafas!








YA!! Pak cik itu masih bernafas, tapi sayang, hanya untuk seketika. Akhirnya nafasnya terputus begitu sahaja. Dia mati... di dalam church... selepas main chess






Memang ini adalah pengalaman yang sangat berharga sebab menyaksikan kematian di depan mata. tak pernah lagi sebelum ini. tambah pelik, kematian pak cik itu adalah selepas bermain chess. Adakah chess suatu sukan yang bahaya??


Kalau dah ajal....


Mati itu adalah pasti. Caranya sahaja berbeza dan waktunya sahaja kita tak tahu bila. Macam pak cik ini, ajalnya adalah selepas main chess (walaupun pelik) Kita? Allahuallam.. harap kita sentiasa ingatkan mati dan timbang balik adakah bila kita mati, mampukah syurga kita miliki.


~~~~

apakah ini? hanya hurulaini.net(gedung korea anda) je yang paham
saya nak banner tu ok ;-)



pss : sebab artikel NENEK HOT ini, study sampai otak jadi tepu petang tadi. bila otak jadi tepu, tidurlah jawapannya. Layan video kat joegrimjowtube je la

41 ulasan:

  1. haha...biar aku jadi orang pertama komen..wei bagus seh..pak cik yang mati tu..mati dlm iman kot..mati dalam church tu..bertuah haha..tulah yang pegi main sampai urat kepala putus sape suruh.,,hehe..

    BalasPadam
  2. mak selalu pesan.jaga perangai..jaga adab..semoga mati kita pun dalam keadaan yang cukup sifat seperti waktu lahir,dan mati ditempat yang elok.

    BalasPadam
  3. Allah pilih kamu untuk saksikan kematian secara real..

    BalasPadam
  4. Re Joe...
    Meh la join.. takpee.. jauh di mata dekat di hatiii..! he he
    Bestnya jadi chess player.. Pernah jadi chess player once upon a time *tak terror *pun* tapi unfortunately negara yg further study tu tak glamer langsung dgn chess... maka terkubur cam tu je bakat.. sekarang? 3 step pun leh kalah dahh.. ha ha ha*

    BalasPadam
  5. wuhuu..
    main chess tak bahaya..
    tap ikalau terlampau stress asik kalah je mungkin membahayakan kesihatan.
    lagi2 kalau pakcik tu ada darah tinggi.
    agaknya la..
    p/s : saya bukan doktor

    BalasPadam
  6. mgkin la kot
    jgn terlampau stress formula die

    BalasPadam
  7. ajal dah tu bercampur pulak stress tak menang ke ape...
    kesian diaaa

    BalasPadam
  8. Ajal dan jodoh ditangan Tuhan..kenapa xde sorang pun pegi ngajar dia ngucap?

    BalasPadam
  9. rasnya ku sorg yg islam kat situ
    semua bukan islam

    BalasPadam
  10. kesian kat pakcik 2..
    u sorang islam kat situ??
    wahhh..
    dlm church lak 2..
    huhuhuuu~

    BalasPadam
  11. walaupon vegetarian tapi still nampak menarik. sgt uniklah mati masa main chess. kat dalam church pula tuh.

    BalasPadam
  12. kalau kat malaysia nak tunggu paramedik sampai ..sempat baca yasin beberapa round huhuhu..

    good work NHS.

    BalasPadam
  13. erk..meninggal lps main chess?huhu..ajal kat mana2..kita yg kena selalu sedia~isk

    BalasPadam
  14. siyes sadis. ngeri beb. aku penah tgk org mati dpn mata time kt spital, hindu minum racun

    BalasPadam
  15. wah.
    berlaku depan mata.
    duh.
    seram.
    hurm.
    dah ajal pakcik tu.
    nak buat macam mana.
    ;(

    BalasPadam
  16. tak pernah tgk kematian depan mata.
    joe tak tahu ke punca kematian sebenarnya lepas tue?
    *mcm wartawan pulak*

    BalasPadam
  17. pakcik tu ada hypertension kot? heart failure ke..
    entah,



    sejak bila pulak la aku study medic nih?

    BalasPadam
  18. mati dalam iman dia dalam church..iman dia nye agama la..

    bahaya main chess ni

    BalasPadam
  19. Takutnye...tapi mkn dia agak menyedapkan.

    BalasPadam
  20. untung u dapat pengalaman yg berharga.. dah ajal dia kan..mungkin main chess tu macam "nak dijadikan cerita" knape dia mati.. wallahualam

    *eh cam sedap je makanan vege tu ^_^ hee

    BalasPadam
  21. mybe dia shock sbb kalah chess...btw lbh mnyayat ati tgk sorang pakcik meninggal ketika solat d masjid....huhu

    BalasPadam
  22. xnak la main chess dh pasni hehehe

    BalasPadam
  23. dia mati dlm gereja, mati dlm iman..hahaha

    BalasPadam
  24. ingat lagik waktu zaman sekolah wakil sekolah lawan chess. ahh rindu sudah!

    haihs. seramnya tgk org mati depan mata!

    BalasPadam
  25. hyperventilate - ?stress/anxiety ?neurogenic ?hypoperfused heart etc

    + urinary incontinence + sudden collpase > ?cerebrovascular accident/stroke/SAH/etc +/- ?epilepsy

    AJ
    UoN

    BalasPadam
  26. rasanya ajal dah sampai

    mungkin die nak habiskan riwayatnya di depan papan chess kot

    lagi satu mybe sebab stress berlebihan kot.. meant tekana darah tinggi

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  27. harap2 la dapat sempat mengucap sebelum mati

    takuttt~

    BalasPadam
  28. umm
    xtau la stress ke tidak
    tp rasanya kump dia kalah
    yg kalah lain po, xde la stress sangt

    dah ajal kan?

    BalasPadam
  29. wah, macam seronok saje ade pengalaman tue! hehe.
    ish, kasihan pakcik tue.
    sudah ajal, main chess jadi penyebab saje.

    BalasPadam
  30. pakcik tu mmg ade pnyakit..
    oleh krn hampir kalah, die diserang tiba2..
    then..
    kojol!

    BalasPadam
  31. korang wat CPR tu teknik salah kot. tu yg unclr tu mati cepat. ish2... tp klo da ajal apa bleh wat

    BalasPadam
  32. haha ntah2 tertelan castle kot

    BalasPadam
  33. mati itu pasti..tapi tak tahu bila lah..meh get ready untuk mati dgn ibadat.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.